Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, October 28, 2008

{ GAMBAR BUKA PUASA @ SOFITEL }

Salamsz...
Mcm agak lama jek tak update blog nie kan? sian jek..sebab aku tgh agak busy menceburkan diri dalam dunia Google Adsense.. so sesiapa yg sudi silakan melayari blog terbaru aku - http://wellbeing2u.blogspot.com/. Tapi jgn risaula, pasal this blog will always keep it alive, sbb nie personal blog aku...untuk release tension, layan perasaan..share suka duka..huhu... maka sendiri mau ingatla...
Aku rasa belum terlewat nak share gambar berbuka puasa kat Sofitel Hotel masa bln puasa hari tu. Aku dah lama nak share, tapi tuan empunya kamera lambat mewar-warkan gambar pada aku, maka lambatlah aku upload...hehe..dia peram dolu agaknya memorycard dia bagi berbisa..hehe...whateverla yer encik Andik.. so, selamat melihat gambar2 buka puasa.. thanks a lot pada my reporting manager (yer.. you are still my Reporting Manager based on Outlook Info wahai Encik Ismail bin Abdullah...) yg membelanja kami-kami semua berbuka puasa kat Sofitel...bkn selalu dapat mkn mcm tu..hehe..and kambing BBQ dia memang hebat...!!! Tahun depan tukar ri Marriot ke..Hyatt ker or Puteri Pacific plak yer...hehe...

Gambar Kenangan MIS Team Flextronics Senai 3 (cuba tgk tgn En. Ismail..hehe)

Aku (kakak sulung), Sani & Andik..makan beb...makan...free plaks tu..haha

Aku ngan adik bongsu MIS, Jepon...hehe...dia nie 'Label Manager' tau...jgn memain!


Detik-detik akhir kemesraan En. Ismail dan 'anak bongsu'nya...jgn sedih, Jepon...!!!

Friday, October 24, 2008

{ SEJENAK MENGENAI 'CINTA' }

What LOVE is all about?

Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati! Siapakah PENCINTA HEBAT di Zaman ini? Ina Naim? Lydia Ibtisam dalam IMPIAN ILYANA? PUTERI SARAH LIYANA dan MAWI? Elyana atau OPIE dalam DUNIA BARU? JULIE ZIEGLER dalam KAYANGAN? Apa-apa pun cuba renungkan erti CINTA di bawah!

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Tuesday, October 21, 2008

{ The Day Kak Long Fell Down :( }

Hi All,

Salam semua... well, it was not a very good weekend for me at all. As usual, I was working on Saturday to support Jupiter (half day only).After that, balik rumah...hsbd aku ajak balik Kota Tinggi. Aku pun tatau kenapa kali nie bila dia ajak balik umah mak dia aku rasa beratgiler babays, and rasa mcm nak mengamuk jek. Maybe it was the sign that something was about to happen to my very darling beautiful daughter named, Nur Anis Suraya.

Thing happened on Sunday afternoon. Nobody at home except the four of us. Kak Long (Anis lah...) masa memula tu main dengan Eiman yg baru bgntidur while aku sambung tidur while Eiman dah bgn. Pastu Eiman masuk bilik nak mintak 'upah' dia (susu la..apa lagik..). Ayah diorang doktgk TV kat ruang tamu, and Kak Long mcm biasala..main sendiri.. berlari ke depan ke belakang.

Kak Long Anis dengan dahi bertampal...

Peristiwa tu berlaku cepat giller...aku dengar bunyi Anis jatuh. Then dia mula menangis. Dia menuju ayah dia la aku rasa, and suddenly lakiaku jerit... 'YA ALLAH ANAK AKU, APA LA KO DAH BUAT NIE..!!' I never thought something serious would happened to her. Ingatkan dia pecahkanbarang apa-apa ker.. or etc etc.. until laki aku panggil aku... berderau dada aku...
Dahi Kak Long berdarah!!! Masa aku tulis nie pun aku masih boleh rasa menggigil lutut aku. Isk..darah meleleh sampai ke hidung..menitis ke baju,ke skirt..and in fact ke lantai... banyak sangat. Berlubang dahi dia... aduhai, anak mama yang sangat cantik tercedera sebegitu rupa :( Hatimana tak rasa sedih, sebak, hancur and how I wish i could transfer all the pain to myself (or laki aku..) Kelam kabut mencari anything untuk ubat,aku capai tuala, basahkan and suh laki aku bersihkan dulu luka tu. Letak minyak gamat yg tinggal secotet, laki aku gi kedai cari ubat kuningand handyplast while aku tekap lukanya sambil dia baring kat pangkuan aku. Dia dah tak menangis. Cuma aku terus bercakap dgn dia agar dia sentiasaconscious. korang pun tahulah kecederaan di kepala, mana boleh main-main.


