Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, November 27, 2013

AJHT - BYE BYE SAKIT LUTUT !!!

Salam Rabu :-)

Bersemangat sungguh nak update blog hari ini... nak tau kenapa? Sebab produk-produk 'hot' Shaklee now kembali available! Mana taknya..kesian kat customer.. sebelum ini ramai yang bertanya pasal produk Shaklee yang hot malatops tetapi yang hot tu la yang takde stock satu Malaysia. Alhamdulillah...setelah sekian lama tertangguh-tangguh dek kerana takde stock... semalam AJHT dah restock! Jadi hari nie bolehlah aku sharekan ke'power'an AJHT nie dengan semua.... :-)


Advanced Joint Health Tablet

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

KENALI ADVANCE JOINT HEALTH TABLET



Apakah Advanced Joint Health Tablet?

Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, AJHT ialah formula sayur-sayuran 100%.

Siapa yang memerlukan Advanced Joint Health Tablet?

Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Fungsi Advanced Joint Health Tablet

Fungsi Advanced Joint Health Tablet ini, sememangnya yang utama adalah bagi meredakan kesakitan dan menghentikan keradangan sendi.

Tetapi sebenarnya fungsi AJHT ini lebih daripada itu. Mestipun kebanyakan penghidap sakit lutut dan yang seumpamanya mendapatkan AJHT ini, kebiasaannya adalah bagi menghentikan keradangan. Namun begitu, fungsi lebih daripada itu. Antaranya:
- Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin C dan manganese yang - bertindak membina kolagen.
- Meningkatkan keupayaan 'kusyen' dengan glukosamin dari ekstrak boswellia, jadi anda bebas bergerak.
- Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit.
- Meningkatkan fleksibiliti sendi.
- Memperbaiki fungsi sesendi.
- Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.



-----------------------
AJHT Q & A

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

PERBANDINGAN AJHT DENGAN PRODUK LAIN SEUMPAMANYA



Jadi, apa pandangan anda tentang AJHT?
Belum cukup yakin untuk mencuba?
Jom kita tengok testimoni pengguna yang Alhamdulillah telah berjaya memperbaiki kesihatan sendi mereka dengan AJHT :-)







HAAA THIS IS THE BEST TESTIMONI. NAK JUAL SEKAMPUNG KOOOO...... HAHAHAHA.... ADVANCE JOINT HEALTH TABLET MEMANG HEBAT...!!!


So, nie aku summarizekan fungsi ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

AJHT menyokong kesihatan sendi dengan 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi
2. Meningkatkan kesan kusyen
3. Memelihara kesihatan tisu penyambung

Kebaikan AJHT:

1. Menyokong keselesaan sendi
2. membantu mengekalkan tulang rawan
3. memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Sangat berkesan, kesan positif 5 hari selepas pengambilan (Clinical Test proven!)
6. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7. Anti radang semulajadi
8. Diperbuat dari bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja. Asli & semulajadi.
9. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
10. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan juga membekalkan glukosamina (penting untuk pembinaan tulang rawan & lendir sebagai pelincir sendi dalam tendon dan ligamen).

Ciri-ciri utama AJHT:

1. Mengandungi ekstrak Boswellia aktif yang dipatenkan (gam resin anti radang semulajadi), ekstrak jagung (kaya dengan glucosamine) & zink, tembaga, mangan dan vitamin C bagi membantu mengekalkan keselesaan sendi dan pergerakan. Vitamin C penting bagi sintesi kolagen iaitu merupakan komponen utama tulang rawan dan tisu penghubung.
2. 100% vegetarian!
3. Bebas chondroitin
4. Sesuai untuk semua lelaki dan wanita dewasa serta golongan muda yang mengamalkan gaya hidup aktif dan lasak.



Satu botol AJHT mengandungi 60 tablet.
Pengambilan 1-2 biji sehari selepas makan.

lebih info boleh didapati di Facebook aku.

Feel free to pm inbox or contact via SMS/WHATSAPP untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :-)

Eca 1023481
0176073815



Monday, November 25, 2013

COPYPASTE:: BAHAGIA ITU SEDERHANA

Salam Isnin...

What a busy day...
Packing brg bisnes...
Kemas rumah yg mcm kapal karam sebab hari nie Encik Z balik :-)

Jengah sat laptop...ternampak sesuatu yang memang sewajarnya aku simpan untuk panduan dan perkongsian untuk semua... Blessed!!!
------------------------------------

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika tumpukan baju, itu berarti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu berarti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu berarti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih loyal dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu berarti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, karana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.
Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.

Dan karena aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkahi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Amiin

Sunday, November 24, 2013

QASEH GOLD JUNIOR - UNTUK ANAK-ANAK CERDAS, CERGAS DAN SIHAT

Salam Y'All...

Ingatkan selepas 'au revoir' to Pintarmas, dapatlah nak update belog 5-6 kali sehari ala-ala blogger tegar gitu...malangnya bila kehidupan seharian bersatu dengan perniagaan, huru-hara juga kehidupan dibuatnya! Tapi takperlah, ianya cabaran dan I am trying to cope with it... Inshaa Allah :-)

Pokok pangkalnya diri sendiri dan nawaitu kita....

So, dalam entry kali ini...I am going to share about produk Ana Edar yang sangat hot di pasaran iaitu QASEH GOLD JUNIOR :-)

"Qaseh Gold Junior kan sedapppp" ujar anak sulung aku sambil tengok skrin laptop mama dia nie...
APA ITU QASEH GOLD JUNIOR?

Qaseh Gold Junior adalah campuran minuman botani yang menggabungkan 15 ramuan unik yang hebat yang mengandungi 8 makanan sunnah unggul dengan tambahan Badam & Bayam.

Inshaa Allah dengan pengambilan secara istiqamah (konsisten), berserta keyakinan dan doa...Qaseh Gold Junior dapat membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran & sistem imun tubuh yang lebih kuat.



Salah satu daripada objektif pengambilan Qaseh Gold Junior adalah untuk membina Generasi yang Cemerlang Fizikal, Intelektual & Spiritual bermula dengan pemakanan yang Halal lagi baik!

APAKAH KANDUNGAN QASEH GOLD JUNIOR?

Semestinya you all semua nak tahu apakah kandungan Qaseh Gold Junior yang sangat hot ini. So, jom kita tengok satu persatu ramuan dan khasiat yang terkandung dalam Qaseh Gold Junior ini.

Kurma














Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam. Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda. kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering. Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

Madu


















Dalam surah An Nahlu ayat 69 Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkal lagi, madu kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan meningkatkan tenaga! Madu bercirikan anti-bakteria, anti-oksidan dan anti-virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

Kismis














Kismis membekalkan tenaga dan meningkatkan keupayaan minda! Bercirikan anti-bakteria dan anti-oksidan supaya tubuh kuat melawan jangkitan. Kismis mengandungi mineral yang melindungi gigi dan mata serta menguatkan tulang.

Delima

















Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Pepatah Melayu ada memberi kiasan 'merah bak delima merekah'! Secantik isinya, delima juga kaya dengan vitamin & mineral serta anti-oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

Minyak Zaitun


















Minyak zaitun cukup popular di negara Mediterranean dan merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah S.A.W yang cukup unik! Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan polyphenols, sejenis anti-okisdan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

Gingko















Gingko Biloba terkenal sebagai 'herba minda'. Kajian menunjukkan Gingko berupaya merangsang fungsi minda dan menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti-oksidan flavonoid dan terpenoid yang melindungi saraf, otot jantung, pembuluh darah dan retina mata.

Buah Tiin













Buah Tiin, memang my personal favorite dried fruits. Buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak! Merupakan sumber mineral, vitamin dan anti-oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan. Buah Tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan dan merangsang kuasa otak.

Badam











Badam termasuk dalam keluarga kekacang. Badam mengandungi riboflavin untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh! Kaya dengan protein, vitamin E dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi serta anti-oksidan flavonoid untuk menyokong kesihatan yang baik.

