Jom Follow Saya
Friday, September 26, 2008
{ WEEK END REPORT }
Saturday, September 20, 2008
{ MARI MEMASAK 3 }
Resipinya sangatlah simple, aku tak lokek nak share :)
Bahan-bahan:
Ayam - 1/2 ekor
Kentang - 3 biji dibelah empat
Santan kelapa - biasanya aku guna santan M&S je sebab malas nak memerah kelapa and low kolestrol
Asam keping
Air secukupnya
Garam & ajinomoto sesedap tekak
Bahan-bahan tumis:
Bawang besar - 2 biji
Bawang putih - 2-3 ulas
Halia - sebesar 1/2 ibu jari
Kunyit hidup - 1/2 ibu jari (serbuk pun boleh..cincai je la)
Lengkuas - optional
Serai - 2 batang
Rempah 4 sekawan (optional)
Lada kisar - ikut korang nak sepedas mana
How To -
1 - Ayam dibersihkan.
2 - Tumbuk bahan-bahan tumis tadi, kecuali serai yg dipecah-pecahkan. Then tumis sampai naik bau.
3 - Masukkan ayam, balik-balikkan sampai harum semerbak. Tambahkan air dan masukkan kentang. Biar sehingga mendidih serta ayam & kentang empuk.
4 - Kemudian masukkan santan. Biar sehingga mendidih. kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel.
5 - Masukkan asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa. Pastu boleh dihidangkan.
Sedap makan dengan nasi panas, Nak letak tomato pun ok jugak, so tak perlu letak asam keping. Kak Long suka giller makan gulai ayam nie dengan lempeng. Worth cooking & selamat mencuba :)
Thursday, September 18, 2008
{ MARI MEMASAK 2 }
RM10 je sebungkus, takdelah semahal mana jika nak dibandingkan dengan kesedapan sehingga menjilat sudip...!!! Aku rasa formulae nya 'Biarlah Rahsia' oleh si encik pencipta, tp dari bungkusannya, bahan-bahan utama yg dia letak adalah cili kisar, bawang putih, udang kering... and cara aku masak hari tu:
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
Tambahkan perencah secukupnya (fyi, sebungkus perencah ni utk 6 hidangan mee bandung)
Bila dah naik bau, tambahkan air (nisbah 1:3 dgn perencah yg diletak)
Then, masukkan daging, udang, ayam serta apa-apa jua aksesori yg dikehendaki
Bila dah mengelegak, pecahkan telur ayam, masukkan sawi, tauhu & finally..mee kuning.
Bab mee tu kan, aku lagi prefer if mee tu dicelur and letak dlm pinggan, curahkan kuah ke atas mee tu..so takdelah kembang semangkuk sgt mee tu bila dimasak.
And-seumur hidup aku..aku pernah jumpa mee bandung jek, takde pernah wujud mihun bandung, kuetoew bandung maupun pasta bandung...so, jangan pandai2 mengubah keasliannya yer...sirap bandung adalah..tapi takde kaitan dengan mee bandung... hekhekhek... sekian harap maklum dan graciassss..!!!!
Wednesday, September 17, 2008
{ MARI MEMASAK 1 }
Menu Hari Sabtu was MEE BANDUNG MUAR. I bought the spices kat kedai mee bandung kat Muar la.. bkn Adami tau..ni yg super real punya... memang sedap terangkat walaupun laki aku tak puji (dia nak puji..?? Hahhh...toksah bermimpilah...) tapi bila dia sampai 'mentong' tu maknanya sedaplah.. hehe... selalu makan kat kedai jek....
Kali nie...buat sendiri plaks...
Sowwy gambar agak kabur kerana masalah lighting.. aku snap guna kamera phone jek tu..heheheh... tapi mmg sedapla... nak resipi ker? Tak payahla.. ke nak jugak? Hehehe.. memandangkan nie rempah segera yg ditouchupkan..nnt aku akan post resipinya bila aku dah snap bekas rempah segera tu.
Next recipe will be on the way..wait and see ok... :)
Thursday, September 11, 2008
{ BERITA PEMERGIAN NENEK ARMAH }
Terbayang-bayang wajah arwah. Arwah bukanlah nenek kandung aku. Dia sebenarnya ibu mertua ucu. Mak Poksu Judin and nenek kepada Nana & Afiq. Terkenang-kenang zaman kanak-kanak aku dulu sewaktu aku duduk dengan Ucu and Nana belum lahir lagi. Saban hujung minggu, rumah arwahlah yang aku tuju. Masa tu arwah berniaga kuih muih, hantar kat warung berhampiran. Maka bila aku berkunjung ke rumah dia, memang tugas aku tolong dia gentel kuih karipap lah. Arwah ringan mulut, gerak lakunya lincah sewaktu zaman sihatnya.
Beberapa bulan lepas, masa aku balik rumah mak...dia ada kat rumah Ucu. Masa nie arwah dah tak sihat. Tapi masih mampu lagi bergerak dan berbual kosong. Hinggalah pada saat aku balik sewaktu hari Merdeka hari tu, kebetulan aku ke rumah dia lagi maka dapatlah aku berjumpa dengannya. Masa nie, ada rasa sayu di dalam hati melihat keadaannya. Her health deteriorates... dia hanya mampu terbaring lesu di atas katil. Lemah. Wajahnya pucat. Kulit arwah kusam, pucat, kering dan tak bermaya. Rambutnya yang sudah putih dilitupi uban serabut dan kusut. Sedih melihat keadaannnya yang lemah hanya bertemankan Atok Mail yang setia menjaga arwah dalam linangan air mata kesukaran dan kepayahan kerana Atok Mail pun bukannya sihat sangat. Badannya juga lemah dan ada semput. Dia tak larat sgt nak jaga tapi digagahi jua. Dialah yang memapah arwah utk ke tandas walaupun ada tikanya tak sempat ke bilik air utk melunaskan hajat. Arwah hanya mandi sekali dua sahaja dalam seminggu apabila ada anak yang balik menjenguk. Selalunya Ucu dan Nana la yg dtg menjenguk dan mandikan dia.
Kali terakhir aku jumpa arwah 2/9/2008. Kebetulan aku nak balik ke Kulai bas pukul 2 so sebelum balik tu aku ikut Poksu sekelurarga menziarahi arwah yang admit wad. Sedih tgk dia.. lemah... tak bersuara.. masuk salur air etc... yang dapat aku buat hanyalah berharapkan sebuah keajaiban... believe in miracle that Allah will use the power utk sembuhkan dia. Tapi, ternyata Allah lebih sayangkan dia. Pemergiannya ditangisi anak-anak serta kaum keluarga. Hanya Al-Fatihah dapat aku sedekahkan berserta doa semoga ruhnya dicucuri rahmat...Amin...!!! Moga dia tenang di sana... pemergiannya di bulan Ramadhan, moda diampunkan dosa-dosanya dan diterima ke syurga. AL-FATIHAH...!!!
Saturday, September 6, 2008
{ TAGGED BY ALDRINA }
so... those who been tagged by me,
1. Copy gambar smiley kat bawah then post it into ur blog.
2. Tag pada min of 5 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.
Next in the queue are:
1. Sherrina (http://sherrina.blogspot.com)
2. Kak Intansue (http://intansue.lifelogger.com)
3. Daren (http://antzgurl.blogspot.com)
4. Syaulawati (http://eridanus.blogdrive.com/)
5. ISIS (http://is150.net/diari/)
Thursday, September 4, 2008
{ AVENT NIPPLE PROTECTOR FOR SALE }
Hi All... Goodnews for moms or moms-to-be !!!
Avent is a well-known baby and mother care products.
Price: RM25 incl. p&p to West Malaysia, RM30 incl. p&p to East Malaysia
Kindly contact me for further details - Nora - muarianz@gmail.com
For further info of this product, visit: http://www.avent.com/