Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, January 17, 2013

MAIN MASAK-MASAK BERSAMA ASIAN MEALS BY TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA

Salam Mesra 1Malaysia...!!! Chewwah....

Lamanya tak ngepos... sibuk bloghopping belog2 orang sahaja... well, semenjak last week of December 2012 I have been very busy... very very busy dengan inventory di office, dengan menguruskan hal anak-anak nak sekolah, dengan re-organise life... huhu sounds serious, yes it is very serious indeed !!!

Hari nie mood happy jek daripada pagi tadi... Alhamdulillah... annual report dah siap.. business pun alhamdulillah okay... so nie nak take a breath and pos kat belog ini agar tidak bersawang-sawangan :)

Rasanya I did mentioned before that I am a Tupperware Brand Consultant... tahun 2013 ini I will do it very slowly.. and I am no longer with Kedai Tupperware. Kalau nak order apa-apa inbox je Norafesa Shaharuddin or pergi ke page Tupperware Director. Aku ler tu...kenapa aku tak lagi join Kedai Tupperware yang aku create tu? Itu dah story lain... biar aku simpan sendiri... nanti aku yang sakit hati.

So hari nie aku nak berkongsikan pengalaman baru dalam Tupperware. FYI, dalam kempen 1/2013 ini Tupperware memperkenalkan produk terkini iaitu Asian Meals. Apa itu Asian Meals? Asian Meals nie adalah koleksi 6 jenis paste masakan yang sangat mudah digunakan untuk busy women like me, bujang-bujangan maupun mana-mana org yg nak makan tapi x reti masak tapi nak belajar masak!


Itu dia ada 6 jenis - Pes Rendang (benda yang aku suka makan tapi x suka nak masak sebab complex..well now hari-hari masak rendang pun boleh!), Pes Taucu Szechuan, Sos Nenas Masam Manis, Sambal Tumis, Pes Kari Hijau Thai dan Sos Serbaguna.

Aku sangat pasti bahawa salah satu benda yang pengguna concern about rempah segera ini adalah kandungannya. Mesti ada benda-benda tak bagus untuk kesihatan memandangkan benda tu terperap lama menantikan tarikh luputnya. Let me show you kenapa Asian Meals nie bagus sekali:


Haaa... see see see..?? All natural !! Tak ada MSG, tak ada pengawet, tak ada perisa dan pewarna tiruan, tak ada lemak trans, tak ada gluten, non-GMO dan no 3-MCPD !!! Apa dia GMO tu? GMO stands for Genetically Modified Organisms... untuk bacaan lanjut, boleh google. But who knows one day aku akan pos berkenaan ini. 3-MCPD tu pun aku sebenarnya tatau apa.. jap google: huhu...complex! 3-monochloropropane-1,2-diol kontaminasi yang berlaku semasa pemprosesan makanan. Sila google untuk bacaan lanjut sebab kalau nak story pasal benda nie tak habis la post nie nanti... !!!!

Asian Meals paste ini sangat mudah digunakan. Out of 6, aku dah cuba 4 jenis; green thai curry, sambal tumis, sos nenas dan sos serbaguna. Tak perlu nak tumis2 pakai minyak bagai.... cara masakannya ada dinyatakan di belakang kotak. Untuk begineer cook... ikutlah step by step.. jangan 50ml santan disamakan dgn 1 kotak santan yer... kihkihkih... afew friends of mine already kantoi on this! And untuk amatur mcm aku yang gemar menderhakakan resipi sedia ada... aku mulakan dengan mengikuti langkah pada kotak dan ditambahkan itu ini atau tukar sikit2 dulu. By the way, nanti next round aku beli..memang akanku derhakakan sepenuhnya pes2 ini... hidup kena creative bebeh!!!

So, nak jemput korang tengok air tangan aku :)

GREEN THAI CURRY

SAMBAL TUMIS UDANG

DEEP FRY SEABASS WITH PINEAPPLE SWEET & SOUR SAUCE

ORIENTAL CHICKEN STIR FRY WITH MIX VEGES

last but not least....
SAMBAL TAUHU

So... macamana? Kalau teringin nak merasa.. bolehlah datang rumah... kalau jauh tu, boleh beli... harga pun sangat berpatutan. Satu kotak mengandungi 2 paket. Cukup untuk 2 kali masak. Kalau ikutkan pada kotak tu kata sekali masak untuk 2-3 orang... dewasa lah kot sebab cukup (dan terlebih2) untuk aku, Encik Z dan 3 anak-anak kami....  harga sekotak hanya RM12.80. Kalau ahli Tupperware ada 25% off. dan kalau beli semua 6 jenis, now tengah promosi hanya RM64.00 sahaja.

Jadi..kalau teringin dan kepingin...bolehlah contact saya yer... boleh pos ke depan pintu rumah atau pejabat anda... sesuai untuk semua....

1 comment: