Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, August 30, 2012

WARISAN - MOOD MERDEKA

SALAM Y'ALL....!!!!

Lama x belogging kan... mood sampai ke laut dah... sampai cerita raya pun tak dapat nak disharekan... esok dah nak bercuti-cuti Muar sekali lagik...lalala...sempena menyambut Kemerdekaan ke 55 :-)

So, sebelum aku bercuti.... aku nak mengucapkan SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA...

Dan untuk anak-anak bangsa Melayu yang menyinggah ke belog suam-suam air teh aku nie... lagu Warisan ini aku tujukan untuk kamu semua... hayatilah liriknya... yang nie lirik paling original yang aku nyanyikan semasa di MRSM dulu...lirik sekarang dah corrupted..tak sedap dan tak menyampaikan maksud sebenar... so hayatilah :)



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara

(well... nampak sangat mood kemerdekaan aku lebih dari mood raya, kan?)

1 comment:

  1. mrsm zaman kami dulu nyanyi bumi milikdiancam orang...

    Lagu BTN sekarang ni dah buang dua rangkap KITA RUMPUN BANGSA MELAYU + DAR MASA HINGGA MASA

    Salam..ex MRSM

    ReplyDelete