Sekejap je masa berlalu. Tahun nie genap dah 14 tahun aku hidup tanpa seorang lelaki bergelar ABAH. Walaubagaimanapun, ingatan yang tulus ikhlas buat dirinya tidak pernah susut walau sehari pun! Bukan sekadar terlalu banyak memori yang kami ciptakan bersama sepanjang 21 tahun aku hidup di muka bumi ini...tetapi tidak kurang juga terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku mahupun di sekitar ini yang memanggil ingatan aku kepada lelaki itu yang aku panggil ABAH.
ABAH masih setia hadir di dalam mimpi-mimpi aku, yang seingat aku..tidak pernah datang dengan wajah muram durja. Hanya wajah gembira dan ceria... semoga Allah memberikan ABAH tempat yang terbaik di alam sana. Walau ketika hayatnya ABAH adalah seorang yang serious, maklumlah... ABAH kan tentera. Tetapi, kriteria beliau dalam mimpi-mimpi aku jauh berbeza.
Sometimes I wish ABAH is still alive. Melihat cucu-cucunya membesar. Aku boleh bayangkan yang Kak Long, Eiman dan Arissa would be very closed to him... memanjakan diri masing-masing sebagaimana mereka memanjakan diri dengan Uncle dan Ucu Mok (a.k.a Yos dan Faiz..adik-adik aku).
Tetapi, apakan daya kan... ajal maut itu ketentuan Allah SWT. Siapalah kita untuk menafikannya. Walau pedih, walau jerih... pemergian ABAH pada usia 49 tahun pastinya ada rahmat disebaliknya.
Kenangan terakhir aku dan ABAH...hanyalah perjalanan terakhir kami dari Muar ke KLIA pada Subuh, 14 September 2000. Sepanjang perjalanan aku tidak melelapkan mata di saat mak dan adik-adik hanyut dibuai mimpi. Ayat terakhir beliau ketika ternampak kereta JDJ 5080 milik suamiku sekarang adalah ayat terakhir yang ABAH katakan kepada aku "Tu kereta Ajie, kan?" dan jawapanku hanyalah "Ha'ah". Kuasa Allah...walaupun aku tidak lena pada saat kejadian, sezarah memori pun masih gagal aku imbau kembali saat kejadian berlaku. Aku tidak sedar entah bila kemalangan itu berlaku. Aku tak tahu apa-apa! Yang aku ingat hanya aku sedar dari keadaan hilang ingatan sementara selepas beberapa hari kemalangan itu berlaku. Allah... aku tidak sempat menatap wajah ABAH buat kali terakhir. Hanya cerita dari arwah Ucu sahaja yang mampu aku ingati.. jasadnya sempurna..hanya sedikit calar-balar di tubuh. Hentakan kuat steering di dada dikatakan punca kematian ABAH.
Inshaa Allah selagi hayat dikandung badan, selagi mampu aku lakukan...hanya Al-Fatihah, Yaasin, doa dan amal jariah sahaja yang mampu aku titipkan buat bekalan ABAH di sana.
Al-Fatihah untuk ABAH, ALLAHYARHAM MEJAR (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN. Semoga Allah menempatkan ABAH di kalangan hambaNya yang terpilih. Damailah ABAH di sana, semoga kita bertemu di syurga... Ameen...
12 JULAI 1951 - 14 SEPTEMBER 2000
(fakta akhbar yg salah:
1. Ahmad Faiz was 7 yrs old
2. Normah Samin not Samil
4. Norafesa not Nor Afesah
5. I was 21 yrs not 22 yrs
6. I was not melanjutkan pelajaran but pulang selepas bercuti di tanahair)
No comments:
Post a Comment