Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, September 27, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM - must see !!!

Salam Jumaat....
Macam biasa, pagi2 sambil breakfast sambil browse Facebook and I found one great fact that I really really want to share with everyone! Hopefully korang pun boleh share dengan kawan-kawan korang akan fakta ini.

As a Muslim, you must know this fact...supaya tak terpisat-pisat kalau one day later..anak korang akan tanya dan korang x tau nak jawab aper... :-D

from Aidil Akmar

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔

Thursday, September 26, 2013

JENG JENG JENG... MALAM INI MALAM JUMAAT!

Post ini tidak sesuai dibaca oleh mereka yang berusia bawah 18 tahun.
Post ini hanya direkemenkan kepada mereka yang mungkin mengalami masalah 'ehem-ehem', ataupun mereka-mereka yang ingin membuat 'penambahbaikan' kepada diri mereka.

SHAKLEE CoQHealth PLUS TELAH TERBUKTI MEMBANTU KAUM ADAM MENJADI LEBIH BERTENAGA ZAHIR DAN BAAATIIINNNN.....


Tried and Tested ... testimoni sang isteri...


Bagaimana produk CoQHealth Plus ini membantu 'ehem-ehem'?

Usah takut usah risau... ianya bukan produk 'ubat kuat' yang biasa-biasa... pokok pangkal CoQHealth Plus ini berfungsi adalah:

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
   dalam darah

Sebenarnya banyak lagi kelebihan CoQHealth Plus ini... tapi post kali ini memang khas untuk manafaat yang satu nielah... :-D

Nanti pos lagik pasal bagaimana CoQHealth boleh membantu meremajakan kulit anda.. chewwah...

"CoQHealth Plus... Bukan Tongkat Ali, tetapi Tongkat Shaklee..."


Tid Bit Parenting 23 : Seni Buaian, Method Pendidikan ‘Jiwa’ Terawal Selepas Kelahiran.

Salam Khamis...
Sebuah perkongsian yang awesome.
Dipetik dari FB Saiful Nang
Pengisian yang mendalam dari jiwa kecil yang sewajarnya saya war-warkan kepada semua tak kira lelaki atau wanita... sila baca yer :-)

Tid Bit Parenting 23 : Seni Buaian, Method Pendidikan ‘Jiwa’ Terawal Selepas Kelahiran.

Jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah JIWA manusia.

Ungkapan tersebut jelas menampakkan bahawa jiwa manusia menjadi cerucuk utama yang perlu dibentuk dan dipelihara seawal seorang bayi diayunkan, didodoikan dan diendoikan di dalam buaian. Sekaligus, ia merangkaikan peri pentingnya ‘sentuhan serta belaian lembut’ seorang ibu sehingga mampu membentuk sebuah peradaban manusia yang berdiri utuh dan kukuh.

HARI INI ramai mengeluh dengan akhlak anak yang kaku. Namun, anak tidak sewajarnya dipersalahkan sepenuhnya kerana kebarangkalian terdapat barang secebis kedangkalan dalam proses pembentukan permata tersebut pasti ada. Jangan salahkan intan jika sinarnya tak menyerlah, perbaikilah jauhari yang mencanainya.

Secara analogi, budaya buaian sudah menjadi amalan terhadap setiap bayi pada awal kelahirannya yang sentiasa berkesinambungan dari generasi ke generasi. Kendatipun begitu, atas dasar alasan mencari nafkah, segelintir para ibu masa kini lebih mementingkan kerjaya daripada pembentukan hati budi yang murni lagi mulia keperibadiannya.

Ramai Ibu moden lebih suka memilih khidmat maid atau menghantar anak yang baru sahaja dilahirkan kepada pengasuh untuk dijaga. Walhal, pada kebiasaannya pengasuh akan HANYA memastikan anak yang dihantar itu hidup semasa diambil semula petang nantinya. Kami masih sedih dengan berita adik yang meninggal 2 jam sebelum diambil bapa tanpa disedaripun kematiannya oleh pihak taska. Sering juga dengar kisah mereka diberi valium sebagai ubat tidur untuk tidur sehingga waktu petang. Jika ditidurkan dengan betulpun, sejauh mana pengasuh ini mendodoikan kesemua anak-anak yang dihantar kepada mereka?

Apa yang penting pada mereka, makan, minum dan pakaian anak mereka terjaga. Persoalannya bagaimana pula dengan tanggungjawab sebagai seorang pendidik serta pembimbing kepada bakal penerus generasi tersebut? Adakah seorang ibu itu harus terus bersikap evasif, yakni mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai tangan yang menanam pokok jati diri di dalam sanubari anak tersebut?

Bertatangkan konsep PEMBENTUKAN ANAK SEBELUM DISENTUH MANUSIA atau dalam erti kata yang lebih mudah, anak tersebut belum lagi mencapai tahap mumayyis. Lebih mudah lagi, inilah fasa anak-anak masih belum dicemari dengan pengaruh dan doktrin luaran yang mereka dapati dari fungsi pandang dan dengar. Pastinya melalui satu konsep yang digarap melalui kaedah ayunan buaian tangan seorang ibu.

Justifikasinya, ayunan tangan seorang ibu yang lembut, dialunkan pula bersama irama yang indah serta intonasi suara yang lembut, pastinya akan membentuk jiwa yang mudah dibentuk. Bertitik tolak dari pada itu, pasti tiada kekangan bagi memanifestasikan akhlak yang berteraskan Alquran ke dalam diri anak tersebut jika alunan bacaan itu boleh menyambung azan semasa lahir dulu.

Ketika mendodoi, nyanyian yang bermesej dialunkan, seorang ibu akan mendoakan apa sahaja yang mereka inginkan terhadap bayi tersebut melalui konsep doa yang dizikirkan. Pastinya setiap apa yang didoakan bertepatan mengikut kondisi. Secara tamsilnya, sekiranya doa ibu terhadap bayi lelaki konsep “di dalam kelembutan ada ketegasan” perlu diimplimentasikan. Manakala, doa seorang ibu terhadap anak perempuannya pasti lebih menjurusnya sifat, ciri-ciri serta melaksanakan fungsi diri sebagai ibu yang bakal melahirkan permata Negara yang tajam pemikiran seperti pemimipin ibarat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Pendekatan itu telah terbukti berkesan seperti yang diamalkan oleh kami di Prihatin. Tidak mungkin semasa mendodoikan anak-anak kecil, mereka dinyanyikan dengan pekikan rancak lagu rock pula. Pastilah alunan yang didendangkan berunsur aspirasi, nasihat dan selawat yang menjadikan anak-anak itu orang yang mudah dibentuk. Itulah method awal pendidikan kepada anak-anak ini.

Jika hari ini kita mendengar sebuah lagu baru di radio, esoknya kita mungkin dah lupa. Tetapi jika setiap hari beberapa kali kita dengar, pasti akan melekat dalam jiwa secara kekal. Semasa mereka dalam buaianlah waktu terbaik untuk memulakan pendidikan. Rugilah bagi mereka yang terlambat melakukannya. Pembinaan anak hanya berlaku SEHALA sahaja dan ia hanya berlaku sekali tanpa boleh diulangi lagi. Jika hari ini anak kita mula tersenyum, mula bercakap, mula bertatih, mula bermain, mula merangkak dan itu semua hanya berlaku sekali sahaja. Jika kita terlepas, masa tak mungkin berpatah balik ke belakang.

Kerana itulah ada yang mengatakan wanita sebagai tulang belakang bagi sesebuah institusi kekeluargaan, seterusnya bakal membentuk anak watan yang tahu fungsi diri sebagai penerus generasi, samada fungsi sebagai nisa’(perempuan) mahupun rijal(lelaki).

Sebagai seorang ibu, usahlah memutuskan pertalian yang sudah dijalin erat bersama anak itu sendiri sejak azali. Sesungguhnya Allah maha besar lagi maha mengetahui. Anak ibarat kain putih yang memerlukan pencorak. Terletak pada iman sendiri bagaimana ingin mencoraknya dengan baik sehingga kelihatan cantik dan indah apabila dipakai orang.

Walau apapun jua ambillah uswah Siti Hajar dalam kegigihannya membentuk Ismail sebagai entiti mithali yang ideal. Sesungguhnya “TANGAN IBU YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGEGARKAN DUNIA”, Cuma samada mahu gegar kearah positif mahupun negatif, diri dan hati yang menentukannya.

Deduksinya, perkara yang kecil jangan diambil enteng kerana perkara yang sekecil zarah itulah mampu membawa perubahan yang besar terhadap dunia. Jika pelayaran kita mengikut 1 sasaran menuju satu destinasi sejauh ribuan batu tetapi terpesong seinci pada awal mula, ia akan tersasar ribuan batulah jawabnya semasa tiba di destinasi.

Mulakannya awal, mulakannya sekarang.

Nukilan dari,
ANAK PRIHATIN

KOMENTAR ADMIN:

Anak kami ini baru masuk sekolah menengah rendah Maahad. Pelajar terbaik UPSR, Pemenang Anugerah EMAS yang mewakafkan hadiah tunai dan basikal barunya kepada keluarga Prihatin. Mumtaz Sekolah Agama. Berazam untuk jadi Doktor Pakar Sakit Puan untuk membela nasib wanita. Maaflah, banyak istilah baru yang admin pun tak pasti sebenarnya, namun kami tanyakan guru sekolah katanya memang ada istilah begitu sekarang. Kami biarkan ia kerana mungkin anda nak tunjuk kepada anak anda yang sebaya dengannya.

Beliau menulis dari perspektif diri sendiri yang mendodoi dan mengendoikan adik-adiknya sendiri sebagai salah satu fungsi seorang kakak di Prihatin. Ya, beliau seorang anak nisa (perempuan). Penulis menuliskan artikel ini setelah melihat perbandingan anak-anak yang tidak dibuai dan dodoi dengan anak-anak terbiar yang di bawa ke Prihatin. Memang ada beza yang sangat jauh. Ternyata yang didodoi dan dibuai ini lebih mudah dibentuk dengan kasih sayang.

Dalam alunan dodoi dan buaian, kedua-dua anak dan pendodoinya perlu dalam keadaan tenang. ‘Energy transfer’ yang berlaku melalui tindakan mendodoi itu akan tercermin kepada pembentukan peribadi awalan anak-anak ini. Kami menyaksikan sendiri, anak-anak yang dibuai dengan mesin sukar dikawal tangisannya berbanding dengan anak-anak yang didodoi dengan tangan dan nyanyian Si pendodoi. Gerak hayun buai juga menunjukkan emosi yang tertumpah zahirnya kepada anak dalam buaian. Yang tidak pernah dibuai apatah lagi.

Jika tidak penting, tidaklah Nabi berpesan dengan spesifik tentang buaian.

اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

Walaupun pada sesetengah pandangan mengatakan hadith ini “Laa ashla lahu” (tiada dasar), tetapi kami lihat ia sangat relevan. Seperti juga hadis “belajar dengan cina” yang dikatakan lemah atau palsu terus. Kami bukan ilmuan untuk melihat secara teknikal tentang sanad hadith itu. Kami cuba cari sudut perintah perlaksanaan untuk dilaksanakan dan memberikan hasil baik. Jika jelas kebaikannya, maka kami anggap ia benar kerana semua yang baik itu hanya dari Allah. Nabi juga tidak melakukan selain dari apa yang Allah mahukan. Jangan didebatkan tentang hadith itu dhaif ataupun kuat, tetapi soal pokoknya secara aplikasi sains, buaian menjadi method pendidikan pertama selepas kelahiran.

BUAIAN semakin dilupakan. Jika tidak dilupakan pun, ia sudah tidak dibuai dengan tangan dan kasih sayang. Ia hanya dihayun dengan bateri, spring dan pergerakan mekanikal mesin tanpa ada aliran kasih sayang. Kami membuat kajian sangat mendalam yang mungkin jauh dari kotak fikir anda tentang ‘energy transfer, energy release’ dan kesan sentuh serta persekitaran terhadap perkembangan bayi.

Salah satu ciri syurga ialah “Isteri bermata JELI” (sekarang ni banyak mermata JEGEH) dan “anak yang belum disentuh manusia”. Jadi sentuhan dan suara ibu yang tenang sebelum ia mumayyiz menjadi penentu perkembangan awal anak yang akan menentukan samada warga syurga atau neraka yang akan mengisi rumah kita. Fikirkan contoh ibu terhebat atas mukabumi, Asiah isteri Firaun yang memelihara Musa a.s.. Usaha ibu inilah yang dengan izin Allah menumbangkan durjana Firaun suaminya sendiri. Jadi jangan komplain sangat tentang suami yang tidak macam Ibrahim a.s. semua contoh Allah sudah bagi. Asalkan jangan jadi macam Isteri Nabi Noh sudahlah.

Nantikan banyak lagi tips yang berkaitan dengan perkembangan awal bayi yang terhimpun di takungan telaga kami. Tak boleh bagi banyak-banyak nanti anda tercekik atau membazir terbuang ke lantai. Penat saja kami hidangkan. Sementara anda semua mengejar yang besar-besar, kami mengalah meneliti aspek kecil dan remeh serta banyak dilupakan ini. Semuga usaha kami serba sedikit dapat membantu anda.

Kami ambil inisiatif bertahun-tahun, siang malam bekerja keras dan guna infak sesama sendiri untuk membuat R&D. Kami kongsikan hasilnya tanda kami sayangkan anda. Anda tidak dipaksa membaca oleh kami maupun rakan yang tag atau share, jauh sekali memaksa untuk melaksanakannya.

Ingatlah bagi kaum ibu yang mengkomen macam orang kena sawan, jangan ingat anda boleh terlepas dari neraka dunia, ‘the living hell’ (di akhirat kita tak tau lagi, yang jelas neraka duni adalah TIKET ke Neraka yang satu lagi). Kalau di publik pun bahasa anda sudah begitu, kami boleh bayangkan bahasa anda pada anak dan suami. ‘What goes around comes around’.

Menimba ilmu harus TENANG, dengan ilmu juga kita jadi TENANG, syurga itu dihuni oleh orang yang juga TENANG. Ibu yang TENANG itu bermata JELI. Jika anda bermata JEGEH, itu TANDA anda tidak TENANG dan tidak boleh masuk SYURGA kami. Jadi hentikan komen berapi dan tidak beradab di publik, kami tidak teragak-agak ‘remove atau ban’ jika adab ini tidak dipatuhi. Anda tidak tahu sebenarnya ramai sekali NonMuslim yang ikut meneliti page kami. Mereka komen di inbox kami dan sangat bersopan sekali.

Inilah salah satu kaedah Nabi s.a.w. mengenal tanda ahli SYURGA ataupun ahli NERAKA. Melalui falsafah kekeluargaan berpedomankan ukuran RUMAHKU SYURGAKU, ‘the living heaven’.

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE BELOG INI :-)

Salam You Guys...

Belog saya takde apa-apa.... saya menulis kerana minat menulis... saya menulis sekadar berkongsi apa yang berlaku dalam hidup... saya menulis sebagai rujukan untuk masa hadapan... saya kadang-kadang sekadar copypaste dari FB atau belog org lain untuk rujukan peribadi, apa bila saya rasakan perkara atau informasi yang saya perolehi itu akan berguna di masa hadapan... oleh itu... halalkanlah kalau saya copy dari FB or belog korang ya...

Saya menulis untuk berkongsi...contohnya resipi... adakalanya saya upload gambar kat belog, ada kawan yang minta resipi... adalah lebih mudah menulis di belog dari di FB... senang nak search!

Belog saya tiada apa-apa... tapi saya nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang sudi jengah-jengah singgah-singgah click-click belog saya ini.... Adakalanya saya update 3-4 kali sehari, adakalanya saya update 3-4 hari sekali... kerana saya bukan fulltime belogger.. saya pekerja.. saya engineer yang ramai je mata-mata di sekeliling saya memandang bila saya ON PC...walaupun saya buat dan siapkan kerja saya, tetapi biasalah manusia..lebih gemar mencari kelemahan dan kepincangan orang daripada kekuatan dan sumbangan yang diberikan... well, that is human.... :-)

Saya akan terus menulis dan menulis dan menulis.... dan saya selalu berdoa dan berharap yang saya akan dapat menulis lebih banyak dan lebih bermanafaat selagi hayat dikandung badan.... sekali lagi, TERIMA KASIH, ATAS SOKONGAN YANG ANDA BERIKAN... I LOVE YOU ALL !!!

EYCHA...

Friday, September 20, 2013

ANAK MATI DI PUSAT ASUHAN... INNALILLAH...

Salam Jumaat...

Aku busy sebenarnya, tapi sempat browse through newsfeed dan mata tertancap dengan news ini.

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.


baca berita lanjut di SINI

Pendapat aku?
Susah nak cakap sebenarnya.

1. Ajal dan maut itu memang dah ketentuan Allah, cuma cara kematian itu dalam keadaan tragis. Apapun, syurgalah tempatmu Qhaliff...dan sebagai ibu dan ayah, mengingat arwah yang menjadi saham akhirat paling besar adalah penawar yang tiada tolok tandingannya.

2. Mati itu pasti, di mana-mana pun boleh berlaku, silapnya di sini pihak taska sewajibnya menghubungi ibu bapa apabila keadaan anak asuhan tidak baik..nie sampai muntah darah okay... tempat aku hantar anak pun taska juga. Yes, they are not perfect. Tapi at least bila anak aku suddenly high fever or terlewat balik dari sekolah, they will call me to inform.

3. Walau apapun berlaku, sebagai working parents that is one of the risk to take. Hantar anak ke taska or rumah pengasuh, we dunno what would happen. Nak jaga anak kat rumah... nak makan apa kalau tak kerja? Betul tak?

One of the main reason Nur Arissa Suraya tu anak bongsu aku dan En. Z...

Thursday, September 19, 2013

VIKINGDOM... BEST SANGAT KE?

Salam Khamis...

Korang dah gi tonton Vikingdom? Aku dah !!!
Terasa macam ajaib plak.. memandangkan aku memang bukan kaki wayang! Last aku masuk panggung was in 2008 if not mistaken, and lepas tu mcm serik nak masuk lagi sebab bawak anak-anak yang mengganggu ketenteraman awam!

But this time round... for this time only..rasa macam wajib pergi! Why? Kerana Vikingdom is on air! Released di Malaysia pada 12 September 2013 lepas, this is a film me and Encik Z are waiting for, aura baru dalam industri perfileman Malaysia yang rasanya semua orang tau betapa 'hampehdotcomdotmy' nyer selama ini. Goda punya goda, Encik Z suh aku amik hafdei and kitorang pun pergi menonton berdua... seronok woo...lama x dating! So dapat 2 in 1 la.. time together-gether dan tonton Vikingdom :-)

Okay... before aku bagi personal review aku... aku kena bagitau yang segala pandangan aku adalah solely based on seorang penonton biasa-biasa yang tiada latarbelakang perfileman, art, teknologi dan seorang peonton yang bukan kaki wayang dan kaki movie epik bagai mcm Thor ker.. Lord of The Ring ker.. mahupun Harry Potter. So, apa yang aku tulis nie memang pandangan peribadi. Aku dah blogwalking tadi tengok komen2 orang kat belog2 yang review pasal movie ini... well, Malaysian... typical.. aku malas nak ckp sbb aku bkn nak komen pasal dorg pown!



 Ok... pada pandangan aku, after mengambil kira faktor like budget, pengalaman tuan director etc etc... VIKINGDOM IS AWESOME! Yes.. rasanya awal-awal lagi Yusry (ke Norman masa tu yg cakap...) jangan bandingkan Vikingdom dengan filem-filem Hollywood yang mempunyai bajet berpuluh kali ganda itu. For me, Vikingdom is a stepping stone for KRU Production membawa filem keluaran Malaysia ke persada antarabangsa. Some more, this is his first time. Kira OK what...they have vision and mission... they are thinking out of the box berbanding pengarah filem yang lain... yang tak sudah-sudah dengan filem typical yang tak pergi ke mana pown... yang tak berkembang maju... yang takde kualiti langsung... yang boring... wekssss...muntah! muntah! Ada komen-komen yang cakap Vikingdom is rubbish, dissapointing and worst... meh aku tanya hang balik... mana best, Vikingdom ke KL Gangster? Vikingdom ke Sembilu? Vikingdom ke Senario? Vikingdom ke Adnan Sempit? Tolonglah fikir jauh sikit... yes, pendapat itu subjektif... but look on a wide perspective lar... aku pun suka je layan cerita cintan-cintun... epik-epik nie never came across my mind pun nak tengok kat TV apatah lagi masuk wayang... but this story has caught my attention... and as Malaysian, I know I must give KRU a big support... I know they can make it better than this in the future. These guys are multi-talented... who knows kot Steven Spielberg nak berkolaborasi dengan diorang ke nanti... polish them... who knows?


Some more, aku rasa aku nak cakap gaklah pasal attitude Malaysian nie.. stop been sceptical... we should support our local products... mungkin ini akibat terlalu didedahkan dengan filem-filem barat kot...

So, kepada yang boleh tonton sambil pakai otak... silalah masuk panggung dan tonton cerita ini... it is good and not that dissapointing... :-)

Thursday, September 12, 2013

DAH MULA RASA KESAN KENAIKAN RON95 YANG "20 SEN JERRR" TU?

Aku dah!

Semalam aku tapau Nasi Goreng Cendawan sewaktu lunch.
Aku memang suka makan nasi goreng cendawan nie sebab dia x pedas sangat, tapi xdela tawar mcm nasi goreng cina tu.
And aroma cendawan dan lada sulahnya memikat nafsu serakahku...

So, semalam aku pergi ke warung tersebut.
Last aku pergi longggg before puasa dulu....
Sebab before puasa tu En. Z dah blacklisted warung tu gara-gara waiting time yang mengarut dan orang datang kendian dia layan dulu.
But now En. Z dah berhijrah ke Nusajaya, nie festaim la aku jejak ke sana.

So, aku order la Nasi Goreng Cendawan itu.
Selalu RM4.00 jek.
Tapi kali ini.... "Lima Ringgit.... Lima Ringgit..."
Pengsan!
Terpempan seketika...
Terkedu pun yer...
Macam tu sekalik... apsal tak letak RM4.20 ker...
Dah untung apa...
Argkhs!

Cengginie je pun rupanya Nasi Goreng Cendawan tuuuuuuuuuu......


takdelah Cendawan sangat pun... with a few bites of ayam.. and cendawan yang ketara sangat tak sefresh mana...

Tapi sebab aku beli MAKANAN kan..malas la nak persoalkan sangat.. melainkan... lenkali fikir2 la dulu baru nak makan situ lg...

Hari nie, lepas geram punya pasal.... aku pun Burgermbira la di Burger King!!!!!


Wednesday, September 11, 2013

TOLONG CLEARKAN STOCK TUPPERWARE SAYA

Salam Rabu ~

Yeah.. sekarang saya boleh dikatakan 90% berhenti dari menjual Tupperware, walaupun masih giat menjual produk2 yang bernaung di bawah satu bumbung iaitu Pomegranate Full Spectrum, Naturcare, NNWF, Rice Dispenser dan Asian Meal.

Saya ada ready stock Tupperware yang masih berbaki di rumah untuk dijual. So, kepada yang berminat nak membeli, boleh pm inbox ke FB saya or sms/whatsapp 0176073815 yer.

TWINKLE TRAINING CUP
HARGA ASAL RM29.90
HARGA SAYA RM26 SIAP POSLAJU
TWINKLE STRAW TUMBLER
HARGA ASAL RM29.90
HARGA SAYA RM26 SIAP POSLAJU
STRAW BRUSH
RM5.00
POS GUNA SAMPUL DAN SETEM RM1.00
GARLIC N ALL KEEPER
HARGA ASAL RM63.20
HARGA SAYA RM55 SIAP POS
JUICER
TEMPAH PERAH JUS OREN TU...
RM16 JE SIAP POSLAJU
CAKE GIFT SET
WITH OR WITHOUT CAKE RM42 SIAP POS
ADA LAGI BARANG KAT RUMAH TU AKU NAK LET GO..TAPI X SEMPAT NAK MENGOREK.. KALAU AKU LARAT MALAM NIE AKU GODEH2 LA... RIMAS DAH SEBAB X GUNA SO BERSEPAH CAMTU JEK...

NANTI UPLOAD LAGIK :-)

Tuesday, September 10, 2013

SHAKLEE: COQHEALTH PLUS - UNTUK JANTUNG SIHAT & KULIT CERAH BERSERI

Salam Shaklee ~

Hari nie aku nak perkenalkan CoQHealth Plus, salah satu daripada produk terhangat keluaran Shaklee. CoQHealth Plus nie baru dilancarkan pada June 2013. Dan hasilnya, ianya memang hangat di pasaran! CoQHealth Plus nie banyak khasiatnya. Salah satu yang paling utama adalah meningkatkan kesihatan jantung, melancarkan perjalanan darah dan menjadikan kulit kusam tampil lebih muda dan cerah berseri.



Nie info yang aku dapat dari atok nenek susur galur Shaklee aku la. Baca tau...

CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus adalah produk yang baru dilancarkan pada Jun 2013.
Ia mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg Coenzyme Q10 (CoQ10), 10mg Vitamin E dan 10mg ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah CoQ10 . CoQ10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ia bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga di setiap sel. Ianya juga paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Keunikan CoQ10 Shaklee berbanding CoQ10 yang lain :

1. Anda tidak perlu memakan 1.7kg ayam ATAU 28 cawam sayur brokoli untuk mendapatkan 28mg CoQ10 dari CoQHealth Plus.

2. CoQ10 Shaklee digabungkan bersama Vitamin E untuk memantap dan mengukuhkan lagi fungsi antioksidanya kerana CoQ10 dapat mengitar semula dan menghasilkan Vitamin E, untuk perlindungan antioksida berterusan.

3. Ekstrak The Hijau mengandungi procyanidins yang dipercayai dapat membantu kesihatan endothelium, lapisan tisu pada kapilari darah dan jantung.

4. Coq10 diproses daripada sumber semulajadi secara kaedah penapisan yis. Sumber semulajadi yang digunakan telah diuji secara mendalam, diyakini ramai dan mempunyai bioavailability yang tinggi. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai pada masa kini.

5. Bebas daripada Gluten



Di antara fungsi CoQ10 :

•Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
•Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
•Meningkatkan peredaran darah
•Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah Coenzyme Q10 yang boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen CoQ10 amat disyorkan setara dengan kandungan CoQ10 dalam badan yang semakin merosot.

Manfaat lain CoQ10 :

 1 - kesihatan kardiovaskular
 2 - menangani penuaan
 3 - menangani tekanan darah tinggi
 4 - menangani keletihan
 5 - kesihatan ginjal
 6 - migrain
 7 - kesihatan saraf & otak
 8 - terapi Statin
 9 - menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10 - kesuburan lelaki
11 - kesihatan pergigian

Cara pengambilan : 1 kapsul sehari selepas makan. Sebaiknya diambil pada waktu malam sebelum tidur.

* Jauhi daripada kanak-kanak. Ibu mengandung, menyusu bayi atau pengamal ubat tekanan darah tinggi perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menggunakannya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.



PROMOSI ISTIMEWA BULAN SEPTEMBER ~ BELI 6 BOTOL COQHEALTH PLUS DAN DAPATKAN SEBOTOL PERCUMA! ATAU BELI SEBOTOL PADA HARGA ISTIMEWA! SILA SMS/WHATSAPP 0176073815 UNTUK MAKLUMAT LANJUT


DENGAN RENDAH HATI, SAYA MENJEMPUT KALIAN... :-)

Assalamualaikum WBT Warga Online Tidak Kira Di Mana Anda Berada...

Dengan rendah hati, penuh keikhlasan dan senyuman mesra (dari saya yang memang payah bab senyum-senyum nie), saya ingin menjemput semua yang singgah di belog saya yang tak seberapa ini untuk ke Facebook Page saya: Merak Foods, Health & Beauty.

Kepada sesiapa sahaja yang memerlukan konsultansi kesihatan, runding mesra dan ingin membeli produk Shaklee, Nutrimetics dan Tupperware, silalah inbox saya di Page tersebut ataupun boleh sms/whatsapp di 0176073815.

Thanks for your support that is greatly appreciated :-)



Monday, September 9, 2013

AT THE END OF THE ROAD

Salam Penghujung Isnin...

Mungkin jodohku dengannya tidak panjang...
Mungkin sudah tertulis Allah akan menemukan aku dengan yang lebih baik...

Setidak-tidaknya aku kenal sudah siapa dirinya...
Sia-sia aku korbankan masa aku untuk membantu...
Penghujungnya aku dilayan sebegini....

Pasrah, Allah knows the best!

Friday, September 6, 2013

TIPS ZIKIR PEMURAH REZEKI

Salam Jumaat ~

Lagi koleksi zikir untuk murahkan rezeki terutama bagi yang meniaga :-)

Zikir2 Selepas Solat:
1. Istighfar 33x
2. Salawat (Pembuka) 100x
3. La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azim 100x
4. Al-Ikhlas 100x
5. Selawat Penutup 100x
6. Ya Wahhab 100x / 300x / 1000x sehari

If you are dead serious untuk mencari rezeki yang halal dan berkat, do it!

Thursday, September 5, 2013

POST PASAL MAKAN-MAKAN TAPI TAKDE GAMBAR

Sorry eh!
Nak citer pasal makan-makan nie..tapi buat julung kalinya..takde gambar!
Hari nie ada jamuan raya kat opis... kira besar-besaranlah sebab combined semua project kat block nie...
Makan pun awesome...kira berbaloilah untuk aku yang level engineer nie yang kena bayar RM30... mereka-mereka yang bukan level exempt nie bayar RM10 jek (tu pown ramai yg refuse to join)... manakala manager kena bayar RM100 (ada yang salty-nose-shit tu bayor RM50 je tanpa rasa bersalah...weks!) dan level senior manager and so on tu kena contribute more-lah!

Meriah la... masyarakat berbilang bangsa dan kaum makan secara berjemaah: Melayu, Cina, India, Indonesian, Vietnamese, Indians, Banglas, Nepalese, Myanmar, and ada yang tertinggal? Mungkin ada kaum minoriti..tapi seronok la... semua enjoy makan like hell!

Menu:
1. Nasi Beriyani
2. Ayam Masak aku tatau apa tah.. ayam beriyani kot
3. Gearbox Masak Merah - super duper awesomeness like hell yo!
4. Acar
5. Dalca Ayam - x menyengat..kambing would be better
6. Satay dan aksesorinya
7. Roti Jala
8. Lemang
9. Rendang Hayam
10. Kari Hayam
11. Bubur Pulut Hitam
12. Air Anggur Terlebih Gula
13. Buah oren
14. Kuih Karipap
15. Kuih2 Raya

Awesome! Nasib baik takde kambing golek! Hahaha

Memang bestla

Aku paling suke Gearbox Masak Merah... first time aku makan...nak sedut lelebih malu..silap bagi tutor kt geng2 Cina mcmana nak menggayakan amik straw dan sedut som-som dia!

Persoalannya sekarang... apakah ini kali terakhir jamuan hari raya Aidilfitri ku di venture?

...sempat main2 mata dengan boss tadi.... hahaha!!!

Wednesday, September 4, 2013

SET DIET UNTUK SI TEMBAM YANG POKETNYA KURUS

Salam Sihat Cantik Menawan For All Yang Sudi Menjengahkan Diri Ke Belog Yang Tak Seberapa Ini :-)

First and foremost ~ hari ni jiwa rasa bahagia dan berbunga-bunga sangat. Kenapa yer? Kerana bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan lebih gembira sebab minggu nie so far takde gangguan mental dari parasit-parasit kat office nie. So, kerana mood happy ini... aku nak sharekan sesuatu yang pasti membuatkan mereka-mereka yang tembam dan comel tetapi poket dan kurus kering sebab melayankan nafsu makan yang naga buana tu makan itu ini sampai jadi paling comel (macam yang tukang tulis nie la..kikikikikiki....) rasa gumbira, happy dan bersemangat nak slim down tanpa menambahkan ke'slim'an poket korang yang dah sedia slim... Yer, aku faham sangat...tak semua orang berkemampuan, apatah lagi dengan minyak yang dah naik harga skang (first time I mentioned about harga minyak naik okeh!)

Bila sebut pasal nak kurus nie, ada sesetengah orang yang sanggup ambil risiko dan membahayakan diri sendiri apabila datang rasa terdesak sangat nak kurus. Sebagai contoh ~ bila jatuh cinta dengan jejaka dambaan se-pejabat or se-kuliah, atau dok diejek 'gemak' oleh kawan-kawan, family perli-perli tak de lelaki berkenan sebab lemak menggelebeh sana-sini atau orang pandang semacam je bila tengok pakai peplum tapi ada bonjol sparetyre kat pinggan... betul ke bohong? Sudah pasti betulllll kan?

Keadaan badan yang GEMOK ini bukan kita minta pun. Tak semestinya orang kaya je gemuk sebab banyak makan pasal banyak duit, ada juga orang yang biasa-biasa pun gemuk... ini Allah punya kerja. Allah pula takkan mengubah nasib seseorang itu kecuali dia berusaha untuk mengubah sendiri. GEMOK tu sinonim dengan TIDAK SIHAT & TIDAK CANTIK - Dua-dua tu penting terutama untuk perempuan la kan.. so, walaubagaimana terdesak pun korang-korang yang gemuk gedempol kat luar tu (termasuk aku!)... pilihlah produk yang selamat sebagai supplement bantuan untuk menguruskan badan. Salah pilih, korang akan kurus poket + kurus badan sebab sakit dan terpaksa tanggung kos perubatan plak sebab rosak buah pingganglah itulah inilah.... so watch out!

Thanks sebab tak jemu membaca entry ini :-p

Now only we come to the point yang aku nak cakap dari awal tapi tak tercakap-cakap.
Kalau sebelum nie korang-korang maybe fikir 18 juta kali sebelum nak berdiet dengan cara yang tak merabakkan poket... sekarang tidak lagi. Ini sebab korang boleh mencuba Set Slimming Shaklee dengan harga yang sangat-sangat-sangat berpatutan! Yes aku sendiri mengaku Shaklee nie mahal weh...tapi apalah sangat berbelanja lebih untuk kesihatan, kan? memang betul..tapi kalau berbelanja lebih untuk kesihatan sampai takde duit nak bagi anak-anak makan ...mana boleh kan? So, bagi mereka yang nak berdiet secara sihat, selamat, semulajadi dan terjamin.... mari kita plan beli Set Slimming Bajet Shaklee nie:


Set Slimming Bajet nie... cuma ada 2 produk jek yang confirm cukup untuk stok sebulan. Maka Inshaa Allah tidak membebankan poket like tetiba stok habis tengah2 bulan ker... boleh plan amik skang then next gaji amik lagi satu set untuk bulan berikutnya... kan? Jom kita bercerita how does this set work:

Set bajet nie ada 2 produk - Lecithin & Alfalfa. Both of these memainkan peranan yang penting bagi membuang lemak-lemak terkumpul dalam badan anda.

Lecithin
Lecithin berfungsi mengemulsikan lemak yang bertimbun-timbun dalam badan

Alfalfa
Alfalfa pula mendetoxkan segala toksik dalam badan. So Selepas Lecithin tu mengemulsikan lemak.. Alfalfa pula membantu mengeluarkan lemak-lemak itu dalam badan.

Simple understanding, right?

Dan dalam mana-mana bentuk diet sekalipun, paling penting - kena minum air banyak-banyak.

Inshaa Allah, apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Takdelah korang kena berlari-lari kuda ke tandas dek kerana ceri-beri (sebagaimana impak sesetengah produk nak slim-slim nie) Korang tak perlu risau sebab produk nie dihasilkan dari bahan semula jadi..so takde bahan kimia yang merepek-repek yang merosakkan buah pinggan, usus etc etc.

Dan Shaklee nie HALAL yer.... tu paling penting!

Jadi... kalau ada yang berminat nak cuba, dan nakkan free consultation..jangan malu jangan segan. Sila roger. Boleh inbox kat FB atau sms/whatsapp jek ke Eca 017-6073815.

Jom lumbe...siapa kurus duluuuuuuuuu...........!!!!!!!!!!!!!!!


PETUA UNTUK ISTERI ~ JENG! JENG! JENG!

Salam Semua ~
tetiba aku teringat petua yang member aku dengar dari Ustazah Bahiyah (kalau x silap aku la..)
tetiba rasa aku kena kongsikan petua nie untuk kamu di sana di sini dan di situ yang bergelar isteri atau yang bakal bergelar isteri
supaya kamu sentiasa cantik luar dan dalam di mata suami kamu-kamu yer...

1. Petua nie boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja regardless of the age
2. Petua nie dilakukan selepas solat Isyak ye...
3. Sila lakukan dengan konsisten, yakin dan istiqamah :-)

* Ambil segelas air
* Baca Al-Fatihah 1x
* Baca Ayatul Qursi 1x
* Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x
* Hembuskan ke dalam air tadi dan minum
* Niatkan dalam hati untuk menjaga kecantikan diri + untuk kebahagiaan rumah tangga


Best of luck ladies... jom kita cuba amalkan bersama2 :-)

Tak perlu nak berjamu serapah untuk kelihatan cantik....


Tuesday, September 3, 2013

SET BAJET SHAKLEE

Salam All ~ :-)

Lama tak update belog yo? Ha'ah memang agak lama, atas dasar kesibukan, tekanan mental di tempat kerja, ketidaksempatan ... walaupun idea mencurah-curah nak menulis... terutama sinambungan next episod Kisah Cinta Aku Dan Dia tu.. hehehe..

Tapi... sebelum nak sibuk baca kisah cinta orang lain... apa kata korang semua cintai diri sendiri dulu.. kerana kesihatan diri sendiri itu amatlah penting supaya kita mampu menjaga dan melayan insan-insan tersayang kita dengan sempurna....

Well, rasanya semua sedia maklum.. bila sebut pasal Shaklee nie, ada yang meremang bulu dada roma or malas nak layan sebab harganya mahal.... yer, memang betul nilai kesihatan itu adalah priceless! Ada yang sanggup berhabisan beratus ribu sebulan demi kesihatan diri... tapi, kesianla pula bagi golongan yang kurang mampu... kan? Atas dasar fair and square, di sini aku nak kongsikan set kesihatan Shaklee untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak menggunakan produk Shaklee yang marvellous ini, dan juga golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang concern tentang kesihatan.. yang nakkk sangat guna Shaklee.

Hopefully, melalui Set Bajet Shaklee ini, anda sekalian dapat sama-sama join guna Shaklee tanpa merabakkan poket anda :-) Health is Wealth :-)

Ada 8 Jenis Set Bajet Shaklee nie :-)
1. Set Slimming = Lecithin + Alfalfa Complex
2. Set Menyusu = ESP + Alfalfa Complex
3. Set Sendi Tulang = AJHT + Ostematrix
4. Set Kecantikan = Vita-C + Vita-E
5. Set Hamil = B-Complex + Vita-Lea
6. Set Kanak2 = Mealshake + Omega Guard
7. Set Kesuburan = GLA Complex + Zinc Complex
8. Set Kulit / Jerawat = ESP + GLA Complex

Untuk mengetahui fungsi setiap satu, jangan buat-buat tak nampak yer...kat atas tu clear dah nama, no telefon...sila la sms or whatsapp sampai telefon nie berasap... Inshaa Allah, aku akan bagi konsultansi terbaek untuk korang semua :-)

P/S - Aku guna set nombor 1 tu.... hehehe....