Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, April 9, 2015

DAY -1 : COUNTING HOURS....

Assalamualaikum :-)

Counting hours!
Indeed, it was a busy day la katanya hari nie.

Pagi tadi, last time hantar Kak Long dan adik ke sekolah until aku kembali ke tanah air.
Then kemas2 rumah
Treat for the kids, belanja mereka KFC
Then ikut husb betulkan kereta, beli racks etc etc...
Pastu jumpa Yos kirim baju ukur kat mak
Malam keluar lagi g DIY...then ke Senai Airport untuk tukar AUD
Dinner plak kat Subway by kids request... aku yg dulu giler Subway skang pandang pun x sudi
Jemu lah...



PACKING - CHECKED!

Jangan tak percaya yang ini je muatan aku ke AUSSIE.
Well, you know perempuan nie kalau g trip segala benda nak dibawa..
Lagi la bila gi oberthesea nie kan..
Segala jenis makanan la in the list.
Unlike me, takde sezarah makanan pun dalam backpack aku...
Inshaa Allah I will survive with apa yang ada...
Pasal makan aku tak cerewet...
Janji halal..or dlm keadaan di negara bukan Islam, I will opt for vegetarian and non-alcohol food and drink...
Lagipun, alahai... Australia je punnnn... mesti melambak halal food around
Kalau nak hadap lauk pauk Melayu hari2... jangan pergi oversea, betul tak??!!



BUREAU DE CHANGE - CHECKED!

Kalau pergi bureau de change yg kat shopping complex, rate dia AUD 1.00 =MYR 2.88
Bukan rezeki, duit plak tak cukup!
Bukan duit aku (eh, $$$ suami aku larrr) yg tak cukup tapi duit si penggurup wang tak cukup.
Zass pergi ke Senai Airport, ternganga seketika sebab rate dorang AUD 1.00 = MYR 2.961!!!
Tapi, aku cakap kat Encik Z...proceed je lah...dah malam nak cari kat mana lagi...
Esok kat KLIA kot dorang ketuk over RM3.00 sedollar...nangis nyesal...
So...setel!

Travelling documents dah dalam pouch.
Mata aku dah melekat2 nie
Tapi....baju yg semalam dah habis aku iron...dah jadi bukit balik....!!!

Oh no..!!!
And esok I need to wake up latest by 4.30 am sebab flight SNI-KUL 7.05pagi!

Okla...aku iron mana yg larat je la...
Benda2 nie neverending task hingga ke akhir nafas...
Redha lah suamiku....dengan tugasmu nanti...

Okay...nite nite...
Malam terakhir sebelum fly ke bumi Ostolia!
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 8, 2015

BRISBANE: MU TUNGGU AKU DATANG!

Assalamualaikum Readers....

Tersenyap for months...macam biasalah...takkan lah tak biasa, kan...!!!
Forget about it... Let's go straightaway to the title of this post.



Masih lagi between realiti dan fantasi
Masih lagi sukar untuk didigestkan oleh sel-sel otak
Never ever came across my mind that I will go downnnnn under to Brisbane!

Yelah, maybe for many people.. hek eleh... Brisbane je kot takkanlah so jakunis sangat kan...
But dalam situasi aku yang tak ada apa-apa
And suddenly will be send down there, bukankah itu like a dream that never been dream off?

Alhamdulillah, atas perancangan Allah SWT juga segalanya terjadi.

Inshaa Allah, will be there for around 3 months.
Aku akan ke sana berseorangan tanpa suami & anak-anak but no big deal... Allah kan ada untuk jaga mereka.

Projek apa di Brisbane...
Inshaa Allah aku akan update pengembaraan aku di sana selagi line internet masih ada...
Tak bestlah kalau cakap sekarang
Nanti ada je yang kecoh lebih!

So...wait and see...!!!

Aku akan bertolak with the team on Friday, 10 April 2015 @ 1340HRS from KLIA2 (naik Air Asia jek...takkan nak naik Qantas plak kan...) to Melbourne, pastu connecting flight to Brisbane on the next day.

Means today is Day -2.

Apa yang diharapkan, doakan yang baik-baik serta semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan yang bakal aku lalui kelak.
Semoga aku selamat pergi dan selamat pulang.

Allahumma Yassir Wala Tu'assir

Eycha😃

posted from Bloggeroid

Sunday, February 22, 2015

MENGAPA MASYARAKAT MELAYU TAKSUB DENGAN MAKHLUK HALUS?

Assalamualaikum WBT...

Baru balik dari menghadiri kenduri kahwin anak kepada sepupu En. Z di Kluang. Melonjak-lonjak hati nak berblog tapi macam tak kena pulak sibuk berblogging sewaktu sibuk-sibuk tu kan...

So, topic of the day...refer je pada tajuk di atas. Post nie memang dah lama aku simpan untuk dikongsikan. But first and foremost, please be informed that ini adalah pandangan peribadi aku melalui pemerhatian, pembacaan dan logik akal fikiran. Tiada berkaitan dengan yg hidup mahupin yang mati. Sekiranya apa yang bakal aku kongsikan ini memberi manafaat, Alhamdulillah... jika sebaliknya, abaikanlah.

Pagi tadi, aku sempat membaca artikel yang ditulis oleh Warga Prihatin...artikel berkaitan dengan Transfer Pahala vs Doa Anak Yang Soleh. Antara bahagian yang menarik minat aku adalah part perubatan oleh para ustaz, pasal 'saka' dsb...

Looking back pada suatu masa dahulu, kemudian try to compare with current situation yang mana zaman dah berubah...dalam arus kemajuan dan kemodenan...kepercayaan orang kita kepada benda-benda ghaib dan makhluk-makhluk halus nie..masih kuat..!!!

Aku tamau sentuh kaum lain, sebab my big concern adalah Melayu Islam. Sesungguhnya sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya akan kewujudan makhluk-makhluk halus ini sebab mereka juga makhluk Allah. Contohnya Jin, Bunian, dll..

Tapiiiii....

Sometimes, aku dapati kepercayaan itu terlampau-lampau. Ketaksuban yang mencerminkan betapa mundurnya nilai pemikiran. Dan kemunduran itu akhirnya merugikan apabila ianya diambil kesempatan oleh mereka yg bijak memanipulasi kemunduran itu untuk mengaut keuntungan.

Ini antara contoh-contoh kejadian yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus, jin atau 'penunggu':

1. Bila bayi menangis non-stop tengah malam, dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Padahal bayi tu kembung perut.

2. Bila demam berulang-ulang tak kebah, pergi minta air jampi sebagai penawar. Dukun 'diagnose' ada penunggu kat hujung kampung mengekor tak mau balik.

3. Orang tua dah uzur tak boleh bangun terlantar sakit tapi tak meninggal...oh, tok nie ada saka! Sebab tu tak mati-mati.

Come on you Malays, WAKE UP!

Hentikanlah kepercayaan karut-marut ini.
Memang tak dinafikan dalam case-case extreme, memang ada je pihak yg jahat menghantar sihir kepada orang yang mereka tujukan..for example hantar santau..

Tapiiii...how do you 100% confirmed yang simptom2 seperti di atas itu...berpunca dari penunggu, bunian atau jin?

Pergi tanya ORANG yang kononnya TAHU pasal benda-benda halus. Mana uols tau yang ORANG TU tahu sangat pasal sampuk-sampuk nie?
Jawapannya - words of mouth.

Please lah!

Bila berhadapan dengan orang-orang macam nie, sometimes aku serba salah. Kang gelak, kecik hati. Nak dibetulkan, belum tentu diterima teguran kita.

Secara logik aku.

1. Bila sakit, jumpa doktor dulu. Ambil ubat...then see how it goes.
2. Sakit tak sembuh, follow up...biasanya it takes more than just a visit untuk doc diagnose if sakit kita bukan biasa-biasa.
3. So, you choose for an alternative method...tak salah ikhtiar, tak salah berusaha. In fact, Allah pun mahu hambaNya berusaha sehingga ke titisan terakhir. Kembalilah kepada Al-Quran..di dalam Al-Quran itu ada segala aspek kehidupan. Lengkap! Padat! Cuma terpulang kepada kita how to discover.
4. Perlukan bantuan yang lebih arif tentang rawatan alternatif... TOLONGGGGLAHHHH...tengok dulu criteria dan pembawaan pihak terbabit. The appearance like ustaz or ustazah bukan bererti dia tu terer sangat. Zaman skang nie ramai je yang cuba mengaut keuntungan... aku taulah sebab aku pernah terkena masa zaman jahiliyah dulu!

Korang tengokla dulu rupa si BIJAK PANDAI tu...

》Pakai seluar 3 suku? Aku dah ragu-ragu dah...

》 Pakai baju Melayu lengkap berkopiah tapi kat celah jari tersisip rokok sebatang? Terang2 aku reject! Ko nak ngubat orang, ubat jiwa ko dulu...rokok tu terang-terang difatwakan HARAM!

》 Nak berubat, pasang kemenyan...minta pengeras itu ini..? Mengarutlah...

Itu sekadar contoh ya!

Kembalilah kepada Allah.
Kembali kepada Al-Quran.

Jika anak2 sakit, doa ibu paling mujarab.
Berdoalah!

Hentikanlah kepercayaan karut marut ini.
BERDOSA tau tak!!
Majukan pemikiran...jauhkan dari benda merapu cenggini...

Wallahu'alam...

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 18, 2015

SETELAH 18 HARI FEBRUARI 2015 BERLALU....

Assalamualaikum Readers Yang Di Rahmati Allah,

Rasanya it is more appropriate untuk update apa yang berlaku since 1 Januari 2015 memandangkan aku takde declare officially my status to sesiapa... Yes, some might already knew about this but many may not.... ok, make it simple... aku mulakan perjalanan tahun 2015 aku ini sebagai unemployed, jobless or penganggur kehormat...bagi bunyi comel sikit, aku adalah surirumahtangga sepenuh masa. Full stop.

First and foremost, please respect my choice. Aku sedar, orang pertama yang paling ngeri dan against pilihan peribody aku ini adalah Mak. Jadi, sekiranya any of you yang baca post ini mempunyai hubungan dengan Mak aku...please keep your mouth shut. Leave me alone, I know what I am doing...nah! Hambik sebijik, keluar dah ayat Kimi Raikkonen yang lejen tu *LoL* Okay, the biggest reason is...aku tak mahu dia risau. Mungkin dia tidak mahu aku susah. Mungkin dia dah terbiasa hidup bekerja since lepas SPM sampai pencen...maklumlah keje gomen mana ada lompat sana sini macam private. Mungkin dia tak faham situasi yang aku hadapi...manakan sama era 80-90an dengan era 2000an. Bagi aku, if you want something...go and get it...and there are circumstances where you need to sacrifice.

And I sacrifice my job.

For what?
It is for family. To be precised...FOR MY KIDS.

But why?
I don't feel good. Susah aku nak terangkan apa yang aku rasa. Aku kerja untuk duit yang tak seberapa, yang belum hujung bulan dah habis tapi kebajikan anak-anak tak dipenuhi.

Pagi-pagi dah pergi kerja walaupun opis 5 minit je dari rumah.
Balik penat.
Mana nak masak. Mana nak assist with their homework. Mana nak dengar luahan isi hati masing-masing. Always remember that kids like to tell stories. Dengar stories diorang aku suka... tapi bab mengadu mmg aku cukup alergik.
Itu tak masuk lagi keperluan mereka.
Baju nak lipat, nak iron cantik-cantik. I am not worried about cuci baju sebab urusan tu En. Z yang setelkan.. alhamdulillah.
And the list goes on.
In the end, aku hilang focus kat tempat kerja.
Mulalah rasa paksarela je masuk opis.
Failed to complete tasks.
Boss muka bising.
Tambah pula dengan a few bunches I can't worked with...
Ketidakpuashatian dengan syarikat...
Syukur aku tidak diconfirmkan a.k.a probation period extended...
So I decided to tender.

Sepenuh hati.
Seikhlas hati.
Tanpa rasa kesal.
Tanpa rasa gusar.
Aku pegang kuat-kuat, ketat-ketat... REZEKI ITU LUAS!
Mungkin hingga saat ini aku belum berjaya capai target income aku.
Long way to go!
Tapi, aku rasa lega apabila dapat beri rezeki kepada anak-anak... rezeki dalam bentuk M.A.S.A.

Here I am now...
Bergelumang dengan anak-anak...dengan kerja-kerja rumah.
Dan berbisnes yang mana sempat.
I am still adapting to the situation.
Wish me luck.

Masa dah berubah.
Keadaan dah berubah.
Biarlah aku uruskan anak-anak sendiri.
Uruskan anak-anak = Uruskan rezeki. Setuju or not?

Inshaa Allah...hanya Dia yang faham apa aku lalui dan biar Dia yang balas apa yang aku korbankan.

I AM OFFICIALLY WORK AT HOME MOM!

