Ingatkan selepas 'au revoir' to Pintarmas, dapatlah nak update belog 5-6 kali sehari ala-ala blogger tegar gitu...malangnya bila kehidupan seharian bersatu dengan perniagaan, huru-hara juga kehidupan dibuatnya! Tapi takperlah, ianya cabaran dan I am trying to cope with it... Inshaa Allah :-)
Pokok pangkalnya diri sendiri dan nawaitu kita....
So, dalam entry kali ini...I am going to share about produk Ana Edar yang sangat hot di pasaran iaitu QASEH GOLD JUNIOR :-)
"Qaseh Gold Junior kan sedapppp" ujar anak sulung aku sambil tengok skrin laptop mama dia nie... |
Qaseh Gold Junior adalah campuran minuman botani yang menggabungkan 15 ramuan unik yang hebat yang mengandungi 8 makanan sunnah unggul dengan tambahan Badam & Bayam.
Inshaa Allah dengan pengambilan secara istiqamah (konsisten), berserta keyakinan dan doa...Qaseh Gold Junior dapat membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran & sistem imun tubuh yang lebih kuat.
Salah satu daripada objektif pengambilan Qaseh Gold Junior adalah untuk membina Generasi yang Cemerlang Fizikal, Intelektual & Spiritual bermula dengan pemakanan yang Halal lagi baik!
APAKAH KANDUNGAN QASEH GOLD JUNIOR?
Semestinya you all semua nak tahu apakah kandungan Qaseh Gold Junior yang sangat hot ini. So, jom kita tengok satu persatu ramuan dan khasiat yang terkandung dalam Qaseh Gold Junior ini.
Kurma
Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam. Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda. kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.
Madu
Dalam surah An Nahlu ayat 69 Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan meningkatkan tenaga! Madu bercirikan anti-bakteria, anti-oksidan dan anti-virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.
Kismis
Kismis membekalkan tenaga dan meningkatkan keupayaan minda! Bercirikan anti-bakteria dan anti-oksidan supaya tubuh kuat melawan jangkitan. Kismis mengandungi mineral yang melindungi gigi dan mata serta menguatkan tulang.
Delima
Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan 'merah bak delima merekah'! Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin & mineral serta anti-oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun cukup popular di negara Mediterranean dan merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah S.A.W yang cukup unik! Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan polyphenols, sejenis anti-okisdan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.
Gingko
Gingko Biloba terkenal sebagai 'herba minda'. Kajian menunjukkan Gingko berupaya merangsang fungsi minda dan menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti-oksidan flavonoid dan terpenoid yang melindungi saraf, otot jantung, pembuluh darah dan retina mata.
Buah Tiin
Buah Tiin, memang my personal favorite dried fruits. Buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak! Merupakan sumber mineral, vitamin dan anti-oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah Tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan dan merangsang kuasa otak.
Badam
Badam termasuk dalam keluarga kekacang. Badam mengandungi riboflavin untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh! Kaya dengan protein, vitamin E dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi serta anti-oksidan flavonoid untuk menyokong kesihatan yang baik.
Garam Bukit
Garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki sistem penafasan dan melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki sistem penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel dan menggantikan elektrolit yang hilang.
Habbatus Sauda'
Habbatus Sauda' juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad S.A.W menyifatkan habbatus sauda' sebagai penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati.Kajian mendapati bahawa habatus sauda' berupaya mempertingkatkan sistem imun tubuh dan membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti-bakteria, anti-virus, anti-histamin, anti-fungus dan anti-oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronkitis, ekzema, alahan dan batuk.
Bayam
Bayam adalah sayur yang padat dengan zat serta khasiat untuk kesihatan. Mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamasi untuk meningkatkan fungsi imun tubuh. Bayam kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anaemia dan keletihan seperti kalsium dan megnesium untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
Air Zam-Zam
Air yang penuh dengan keberkatan dan berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap dan seimbang yang mampu membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Za'faran
Za'faran dikatakan rempah termahal di dunia tetapi kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan. Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi dan zink yang diperlukan bagi menyokong tumbesaran yang sihat dan kuat. Za'faran baik untuk melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman,
Gam Arab
Gam Arab juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati dari pokok Akasia. Gam Arab merupakan prebiotik semulajadi yang mampu menyihatkan usus dan melegakan masalah sembelit.
Pegaga (Centella)
Pegaga juga dikenali sebagai Gotu Kola, mengandungi banyak manafaat kesihatan. Antaranya untuk melegakan masalah ekzema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selesema dan insomnia. Pegaga juga dapat membantu meningkatkan keupayaan mental dan mencergaskan tubuh.
MENGAPAKAH ANAK-ANAK KITA PERLU MENGAMALKAN QASEH GOLD JUNIOR?
Rasanya pasti ada yang bertanya, apa yang bagus sangat Qaseh Gold Junior ini.. kenapa anak-anak kita perlu ambil Qaseh Gold Junior nie?
First of all, kita sedia maklum akan khasiat yang diperolehi dari makanan sunnah. Rasanya, kalau tak ditulis satu persatu khasiatnya seperti di atas..sebagai seorang Islam kita semestinya tahu yang mengamalkan makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. pastinya membawa pelbagai kebaikan selain dari mendapat pahala kerana memartabatkan sunnah nabi. Untuk menguatkan fakta ini, perlu diketahui juga bahawasanya antara makanan pilihan para huffaz adalah madu, kismis dan kurma!
1. TENAGA & MINDA
Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi.
Berkonsepkan 'halalan thoiyyiban' iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan MINDA dan membekalkan TENAGA.
Madu, kurma dan kismis kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka.
Selain dari madu dan kurma, Qaseh Gold Junior turut menawarkan gabungan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti badam. za'faran, gingko, air zam-zam, delima dan habatuss sauda'.
2. SERAT
Anak-anak sering tidak mendapat serat yang mencukupi dalam menu seharian. Akibatnya masalah sembelit sangat sinonim dengan mereka. Bayangkanlah jerit tangis mereka setiap kali ingin 'poo poo'...tidak sampai hati mendengarnya, kan?!
Qaseh Gold Junior membekalkan serat tidak larut dan serat larut daripada kurma serta prebiotik semulajadi iaitu Gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit, Inshaa Allah.
3. SISTEM IMUN
Anak-anak perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi diri dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar.Pada masa yang sama, mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit.
Gabungan makanan sunnah dan makanan terpilih yang bercirikan anti-bakteria dan anti-oksidan dalam Qaseh Gold Junior berupaya membekalkan sistem imun badan yang lebih mentap dan kuat, Inshaa Allah.
4. TUMBESARAN
Gabungan makanan sunnah dan makanan terpilih seperti badam, bayam dan pegaga dalam Qaseh Gold Junior mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi.
Nutrien-nutrien ini adalah sangat diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang lebih sihat dan kuat, Inshaa Allah.
Alhamdulilah ~ anak-anak aku dah pun mengamalkan makanan sunnah dan terpilih ini. Mereka amat menyukainya. Setelah pengambilan beberapa botol, anak-anak aku sekarang jarang dijangkiti sakit-sakit tipikal kanak-kanak like batuk, selesema dan demam. Yang paling nyata, anak-anak aku semakin cerdas dan absorb benda-benda baru dari pengalaman kehidupan seharian.
TESTIMONI PENGGUNA QASEH GOLD JUNIOR
Di bawah ini, aku kongsikan beberapa testimoni pengguna yang mendapat manafaat hasil pengambilan Qaseh Gold Junior. Alhamdulillah :-)
Peningkatan Daya Imun
Menyembuhkan Asma
Anak Tidak Sembelit Lagi
Memulihkan Ekzema dan Batuk
Alhamdulillah...
Semoga dengan perkongsian ini lebih ramai ibu bapa di luar sana yang mendapat pencerahan tentang produk Qaseh Gold Junior ini dan seterusnya kita sama-sama mengamalkan pemakanan sunnah Rasullah S.A.W ini demi memartabatkan sunnah Baginda dan membina zuriat yang cemerlang fizikal, intelektual dan spiritual.
Ameen ya Rabbal Alameen
Untuk mendapatkan produk Qaseh Gold Junior nie, feel free to contact me through Facebook or sms/whatsapp Eca 0176073815.
Moga kita semua mendapat manafaat dari Qaseh Gold Junior :-)
No comments:
Post a Comment