Wound @ Kak Long's forehead. Pity her, the cut is quite deep...

Kalau bawak gi hospital, gerenti kena jahit. Makin terukla rupa anak dara aku nanti dengan 'lipan' kat dahinya yg putih licin tu...uwaa..!!So, laki aku kata try dulu kat rumah. Aku rasa keberatan sebenarnya...terpaksa follow gak. After dressing etc, Kak Long tidur. Sian dia..and dalam kerisauan aku lega bila tgk lepas dia bangun tidur, aktif dan lasaknya mcm takde apa-apa berlaku.


Hati tetap risau, so aku ajak jugak laki aku gi klinik semalam. So, Isnin (20-10-2008) aku amik emergency leave. Bawak both Kak Long & Eiman gi Klinik.Routine check up and cucuk for Eiman dan rujuk kes Kak Long pada yang lebih pakar. Alhamdulillah, can opt between jahit or not for Kak Long..which meansshe is kinda okay..sebab lukanya yang berlekuk dan berlubang tu bersih tanpa nanah (no infection) and lukanya dah bercantum semula (cannot imagined kalu stillternganga... arhh..tidak..!!) And Kak long dibekalkan dengan antibiotik utk elak infection dan ubat2. So happy she is OK. Dan so strong,sebab takde sekalipun dia menangis time ayahnya or aku bersihkan lukanya. Bukan senang nak dapat budak umur 3thn lebih that strong tau.Dan selera makannya pun mcm biasa.. begitu juga lasaknya...

sakit-sakit pun boleh posing lagik..sabar jelah aku..!!

Aku doakan dia sejahtera selalu. Aku akan usaha cari penawar terbaik untuk kesan parutnya nanti. Moga dia akan kembali seperti biasa,si cantik manis without any scars... Kak Long, Mama sayang sangat Kak Long... jangan notty-notty tau...!!!

Saturday, October 18, 2008

{ MY FIVERS - part 2 }

Today I am so bored in the office. My work is partially done and before I proceed with my personal work report, I am going to continue with the Part 2 of My Fivers. Hehe...



5 Things I Wanna Do Before I Die


1- Make sure my IBADAH is sufficient
2- Educate my kids to the highest level possible
3- Clear my debts so I will die peacefully and leave people without any revenge to me & family
4- Visit every places I am dying to go
5- Say Sorry To Everybody

5 Most Admirable Sportspersons

1- Datuk Nicol Ann David - successful Malaysian athletics who gained my full respect :)
2- Kimi Raikkonen - been admiring him since I becoming an F1 Fan because he was so young on that time yet successful, pity him as luck not always on her side...but he always wins my 100% support!!!


3- David Beckham - during his good old days... (sigh!)


4- Michael Schumacher - although he can be so annoying, but he annoyed me in a good way by becoming 7 times world championship.


5- Nurulhuda Abdullah - she was the greatest ever Malaysian swimmer who I used to follow her news and events when I was in the primary school.





My 5 Favourites Cooking Utilities @ Home


1 - My Non-Stick Tefal Frying Pan - which my hsbd always used with sudip besi...arrggghhh!!! I told him not to use that but he won't listen!
2- My Tefal Electric 3-Tier Steamer - because I always like steamed fish & steamed food good for health also.
3- My Kenwood Food Processor - which I never used yet.
4- My Clay Pie/Lasagne Bowl
5- My GBP2 Knife Set of 6 - been serving me for 8 years but still looking new

Enough for now I guessed... Need to continue my work before 'zoom' home for Sinopec F1 Qualifying @ CH813, 1.57PM... yeaaaayyyyyyyyyyyyyy....!!!

Wednesday, October 15, 2008

{ My FIVERS - part 1}

Just for fun to get rid of my boring lunch-less lunch hour... so I came out of this post called My FIVERS. I will list 5 things I love, I hate, I wish, I loath, I want, I admire bla bla bla... absolutely whatever come across my mind.

So, Part ONE guys...!!!

5 Places I Wannabe
1. Manchester, United Kingdom - it's been more than 5 years since I left UK for good. Wish I was there...
2. Monte Carlo, Monaco - somewhere I wish I could visit (and settle down only if I was a billionaire)
3. Pangkor Laut - chill out and have a long luxury breakaway...
4. New Zealand - I've been dreaming to visit New Zealand for so long...
5. Aberdeen, Scotland - secluded and cool (cold as well..haha!)





5 Western Foods I Can Never Resists
1. British Fish & Chips - oily, fatty yet so tasty!! with excess vinegar and mashed green peas as a sideline.
2. Lasagne - the one I love is the one I cooked myself.
3. Chicken Kievs - the one I always had in Barnes Wallis
4. Steaks - San Francisco Steakhouse is the best, not to mention the price to pay..hehe..
5. Chicken Pies with loads of gravy and again..mashed peas

5 Favourite Programmes in Astro
1. Formula 1 GrandPrix (live) at Channel 813 - go Kimi go..!!
2. CSI Miami - The only CSI I loved...Horatio is very cool! Calleigh & Boavista are gorgeous!!
3. Prison Breaks - also in 8TV when the season comes
4. Man Vs Wild - Bear Grylls is so cool
5. The Amazing Race Asia - best of luck, Malaysian Team!


Tuesday, October 14, 2008

{ SUSU ANLENE CONCENTRATE }

Tetiba hati aku rasa terpanggil untuk introduce satu segment baru dalam blog aku nie. Hehe.. segment yang aku nak introduce kali ini adalah My Testimonial. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan semua yang sudi menjengah blog aku nie tentang what do I think as a consumer pada barang-barang harian yang aku guna. Tak kiralah apa juga barang..benda-benda ker.. makanan ker.. etc etc... Hope it will be useful. Jgn risaula.. aku bukannya jenis suka nak kondem-kondem nie.. and aku bkn juga jenis kaki kritik tahap tak ingatnyer...tak macam sesetengah manusia tu. I will try to be as honest as possible okay...


Okeyla... as a beginning... aku nak share ngan korang pasal pandangan aku kepada Susu Anlene Concentrate yang sedang hangat diiklankan di kaca tv mupun suratkhabar etc etc. Memang cukup teruja tengok iklan Datuk Michelle Yeoh berkungfu sakan... some more aku mmg minum Anlene juga dulu so the status ditekak aku mmg kiranya powerlah... so, I expect the same for the new product as well.


Aku beli Susu Anlene Concentrate kat kedai near to my house. Kotak kecil comel, packed of four. memang menawan and compact. Until I tasted it.... yuuuurrrccckkkssss...!!! It is really beyond my imagination as a forever milk fan... not in a a good way... I don't think it suits me at all. The milk was thick.. I mean. PEKAT and the taste was bad... too sweet and the vanilla flavour is beyond the limit where I can accept... tolonglah... I can't take it...



Maybe juga aku bukan jenis suka menda manis... tapi tataulah... my verdict - 1/10. Sorry guys...!!

Wednesday, October 8, 2008

{ MARI MEMASAK 4 }

Huhu..dah lama tak post pasal masak-masak yer...okay, this time I would love to share the meal I cooked lat Sunday, after 4 days of Raya & post-Raya meals. Tekak aku mmg dari hari tu terasa-rasa nak makan Siakap 3 Rasa yg resipinya aku dapat dari cik Yanie kiter.. hehe.. aku olah sket resipi yg dia bagi since ada bahan yg takde kat rumah. Maka jadilah resipi Siakap 3 Rasa versi Norafesa.....




SIAKAP 3 RASA

bahan-bahannya:

1 ekor Ikan Siakap - size depend on berapa perut nk mkn, bersihkan (ni tugas tetap laki aku pasal aku mmg kureng reti menyiang ikan besau-besau nie)
Tepung Jagung
Cili Kering - dikisar, skang byk jual cili kering dah siap blen kat kedai. mudah & save masa
Bwg Besar - potong wedges bg cantik
Bwg Putih - racik halus
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Sos Ikan / Nampla
Kicap
Lada Benggala (lada biasa pun boleh, potong kasar)
Nenas dalam tin - kiubkan
Cili api - lagi banyak lagi best, potong kasar
Garam & Gula
Daun sup for garnishing

Tumis cili kering, bawang besar, bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan segala jenis sos. Tambahkan air sket bagi ada kuah. Then masukkan nenas, lada, cili api. Tambahkan gula dan garam.

Untuk ikannya plaks - lumurkan dengan tepung jagung dan garam. Pastu goreng sampai rangup dalam minyak banyak. Toskan minyak, hidang dlm pinggan panjang dan curahkan sos yang dimasakkan tadi. Pastu hiaskanlah dengan daun sup dan bawang goreng.

Memang yummy dimakan dengan kailan ikan masin & tomyam. Tapi sebab anak dara aku demam time tu, tomyam ditukarkan kepada sup ayam. Hehehe... korang nak jugak ke resipi sup ayam dengan kailan ikan masin? Tak payahlah kan..sebab senang sangat.. so aku sedekahkan gambor je la ekk... selamat melelehkan air liur... huhuh... :)

{ BLOG RAYA PART THREE - WAJAH CERIA MY KIDDOZ }

Hari Raya... bagi aku dah lama meaningless... selain dari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, other things are totally nothing. Walaupun kadang-kadang kenangan lama ketika beraya di UK menggamit kenangan... (my good old days), hati menjadi rindu... ewahhh...!! Bagi aku, raya skang more untuk anak-anak jek. Seronok melihat mereka berbaju baru, seronok melihat keletah diorang meratah makanan yg serba enak, seronok melihat mereka girang mengutip duit raya...dan aku pun seronok menyimpan duit diorang untuk bekalan masa depan. I don't believe in spending duit raya for non-sense...like beli brg emas, beli toys etc. Mungkin aku dah dididik oleh mak aku sejak kecil lagi, setiap duit raya aku serahkan pada dia dan dia akan simpan dalam akaun BSN aku (on that time larrr...) And proudly to say, itulah wang tambahan poket aku ketika aku study kat UK dulu... and aku nak Kak Long & Eiman turut merasakan betapa seronoknya bila tgk duit dalam bank banyak dan they won't have any financial problem tatkala mereka menuntut ilmu kelak...

Aku nak share gambar-gambar anak aku during raya. Hehe.. gambar aku ngan laki aku x de yerk..zaman posing maut dah lama berakhir dlm hidup aku (kecuali klu aku berjaya turunkan berat badan aku ke 60kg then aku akan suka posing balikla yerk..hekhekhek...)




Monday, October 6, 2008

{ BLOG RAYA PART TWO - HARI RAYA CARD OF THE YEAR }


...Huhu.. Part Two....
Rasanya korang semua pun tau, pada zaman sains dan teknologi ini, beban kerja Pos Malaysia jauh lebih rendah dari 10 tahun dulu, kalau dulu berebut-rebut nak gi pos opis untuk send kad raya pasal takut tak sempat tiba..skang semuanya via e-card atau sms pun jadi, kerana mesej yg paling penting adalah Ingatan Tulus Ikhlas. Zaman dah berubah, semua memilih jalan yang simple dan murah... kalau nak tau, tahun nie personally aku cuma dapat 2 keping kad raya dari Ayie, kawan baik aku dunia akhirat dan juga Aidahani, my ex-schoolmate yang aku cukup respect dia punya initiative mengkeepintouchkan diri dengan semua rakan dan taulan... wa salute lu, Aida...!!!

Yang aku nak story kat sini is the card that was arrived on the 30th September 2008. Rasanya, this is the only card yang laki aku dapat tahun nie (unless ada yg bagi by hand or alamat kampung dia la...) Anis yang collect dari peti surat dan serah pada aku. Dialamatkan kepada suami aku, dengan dakwat hitam..tulisan tak secantik tulisan aku.. (pigiii dah ko Eca...!!!), so aku terus suh Anis bagi pada ayahnya... dlm hati aku dup dap dup dap... awek manakah yang hantaq kad raya kat laki aku.. wakakakakar... just joking, frankly speaking aku tak kisah sangat pun. And aku tinggalkan dia nak jiwang karat ngan kad tu while aku naik ke bilik nak kemas beg untuk balik raya kat rumah mertua...

Suddenly dia jerit dari bawah... suh aku turun... dari tangga dia dah tanya aku..cuba teka saper bagi kad raya. Aku cakaplah aku tatau... I can't think of anyone except one... huhuhu.. ingatkan kot-kot bos lama dia si Azam Zaman kat Putrajaya ker.. pasal aku nampak stem tu cop KL. Dia terus hulur kat aku kad tu dengan keadaan terbuka... HUUAAAA....!!!! Kad raya dari Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim & Family...!!!! Macam tak percaya beb... giler per.. masa memula tuh aku memang macam tak percaya jugak la... yo-yo jek...rupanya laki aku join club DSAI... and ktorang pastu sama-sama dok mengkaji signature pada kad raya tu, definitely genuine one... yela..selalukan kalau kad banyak-banyak nie diorang print jek..tapi this card, memang ditandatangani dengan dakwat hitam atas kad tu...which is for us, something very valuable and menunjukkan betapa beliau ikhlas dalam menghantarkan kad ucapan tersebut... bukanlah maksud aku org yg print guna komputer tu tak ikhlas.. tapi, korang faham kot apa yg aku rasa kalau ko dapat apa yang kitorang dapat nie..
.


Aku snap gambo nie guna camera phone jek, belum mampu lagi nak beli digital camera lagi selepas yg jahanam hari tu..so, aku nak share dengan korang yerk... :) Cayalah DSAI...!!!





{ BLOG RAYA PART ONE }

Salam & Good Day Y'All...

At last, 9 days shutdown plus public holidays... I am back to work... arrhhh... HARI MALAS SEDUNIA... as usual la.. Monday.. particularly after a damn long holiday... tapi kira okaylah.. at least kepala otak yang dah macam nak terbarai since ex-boss aku mula menjauhkan diri dari segala tugasannya prior to resignation until the very last minute jobs on the very last day before cuti... so hari nie aku masuk kerja dengan hati yang lapang..perut yang lapang (sebab puasa enam) dan maybe a few kg of fats yg aku tambah balik since cuti yang penuh dengan agenda makan-makan memandangkan hari rayalah katakan...

So, what is the story yang aku nak share ekk..?? Okayla.. let me begin with my Hari Raya journey... dalam diam tak diam 9 hari bercuti tu.. dua kali aku ulang alik JB-Muar tau..ok, my cuti was from 27-9-2008 until 5-10-2008 tau.. so, on the 27th petang tu aku balik Muar naik dengan Rahmat dan Mamat sebab diorang memang cuti panjang untuk beraya also... balik kali nie, aku cuma bawak Eiman jek..sebab jenuhla nak angkut kuih raya sekali... (and jenuhla nnt aku nak bayar duit tambang bas yang dah naik since 15-9-2008 kalau balik berdua..dahla nak balik lagik nanti masa raya kedua...) so, aman damailah... kalau korang nak taulah, journey yg biasanya take only about 2 hours, kali nie mcm nak kematu montot pasal jadi 4 jam! Tapi, well worth it la.. pasal ktorang bertolak dari Kulai jek dah pukul 6 lebih, so Rahmat ikut jalan lama..pasal nak cari tempat berbuka puasa... sekali end up makan dekat kampung mana ntah area Sedenak klu tak silapla.. nice place... and so-so foods with so-so price except for the sotong goreng tepunya yg mcm hampas and jadi bahan gelak kitorg jek..wakakakakarrrr... pastuh aku ingatkan diorang masuk highway, alih-alih sampai ke rumah diorang ikut jln lama.. tapi memang seronokla and aku rasa worth it giler pasal klu ikut highway pun blum sure lagi jalan clear... and bila ikut jalan lama, walaupun raya lagi 3 hari tapi dengan keindahan pelita, lampu-lampu bergemerlapan serta kanak-kanak bermain mercun dan bunga api, aku rasa mcm malam raya la plaks..hekhekhek.. and my baby boy tu plak was so nice and behaved making my journey so easy weasy... he he he....

Bila sampai Muar, dah pukul 10 malam..tapi lively jugala.. especially dapur mak aku... dengan makanan yang terhidang..adeih... dipendekkan cerita, 2 malam aku stay kat Muar before balik ke Kulai on 29-9-2008, puasla aku makan... paling best pekena Murtapiah rekaan adik aku si Yos.. dia panggil Murtabak tapi aku re-brandkan menjadi Murtapiah pasal dia buat pakai kulit popiah..hekhekhek... aku dah ada resipi dia, bahan dlm peti ais pun dah siap... nanti bila dah menjadi, aku post kat sini yerk..hehehe...

Yang tak best balik hari Sabtu adalah aku terlepas Qualifying Session Singtel Singapore F1 GP... huuhuu... 1st ever night race.. sedihla juga dengan result bila My Unsung Hero - Kimi Raikkonen terbabas langgar dinding 4 laps before abis.. frust menonggeng tertonggeng tonggeng aku dibuatnya... uwaaaa.. tapi x per, aku tetap setia jadi penyokong dia... :)

Hari Isnin petang, aku bertolak balik Kulai sebab Selasa tu Taska tutup and Anis x de org jaga...hampeh betul pasal Selasa tu laki aku suka-suki jek amik MC, in other words klu aku balik hari Selasa pun tak per.. huhu..takperla.. dah lepas dah pun.. so... itu part 1 blog raya aku... nanti aku post lagik.... :)