Tuesday, February 17, 2015

HARI INI AKU MESTI UPDATE BLOG!

Assalamualaikum!

Fail to Plan is Plan to Fail...

Itulah aku...kalau ikutkan dalam sel-sel otak nie macam-macam idea ada nak dikongsikan kat blog tapi at the end, semuanya berlalu begitu sahaja. Bilanak update kemudian hari fefeeling malas lah pulak memandangkan story dah outdated.

That's me...

Maka kena reschedule life balik.
Memang rasa penat. Penat dengan urusan harian. Ikutkan kata hati dan deria penglihatan nie, sekarang juga aku stop dari menulis sebab kat belakang nie ada sebakul baju nak lipat dan segunung baju nak iron!

Tapi bila fikirkan balik... I am not a superhuman. Aku ada 2 tangan dan aku cuma boleh berada di satu tempat pada satu masa. Ada kerja yang boleh dibuat sambil-sambil...tapi kalau nak menulis blog nie...I need to focus, x boleh kejap menaip dan kejap lipat baju, seluar, spender yang bermacam saiz tu...ngeh3x

Rugi bila fikirkan yang aku start blogging like 7-8 years ago but org yg baru blogging setahun dua dah femes mcm retis dah...

Takper... I feel determined... harap kali nie aku boleh istiqamah berblogging...

Allahumma Yassir Wala Tu'assir.. Ameen :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 4, 2015

BILA ANAK DAH MULA BLOGGING

Assalamualaikum semua :-)

Malam tadi, anak sulung aku dah mula blogging. Asalnya kerana cikgu subjek TMK yang suruh para pelajar untuk cuba cipta blog sendiri.

Utk pengetahuan, anak sulung aku berusia 11 tahun i.e. darjah 5. Kak Long adalah batch pertama pelajar yang mengikuti silabus KSSR.

Maka, malam tadi aku tolong Kak Long buat akaun blogspot. Personally, I think it is a very good start untuk dia. Hopefully Kak Long dapat mengasah bakat penulisannya on top of tujuan asal subjek TMK yg bertujuan sebagai asas Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Goodluck Kak Long!

Blog Kak Long --> http://inibloganissuraya.blogspot.com

posted from Bloggeroid

Friday, January 16, 2015

SETULUS HATI ATIKAH

Dari Fajar Edisi 1996...didedikasikan khas untuk Class of 1996, MRSM Terendak :-)

Memula ingat nak taip balik. Tapi sebab 7 pages, x larat weiiii... Enjoy :-)









Abaikan jari aku tu...hehehe...
osted from Bloggeroid

Friday, January 2, 2015

HARGA BARU L'AROME SLIMMING SERUM?



Assalamualaikum Sahabat & Pembaca Yang Dirahmati Allah!
Semoga 2015 menjanjikan kebahagiaan dan keberkatan hidup kalian.

Di sini nak kongsikan revised price untuk L'Arome Apple Stem Cell Slimming Serum yang terlajak laris tu. Sebenarnya daripada penghujung 2014 dah hangat diperkatakan tentang harga baru L'Arome tetapi kenaikan harga ditangguhkan sehingga 01 Januari 2015.

Kenapa harga naik?
Jawapannya, kerana kenaikan kos bahan mentah. Actually x banyak beza pun..yang pasti jika anda beli 4 botol tu dan jual semula...pulang modal dah pun...x terasa pun mahalnya...

Barang baik dan berkesan, tak kisah bayar lebih!

Nak berL'arome?

Whatsapp/Telegram
Norafesa 0176073815

posted from Bloggeroid

2015 TAHUN GAWAT? BERNIAGALAH!



Welcoming 2015 Sepenuh Hati!

Ramai yang kecoh tentang kegawatan ekonomi yang menanti
Ramai yang garu kepala bila GST bakal dikenakan April nanti

Yang menjadi persoalannya, setakat kecoh dan bising-bising je apa korang dapat?

BERNIAGALAH!

Kerana 9/10 sumber rezeki datang dari perniagaan.
Takut x survive bila ekonomi gawat?

TIDAK DGN ONEXOX!
ONEXOX adalah perkhidmatan
ONEXOX telco untuk berjimat
ONEXOX itu keperluan

RM10 sebagai permulaan untuk anda menjadi pengguna bijak!

$$$$$$$$$$$$$$$

Norafesa 0176073815
#SayaDealerOnexox

posted from Bloggeroid