Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, January 31, 2013

PROJEK NAK MENGHIDUPKAN KEMBALI BELOG YANG DAH MATI....

Salam Y'All...

Well, walaupun belog sedia ada ini pun hidup segan mati tak mahu... (ye ke?) .. almaklumlah nak update pun seminggu sekali pun payah...sebab ada je penghalang dari segi masa...huhu... hari nie nak beritahu yang sesungguhnya I have one more blog yang dah ter'abandon' for one year or so... which is Not So Foodiot where I place my food review..rasanya kalau nak direviewkan dari last aku post kat sana sampai hari nie sumpah banyak...hahahhaa...nantilah kena refresh memory, kena re-trace gambar2 dlm camera phone.. dalam hard disk..huhu... tungguuuuu....!!!!

Tuesday, January 22, 2013

AYAT PEMBUKA REZEKI

JOM AMALKAN !!!


GAMBARAN HARI KIAMAT... must read!!!

Salam Selasa Y'All...

Basically, selain daripada bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan aku..aku akan berusaha sedaya upaya untuk memanafaatkan blog ini dengan pengisian yang berguna untuk bacaan dan rujukan diri sendiri mahupun sesiapa yang sudi singgah dan membaca post-post dalam blog ini... semoga perkongsian yang aku buat ini bisa memanafaatkan semua, In Shaa Allah...

Hari ini, before start kerja..mcm biasa aku buka FB dulu dan mata terlihat dan hati tertarik untuk membaca post yang disharekan oleh salah seorang sahabat FB.. Gambaran Hari Kiamat, nukilan Salwani Ilham. So, jom baca.. hopefully ianya bisa memberi gambaran kepada saat tersebut serta memberi inspirasi untuk bersedia menghadapi hari tersebut....




!!! Gambaran Hari Kiamat!!!
Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, January 18, 2013

KESESAKAN TRAFFIK DI JOHOR BAHRU MALAM INI

Yeah... malam ini dijangkakan akan berlaku kesesakan luar biasa di JB.
Kenapa?
Memang biasanya JB sesak especially kat checkpoint petang ini disebabkan warga Malaysia yang mencari rezeki di Singapura pulang bercuti hujung minggu.

On top of that.... ada 2 event besar di JB malam ini.

1. Maharaja Lawak Mega Final yang akan berlangsung di Stadium tertutup MBJB. Tiket dah diedarkan tadi tapi aku x terlibat dengan mereka-mereka yang beratur walaupun stadium hoki Taman Daya tu x sampai 10 minit dari opis aku...the best place utk menonton adalah susun bantal, baring depan TV dengan anak2 dan somi....

2. Liga Super Johor Darul Takzim vs ATM yang akan berlangsung di Stadium Larkin. Now bolasepak Johor memang tengah hot mcm otak-otak Kempas.. hahaha... so sendiri mau ingatlah effect dia...

Both event bakal berlangsung pada waktu yang lebih kurang sama kalau x silap aku...or at least a bit of time overlap la...

So, kalau takde urusan kat bandar JB...elak-elakkanlah...sebelum terperangkap... unless memang aktiviti masa lapang anda berjimba-jimba dalam kesesakan jalanraya...

(mujur aku dok Kulai!)


MY HOMECOOK BREAKFAST TODAY

Salam Jumaat semua... semoga mendapat barakah dari Yang Maha Esa, In Shaa Allah...

Hari nie tetiba mood memasak datang.... so semangat la bangun awal jam 5.10pagi masak untuk breakfast. Selalunya masak untuk breakfast anak-anak sahaja shich is not really memasak pun..kadang2 sekadar letak roti sebantal, choc or kaya spread..that's all... and kalau rajin sket dan stock ada.. buat baked bean masak dgn scrambled eggs for them as a companion for the bread...tapi semalam ternampak roti Mat Gebu yang segebu tuannya... aku pun tetiba teringatkan baki roti dalam almari, so why not masak untuk breakfast anak? So I cook my version for them...and untuk bekalan aku dan Encik Z... aku buat blackpepper fried udon. Huhu... Udon tu dah 2 minggu aku beli tapi x masak2..so this is the right time la.. malam tadi aku siap2 sediakan rencah yg sepatutnya... pagi ni tinggal tumis jek... dan ini hasilnya... BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIMM....


Sejarah cinta aku kepada udon noodle ini bermula di Sushi King sebab aku sukaaaa sangat makan beef sukiyaki yang gunakan udon noodle. Dan my love at first sight aku dengan Blackpepper Fried Udon bermula ketika dinner tak sengaja dengan Encik Z di Cititel Midvalley about 9 years ago semasa aku pregnantkan Kak Long... sukaaa sangat.. nak masak takut2...tapi alhamdulillah so far dah 3-4 kali aku memasak udon tanpa cacat celanya :)

Thursday, January 17, 2013

MAIN MASAK-MASAK BERSAMA ASIAN MEALS BY TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA

Salam Mesra 1Malaysia...!!! Chewwah....

Lamanya tak ngepos... sibuk bloghopping belog2 orang sahaja... well, semenjak last week of December 2012 I have been very busy... very very busy dengan inventory di office, dengan menguruskan hal anak-anak nak sekolah, dengan re-organise life... huhu sounds serious, yes it is very serious indeed !!!

Hari nie mood happy jek daripada pagi tadi... Alhamdulillah... annual report dah siap.. business pun alhamdulillah okay... so nie nak take a breath and pos kat belog ini agar tidak bersawang-sawangan :)

Rasanya I did mentioned before that I am a Tupperware Brand Consultant... tahun 2013 ini I will do it very slowly.. and I am no longer with Kedai Tupperware. Kalau nak order apa-apa inbox je Norafesa Shaharuddin or pergi ke page Tupperware Director. Aku ler tu...kenapa aku tak lagi join Kedai Tupperware yang aku create tu? Itu dah story lain... biar aku simpan sendiri... nanti aku yang sakit hati.

So hari nie aku nak berkongsikan pengalaman baru dalam Tupperware. FYI, dalam kempen 1/2013 ini Tupperware memperkenalkan produk terkini iaitu Asian Meals. Apa itu Asian Meals? Asian Meals nie adalah koleksi 6 jenis paste masakan yang sangat mudah digunakan untuk busy women like me, bujang-bujangan maupun mana-mana org yg nak makan tapi x reti masak tapi nak belajar masak!


Itu dia ada 6 jenis - Pes Rendang (benda yang aku suka makan tapi x suka nak masak sebab complex..well now hari-hari masak rendang pun boleh!), Pes Taucu Szechuan, Sos Nenas Masam Manis, Sambal Tumis, Pes Kari Hijau Thai dan Sos Serbaguna.

Aku sangat pasti bahawa salah satu benda yang pengguna concern about rempah segera ini adalah kandungannya. Mesti ada benda-benda tak bagus untuk kesihatan memandangkan benda tu terperap lama menantikan tarikh luputnya. Let me show you kenapa Asian Meals nie bagus sekali:


Haaa... see see see..?? All natural !! Tak ada MSG, tak ada pengawet, tak ada perisa dan pewarna tiruan, tak ada lemak trans, tak ada gluten, non-GMO dan no 3-MCPD !!! Apa dia GMO tu? GMO stands for Genetically Modified Organisms... untuk bacaan lanjut, boleh google. But who knows one day aku akan pos berkenaan ini. 3-MCPD tu pun aku sebenarnya tatau apa.. jap google: huhu...complex! 3-monochloropropane-1,2-diol kontaminasi yang berlaku semasa pemprosesan makanan. Sila google untuk bacaan lanjut sebab kalau nak story pasal benda nie tak habis la post nie nanti... !!!!

Asian Meals paste ini sangat mudah digunakan. Out of 6, aku dah cuba 4 jenis; green thai curry, sambal tumis, sos nenas dan sos serbaguna. Tak perlu nak tumis2 pakai minyak bagai.... cara masakannya ada dinyatakan di belakang kotak. Untuk begineer cook... ikutlah step by step.. jangan 50ml santan disamakan dgn 1 kotak santan yer... kihkihkih... afew friends of mine already kantoi on this! And untuk amatur mcm aku yang gemar menderhakakan resipi sedia ada... aku mulakan dengan mengikuti langkah pada kotak dan ditambahkan itu ini atau tukar sikit2 dulu. By the way, nanti next round aku beli..memang akanku derhakakan sepenuhnya pes2 ini... hidup kena creative bebeh!!!

So, nak jemput korang tengok air tangan aku :)

GREEN THAI CURRY

SAMBAL TUMIS UDANG

DEEP FRY SEABASS WITH PINEAPPLE SWEET & SOUR SAUCE

ORIENTAL CHICKEN STIR FRY WITH MIX VEGES

last but not least....
SAMBAL TAUHU

So... macamana? Kalau teringin nak merasa.. bolehlah datang rumah... kalau jauh tu, boleh beli... harga pun sangat berpatutan. Satu kotak mengandungi 2 paket. Cukup untuk 2 kali masak. Kalau ikutkan pada kotak tu kata sekali masak untuk 2-3 orang... dewasa lah kot sebab cukup (dan terlebih2) untuk aku, Encik Z dan 3 anak-anak kami....  harga sekotak hanya RM12.80. Kalau ahli Tupperware ada 25% off. dan kalau beli semua 6 jenis, now tengah promosi hanya RM64.00 sahaja.

Jadi..kalau teringin dan kepingin...bolehlah contact saya yer... boleh pos ke depan pintu rumah atau pejabat anda... sesuai untuk semua....

Friday, January 4, 2013

POTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH NABI

Salam Y'All.. Hari ini hari Jumaat kan? Jom potong kuku mengikut sunnah nabi... senang je nak cari pahala kan ???