Assalamualaikum WBT...
FYI, dah masuk bulan kedua aku terjebak dengan ONEXOX nie. Cuma belum sempat nak update je lagik. Hari ini au digemparkan dengan BERITA BAIK yang ONEXOX telah melancarkan plan data terbaru yang memang aku suka suka suka suka suka....!!!
Maknanya di sini, aku terrrpaksa melangkau dan tulis apakah update yang ONEXOX dah buat instead of memberi mukadimah dan penerangan terperinci tentang ONEXOX... ok, I promised to myself...nanti aku akan tulis satu post khas berkenaan ONEXOX okay... :-)
So, ini adalah nota for my info..serta untuk for your info..mana-mana you, you dan you yang dah pun berhijrah ke alam ONEXOX yang superbbbb.....
PELANCARAN PELAN INTERNET MUDAH ALIH (DATA) BAHARU ONEXOX
Salam..
Sila ambil maklum diantara jam 11:50mlm hingga 2pagi (18/8/2014) nanti, kerja-kerja pelancaran pelan data baharu akan dijalankan. Didalam tempoh tersebut kemungkinan akan berlaku gangguan/kesulitan perkhidmatan untuk melanggan data. Kami mencadangkan agar semua pelanggan ONEXOX mengelakkan daripada membuat langganan data pada jangkamasa yang disebutkan.
Memperkenalkan 2 pakej baharu iaitu pakej mingguan (7 hari) RM10 untuk kuota 250mb, pakej bulanan (30 hari) RM18 untuk kuota 500mb dan pakej bulanan (30 hari) RM108 untuk kuota 5gb. Pakej-pakej data sedia ada dikekalkan; termasuklah pakej bulanan (30 hari) RM29.99 untuk kuota 1.5gb (kod SMS: 1XD1.5) yang tidak dapat disiarkan melalui media cetak atas sebab-sebab tertentu dan untuk kebaikan pengguna ONEXOX.
Sila maklum juga bahawa kod SMS untuk melanggan data sudah berubah. Mohon rujuk flyer yang dilampirkan. Walau bagaimanapun, syarikat telah memperuntukkan suatu tempoh peralihan sebelum menguatkuasakan sepenuhnya akan penggunaan kod SMS yang baharu ini.Tempoh peralihan ini akan berlangsung dari tarikh pelancaran pakej data baharu sehingga hujung Oktober 2014 atau mungkin boleh dilanjutkan lagi jika perlu.
Sehubungan itu, kepada pelanggan-pelanggan sedia ada yang mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa, mereka masih boleh melanggan data dengan menggunakan kod lama; sebagai contoh: DATA PROMO, DATA M XD18 dan sebagainya sehingga berakhir tempoh peralihan kod SMS.
Kesinambungan daripada pelancaran pakej baharu ini, sukacitanya memaklumkan bahawa TIADA LAGI 'AUTO-RENEWAL' bagi setiap langganan data bulanan. Anda tidak lagi perlu untuk menghantar SMS 'DATA OFF' untuk menyahaktifkan 'auto-renewal'. Anda juga tidak perlu bimbang tentang baki Akaun Utama (MA) bakal ditolak untuk menyambung langanan baru sekiranya langganan semasa menemui tempoh tamat gara-gara 'auto-renewal'.
Di One XOX, kami prihatin diatas tuntutan syariat dan cuba mengamalkan ketelusan berniaga sebaik mungkin dengan hanya mengenakan caj keatas perkhidmatan yang anda gunakan dan sedari sahaja. Marilah kita sama-sama mencari keredhaanNya.
Sekian, terima kasih.
CMO, One XOX Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment