Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, October 6, 2008

{ BLOG RAYA PART TWO - HARI RAYA CARD OF THE YEAR }


...Huhu.. Part Two....
Rasanya korang semua pun tau, pada zaman sains dan teknologi ini, beban kerja Pos Malaysia jauh lebih rendah dari 10 tahun dulu, kalau dulu berebut-rebut nak gi pos opis untuk send kad raya pasal takut tak sempat tiba..skang semuanya via e-card atau sms pun jadi, kerana mesej yg paling penting adalah Ingatan Tulus Ikhlas. Zaman dah berubah, semua memilih jalan yang simple dan murah... kalau nak tau, tahun nie personally aku cuma dapat 2 keping kad raya dari Ayie, kawan baik aku dunia akhirat dan juga Aidahani, my ex-schoolmate yang aku cukup respect dia punya initiative mengkeepintouchkan diri dengan semua rakan dan taulan... wa salute lu, Aida...!!!

Yang aku nak story kat sini is the card that was arrived on the 30th September 2008. Rasanya, this is the only card yang laki aku dapat tahun nie (unless ada yg bagi by hand or alamat kampung dia la...) Anis yang collect dari peti surat dan serah pada aku. Dialamatkan kepada suami aku, dengan dakwat hitam..tulisan tak secantik tulisan aku.. (pigiii dah ko Eca...!!!), so aku terus suh Anis bagi pada ayahnya... dlm hati aku dup dap dup dap... awek manakah yang hantaq kad raya kat laki aku.. wakakakakar... just joking, frankly speaking aku tak kisah sangat pun. And aku tinggalkan dia nak jiwang karat ngan kad tu while aku naik ke bilik nak kemas beg untuk balik raya kat rumah mertua...

Suddenly dia jerit dari bawah... suh aku turun... dari tangga dia dah tanya aku..cuba teka saper bagi kad raya. Aku cakaplah aku tatau... I can't think of anyone except one... huhuhu.. ingatkan kot-kot bos lama dia si Azam Zaman kat Putrajaya ker.. pasal aku nampak stem tu cop KL. Dia terus hulur kat aku kad tu dengan keadaan terbuka... HUUAAAA....!!!! Kad raya dari Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim & Family...!!!! Macam tak percaya beb... giler per.. masa memula tuh aku memang macam tak percaya jugak la... yo-yo jek...rupanya laki aku join club DSAI... and ktorang pastu sama-sama dok mengkaji signature pada kad raya tu, definitely genuine one... yela..selalukan kalau kad banyak-banyak nie diorang print jek..tapi this card, memang ditandatangani dengan dakwat hitam atas kad tu...which is for us, something very valuable and menunjukkan betapa beliau ikhlas dalam menghantarkan kad ucapan tersebut... bukanlah maksud aku org yg print guna komputer tu tak ikhlas.. tapi, korang faham kot apa yg aku rasa kalau ko dapat apa yang kitorang dapat nie..
.


Aku snap gambo nie guna camera phone jek, belum mampu lagi nak beli digital camera lagi selepas yg jahanam hari tu..so, aku nak share dengan korang yerk... :) Cayalah DSAI...!!!





3 comments:

  1. perghhhh...mahal tu. Wajar di frame dan digantung di ruang tamu :D

    ReplyDelete
  2. tu la pasal..hehe..akak sendirik terkejut..klu msuk club Pak lah blum tentu dpt kad raya dr dia..hehehe

    ReplyDelete