Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, June 26, 2013

APAKAH DOSAKU?

Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan mentaliti manusia zaman sekarang. Apakah kerana faktor media massa yang terlalu terbuka.. ataupun faktor pemakanan yang tak betul menjadikan sifat kemanusiaan itu hilang? Apa-apapun, aku rasa punca utama adalah JAUH DARI ALLAH SWT. Bila kita dekat dengan Allah, kita akan patuh kepada ajaran Islam.

Huhu... dalam Buletin Utama malam tadi, another kes dera yang berlaku di Kuala Terengganu. Kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu didera oleh bapa tirinya sendiri dengan begitu kejam. Anak yang malang ini ditemui dalam keadaan menyayat hati, apabila bukan sahaja dikurung tetapi tidak diberi makan selama beberapa hari. Selain beliau yang merupakan anak sulung dari 3 beradik, adik-adik dan ibu beliau juga turut sama didera oleh jantan berhati syaitan itu.

Sedih okay..gambar yang aku dapat ni dari Sinar Harian. Muka beliau dikaburkan, dan tengoklah keadaan kaki anak yang malang ini. Meleleh airmata... macamanalah sanggup buat anak yang tak berdosa macam ini? 



berita selanjutnya di Sinar Harian

No comments:

Post a Comment