Garam Bukit
















Garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki sistem penafasan dan melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki sistem penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel dan menggantikan elektrolit yang hilang.

Habbatus Sauda'














Habbatus Sauda' juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad S.A.W menyifatkan habbatus sauda' sebagai penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati.Kajian mendapati bahawa habatus sauda' berupaya mempertingkatkan sistem imun tubuh dan membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti-bakteria, anti-virus, anti-histamin, anti-fungus dan anti-oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, bronkitis, ekzema, alahan dan batuk.

Bayam


















Bayam adalah sayur yang padat dengan zat serta khasiat untuk kesihatan. Mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamasi untuk meningkatkan fungsi imun tubuh. Bayam kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anaemia dan keletihan seperti kalsium dan megnesium untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Air Zam-Zam














Air yang penuh dengan keberkatan dan berupaya merawat pelbagai penyakit. Mengandungi mineral yang lengkap dan seimbang yang mampu membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Za'faran


















Za'faran dikatakan rempah termahal di dunia tetapi kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan. Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium, potassium, zat besi dan zink yang diperlukan bagi menyokong tumbesaran yang sihat dan kuat. Za'faran baik untuk melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman,

Gam Arab














Gam Arab juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati dari pokok Akasia. Gam Arab merupakan prebiotik semulajadi yang mampu menyihatkan usus dan melegakan masalah sembelit.

Pegaga (Centella)














Pegaga juga dikenali sebagai Gotu Kola, mengandungi banyak manafaat kesihatan. Antaranya untuk melegakan masalah ekzema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selesema dan insomnia. Pegaga juga dapat membantu meningkatkan keupayaan mental dan mencergaskan tubuh.

MENGAPAKAH ANAK-ANAK KITA PERLU MENGAMALKAN QASEH GOLD JUNIOR?

Rasanya pasti ada yang bertanya, apa yang bagus sangat Qaseh Gold Junior ini.. kenapa anak-anak kita perlu ambil Qaseh Gold Junior nie?

First of all, kita sedia maklum akan khasiat yang diperolehi dari makanan sunnah. Rasanya, kalau tak ditulis satu persatu khasiatnya seperti di atas..sebagai seorang Islam kita semestinya tahu yang mengamalkan makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. pastinya membawa pelbagai kebaikan selain dari mendapat pahala kerana memartabatkan sunnah nabi. Untuk menguatkan fakta ini, perlu diketahui juga bahawasanya antara makanan pilihan para huffaz adalah madu, kismis dan kurma!



1. TENAGA & MINDA
Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak seawal usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi.

Berkonsepkan 'halalan thoiyyiban' iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan MINDA dan membekalkan TENAGA.

Madu, kurma dan kismis kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka.

Selain dari madu dan kurma, Qaseh Gold Junior turut menawarkan gabungan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti badam. za'faran, gingko, air zam-zam, delima dan habatuss sauda'.

2. SERAT
Anak-anak sering tidak mendapat serat yang mencukupi dalam menu seharian. Akibatnya masalah sembelit sangat sinonim dengan mereka. Bayangkanlah jerit tangis mereka setiap kali ingin 'poo poo'...tidak sampai hati mendengarnya, kan?!

Qaseh Gold Junior membekalkan serat tidak larut dan serat larut daripada kurma serta prebiotik semulajadi iaitu Gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit, Inshaa Allah.

3. SISTEM IMUN
Anak-anak perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi diri dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar.Pada masa yang sama, mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit.

Gabungan makanan sunnah dan makanan terpilih yang bercirikan anti-bakteria dan anti-oksidan dalam Qaseh Gold Junior berupaya membekalkan sistem imun badan yang lebih mentap dan kuat, Inshaa Allah.

4. TUMBESARAN
Gabungan makanan sunnah dan makanan terpilih seperti badam, bayam dan pegaga dalam Qaseh Gold Junior mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi.

