Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Sunday, February 22, 2015

MENGAPA MASYARAKAT MELAYU TAKSUB DENGAN MAKHLUK HALUS?

Assalamualaikum WBT...

Baru balik dari menghadiri kenduri kahwin anak kepada sepupu En. Z di Kluang. Melonjak-lonjak hati nak berblog tapi macam tak kena pulak sibuk berblogging sewaktu sibuk-sibuk tu kan...

So, topic of the day...refer je pada tajuk di atas. Post nie memang dah lama aku simpan untuk dikongsikan. But first and foremost, please be informed that ini adalah pandangan peribadi aku melalui pemerhatian, pembacaan dan logik akal fikiran. Tiada berkaitan dengan yg hidup mahupin yang mati. Sekiranya apa yang bakal aku kongsikan ini memberi manafaat, Alhamdulillah... jika sebaliknya, abaikanlah.

Pagi tadi, aku sempat membaca artikel yang ditulis oleh Warga Prihatin...artikel berkaitan dengan Transfer Pahala vs Doa Anak Yang Soleh. Antara bahagian yang menarik minat aku adalah part perubatan oleh para ustaz, pasal 'saka' dsb...

Looking back pada suatu masa dahulu, kemudian try to compare with current situation yang mana zaman dah berubah...dalam arus kemajuan dan kemodenan...kepercayaan orang kita kepada benda-benda ghaib dan makhluk-makhluk halus nie..masih kuat..!!!

Aku tamau sentuh kaum lain, sebab my big concern adalah Melayu Islam. Sesungguhnya sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya akan kewujudan makhluk-makhluk halus ini sebab mereka juga makhluk Allah. Contohnya Jin, Bunian, dll..

Tapiiiii....

Sometimes, aku dapati kepercayaan itu terlampau-lampau. Ketaksuban yang mencerminkan betapa mundurnya nilai pemikiran. Dan kemunduran itu akhirnya merugikan apabila ianya diambil kesempatan oleh mereka yg bijak memanipulasi kemunduran itu untuk mengaut keuntungan.

Ini antara contoh-contoh kejadian yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus, jin atau 'penunggu':

1. Bila bayi menangis non-stop tengah malam, dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Padahal bayi tu kembung perut.

2. Bila demam berulang-ulang tak kebah, pergi minta air jampi sebagai penawar. Dukun 'diagnose' ada penunggu kat hujung kampung mengekor tak mau balik.

3. Orang tua dah uzur tak boleh bangun terlantar sakit tapi tak meninggal...oh, tok nie ada saka! Sebab tu tak mati-mati.

Come on you Malays, WAKE UP!

Hentikanlah kepercayaan karut-marut ini.
Memang tak dinafikan dalam case-case extreme, memang ada je pihak yg jahat menghantar sihir kepada orang yang mereka tujukan..for example hantar santau..

Tapiiii...how do you 100% confirmed yang simptom2 seperti di atas itu...berpunca dari penunggu, bunian atau jin?

Pergi tanya ORANG yang kononnya TAHU pasal benda-benda halus. Mana uols tau yang ORANG TU tahu sangat pasal sampuk-sampuk nie?
Jawapannya - words of mouth.

Please lah!

Bila berhadapan dengan orang-orang macam nie, sometimes aku serba salah. Kang gelak, kecik hati. Nak dibetulkan, belum tentu diterima teguran kita.

Secara logik aku.

1. Bila sakit, jumpa doktor dulu. Ambil ubat...then see how it goes.
2. Sakit tak sembuh, follow up...biasanya it takes more than just a visit untuk doc diagnose if sakit kita bukan biasa-biasa.
3. So, you choose for an alternative method...tak salah ikhtiar, tak salah berusaha. In fact, Allah pun mahu hambaNya berusaha sehingga ke titisan terakhir. Kembalilah kepada Al-Quran..di dalam Al-Quran itu ada segala aspek kehidupan. Lengkap! Padat! Cuma terpulang kepada kita how to discover.
4. Perlukan bantuan yang lebih arif tentang rawatan alternatif... TOLONGGGGLAHHHH...tengok dulu criteria dan pembawaan pihak terbabit. The appearance like ustaz or ustazah bukan bererti dia tu terer sangat. Zaman skang nie ramai je yang cuba mengaut keuntungan... aku taulah sebab aku pernah terkena masa zaman jahiliyah dulu!

Korang tengokla dulu rupa si BIJAK PANDAI tu...

》Pakai seluar 3 suku? Aku dah ragu-ragu dah...

》 Pakai baju Melayu lengkap berkopiah tapi kat celah jari tersisip rokok sebatang? Terang2 aku reject! Ko nak ngubat orang, ubat jiwa ko dulu...rokok tu terang-terang difatwakan HARAM!

》 Nak berubat, pasang kemenyan...minta pengeras itu ini..? Mengarutlah...

Itu sekadar contoh ya!

Kembalilah kepada Allah.
Kembali kepada Al-Quran.

Jika anak2 sakit, doa ibu paling mujarab.
Berdoalah!

Hentikanlah kepercayaan karut marut ini.
BERDOSA tau tak!!
Majukan pemikiran...jauhkan dari benda merapu cenggini...

Wallahu'alam...

posted from Bloggeroid

1 comment: