Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, April 21, 2008

{IT'S 21-APRIL-2008... EIMAN's FIRST BIRTHDAY}





It is finally here... 21-April-2008 :) Tarikh penuh keramat buat aku dan my baby boy, Muhammad Adam Eiman... it has been a year then when I was fighting in the labour room (x sampai 10 minit pun) to bring him into the world... in the other word... HAPPY 1ST BIRTHDAY, EIMAN...!!! A huge milestone for a such great son...whatelse I can say than ALHAMDULILLAH... bersyukur kerana memanjangkan usia zuriatku ke angka 365 hari... bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang cukup indah buat aku... sebelum aku meneruskan celoteh pasal nie.. let me recite a do'a buat anakku yang kedua ini...

"Ya Allah... aku bersyukur kepada-Mu dengan sebuah anugerah yang tidak ternilai bergelar ZURIAT, yang meluluhkan segala dosa-dosaku sewaktu perjuangan melahirkannya, yang menemani diriku tiap waktu hati ini kesepian, yang menghiburkan aku dengan keletah manjanya, yang memberikan aku gelaran seorang IBU yang bukan semua bisa menggapainya... yang mengajar aku erti sebuah kesabaran, yang mengajarku nilai sebuah pengorbanan, yang menjadikan aku seorang anak yang lebih menghargai arwah abah dan mak aku sendiri... Ya Allah Ya Tuhanku... aku bersyukur kerana dikau meminjamkan aku Muhammad Adam Eiman sebagai zuriatku... putera yang sempurna sifat dan akalnya, putera yang mudah aku pelihara, putera yang menikmati titisan susu yang aku hasilkan.. maka aku memohon dariMu Ya Allah... peliharalah Eiman sepanjang hayatnya, moga dia membesar menjadi hambaMu yang beriman, bertakwa, berjaya dan terbaik dalam segala bidang yang dia ceburi... moga dia sentiasa dipayungi dengan ketakwaan, diiringi dengan keredhaanMu dan dilindungi dalam naungan kasih-sayangMu... Permudahkanlah Eiman dalam menjalani kehidupan serta murahkanlah rezekinya, jadikanlah dia zuriat yang soleh... yang bakal menyinari aku di alam barzakh kelak... Amin..."

Terlalu banyak memori aku dari detik mengetahui kewujudan dia di dalam rahimku, sehinggalah hari ini.. he is out of planned :) rezeki kurniaan Ilahi untuk aku. Sama macam sewaktu mula pregnantkan Kak Long... I felt the aura of pregnancy since a few weeks of pregnancy... with my very regular cycle... mmg rasalah..cuma kali ini aku berdiam diri...until the day aku ikut husband pi Genting Highlands (dia ada company function) dgn Kak Long.. aku memberanikan diri buat pregnancy test the very morning aku kat sana... sewaktu diorang dua orang sedang bergulung dalam selimut kat hotel... and... POSITIVE...!!! Tapi aku decide to keep it quiet walaupun dalam hati terdetik... "sudah.... tak dapat aku nak naik mcm-mcm menda kat Genting..."
...Too many things happened since the very early stage of pregnancy..tapi biarlah benda nie aku simpan sorang...takpayah hebah sedunia kasi tau, kan? It took quite a while until aku pergi buat official test kat klinik... and announced to my husband about it... aku masih boleh ingat muka kelat tak percaya dia.. masa tu aku pi test sorang2 kat Poliklinik @ Precinct 9...aku pun dah naik lupa apa nama klinik tu .. pastu jalan kaki pi opis dia kat Perodua and let him know... pastuh terus dia belanja aku makan kat kedai mamak and dia announce pada mak dan adik dia... maka seperti biasa.. first trimester.. WELCOME TO THE MC-LAND..dengan morning sickness.. dengan tak larat.. but proudly I managed to complete 1 month bulan puasa without missing walau sehari pun... then, masa aku served notice dgn HDPM... hari-hari aku mendaki pergi StreetMall cari Rawa Tosai, idli, nasi lemak.... and masa lunch berarak ke same place.. melantak meehun sup atau nasi ayam... arrhh.. rindunya semua tu... (Missing Dot, Aini, Thana & Kak Zaireen jugaaa...)

Eiman was born in Hospital Kulai... aku masih ingat lagi.. it was a week earlier than expected... 20-4-2007, around 9.40PM...aku kat bilik tengah tidurkan Kak Long (sambil bersms dengan Mas Turah) while my husband kat bilik komputer settelkan kerja dia when suddenly I can feel the rush of water in between my leg... Gosh! dulu masa Kak Long.. aku takde pun berpeluang melalui this experience...Aku macam patung atas katil tak bergerak2... until Kak Long tidur.. and aku bangun... there it is... melimpah atas lantai together with blood... nasib aku bkn jenis takut darah.. so, I grabbed a pad and cleanup...(aku takde rasa sakit apa-apapun) and terus bagitau hsbd... and dia boleh tanya 'dah nak bersalin ke? nak pi hosp ke?' Of course la NO... i didnt feel anything.. and kitorang end up tidur dpn tv mlm tu pasal takut tetiba aku sakit giler mengejut kang takleh turun tangga plaks...So next morning.. after 10hours, aku still masih takde rasa sakit sangat...mcm light period pain while air still keluar.. pendek kata kena tukar pad lebih krg every 30 minutes...tapi, sebab takut membahayakan nyawa bayi..so, pergila ke hospital... masa first checkup... as usual..perkara yang paling aku benci... baru 1cm buka jalan keluarnya... adoi... can't imagine berapa lama lagi nak tunggu..so, aku disumbatkan ke dalam wad... so, aku nampakla bakal-bakal ibu lain yang tgh menahan sakit.. menunggu saat nak bersalin etc while aku masih lepakking... diorang buat la apa nak buat...aku layan tidur... hehe..sampai waktu melawat, husband dtg ngan Kak Long... sampai waktu melawat petang.. diorang dtg lagi.. aku masih mcm tu.. cuma masa dia dtg petang tu, my pain is getting stronger.. aku boleh siap amik timing berapa minit sekali contraction... after Isyak baru sakit makin kuat... tapi, masih bole tahan... sampai rasa nak masyuk toilet.. aku settlekan hajat tu dulu... and after that only so suddenly aku diserang sakit yang kaw kaw sampai terasa Eiman nak keluar time tu jugak.. I can't wake up from my bed sampai terpaksa minta tlg bdk dpn katil panggilkan nurse bertugas malam tu..diorang rush with wheelchair and bawa aku ke checkup room and found out yang my cervic opening dah reach 7-8cm...!!! Mmg sakit tak terkata..terus aku dirush ker labour room...opposite feeling dengan masa bersalinkan Kak Long, it took about 45minutes dengan bantuan midwife baru Kak long lahir.. but this time.. aku plak yang kena panggil diorg cepat pasal Eiman dah nak kuar sangat.. that is why, with 2 pushes and less than 10minutes in labour room (could even be quicker if midwife tu ada dlm bilik sepanjang masa), alhamdulillah.. Muhammad Adam Eiman lahir.. :)

Terlalu banyak kenangan melahirkan, membesarkan Eiman but the most precious one is my effort to breastfeed Eiman exclusively for 6months berjaya! In fact, sampai aku join Flex Eiman masih refuse formula... until susu yg aku pump x cukup untuk dia...now dia amik Dupro time kat taska tapi kalau dgn aku.. masih fully breastfeed...

And today.. at 1 year old.. Eiman ada sebatang taring dah keluar, sebatang lagi taring dengan gigi kepak depan almost pecah gusi... he's learning to walk... mulutnya riuh dan very active...

Eiman, Mama Loves You... Mama Prouds Of You... Mama, Ayah & Kak Long saaayaaanggg Eiman :)

For those who has helped me a lot through my pregnancy, rough situation etc.. thanks.. for your emotional support and thanks for your kindness etc etc especially my hsbd, Kak Long, my family, Ayie, Mast, Yanie, Ruhann dan semuanya :)

2 comments:

  1. happy birthday eiman...jgn notty2..be a good boy...take care of your mummy n sister tau...

    love,
    mummy danish & faris

    p/s: sebak baca akak nyer doa utk eiman tuh...cam nak copy paste masuk blog yanie plak...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. hai Yanie@aldrina... kalau nak copy, silakan :) akak tak kisah pun :) halal...

    ReplyDelete