Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, October 6, 2008

{ BLOG RAYA PART ONE }

Salam & Good Day Y'All...

At last, 9 days shutdown plus public holidays... I am back to work... arrhhh... HARI MALAS SEDUNIA... as usual la.. Monday.. particularly after a damn long holiday... tapi kira okaylah.. at least kepala otak yang dah macam nak terbarai since ex-boss aku mula menjauhkan diri dari segala tugasannya prior to resignation until the very last minute jobs on the very last day before cuti... so hari nie aku masuk kerja dengan hati yang lapang..perut yang lapang (sebab puasa enam) dan maybe a few kg of fats yg aku tambah balik since cuti yang penuh dengan agenda makan-makan memandangkan hari rayalah katakan...

So, what is the story yang aku nak share ekk..?? Okayla.. let me begin with my Hari Raya journey... dalam diam tak diam 9 hari bercuti tu.. dua kali aku ulang alik JB-Muar tau..ok, my cuti was from 27-9-2008 until 5-10-2008 tau.. so, on the 27th petang tu aku balik Muar naik dengan Rahmat dan Mamat sebab diorang memang cuti panjang untuk beraya also... balik kali nie, aku cuma bawak Eiman jek..sebab jenuhla nak angkut kuih raya sekali... (and jenuhla nnt aku nak bayar duit tambang bas yang dah naik since 15-9-2008 kalau balik berdua..dahla nak balik lagik nanti masa raya kedua...) so, aman damailah... kalau korang nak taulah, journey yg biasanya take only about 2 hours, kali nie mcm nak kematu montot pasal jadi 4 jam! Tapi, well worth it la.. pasal ktorang bertolak dari Kulai jek dah pukul 6 lebih, so Rahmat ikut jalan lama..pasal nak cari tempat berbuka puasa... sekali end up makan dekat kampung mana ntah area Sedenak klu tak silapla.. nice place... and so-so foods with so-so price except for the sotong goreng tepunya yg mcm hampas and jadi bahan gelak kitorg jek..wakakakakarrrr... pastuh aku ingatkan diorang masuk highway, alih-alih sampai ke rumah diorang ikut jln lama.. tapi memang seronokla and aku rasa worth it giler pasal klu ikut highway pun blum sure lagi jalan clear... and bila ikut jalan lama, walaupun raya lagi 3 hari tapi dengan keindahan pelita, lampu-lampu bergemerlapan serta kanak-kanak bermain mercun dan bunga api, aku rasa mcm malam raya la plaks..hekhekhek.. and my baby boy tu plak was so nice and behaved making my journey so easy weasy... he he he....

Bila sampai Muar, dah pukul 10 malam..tapi lively jugala.. especially dapur mak aku... dengan makanan yang terhidang..adeih... dipendekkan cerita, 2 malam aku stay kat Muar before balik ke Kulai on 29-9-2008, puasla aku makan... paling best pekena Murtapiah rekaan adik aku si Yos.. dia panggil Murtabak tapi aku re-brandkan menjadi Murtapiah pasal dia buat pakai kulit popiah..hekhekhek... aku dah ada resipi dia, bahan dlm peti ais pun dah siap... nanti bila dah menjadi, aku post kat sini yerk..hehehe...

Yang tak best balik hari Sabtu adalah aku terlepas Qualifying Session Singtel Singapore F1 GP... huuhuu... 1st ever night race.. sedihla juga dengan result bila My Unsung Hero - Kimi Raikkonen terbabas langgar dinding 4 laps before abis.. frust menonggeng tertonggeng tonggeng aku dibuatnya... uwaaaa.. tapi x per, aku tetap setia jadi penyokong dia... :)

Hari Isnin petang, aku bertolak balik Kulai sebab Selasa tu Taska tutup and Anis x de org jaga...hampeh betul pasal Selasa tu laki aku suka-suki jek amik MC, in other words klu aku balik hari Selasa pun tak per.. huhu..takperla.. dah lepas dah pun.. so... itu part 1 blog raya aku... nanti aku post lagik.... :)

Friday, September 26, 2008

{ WEEK END REPORT }

Salam & Hey All ...!!!

This could be my last post before a week shutdown and Raya holiday. Well, actually if i really follow my heart... it feels like writing everyday tapi this has been a very very very busy week for me at work, not enough time to go live online (or even to write down offline and post it to this blog) so..hari nie Jumaat, longer lunch break baru dapat nak merapu dan meraban sket...

It's a week of 'macam-macam berlaku'...hell, since my boss now becoming an ex-boss and a never-call-him-a-boss started to act as a boss, my life has never get easier. To handle most of the thing without a guiding star is totally a hard time to me. Sian juga kat adik-adik aku berdua kat bawah tu yg ibaratkan kapal hilang arah panduan tapi what to do..life goes on... nak ke tak nak kena teruskan.. bak kata abg YB Zali pun HIDUP MESTI TERUS...and tambahan bagi aku... KERJA MESTI SETEL... or else my reputation will be down to teras bumi there..heheh...

But semangat aku masih ader la... masih ada semangat nak berjuang sehingga berjaya..chewwah... to be honest from the bottom of my heart.. I LOVE MY JOB...!!! This is something similar to what I have imagined to do after graduated when I was still in UMIST. Aku suka kerja nie, suka sangat-sangat cuma org-org sekelilingnyer jek kadang-kadang buat aku pissed off giler-giler... kdg-kdg aku terfikir sungguh, how come la En. Ismail boleh tahan giller kerja sini sampai almost 10 years. Semangat dia lagi kuat dari aku la kot.. and thanks to him jugalah sebab kalau bkn dia yang interview aku dulu, aku tak rasa aku akan kerja sini kot... huuhuuhuu... sometimes I got the feeling that some of the people around me are very very selfish. They don't care about others, and keep pushing people to do job for them... nasib baik jugalah self defence aku strong, and aku dapat rasakan belum setahun aku kerja sini mungkin dah ada org yang menyampah kat aku kot pasal aku kalau time bengang tu aku bambu je tak kiralah saper... yelah, if we keep everything to ourselves then how people will know? People would assume 'Oh.. that's ok for Nora, she will do that.. she is okey..bla bla bla' while deeply I am not okay and suffer... mcm semalam, aku rasa pahala puasa aku zero kot pasal banyak menyumpah seranah (walaupun dalam hati.. hehe)

Stop talking about kerja dulu... aku nak cerita pasal diet plaks... orang mesti tak percaya... tapi percayalah... aku rasa I am shrinking a bit than the true Norafesa before.. serious beb... thanks kat adik Busana Lavender aku, Puan Elyani Sakib yang mencadangkan aku guna JDM5. Memandangkan terputus bekalan, aku berjaya settlekan 20hari diet tanpa sebarang masalah mental dan skang dah muat balik seluar lama-lama yang aku beli time aku kerja kat Singapore back in year 2000/01 dulu.... nak cerita or tau lebih lanjut, please contact me in person, kay... nanti aku akan sambung diet nie sampai aku dapat capai tahap yang memuaskan mata dan mesin penimbang aku sendiri..hehehe...

Apa lagi ekk... okay, untuk plan rayer nie... cuti seminggu tapi ada org tu dah suh aku standby on call la pulak.. hell man... kalau standby on call boleh..tapi betul-betul 'ON CALL' on the telephone la.. kalau nak suruh aku dtg kilang, ya ampun lah yer memandangkan esok aku akan berangkat balik ke Muar dengan si Eiman-wihik-wihik pasal nak hantar kuih raya utk my mom, nak alter baju punjabi pink aku dan menghabiskan sisa-sisa ramadhan bersama keluarga terchenta..hehe.. then 29/9 malam aku balik Kulai semula sebab 30/9 laki aku kerja lagi and takde org nak jaga K.Long. Malam raya balik umah in law kat AT3. Aku plan rayer kedua aku nak zoom back to Muar... I missed my mom's delicious cook... uwaaaaaaaaaaaaa........!!!! Abislah screw-up diet aku, sebagaimana diet aku terscrew-up masa makan kat Lapan Kati ngan hasben and anak2 dua kali sepanjang bulan Ramadhan nie dan makan besar kat Sofitel hari tu... adeihla.. tapi, I managed to survive without nasi...!!!

My wish for this Hari Raya Aidilfiri : -

1. Aku harapkan segala dosa aku diampunkan, maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang aku pernah lakukan...
2. Halalkanlah makan minum aku, segala hutang piutang akan aku bayar dikit demi dikit...3. Doakanlah rezeki aku murah, dapat naik gaji ker... dipermudahkan perjalanan hidup serta dibahagiakan hati yang telah sekian lama @@%$%#%^$&^%&*&^*(&%%#_+_)
4. Moga aku dapat menziarahi pusara arwah abah di Semenyih nanti, Amin...

Opppsss...!!! MM dah balik lunch... means I have to get back to work... so, untuk semua.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN... see you in a week time...!!!

Saturday, September 20, 2008

{ MARI MEMASAK 3 }

Huhu..di petang Sabtu yang bosan ini, aku kat opis lagi menyiapkan kerja yang tak siap-siap...!!! Argkhs... penatla.. apalagi dari pagi tadi network ada masalah sket... dah ptg nie baru dapat berinternet. Oh ya, hari nie aku tak masa utk buka tau sebab balik nie kang aku terus gi Kota Tinggi...buka kat sana la nampaknya. However, nie aku nak share lauk yang aku masak last weekend. Aku lupa la Sabtu ke Ahad..tapi rasanya Sabtu kot.. aku masak Gulai Ayam Sempoi.. memang sempoi tapi it has been my favourite after aku alter resipi yang aku jumpa dalam Majalah Saji satu ketika dahulu...

Resipinya sangatlah simple, aku tak lokek nak share :)

Bahan-bahan:

Ayam - 1/2 ekor

Kentang - 3 biji dibelah empat

Santan kelapa - biasanya aku guna santan M&S je sebab malas nak memerah kelapa and low kolestrol

Asam keping

Air secukupnya

Garam & ajinomoto sesedap tekak

Bahan-bahan tumis:

Bawang besar - 2 biji

Bawang putih - 2-3 ulas

Halia - sebesar 1/2 ibu jari

Kunyit hidup - 1/2 ibu jari (serbuk pun boleh..cincai je la)

Lengkuas - optional

Serai - 2 batang

Rempah 4 sekawan (optional)

Lada kisar - ikut korang nak sepedas mana

How To -

1 - Ayam dibersihkan.

2 - Tumbuk bahan-bahan tumis tadi, kecuali serai yg dipecah-pecahkan. Then tumis sampai naik bau.

3 - Masukkan ayam, balik-balikkan sampai harum semerbak. Tambahkan air dan masukkan kentang. Biar sehingga mendidih serta ayam & kentang empuk.

4 - Kemudian masukkan santan. Biar sehingga mendidih. kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel.

5 - Masukkan asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa. Pastu boleh dihidangkan.

Sedap makan dengan nasi panas, Nak letak tomato pun ok jugak, so tak perlu letak asam keping. Kak Long suka giller makan gulai ayam nie dengan lempeng. Worth cooking & selamat mencuba :)