Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, August 6, 2010

{ TO MY DEAREST KIDDOS }

Untuk anak-anak mama bertiga...
Masanya akan tiba jua... bilamana Kak Long, Eiman & Adik akan rasa nikmatnya dunia kanak-kanak... bebas tanpa kongkongan... penuh riang gelak ketawa... tanpa terlalu banyak JANGAN...
Waktunya akan datang... untuk Kak Long bergembira dan bebas... untuk Eiman senyum riang... untuk Adik tertawa ria...
Mama akan jadikan ianya satu realiti... agar anak-anak mama dapat merasai nikmat yang mungkin tidak pernah atau jarang kalian rasai selama hidup ini... mama akan usahakan... mama nak anak-anaik mama rasa seronoknya hidup alam kanak-kanak, agar ianya dapat dijadikan memori berharga... apabila anak-anak mama mula melangkah meninggalkan alam itu... kerana mama dah melalui semua itu.. dan mama tak mahu kerana terlalu banyak JANGAN... anak-anak mama akan terlepas peluang yg datang hanya sekali dalam hidup ini...
MAMA SAYANG KAK LONG, EIMAN & ADIK...

No comments:

Post a Comment