Nutrien-nutrien ini adalah sangat diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang lebih sihat dan kuat, Inshaa Allah.

Alhamdulilah ~ anak-anak aku dah pun mengamalkan makanan sunnah dan terpilih ini. Mereka amat menyukainya. Setelah pengambilan beberapa botol, anak-anak aku sekarang jarang dijangkiti sakit-sakit tipikal kanak-kanak like batuk, selesema dan demam. Yang paling nyata, anak-anak aku semakin cerdas dan absorb benda-benda baru dari pengalaman kehidupan seharian.


TESTIMONI PENGGUNA QASEH GOLD JUNIOR

Di bawah ini, aku kongsikan beberapa testimoni pengguna yang mendapat manafaat hasil pengambilan Qaseh Gold Junior. Alhamdulillah :-)

Peningkatan Daya Imun


Menyembuhkan Asma


Anak Tidak Sembelit Lagi


Memulihkan Ekzema dan Batuk


Alhamdulillah...
Semoga dengan perkongsian ini lebih ramai ibu bapa di luar sana yang mendapat pencerahan tentang produk Qaseh Gold Junior ini dan seterusnya kita sama-sama mengamalkan pemakanan sunnah Rasullah S.A.W ini demi memartabatkan sunnah Baginda dan membina zuriat yang cemerlang fizikal, intelektual dan spiritual.

Ameen ya Rabbal Alameen

Untuk mendapatkan produk Qaseh Gold Junior nie, feel free to contact me through Facebook or sms/whatsapp Eca 0176073815.

Moga kita semua mendapat manafaat dari Qaseh Gold Junior :-)


Wednesday, November 20, 2013

NUTRIFERON - MENGUKUHKAN SISTEM IMMUNISASI DALAM MASA 3 HARI

Salam Y'All...

Dah lama tak update belog, kan?
Yang sebenarnya agak kesibukan.
Sejak Jumaat lepas anak-anak dah stop from taska dan now join dok rumah dengan aku.
Maka kerja bertingkek-tingkek kena buat.
Terutamanya bab memasak dan mengemas.

Enough said. Jom kita tengok ada apa yang sangat special dengan Nutriferon ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Apa itu NUTRIFERON?

Nutriferon adalah supplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh, atau dalam bahasa inggeris - Immune Booster.

Nutriferon diformulasikan oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima hasil daripada lebih 40 tahun penyelidikan dan pelbagai ujikai dan serta penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

Nutriferon merupakan campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower. Ianya menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi.

Nutriferon adalah rumusan berpaten yang eksklusif hanya dari Shaklee. Ingat ya... hanya Shaklee sahaja yang mengeluarkan Nutriferon kerana ianya telah dipatenkan. Kalau ada jumpa yang seumpama dengannya kat mana-mana, sah-sah produk tu tiruan atau dengan kata lain..korang kena 'kencing' je tu...huhu.

Nutriferon telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Nutriferon sangat digalakkan untuk orang yang rendah imunisasi, senang dijangkiti penyakit demam, batuk dan selesema, penghidap kanser, resdung, asma dan ekzema.

Fungsi NUTRIFERON

1. Nutriferon membantu mengukuhkan sistem imun badan dalam masa 3 hari.
    - Nutriferon merupakan satu-satunya interferon di dunia.
    - Nutriferon merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi
       pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, macrophage.

2. Nutriferon membantu melawan kanser dan tumor.
    - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan
       immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser.
    - Nutriferon juga boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa / selepas rawatan kemoterapi.

3. Nutriferon melindungi dari influenza.
    - Nutriferon mengimbangi respon imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara.
    - Nutriferon berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai jenis virus, mikrob termasuk demam,
      selesema, alahan, keradangan dan influenza.

4. Nutriferon meringankan tekanan dan kelesuan.
    - membantu menangani kelesuan yang disebabkan oleh keletihan, kebimbangan, tekanan dan gaya hidup
      aktif.

5. Nutriferon mengurangkan jangkitan Hepatitis B dan C.
    - keberkesanan Nutriferon melawan virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang
       ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

6. Nutriferon melambatkan proses penuaan.
    - Nutriferon menghasilkan sel-sel lebih sihat yang menghalang penuaan pra-matang melalui pengeluaran
      Macrophage dalam usaha mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat.

7. Nutriferon membantu wanita menghadapi menopaus.
    - membantu masalah yang timbul kerana menapaus seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, peredaran darah
      dan lain-lain lagi.

8. Nutriferon membantu melegakan sindrom PMS
    - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan
       endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan,
       masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Siapakah yang memerlukan NUTRIFERON?

1. Individu >12 tahun dengan gaya hidup sibuk, menghadapi tekanan dll.
2. Individu yang ingin mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan pencemaran
    udara.
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun di tahap maksimum.
4. Individu berusia yang rendah sistem imun.
5. Individu yang mengamalkan diet tidak seimbang dan tidak optimum.
6. Individu yang sering tertekan.
7. Individu yang mengamalkan gaya hidup kurang atau tidak aktif.
8. Bayi yang menyusu badan (Nutriferon diambil oleh ibu).
9. Kanak-kanak 1-12 tahun boleh mengamalkan Nutriferon (kuantiti sedikit anggaran hujung sudu teh + air).
10. Ibu yang menyusukan bayi - manafaat kepada kedua-dia ibu dan bayi (Nutriferon tidak boleh diambil oleh ibu hamil.
11. Pengambilan Nutriferon amak digalakkan oleh penghidap autoimune (sistem imun menyerang sel sihat).

Cadangan pengambilan NUTRIFERON

Untuk pemeliharaan kesihatan
Dewasa: 1 paket sehari - tuang dalam mulut atau campurkan dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa.
Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1/2 paket sehari bila-bila masa

Untuk rawatan influenza dan kanser
1-3 paket sehari, lebih optimum jika pengambilan disertai dengan Sustained Released Vita-C Plus.

Testimoni pengguna NUTRIFERON (thanks Google!)








Alhamdulillah!

Untuk maklumat lanjut berkenaan Nutriferon, boleh PM aku di:
www.facebook.com/norafesa
www.facebook.com/Merak.Foods

atau sms/whatsapp Eca 0176073815

Thanks all!

Norafesa 1023481 - Shaklee Independent Consultant anda!

Friday, November 15, 2013

VIVIX - KEAJAIBAN ALAM SEMULAJADI

Salam Jumaat...
Alhamdulillah...hujan lebat di bumi Kulaijaya
Alhamdulillah secara officially anak-anak dah cuti sekolah, while masing-masing ketiduran... aku nak amik peluang sharing di sini akan keajaiban alam semulajadi iaitu VIVIX. Kerana keajaiban dan ke'power'an Vivix... aku gelarkan ia A CROWN JEWEL OF SHAKLEE PRODUCTS...yang mana khasiatnya telah terbukti banyak membantu pesakit-pesakit diabetes, kanser, angin ahmar a.k.a stroke, perokok tegar dan macam-macam lagi.

Sebelum aku melangkau ke testimoni, dalam entry ini aku nak sharekan apa itu Vivix.

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Antara masalah yang dapat diatasi dengan bantuan Vivix (dan dgn kuasa Allah pastinya):
1. Diabetes
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Stroke / Angin Ahmar
4. Kanser
5. Perokok Tegar
6. Sakit-sakit sendi badan


Testimoni Vivix:

VIVIX vs STROKE

VIVIX vs DIABETES

VIVIX vs ARTHRITIS
So itu antara testimoni yang dapat aku paparkanlah.
Inshaa Allah  banyak lagi testimoni Vivix akan aku kongsikan nanti :-)

Vivix juga sangat sesuai untuk penjagaan kesihatan keseluruhan bagi mana-mana individu yang mempunyai masalah nak menelan pil or kapsul yang berbagai-bagai. Untuk pengetahuan, pengambilan Vivix hanyalah 1 sudu teh sehari sebelum tidur ya.



Jadi, jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee yang terbaekkk ini silalah sms/whatsapp aku, Eca 0176073815. PM kat FB pun boleh di www.facebook.com/norafesa.

Offer menarik sepanjang November 2013 ini:

Beli 6 botol Vivix, percuma 1 botol. Percuma keahlian. Percuma penghantaran.
Beli 2 botol Vivix, percuma keahlian
Beli 1 botol Vivix pada harga istimewa!

Peluang di hadapan mata.
sekiranya ada antara korang or orang-orang tersayang yang menghadapi masalah kesihatan, mari berikhtiar dengan Vivix.

A TALE OF CANCER SURVIVOR - MASTER LAW CHU HIAN


A TALE OF CANCER SURVIVOR !!!!!\
Assalamualaikum semua..

Cer tgk gamba ni.. He is MASTER Law Chu Hian x-pembaca berita NTV7 few years back!

NOW -- he is one of SHAKLEE's MASTER!!

Gambar KIRI : masa di serang CANCER (menjalani kemo)
Gambar KANAN : gambar terkini -- 100% FREE from CANCER

Ni xde nak tipu2 or nak LARISSSSSkan produk ya.. tapi just nak SHARE dengan u all semua KEBAIKAN SHAKLEE utk JANGKA MASA PANJANG!!

Menurut MASTER Law.. masa kena cancer tu.. dia makan ALFALFA sahaja.. berbotol2 dia telan.. sampai ijau2 gigi dia sehari more than 30biji dia mkn! -- alfalfa utk mengalkalikan kembali sel2 cancer yg mengganassss!

Zaman tu.. blom ada VIVIX lagi.. so ALFALFA la segalanya!!
& cuba teka brape umur MASTER Law???

NOW.. dah ada VIVIX.. he just maintain VIVIX + few supplemen yg lain

** He is around 50 years!!! AMAZING rite??!

SHARE THE BENEFITS OF SHAKLEE --- spread it!!!!

untuk khidmat nasihat percuma
untuk pembelian
untuk menjana pendapatan secara separuh atau sepenuh masa
PM inbox sekarang!

Eca 1023481
0176073815

peluang di depan mata
jangan lepaskannya!

Tuesday, November 12, 2013

LE FLORENTINE ALMOND KRUNCHY

Salam Y'All...

Busy betul makcik sampai tak sempat dan menyempat nak mengupdate belog ... huhuh..tiap-tiap hari berdoa agar diluangkan masa untuk belog kesayangan ku ini tetapi Allah tak mengizinkan... nie pun sambil menggoreng kacang bawang putih, sempat update sket....walaupun idea mencurah-curah dalam kepala nie...haishhhhh... Ya Allah, lapangkan masaku....

Hari nie aku nak introduce new product yang aku buat secara handmade dan homemade... Le Florentine Almond Krunchy! Ada yang panggil Almond Crunchies dan ada yang panggil Caramelo Almond Crunchy. Hehe tapi pokok pangkalnya benda yang sama...hehehe... aku pilih nama itu sebab nama asal bagi Almond Crunchies ini adalah Florentine Cookies :-)


Ok tak rupa dia...???

Hehehehe... agak mudah cara membuatnya tetapi kos bahan mentahnya memang tinggi la especially bagi aku yang bisnes skala kecil lagi nie... :-)

Tapi... Alhamdulillah it is a success....

Kalau ada warga Johor terutamanya Kulaijaya yang nak mencuba, boleh la pm aku kat Facebook or sms/whatsapp ke 0176073815.

Kalau dari kawasan, negeri lain pun boleh by post. No prob :-)

Tuesday, November 5, 2013

QASEH GOLD ~ PENGHIJRAHAN KE ARAH KEBAIKAN


Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Alhamdulillah atas kesempatan untuk update belog sekali lagi hari ini walaupun dalam kesibukan Working From Home dengan 3 'bala tentera' yang membuat kepala aku sendiri pening dan dah jadi separa tarzan dah...!!!

Aku nak announce ~ Alhamdulillah dengan kehadiran 1 Muharram ini, aku now officially jadi pengedar produk Ana Edar :-) Ada pelbagai jenis produk Ana Edar ini. tetapi, kali ini aku nak perkenalkan dan kongsikan akan produk Ana Edar yang paling hot dan menjadi fenomena terkini di tanah air iaitu Qaseh Gold.



Sebelum aku teruskan ke koleksi Qaseh Gold, let me tell you kenapa aku memilih untuk join menjadi usahawan Ana Edar nie? Aku akui yang aku agak memilih kalau nak join bisnes-bisnes nie... seriously ramai gak member-member or kenalan internet ajak join itu dan ini... tapi hati tak terbuka. Same goes with Ana Edar ini. produk Qaseh nie dah lama juga dalam pasaran sebab dulu lagi aku ada nampak dalam majalah Mingguan Wanita. Tetapi, bila member yang boleh dipercayai dan diyakini join dan selepas aku sendiri mencuba produk Qaseh kepada anak-anak, pastu aku study kebaikan dan manafaat produk-produk Ana Edar serta melihat sekali marketing plan dan income yang beliau buat...pintu hati aku terbuka untuk join. Lagipun aku yakin dengan perkongsian akan kebaikan Makanan Sunnah ini, macam hidup rasa berkat jek.... dan aku berharap sangat yang aku mampu membantu insan-insan di luar sana memperbaiki kehidupan masing-masing bukan sahaja dari segi kesihatan malahan ekonomi... kerana Ana Edar sentiasa membuka peluang untuk muslimin dan muslimat yang benar-benar berminat untuk menjadi usahawan :-)

Lagipun, bukan mudah kita nak mengamalkan Makanan Sunnah nabi nie. Just imagine nak amik kurma, kismis, buah zaitun, buah tiin, habbatussauda etc etc etc everyday...mampu ke kita nak dapatkan hari-hari? Air zamzam lagik... haaaa... tapi dengan produk Qaseh ini, segalanya hadir dalam satu botol dan diambil 2 kali sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Done! kelebihan-kelebihan Makanan Sunnah nie Inshaa Allah nanti akan aku kongsikan... but if you want to get is fast..sila tanya Uncle Google :-)


Terdapat 3 jenis produk Qaseh Gold yang menjadi fenomena sekarang nie... memang trending habisss...!!! Memang melimpahruah order dan minat dari orang ramai. 3 produk tersebut adalah Qaseh Adinda, Qaseh Kekanda dan Qaseh Junior. Sebenarnya apakah Qaseh Gold nie? Okay.. Qaseh Gold nie adalah minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Habbatus Sauda', Buah Tiin, Buah Zaitun, Delima & Air Zam-Zam. Ianya diperkaya dengan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti Za'faran, Ginkgo & Sireh. Ia juga mengandungi herba khusus untuk lelaki (Kekanda) - Tribulus, Guarana & Ashwaganda dan wanita (Adinda) - Passiflora, Pegaga & Majakani.  Untuk Junior, ramuan Makanan Sunnah digabungkan bersama Badam & Bayam.

Antara kelebihan-kelebihan dan keistimewaan Qaseh Gold Adinda & Kekanda adalah:


Manakala untuk Qaseh Junior.....



Ada pelbagai testimoni dan positive feedback dari pengamal Qaseh. Inshaa Allah nanti aku akan sharekan testimoni pengguna. Kalau nak testimoni aku ~ Alhamdulillah anak-anak lebih cerdik dan cerdas, jarang sakit serta semakin bijak akal masing-masing. Yang penting, bila amalkan makanan sunnah nie atau apa-apa supplement sekalipun kena konsisten dan beristiqamah baru nampak hasilnya dan barulah hasilnya berpanjangan.

So, kalau ada sebarang pertanyaan atau berminat nak mencuba, boleh inbox aku di norafesa@facebook.com or sms/whatsapp Eca 0176973815

Take care dan SELAMAT BERQASEH :-)