Aku telah di TAG kan oleh junior aku kt MRSM Terendak, Sherrina... lovely lady yg aku paling suka menjenguk blog dia yg sangat happening :) Maka dengan penuh rasa rela... aku pun menyahutlah TAG dia nie... tapi nie after revised la pulak sbb smlm mcm kelam kabut nak penuhi all 16 things..so this time..more transparent... more into me..in person..wakaka...
16 THINGS ABOUT ME
1. I have a strange hobby that I believe people never know - I like talking to myself, berkata-kata di dalam hati.. and kadang-kadang tu bila dah so into it, aku mcm cakap pada diri sendiri...selalunya yang kantoi aku, my daughter si Kak Long la... mama dia nie dah biol kot..hahaha...but I think it is quite therapeautic, especially when you cannot share those things with others...so, share with myself.
2. Aku tatau kenapa, but I love UK...obsess jugalah tapi aku buat-buat cool je especially depan laki aku, sebab nanti sure dia sindir and perli tak ingatnya, maka hati ini jugalah yg terhiris, terguris dan sadisss... tak percaya? Sejak kecil-kecil aku tgk sepupu gi study oversea (sorang US, sorang UK) tapi aku sematkan dalam hati aku nak gi UK (tatau kenapa aku tak suka US, maybe sebab aku suka tgk ambient UK yg more classic tak modern mcm US)... pas sekolah, aku gile tgk Cinta Antara Benua (time tu tunggu result SPM)..berangan-angan gi study kt UK... and bagai mimpi jadi nyata.. MARA offer aku gi UK directly (pdhl aku x apply pun..aku apply KMB for A-Level...) Yippie.. mission accomplished... and NOW... I am looking forward to go back to UK..for whatever good reason la... particularly..Manchester.. rindunyaaaa...
3. Aku suka warna biru...bagi aku, warna biru sangat mendamaikan..menyejukkan dan sedap dipandang... laki aku pun selalu kata, aku sesuai menggayakan warna biru.. eventually, mak aku pun rajin hadiahkan aku baju kurung dan tudung biru...
4. In term of kerja, aku suka be independent. Aku tak suka ada kebergantungan pada manager... (korang rasa dia baca blog aku tak?)... aku tak suka setiap langkah, kena report pada manager.. setiap keputusan mesti dibuat oleh manager... aku as an executive level pun mesti ada power to make up decision and that is a good practice tau..risk taker tu...and one more thing.. aku benci meeting! Yes.. meeting tu penting juga, tapi bila meeting benda kecil jadi berjela-jela berjam-jam sebab melalut ke topik lain, I will be absolutely pissed off.. this is when I hope somebody will call me so that I can get out from the meeting etc etc etc...
5. Setiap tahun, bila datang tahun baru..azam yg mesti ada adalah nak KURUS. yer.. aku nak KURUS... mcm la tak pernah berjaya...tapi normally tak kekal lama..maka aku berazam tahun nie dan seterusnya..aku mmg nak kurus... ayat notty 'biar laki aku pandang aku je...dan tak pandang org lain...tapi org lain pun pandang aku je..tak pandang org lain jugak...' wakakakaka...
6. Aku suka memasak... suka makan juga... tak percaya? Nie Norafesa yg bangun pukul 5pagi utk masakkan bekalan laki dia gi kerja... terus masak sekali utk dinner dia dan anak2 pada hari aku OT sampai 830 malam... aku ada banyak koleksi resipi... aku pernah pergi kursus memasak makanan foodcourt dgn Chef Li.. and looking fwd nak belajar buat cupcake plaks...
7. Aku nie sahabat yang setia... chewwahhh... tak percaya? Aku masih keep in touch dgn kawan lama yg aku kenal dia sebelum aku kenal ABC. Nama dia Rafidah Jais.. and kawan baik aku datangnya dari MRSM Terendak yg aku kenal since dari menengah rendah iaitu Ayie & Ismayati...
8. Yerr... 8..!!! Ini memang nombor kegemaran aku..aku suka sangat nombor 8..org Cina kata nombor 8 nie bawa tuah..tapi.. tatau kenapa.. banyak benda dlm hidup aku dipengaruhi dengan nombor 7. For example, masa PMR aku dapat 7A. Masa SPM aku dapat aggregate 7. Kasut aku saiz 7. Laki aku lahir bulan 7. nombor rumah aku 127, ..apa lagi? nak list nanti panjang la plaks...
9. Aku sangatlah suka pada kerja aku sekarang.. I LOVE MY JOB AS A SYSTEM ANALYST AT FLEXTRONICS! Thanks la kepada ex-Manager aku yg memberi kepercayaan penuh kepada aku untuk memegang jawatan ini... he he he... kerjanya, adalah something yang aku imagine since dari aku kat university dulu..memenuhi scope dan expectation aku..bukan senang nak dapat woo..sebab org selalu kata bila dah graduate..selalunya kita tak apply apa yg kita pelajari... seronok sebenarnya kerja ngn org2 Flextronics nie... yang tak bestnya.. GAJI! benda nie memang aku sangatlah tak puas hati tahap tak ingatnyer... haihhh... what should I do? And lately, there was a 'major turn down' things that almost makes me want to give out a 24-hours notice... nak tau apa..?? Tak payahla... aku rasa a few people know...
10. Another strange interest yg aku rasa takde saper tau... I love NUMBERS... no, bukan cerita Numb3rs yg kt AXN tu... tapi nombor... aku mudah ingat nombor dari ingat ayat2.. (that's why I hate subjek Sejarah,psl byk menghafal)... and for the past few years I have a strange hobby... TRYING TO DERIVE AS MAXIMUM NUMBERS AS POSSIBLE WHEN LOOKING AT CAR'S PLATE NUMBERS... gila ke? seriously... katakanla plat kereta tu 6876... aku akan cuba guna all the basic tools like + - x / kuasa dua, punca kuasa dua dan sewaktu dgnnya untuk cuba dapatkan nombor dari 1 sampai..yg semaksimumnya atau sampai aku jemu... e.g. dari 6876 tadi.. 6/6 = 1, 8-6 = 2, (8-6)+(7-6) = 3, etc etc...
12. Bila aku tengah stress, aku cuba mengasingkan diri.. agar orang tak ganggu aku dan aku tak buat apa-apa tindakan bodoh yg bakal menampakkan kebodohan aku dalam mengawal emosi... bila aku tak suka seseorang, aku cuba lari jauh dari dia... tapi bila aku suka seseorang..aku lagi suka pandang dia dari jauh dari bodoh-bodohkan diri nak tonjolkan diri kt depan dia mcm org bodoh!!!
13. Aku terlalu ingin nak business... dah ada benda nak dibusinesskan... my 1st step already completed.. cuma kesibukan (atau aku yg tak tau menguruskan masa?) masih menjadi penghalang aku utk execute next step...takper, once it done.. aku akan announce satu dunia...
14. Norafesa nie sangat obsess kepada - CSI Miami, Formula 1 & Kimi Raikkonen.
15. Salah satu kejayaan paling besar dalam kehidupan aku as a Norafesa is - berjaya menyusukan anak aku dengan susu badan sampai ke hari ini. Walaupun dah tak exclusive (sebab masa dia kat taska, aku bagi susu formula) tapi clearly breastmilk is still his favourite ...
16. Aku seorang yang unik. Sama seperti setiap manusia dalam planet bumi nie. Maka... you have an option: LOVES ME OR HATES ME... the power in your hand... ngeh ngeh ngeh...
fuuuhhh... tu dia... finally.. abis jugak... and aku kena tag 16 org plak.. adeih.. tak terdaya aku beb.. maka aku just nak tagkan org2 nie je:
Kak Intansue (http://intansue.lifelogger.com/)
Yanie (http://yanie.bumicyber.org/)
Ros Alhana (http://anazri.multiply.com/)
Syaulawati (http://eridanus.blogdrive.com/)
Siti Nurul Narizah (http://nurul79.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment