Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, May 7, 2008

{ MY WHOLE WEEK.... }

Dah 5 hari tak update my blog... hmm... memang quite busy lately... I was in Muar over the weekend dengan Eiman while Kak Long followed her ayah balik rumah Atuk Ibu... it wasn't my intention to leave her, tapi memandangkan balik kampung for a very short time, so aku malas nak bawak. Penat travel by bus nie...dengan dua 'gerabak keretapi' and it is also my intention to cut down my budget for this month... crapppp...!!!

Actually, hari Sabtu lepas aku sepatutnya join others warga ex-TDK for a day trip to Muar. Malangnya, oleh kerana kesilapan timing.. plan lari.. by the time aku arrived at Bentayan, mereka semua dah on the way to Parit Jawa untuk melantakking Asam Pedas...then pi round tempat abg YB and then ke Nasuha.. bestnyer.. mmg sedih gakla tak dapat join..tapi nak buat mcmana.. maybe next time aku akan join kot.. the time will come, Insya Allah...

Hari Ahad tu plak aku balik semula ke Kulai..dapat bas Maharani Ekspress pagi.. 9.30pg..poksu dan family anto sampai bus stand because afterwards diorang balik rumah atok Mail kat Tg Agas.. before that, kitorang pi breakfast kat Renney's... thanks a lot to Kak Intansue yang dropped by..dapat jumpa walau sekejap... tapi it means a lot tau! seriously...

And bila sampai Kulai, mcm biasala.. busy with all house chores... buat je lah mana yang terdaya.. especially selepas mendapat 'syarahan motivasi dari pihak berkuasa tempatan' ... and when Monday arrived, kepala otak aku terus naik bengong memikirkan hal ehwal kewangan keluarga, hal ehwal kerja kat opis dan hal ehwal rumahtangga! Sampai letih punya pasal.. hari Isnin tu aku tidur and bangun pagi Selasa dengan baju kerja aku from the day before... giller betul.. I didn't do that most of the time.. and dari hari ke hari aku tangguh lipat baju dari setengah bakul dan jadi dua bakul setengah kat rumah tuh.. nantila..hopefully malam nie aku mampu menghabiskan tugasan rutin aku itu sebelum mendapat 'syarahan part 2' .. wakakakak...

Semalam aku half day... hantar Eiman pi KKKB untuk routine check up yg dah 2 minggu terpostpone... kena injection MMR kat tangan kiri...belum apa-apa dia dah tunjuk tantrum dia.. so, tugas memegang dia diserahkan kepada ayah la.. untuk elakkan dia meronta tahap gaban.. alhamdulillah everything ok and dia tak demam pun :)

Maka itulah serba sedikit update untuk kali ini... nanti aku post lagik... banyak email nak baca nie kat Outlook aku..pasal dok kat production floor, aku x sempat nak beremail2 dan memforward semua email2 yg best2 pada rakan senegara...hehehhe... ciao dulu!

No comments:

Post a Comment