Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Sunday, August 24, 2014

PATRIOTIK DALAM DIRI AKU



Tiba-tiba rasa macam nak post tentang something yang patriotik sedikit. Well, actually semangat patriotik aku memang agak tinggi la..mungkin kerana telah terdidik semenjak kecil... mak aku kakitangan kerajaan, arwah abah pula pegawai tentera..opkoslah kerajaan juga, kan? Maka, walaupun aku ditakdirkan tidak dapat menjadi kakitangan kerajaan (dah putus asa x mau cuba lagi dah!!!) tapi semangat kenegaraan aku memang kuatlah...apatah lagi bila masuk sekolah menengah...5 tahun aku di MRSM...so ke'Malaysia'an dan kemelayuan itu menebal dalam diri...

Maka, sempena hari kemerdekaan ke 57 yang bakal menjelang tidak beberapa hari lagi...it worth for me to post about my feeling towards lagu Negaraku. Lagu Negaraku yang sejak lahir dah dengar lah kot..yang dulu tetiap minggu kena nyanyi time perhimpunan tanpa penghayatan....sebab memang kena nyanyi. Tapi... CUBA KORANG HAYATI LAGU NEGARAKU SEBAGAIMANA KORANG JIWANG DENGAR LAGU CINTA! What would you feel...????

At this very age, dengar lagu NEGARAKU...menghayati lirik NEGARAKU cukup membuat bulu roma meremang...cukup buat hati rasa tersentuh, mengalahkan dengar lagu cinta la pulak...

Semangat cintakan negara wajib diterapkan di dalam jiwa rakyat MALAYSIA tanpa mengira apa juga bangsa, umur dan pegangan politik sekalipun... bersyukurlah kita dilahirkan untuk menjadi warganegara MALAYSIA!

Ini MALAYSIA, ini negara kita... Love MALAYSIA, Fight for MALAYSIA.. Sayangi MALAYSIA... Cintai MALAYSIA...!!!

Wherever you go all around the world... there is no place like MALAYSIA!

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

I LOVE MALAYSIA!

SALAM HUJUNG MINGGU

ASSALAMUALAIKUM & SALAM HUJUNG MINGGU

Sedekahkan Al-Fatihah kepada:

1. Nabi Muhammad S.A.W
2. Ibu
3. Ayah
4. Anak-anak
5. Suami/Isteri
6. Adik-beradik
7. Diri sendiri
8. Mangsa kekejaman Zionis & pengganas di Palestine, Syria, Mesir, Iraq dan seluruh dunia
9. Mangsa MH17 yang beragama Islam
10. Seluruh hamba Allah di seluruh dunia, samada yang masih hisup ataupun telah mati... hamba Allah itu bukan sahaja maksudnya manusia tetapi meliputi haiwan, tumbuh-tumbuhan etc etc...

Be kind.. Sedekah... Insha Allah the world will be kind to you...

Smile...dalam apa jua keadaan dan situasi, hidup mesti terus!
Semalam adalah semalam, ambil pengajaran atas apa yang berlaku untuk sebuah kehidupan yang lebih baik, Inshaa Allah

-Eca-

Tuesday, August 19, 2014

ONEXOX - PELAN PRABAYAR FLEKSIBEL DAN TERBAIK!

Assalamualaikum WBT...

FYI, dah masuk bulan kedua aku terjebak dengan ONEXOX nie. Cuma belum sempat nak update je lagik. Hari ini au digemparkan dengan BERITA BAIK yang ONEXOX telah melancarkan plan data terbaru yang memang aku suka suka suka suka suka....!!!

Maknanya di sini, aku terrrpaksa melangkau dan tulis apakah update yang ONEXOX dah buat instead of memberi mukadimah dan penerangan terperinci tentang ONEXOX... ok, I promised to myself...nanti aku akan tulis satu post khas berkenaan ONEXOX okay... :-)

So, ini adalah nota for my info..serta untuk for your info..mana-mana you, you dan you yang dah pun berhijrah ke alam ONEXOX yang superbbbb.....


PELANCARAN PELAN INTERNET MUDAH ALIH (DATA) BAHARU ONEXOX

Salam..

Sila ambil maklum diantara jam 11:50mlm hingga 2pagi (18/8/2014) nanti, kerja-kerja pelancaran pelan data baharu akan dijalankan. Didalam tempoh tersebut kemungkinan akan berlaku gangguan/kesulitan perkhidmatan untuk melanggan data. Kami mencadangkan agar semua pelanggan ONEXOX mengelakkan daripada membuat langganan data pada jangkamasa yang disebutkan.

Memperkenalkan 2 pakej baharu iaitu pakej mingguan (7 hari) RM10 untuk kuota 250mb, pakej bulanan (30 hari) RM18 untuk kuota 500mb dan pakej bulanan (30 hari) RM108 untuk kuota 5gb. Pakej-pakej data sedia ada dikekalkan; termasuklah pakej bulanan (30 hari) RM29.99 untuk kuota 1.5gb (kod SMS: 1XD1.5) yang tidak dapat disiarkan melalui media cetak atas sebab-sebab tertentu dan untuk kebaikan pengguna ONEXOX.

Sila maklum juga bahawa kod SMS untuk melanggan data sudah berubah. Mohon rujuk flyer yang dilampirkan. Walau bagaimanapun, syarikat telah memperuntukkan suatu tempoh peralihan sebelum menguatkuasakan sepenuhnya akan penggunaan kod SMS yang baharu ini.Tempoh peralihan ini akan berlangsung dari tarikh pelancaran pakej data baharu sehingga hujung Oktober 2014 atau mungkin boleh dilanjutkan lagi jika perlu.

Sehubungan itu, kepada pelanggan-pelanggan sedia ada yang mungkin tidak mengikuti perkembangan semasa, mereka masih boleh melanggan data dengan menggunakan kod lama; sebagai contoh: DATA PROMO, DATA M XD18 dan sebagainya sehingga berakhir tempoh peralihan kod SMS.

Kesinambungan daripada pelancaran pakej baharu ini, sukacitanya memaklumkan bahawa TIADA LAGI 'AUTO-RENEWAL' bagi setiap langganan data bulanan. Anda tidak lagi perlu untuk menghantar SMS 'DATA OFF' untuk menyahaktifkan 'auto-renewal'. Anda juga tidak perlu bimbang tentang baki Akaun Utama (MA) bakal ditolak untuk menyambung langanan baru sekiranya langganan semasa menemui tempoh tamat gara-gara 'auto-renewal'.

Di One XOX, kami prihatin diatas tuntutan syariat dan cuba mengamalkan ketelusan berniaga sebaik mungkin dengan hanya mengenakan caj keatas perkhidmatan yang anda gunakan dan sedari sahaja. Marilah kita sama-sama mencari keredhaanNya.

Sekian, terima kasih.

CMO, One XOX Sdn Bhd