Yesterday was a bad day for me at work...sangat stress okay, bertimbun-timbun issue timbul atas negligence orang lain and I had to bear all the impacts as well... bodoh sangat! Tapi mcm tu lah kerja, kan? Aku pun ada gak pernah buat pasal ..so terima je lah...
Back to the topic... rasanya most of you guys mesti pernah nampak iklan di TV berkenaan product MyChef... ala yang ada Chef Florence, Chef Ismail, Chef Zam, Chef Liza and latest addition is Chef Ezani (ye ker chef? huh..you are a dentist right!) ...so sehari dua yang lepas ini aku memang lah dok mengoogle mencari info tentang produk ini. Of course lah nak try kan.. memandangkan ianya adalah hasil air tangan chef-chef terkemuka tanahair..plus, di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini peti sejuk kat rumah memang kurang bahan basah kerana hari-hari iftaar di luar dek kerana tuntutan waktu bekerja and sahur masak campak-campak jer. So, why not aku try MyChef ini sebagai lauk untuk bersahur, kan? Google punya google..rupanya bukan semua tempat ada jual product ini...well, tempat yang cikai-cikai takde.. tempat cemanggih je ader... mujurlah di Tesco Tebrau City ada... Tesco Tebrau City ni dlm 10 minit dari office..so just nice la...
So semalam, masa lunch hour aku pun pergilah ke Tesco Tebrau City dgn Mr. Z sambil shopping barang rumah lite-lite... produk MyChef nie diletakkan di bahagian dinginbeku, kat area makanan segera lah. Well, as expected tak banyak pilihan yang ada.. biasa lettew.. kami di JayBee...cer di KL or kat Jaya Groceries yang sponsor Masterchef Malaysia tu..sure semua ada.. telan air lioq je la.. yang ada semalam hanyalah Nasi Beryani, Ayam Kalio, Kari Ayam Nyonya, Ayam Makhani dgn Spagheti apa ntah lg satu..aku x ingat... I was actually looking for Beef Stroganoff but unfortunately not available... Keciwa !!! :-(
Bagi mengubat kedukaanku itu, aku decide nak try Ayam Kalio. Ayam Kalio ini adalah cetusan idea Chef Ismail tau... dok membelek-belek cara memasaknya.. aku terkeciwa juga sebab method of cooking hanyalah by microwave. Sudahhh...!!! Aku mana ada microwave! Washing machine dengan DVD Player ada la.. wakakakak..!! But we don't have to stick like budak skemakan... pelbagaikanlah cara memasak itu nanti... so aku amik jer.. kat rumah nanti pandai-pandailah aku olahkan cara memasaknya.
Beginilah rupanya packaging Ayam Kalio MyChef |
Buka kotaknya, this is how it looks like. Mengikut cooking instruction, masukkan terus dlm keadaan begini ke dalam microwave..tak payah nak tebuk-tebuk..direct ftom freezer. |
Memandangkan aku takde microwave, aku 'thaw'kan dulu di fridge overnight..then aku koyakkan cover dia and rehat guna kuali sahajork... |
DAN HASILNYA....... TADAAAAAAAAAAAA......!!!!
Untuk mengekalkan keoriginalitian Ayam Kalio ini, aku takde tambah apa-apa langsung... seriously just reheat from the packing and that's all... tapi pada masa akan datang kalau idea kreatif tetiba datang..harus aku modify itu ini...
Lupa nak citer pasal harga... pada pandangan aku, harganya memang amat berpatutan. Ayam Kalio yang aku beli itu hanya RM8.90 dan portionnya cukup (siap ada baki seketul) untuk 3 orang bersahur pagi tadi. Price range berdasarkan product yang ada di Tesco Tebrau City adalah between RM8.90 - RM10.90. Maybe yang lain-lain mungkin lebih murah or mahal kot... anyway, you all trylah! Mudah, murah dan berbaloi :-)
whoaaaaa....sedap banget..harus dicuba
ReplyDeletesila cuba ima-ika..pergi website dia www.mychef.com.my utk senarai supermarket yg ada jual.yg pasti Tesco Kulai takde lagi..huhuhu
Delete