Salam Shaklee... :-)
Hari nie aku fe-feeling nak story-mory tentang SHAKLEE-VIVIX lagi...kenapa ye? Walaupun banyak lagi produk Shaklee lain yang aku belum kupaskan satu-persatu di belog ini, tapi VIVIX nie dekat di hati kerana ianya memang powerful dan terbukti berkesan membantu memulihkan pelbagai jenis penyakit....diulangi sekali lagi... MEMBANTU MEMULIHKAN... bukan memulihkan yer... Shaklee bukan ubat, remember? Shaklee adalah supplement a,k.a makanan tambahan...
Kalau sebelum ini aku cuma sharekan tentang khasiat dan manafaat VIVIX serta beberapa testimoni pengguna VIVIX, this time round, aku nak kongsikan bagaimana VIVIX berfungsi. Untuk yang belum tahu... VIVIX merupakan produk supplement revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular. Lebih 1 juta botol VIVIX telah pun dijual. VIVIX merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat Supplement No. 1 di Amerika.
Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sellular. Maksud tahap sellular adalah tahap sel. Sel adalah asas tubuh manusia...di mana kumpulan sel membentuk organ, organ membentuk sistem dan sistem membentuk tubuh manusia. Ini membawa maksud VIVIX melawaan penuaan pada tahap paling asas sekali. Dan anti-penuaan bukan berkenaan kulit berkedut yang ditegangkan tau...!!! Tetapi meliputi sel-sel dalaman seperti jantung, hati, pankreas dan lain-lain lagi.
4 MEKANISME PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR
1. Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
Ramuan VIVIX melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.
Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan tahap sellular.
3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
Mitokondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun.
Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
4. Penimbunan Protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (advance glycol end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan VIVIX adalah 1o kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.
Kesimpulannya ramuan VIVIX:
◆ Melindungi dan membaiki sellular DNA
◆ Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
◆ Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitokondria)
◆ Melambatkan pembentukan protein AGE (Advance Glycol End products)
VIVIX juga membantu memelihara kesihatan
1. Jantung
2. Otak
3. Sistem Imun
4. Sendi
5. Perlindungan anti-oksidan
6. Peningkatan tenaga pada tahap sellular
7. Kesihatan dan kesejahteraan umum
RAMUAN SEMULAJADI VIVIX
• ANGGUR MUSCADINE
Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiznya adalah sebesar bola golf. Kerana persekitaran yang unik, cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol yang bermanafaat kepada kesihatan.
Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polifenolnya dan berpotensi untuk memanafaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu pyhto-nutrient yang tidak dijumpai dalam anggur jenis lain yang menunjukkan ianya mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
•PURPLE CARROT
Purple Carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi pythokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang berkesan. Anthocyanins bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.
Anthocyanins adalah antioksidan utama dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan paling tinggi diikuti lobak ungu-oren.
Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.
Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamirkan banyak aktiviti biologi termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinigen. Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
•ELDERBERRY (Sambucus Nigra)
Elderberry berkesan mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, yang mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Elderberry sangat kaya dengan anthocyanin, memberi kesan anti-radang. Ia dapat membantu mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
Elderberry bukan sahaja kaya dengan antioksidan, tetapi juga vitamin A, B dan C, dan nutrien seperti asid amino, caretonoid, tannin dan rutin. Selain daripada manafaat yang telah dinyatakan di atas, Elderberry juga berkesan terhadap keadaan flu, jangkitan yis, asthma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Ia juga membantu merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasu LDL adalah salah satu penyebab utama penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termaduk stroje dan serangan sakit jantung. Selain itu, Elderberry dapat membantu dalam pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan sistem penghadaman.
• POLYGONUM CUSPIDATUM
Dikenali juga sebagai Knotweed Jepun, Polygonum Cuspidatum adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum juga banyak digunakan dalam banyak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli sains telah melakukan banyak ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manafaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
So....melalui perkongsian ini...hopefully uols lebih clear dengan bagaimana VIVIX bertindak...kandungan VIVIX serta bagaimana setiap bahan-bahan utama di dalamnya berfungsi...
Sekiranya ada persoalan tentang VIVIX yang tidak terjawab dalam any of my post berkenaan VIVIX...jangan segan silu... PM je aku di Facebook, or sms pun boleh...whatsapp pun boleh di 0176073815. I really hope that I can help you guys out there...
Eca
SID 1023481
0176073815
No comments:
Post a Comment