Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, June 26, 2008

{ Jubilee... Here We Come }

Finally, sampai juga hajat aku untuk menghadirkan diri ke Ansara Terendak Silver Jubilee Dinner... mungkin orang lain tak rasa apa yang aku rasa, I have been through a long way before I finally made it... dugaan yang aku lalui, biar aku je yang tahu... sebab tu aku punya rasa GLAD nie mungkin lain dari apa yang orang lain rasa...

Dengan beg baju yang aku tak tau nak humban ke mana, aku Nana & Eiman masuk ke MITC... there was a big crowd dekat kaunter pendaftaran. First person yang aku jumpa was Johoe...dia kan Naib Pengerusi... dengan kurta putih dia... aku tegur, dia jawab lebih kurang jek...hmmm...takperlah..dia penat kot or lebih nak sambut VVIP and cikgu..aku cuma kerak-kerak jek dalam majlis tu..so nevermind... aku terus cari kaunter pendaftaran. Then I saw Kak Intansue... terus aku tegur dia.. dia dengan Kak Azean (rasanyalah masa tu..maaflah Kak Yan, Eca tak cam... you changed completely)... dia tunjukkan aku kaunter yang dijaga oleh budak ISIS... aku daftarlah dengan si Nana (on behalf of Ayie)..dapat lagi 2 goodies bag...adeih, tambah lagik ktorg punya bebanan bahu...huahuahua... malas nak tunggu lama-lama, some more masa tu dah pukul 8 and aku tak kenal sesapa pun...terus naik ke tingkat atas..gie ladies, touch up lebih kurang and masuk terus dewan...

Masuk je pintu, Madhi sambut.... (Nana kata Madhi hensem...hehehe...)..siap drop his business card lagik.. cayalah! Oh yer hampir terlupa, masa kat eskalator, aku jumpa Hairil... berisi sketla dia berbanding masa zaman sekolah dulu... bak kata dia pun... 'hati senang sket skang'... Hairil nie kapla segala montaj yg memang best... dia dok guide meja mana yg boleh duduk, meja mana yang tak boleh...mula-mula tu kitorang gi kat meja yang masih kosong...tepi dinding memandangkannak sumbat beg-beg kitorang yg banyak tu..segan arr kalau dok tengah2 alam dengan beg yg menimbun (kesian kitorang kan..?? kan Nana Kan..?? mcm jakun darat mana jek masuk dinner dengan all those thingies...) sekali entah mcmana segerombolan jantanas yang takde seat serbu meja kitorang nak duduk... aku dah rasa mcm nak keluar terus dari dewan tu jek coz tak selesa... nasib Roslina jadi penyelamat... Roslina nie classmate aku dari form3 sampai form5 tau... dia ajak aku, Nana & Eiman join meja dia yg kebetulan ada kosong... kira selamat la..and a bit fulfilled sebab dapat duduk semeja dengan bdk batch aku... Roslina & John, Ruhann, Fendi Izani... meja sebelah plaks Nor, Yan, Sue, Rose, Bundy... and meja kitorang turut dijengahi oleh Kuchai, Poken, Yuskhairul... and outside of the hall...aku berkesempatan sekejap jumpa dengan Mat Rock (KLMJ Ina Rock..hehe..tengah dukung anak lagi...harharhar... sungguh berbeza pemandangan ituw...)

Aku sapa Huzairi... and dia terus cium Eiman... fatherly gak rupanya dia nie, kan? Heheheh... then jumpa Abg Sofi...dia nak amik Eiman, tapi as usual.. Eiman..mana nak ikut strangers...nampak Fizah Bahau, just lambai dari jauh jek since dia hilang lepas dinner..tak sempat nak jumpa... sapa lagik? Haaa... Halina... (awek SMS) yg duduk sebelah Fizah...Ada lg jumpa sape ntah budak2 yang tegur aku ...super juniorla..yg aku tak recognise...sorry ye dek... memory akak dah low la..hehe... maklumla..dah tak muda lagikkkk....!!!!

After bla bla bla bla bla... it's makan time...!!! Hidangan disediakan oleh Hotel Seri Malaysia... and from the name, I already expected how the foods wud taste like... aku rasa actually hidangan tu mcm tak cukup jek, tapi oleh kerana keseronokkan jumpa rakan dan taulan serta guru-guru dah melebihi segalanya, maka aku bikin ignore jek sama itu makanan...kiranya makan ala-kad jek lah.. heheh... ada dimsum..ada sup..ada nasi goreng, ada ikan siakap (yg nie mmg sedap)..ada air oren..ada desert apa ntah sagu ada kuah... ada udang... yang gerenti kenyang is Eiman lah... heheh...aku ngan Nana kenyang air jek.. in the middle of makan time..aku mula rasa bosan dan kepanasan so amik kesempatan keluar dari dewan... tu dia...keluar jek dari dewan, berdirilah MP Muar kiter, YB Razali Ibrahim... dia nie aku 1st time kontek pasal tiket F1 Sepang back in March 2008 la..then kononnya nak tongtong kereta ngan dia dari Muar gie Jubilee tapi dek kerana timing lari, so tak jadilah... aku pun teruslah introduce diri kat dia... "Abg Zali, Saya Eca"... ngehngehngeh... and the conversation went through mcm dah lama kenal jek. He is a very nice and humble person… kind-hearted (bukan bodek yer Abg Zali…heheh) before beredar, sempatlah dok posing-posing sat gambar kenangan… bukan senang woooo nak jumpa dia…hehehe… went to washroom, and masa nak masuk balik dewan la jumpa si Kuchai, Poken & Mat Rock tengah dok sembang-sembang kat luar dewan.

Bila dah back to meja makan, sambungla meratah udang plaks…nasib Eyna simpankan sket, kalau tak aku ngan Nana dapat kulit udang jelah kot..hehehe… sambil dihiburkan oleh kumpulan Gangstarz (Infinite) yang turned to be ex-tdk and ada nasyid (nie mmg trademark MRSM Terendak)… well actually I didn’t really bother about semua tu, concentrate dengan jumpa kawan-kawan lama jek sebenarnya… aku mula tegur-tegur cikgu, tapi malangnya haram sorang pun tak kenal aku… except masa before balik aku jumpa cikgu homeroom aku. Pn Zuraidah bt Zulkeflee… aku salam cium tangan dan peluk dia, yang menjaga aku dari form 1 sampai form 5.

After all the activities habis, masa tu dah dekat pukul 12, maka bermulalah aktiviti beramah mesra sesama cikgu dan ex-tdk yang lain. Time niela ada sesi salam-salam, peluk-peluk (sama jantina ehhh…hello!!) and amik-amik gambo. Aku yg x bawak kamera nie tumpang posing jek dlm kamera canggih si Zaiti, Kak Intansue, Rose & Halina. Masa nielah aku berpeluang jumpa Kak Julia, sembang-sembang ngan kawan-kawan sama batch i.e. Rose, Eyna, kakak-kakak senior, abang-abang pioneer like Abg Ed, Abg Azahadi, Abg Azmi etc etc… by that time, Eiman dah terlentuk ngantuk dan terlelap dalam pelukan aku. Maka aku pun terpaksa menstatikkan diri duduk atas kerusi melayan tangan yang lenguh…hehehe…then aku terus turun ke bawah menunggu Kak Julia (sebab aku tumpang stay ngan dia kat Ismah)… penat sangat… rupanya Kak Julia gi minum-minum ngan kwn-kwn dia kat Subaidah… aku dah siap bersila memangku Eiman sambil dok sembang ngan Nana, Manwie and Ajla… since aku nie sekadar menumpang kasih kenderaan rakan-rakan yang memahami dan bermurah hati, aku and Nana pun joinla sekali minum-minum kat Subaidah… saper ek yang ada..?? Abg Azahadi, ISIS, Kak Oya, Kak Aidrina, Sherrina, Zaiti, Johoe, Rasyid, Prof. Jamal and etc etc etc… aku dah tak larat nak makan, minum-minum jeklah sambil memerhatikan si ISIS pekena sekeping roti telur dan roti kosong. After dok sembang-sembang dan transport available, maka bertolakla ke Ismah… dan sampai sana terus tidur tak ingat apa-apa sampailah pagi dekat pukul 10 aku, Nana and Eiman pengsan!!!

After wake up, terus dok fikir how nak balik… dengan tak mandi…kitorang gie breakfast…huh! Takleh masuk perutla…so aku minum-minum jek… mandi-mandi etc… cuba gak tanya-tanya kawan yang belum check out if bole tumpang sampai tepi jalan so that kitorang boleh tunggu bas ke Melaka Sentral. Malangnya, respon menyedihkan… and tengok-tengok dia dah checkout without says goodbye … so minta tlg owner Ismah arrangekan… and paling aku sedih, kena tipu dengan teksi tu..owner Ismah kata cuma RM10 ke tau, sekali tiba kat Masjid Tanah, dia charge aku RM24…!!! Aku rasa mcm nak maki-maki jek… mentang-mentangla aku tgh susah, in a desperate condition… ingat aku halalkan ker..?? Makanla anak bini dia sekali dgn duit aniaya orang…so, kitorang naik bas Patt Hup dari Masjid Tanah ke Melaka Sentral…dan kenangan lama menjelma lagi….

Aku gerenti, extdk-extdk lain yang datang berkereta or dgn lebih tepat, own transportation takkan rasa KLMJ yang aku rasa… naik bas Patt Hup (walaupun nasib aku baik sebab dapat Patt Hup ada air-cond.. rahmat buat Eiman) merentasi Masjid Tanah yang tak berapa beza dengan 12 tahun dahulu. And bila melintasi Simpang Terendak, mcm nak gugur gaklah airmata melihat entrance masuk Kem Terendak..sebab hajat hati nak menjejakkan kaki ke MRSM Terendak tak terlaksana…dah maju area Simpang Terendak dan Sungai Udang… banyak rumah kedai dah dibangunkan. Famili Store pun dah takde…. Tiba-tiba waktu nie dapat plak satu sms tu yang buat hati aku syahdu giller…sampai meleleh airmata beb…aku tak bolehla bagi korang baca apa sms tu, tapi bunyinya lebih kurang camnielah… “Eycha, personally saya kagum dgn semangat yang ada pada Eycha yg sanggup bersusah payah menempuh segala rintangan untuk sama2 menjayakan sambutan jubli perak terendak….blablabla...” tersentuh hati aku kerana dlm pada susah payah tu, ada gak yang appreciate…aku doakan yang terbaik bagi pihak yang appreciate… amin…

Sampai ke Melaka Sentral… 1st thing 1st la… makan time…!!! Memang lapar giler, so aku ajak Nana gi Chicken Rice Ball..teringin plaks pasal lalu situ masa hari sampai Melaka.. so, makan la..lawan dgn dumpling soup..mmg sedap soup dia..nasi biasa jek..air dia sedap..air asamboi dgn limau kasturi…ntah aper nama dia… settle makan, time to catch the bus… and beyond expectation… bas takde. Plg awal pun petang dkt pukul 6…giller apa..apa aku nak buat time nunggu tu…dlm otak aku pikir, cari bas dari Muar jela.. kalau takde gak, tidur umah Mak and balik pagi Isnin… penat giller…naik bas Orkid Ekspress sampai Muar then cari bas…lewat baru dapat..terpaksa gak balik sebab laki aku paksa suh balik…aku berang gaj la..sebab aku penat giler tapi dia takmau faham… nak buat macamana, kan?

Arrived at Kulai so late, mmg penat giler..dah tak ingat apa..terus tidur…. Isnin tak kerja…hari Selasa back to work tapi mcm org cacat jek pasal bdn sakit giller… mengantuk mcm nak pitam pun yerkkkk…. Tapi the journey was well-worth it la… once in a lifetime…

Last but not least.. I would like to thanks:
ALLAH SWT – kerana jika tidak dengan izinNya, tidak mungkin aku berada di Jubilee Dinner….
My husband – kerana izinkan aku dengan Eiman meneruskan hajat ke Jubilee Dinner…
Nana – sebab sudi ikut akak… tapi, berbaloikan?
Kak Intansue – hanya saya, akak dan Dia yang tau….
Abg Azahadi – for your concern, hospitality and companion…
Kak Julia – for the accomodation… hmm… brp saya kena bayar share saya, Kak Jue?
Roslina – pasal ajak aku duduk semeja dgn ko..kalau tak mati aku dikerumuni semut2 yg tak dikenali…
YB Razali Ibrahim – pasal offer tongtong although I can’t make it….
Kak Oya, Kak Lin, …serta semua yang saya mungkin lupa nak mention nama kat sini… bersama-sama nie aku attach gak gambo-gambo yg sedikit yg sempat di snap menggunakan camera phone sahaja… gambar2 dari kamera rakan-rakan akan menyusul kendian… thanks a lot for the journey of the lifetime… semoga dapat bersua dengan semua lagi in future, Insya Allah…

Terendak… the place where my life begins… and all the memories remain……..

No comments:

Post a Comment