Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian nenek Armah. Pukul 5.43ptg, aku dpt sms dr Nana "Akak, mkck dh btaw yg nek kte dh xda.".. aku terkejut. Terus aku dail nombor Nana. Rupanya arwah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum Subuh pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Semua anak-anaknya ada bersama ketika dia bertarung dengan maut kecuali Poksu dan keluarga yg kebetulan giliran turun menikmati sahur.
Terbayang-bayang wajah arwah. Arwah bukanlah nenek kandung aku. Dia sebenarnya ibu mertua ucu. Mak Poksu Judin and nenek kepada Nana & Afiq. Terkenang-kenang zaman kanak-kanak aku dulu sewaktu aku duduk dengan Ucu and Nana belum lahir lagi. Saban hujung minggu, rumah arwahlah yang aku tuju. Masa tu arwah berniaga kuih muih, hantar kat warung berhampiran. Maka bila aku berkunjung ke rumah dia, memang tugas aku tolong dia gentel kuih karipap lah. Arwah ringan mulut, gerak lakunya lincah sewaktu zaman sihatnya.
Beberapa bulan lepas, masa aku balik rumah mak...dia ada kat rumah Ucu. Masa nie arwah dah tak sihat. Tapi masih mampu lagi bergerak dan berbual kosong. Hinggalah pada saat aku balik sewaktu hari Merdeka hari tu, kebetulan aku ke rumah dia lagi maka dapatlah aku berjumpa dengannya. Masa nie, ada rasa sayu di dalam hati melihat keadaannya. Her health deteriorates... dia hanya mampu terbaring lesu di atas katil. Lemah. Wajahnya pucat. Kulit arwah kusam, pucat, kering dan tak bermaya. Rambutnya yang sudah putih dilitupi uban serabut dan kusut. Sedih melihat keadaannnya yang lemah hanya bertemankan Atok Mail yang setia menjaga arwah dalam linangan air mata kesukaran dan kepayahan kerana Atok Mail pun bukannya sihat sangat. Badannya juga lemah dan ada semput. Dia tak larat sgt nak jaga tapi digagahi jua. Dialah yang memapah arwah utk ke tandas walaupun ada tikanya tak sempat ke bilik air utk melunaskan hajat. Arwah hanya mandi sekali dua sahaja dalam seminggu apabila ada anak yang balik menjenguk. Selalunya Ucu dan Nana la yg dtg menjenguk dan mandikan dia.
Kali terakhir aku jumpa arwah 2/9/2008. Kebetulan aku nak balik ke Kulai bas pukul 2 so sebelum balik tu aku ikut Poksu sekelurarga menziarahi arwah yang admit wad. Sedih tgk dia.. lemah... tak bersuara.. masuk salur air etc... yang dapat aku buat hanyalah berharapkan sebuah keajaiban... believe in miracle that Allah will use the power utk sembuhkan dia. Tapi, ternyata Allah lebih sayangkan dia. Pemergiannya ditangisi anak-anak serta kaum keluarga. Hanya Al-Fatihah dapat aku sedekahkan berserta doa semoga ruhnya dicucuri rahmat...Amin...!!! Moga dia tenang di sana... pemergiannya di bulan Ramadhan, moda diampunkan dosa-dosanya dan diterima ke syurga. AL-FATIHAH...!!!
No comments:
Post a Comment