Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, April 28, 2008

{WAJAH-WAJAH PENGHIBUR HATIKU...}






Aku memang ada plan nak update blog tapi masalahnya aku tak sempat.. hari nie turn to be very busy..tapi aku nak share gambar my kiddos over the weekend...heheh.. tgkla gaya diorang nie... by the way, a huge milestone by Eiman this weekend is DIA DAH BOLEH PANJAT TANGGA DARI RUMAH BAWAH KE RUMAH ATAS WITHOUT ANY HELP EXCEPT MY SUPERVISION BAGI MENGELAKKAN KEMALANGAN YANG TAK BERBAU... si Kak Long plak.. tak sesudah menghafal lagu Lompat Si Katak Lompat sambil melompat2 yang membuatkan si Eiman yang susah giller nak ketawa tu terkekeh-kekeh gelak.. so cute diorang..kalau time baik memang baik..tapi kalau time notty.. habis kepala si Eiman ditujal-tujal dek si Kak Long.. sabar jelah mama dan ayah.... :)

Wednesday, April 23, 2008

{WARNA-WARNI KAK LONG}






Siannnnn Kak Long... a few days kebelakangan nie asyik story pasal Eiman jek because kebetulan waktu aku start blog nie adalah time kemuncak sambutan hari jadi pertama dia... so, hari nie my post will be utk Kak Long plaks...aku nak perkenalkan anak sulung aku yang cantik manis nie pada korang semua...

Namanya NUR ANIS SURAYA ... biasanya dipanggil ANIS tapi semenjak ada Eiman, aku biasakan memanggil dia KAK LONG supaya dia terbiasa dengan tanggungjawabnya sebagai kakak sulung dalam adik beradik. Kak Long lahir pada bukul 8.43pagi 8-12-2004 di HKT... She is a very nice girl... friendly, talkative and talking about notty.. biasalah... adat tu.. kalau dah nama budak, kalau tak notty bukan budak namanya. She is now almost 3years and 5months...dia dah bertutur dengan lancar pada tahap 95% la...dah boleh hafal A-Z, nombor 1-20 (in english) dan 1-berapa puluh entah in BM... bab nyanyi.. memang terer... lagu Ikan Kekek, Nenek Si Bongkok Tiga...mcm-mcm lagu kanak-kanakla.. tu tak lagi masuk lagu Aspalela dan lagu Dewi... heheheh... mcm-mcm Kak Long nie... and about makan... dia memang suka makan... paling dia suka is Biskut Tiger! Sampai ayah dia borong 2 kotak biskut Tiger utk bekalan sebulan khas untuk dia.. and kalau time desperate lapar sangat sementara tunggu aku masak, ayah dia akan bancuh biskut Tiger dengan susu dan suap both Kak Long & Eiman...

Kak Long nie buat hati Tok Non, Tok Ucu, Tok Mok, Nana, Uncle & Ucu Mok... yes.. memang kalau kat sebelah pihak aku... Kak Long cucu sulung... so she has always been showered with gift and duit jajan la kalau balik Muar.. masa kecik2 dia paling takut kat Uncle..tapi now dia mmg kalau balik.. melekat dgn uncle jek.. and paling dia suka dapat round naik motor dengan Uncle...

She is always be my lovely daughter... Kak Long, Mama harap Kak Long akan membesar menjadi wanita solehah, anak yang baik dan bertakwa, muslim sejati serta insan yang berjaya dunia akhirat. Mama nak Kak Long achieve higher than apa yang Mama dah buat... Kak Long harapan Mama... and Mama sayanggg sangat pada Kak Long... I LOVE YOU...!!!

Tuesday, April 22, 2008

{A TINY STORY FROM YESTERDAY}

Nak cerita pasal semalam, balik dari office aku ngan husband as usual pi amik Kak Long & Eiman kat taska... wah... Eiman tgh duduk dalam walker time sampai dengan baju baru warna biru yang aku belikan kat The Store Muar time aku balik kampung hari tu, yang memang aku niat nak dia pakai on his birthday...dengan stokin biru dan kasut biru yang ayah belikan dia last month, so cute...and as per planned, kitorang menuju ke kedai gambar kat Bandar Putra nie jek untuk amik gambar Eiman kat studio...

Diskas punya diskas dengan tokey, so kitorang amik pakej RM45... dapat satu gambar 6R dengan frame kayu & dua lagi gambar 5R with CD. Okayla tu.. lagipun dia baik... tak payah bayar deposit katanya (fuh lega.. pasal aku pun mmg ada RM20 je dlm tangan masa tuh.. pasal aku bajet boleh kawtim deposit RM10 jek..hehe)....masa amik gambar tu, dia suh Eiman duduk atas meja yang dilapikkan dgn karpet dan background biru jek..biasalah, di zaman serba moden nie diorang computerised jek background nanti..ayah sisir rambut Eiman and bedak muka dia while aku dukung dia.. Kak Long plak as usual tersangatlah excitednyer.. nasib baik dia tak membuat perangai mabuk kepayang dia mengamuk kat situ... and bila Eiman mula bertenggek untuk di snap.. ayah dan Kak Long beriya-iya mengagah si budak bulatan tuh.. tapi... hampeh setengah sentimeter pun dia tak senyum... agah punya agah... tak senyum-senyum..photographer tu main snap jek gambar dia... until finally... UWWWAAAA....!!!!! dengan muka cemik yo-yo dia mula menangis..agaknya pelik satu hal pastu terkujat dengan cahaya flash..faham-faham je la photo studio..heheh...adeih.. ada-ada saja si Eiman nie...

Aku plan nak amik gambar tu once dah gaji walaupun anytime jek diorang call suh collect... and definitely aku akan post gambar dia nanti.. :)

Monday, April 21, 2008

{IT'S 21-APRIL-2008... EIMAN's FIRST BIRTHDAY}





It is finally here... 21-April-2008 :) Tarikh penuh keramat buat aku dan my baby boy, Muhammad Adam Eiman... it has been a year then when I was fighting in the labour room (x sampai 10 minit pun) to bring him into the world... in the other word... HAPPY 1ST BIRTHDAY, EIMAN...!!! A huge milestone for a such great son...whatelse I can say than ALHAMDULILLAH... bersyukur kerana memanjangkan usia zuriatku ke angka 365 hari... bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang cukup indah buat aku... sebelum aku meneruskan celoteh pasal nie.. let me recite a do'a buat anakku yang kedua ini...

"Ya Allah... aku bersyukur kepada-Mu dengan sebuah anugerah yang tidak ternilai bergelar ZURIAT, yang meluluhkan segala dosa-dosaku sewaktu perjuangan melahirkannya, yang menemani diriku tiap waktu hati ini kesepian, yang menghiburkan aku dengan keletah manjanya, yang memberikan aku gelaran seorang IBU yang bukan semua bisa menggapainya... yang mengajar aku erti sebuah kesabaran, yang mengajarku nilai sebuah pengorbanan, yang menjadikan aku seorang anak yang lebih menghargai arwah abah dan mak aku sendiri... Ya Allah Ya Tuhanku... aku bersyukur kerana dikau meminjamkan aku Muhammad Adam Eiman sebagai zuriatku... putera yang sempurna sifat dan akalnya, putera yang mudah aku pelihara, putera yang menikmati titisan susu yang aku hasilkan.. maka aku memohon dariMu Ya Allah... peliharalah Eiman sepanjang hayatnya, moga dia membesar menjadi hambaMu yang beriman, bertakwa, berjaya dan terbaik dalam segala bidang yang dia ceburi... moga dia sentiasa dipayungi dengan ketakwaan, diiringi dengan keredhaanMu dan dilindungi dalam naungan kasih-sayangMu... Permudahkanlah Eiman dalam menjalani kehidupan serta murahkanlah rezekinya, jadikanlah dia zuriat yang soleh... yang bakal menyinari aku di alam barzakh kelak... Amin..."

Terlalu banyak memori aku dari detik mengetahui kewujudan dia di dalam rahimku, sehinggalah hari ini.. he is out of planned :) rezeki kurniaan Ilahi untuk aku. Sama macam sewaktu mula pregnantkan Kak Long... I felt the aura of pregnancy since a few weeks of pregnancy... with my very regular cycle... mmg rasalah..cuma kali ini aku berdiam diri...until the day aku ikut husband pi Genting Highlands (dia ada company function) dgn Kak Long.. aku memberanikan diri buat pregnancy test the very morning aku kat sana... sewaktu diorang dua orang sedang bergulung dalam selimut kat hotel... and... POSITIVE...!!! Tapi aku decide to keep it quiet walaupun dalam hati terdetik... "sudah.... tak dapat aku nak naik mcm-mcm menda kat Genting..."
...Too many things happened since the very early stage of pregnancy..tapi biarlah benda nie aku simpan sorang...takpayah hebah sedunia kasi tau, kan? It took quite a while until aku pergi buat official test kat klinik... and announced to my husband about it... aku masih boleh ingat muka kelat tak percaya dia.. masa tu aku pi test sorang2 kat Poliklinik @ Precinct 9...aku pun dah naik lupa apa nama klinik tu .. pastu jalan kaki pi opis dia kat Perodua and let him know... pastuh terus dia belanja aku makan kat kedai mamak and dia announce pada mak dan adik dia... maka seperti biasa.. first trimester.. WELCOME TO THE MC-LAND..dengan morning sickness.. dengan tak larat.. but proudly I managed to complete 1 month bulan puasa without missing walau sehari pun... then, masa aku served notice dgn HDPM... hari-hari aku mendaki pergi StreetMall cari Rawa Tosai, idli, nasi lemak.... and masa lunch berarak ke same place.. melantak meehun sup atau nasi ayam... arrhh.. rindunya semua tu... (Missing Dot, Aini, Thana & Kak Zaireen jugaaa...)

Eiman was born in Hospital Kulai... aku masih ingat lagi.. it was a week earlier than expected... 20-4-2007, around 9.40PM...aku kat bilik tengah tidurkan Kak Long (sambil bersms dengan Mas Turah) while my husband kat bilik komputer settelkan kerja dia when suddenly I can feel the rush of water in between my leg... Gosh! dulu masa Kak Long.. aku takde pun berpeluang melalui this experience...Aku macam patung atas katil tak bergerak2... until Kak Long tidur.. and aku bangun... there it is... melimpah atas lantai together with blood... nasib aku bkn jenis takut darah.. so, I grabbed a pad and cleanup...(aku takde rasa sakit apa-apapun) and terus bagitau hsbd... and dia boleh tanya 'dah nak bersalin ke? nak pi hosp ke?' Of course la NO... i didnt feel anything.. and kitorang end up tidur dpn tv mlm tu pasal takut tetiba aku sakit giler mengejut kang takleh turun tangga plaks...So next morning.. after 10hours, aku still masih takde rasa sakit sangat...mcm light period pain while air still keluar.. pendek kata kena tukar pad lebih krg every 30 minutes...tapi, sebab takut membahayakan nyawa bayi..so, pergila ke hospital... masa first checkup... as usual..perkara yang paling aku benci... baru 1cm buka jalan keluarnya... adoi... can't imagine berapa lama lagi nak tunggu..so, aku disumbatkan ke dalam wad... so, aku nampakla bakal-bakal ibu lain yang tgh menahan sakit.. menunggu saat nak bersalin etc while aku masih lepakking... diorang buat la apa nak buat...aku layan tidur... hehe..sampai waktu melawat, husband dtg ngan Kak Long... sampai waktu melawat petang.. diorang dtg lagi.. aku masih mcm tu.. cuma masa dia dtg petang tu, my pain is getting stronger.. aku boleh siap amik timing berapa minit sekali contraction... after Isyak baru sakit makin kuat... tapi, masih bole tahan... sampai rasa nak masyuk toilet.. aku settlekan hajat tu dulu... and after that only so suddenly aku diserang sakit yang kaw kaw sampai terasa Eiman nak keluar time tu jugak.. I can't wake up from my bed sampai terpaksa minta tlg bdk dpn katil panggilkan nurse bertugas malam tu..diorang rush with wheelchair and bawa aku ke checkup room and found out yang my cervic opening dah reach 7-8cm...!!! Mmg sakit tak terkata..terus aku dirush ker labour room...opposite feeling dengan masa bersalinkan Kak Long, it took about 45minutes dengan bantuan midwife baru Kak long lahir.. but this time.. aku plak yang kena panggil diorg cepat pasal Eiman dah nak kuar sangat.. that is why, with 2 pushes and less than 10minutes in labour room (could even be quicker if midwife tu ada dlm bilik sepanjang masa), alhamdulillah.. Muhammad Adam Eiman lahir.. :)

Terlalu banyak kenangan melahirkan, membesarkan Eiman but the most precious one is my effort to breastfeed Eiman exclusively for 6months berjaya! In fact, sampai aku join Flex Eiman masih refuse formula... until susu yg aku pump x cukup untuk dia...now dia amik Dupro time kat taska tapi kalau dgn aku.. masih fully breastfeed...

And today.. at 1 year old.. Eiman ada sebatang taring dah keluar, sebatang lagi taring dengan gigi kepak depan almost pecah gusi... he's learning to walk... mulutnya riuh dan very active...

Eiman, Mama Loves You... Mama Prouds Of You... Mama, Ayah & Kak Long saaayaaanggg Eiman :)

For those who has helped me a lot through my pregnancy, rough situation etc.. thanks.. for your emotional support and thanks for your kindness etc etc especially my hsbd, Kak Long, my family, Ayie, Mast, Yanie, Ruhann dan semuanya :)

Friday, April 18, 2008

{KALAU TAK SUKA, PULANGKAN.....}

Sebak rasanya bila membaca kisah sedih di bawah. Sama-sama kita muhasabah diri dan perbaiki sikap dan layanan kita selama ini kepada ahli keluarga.

KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. "Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. "Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.

Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut."Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.""Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

----------------------------------------------------------------------------

"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

----------------------------------------------------------------------------------

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.
Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya "Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

----------------------------------------------------------------------------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?" Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.
"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan................

Monday, April 14, 2008

{MY FIRST POST} -- applause... applause... !!!



Salammmmm semua...heheh... Baru first time blogging... eh ye ker first time? Tak jugaklah.. dah pernah ada a few attempt tapi x jadi memanjang for some reason...hopefully kali nie berpanjanganlah niat suci murni nie..hmmm.. nak cakap aper ekk.. ntah..aku pun tatau...lots of things happened in my life lately but I don't think it is a good start here to babbling about those things... oklah.. to make a start... BLOG INI DI DEDIKASIKAN UNTUK BOTH MY DOTTER & SON ... NUR ANIS SURAYA DAN MUHAMMAD ADAM EIMAN... and for others.. pls feel free to drop a line of two when you visit my page here :)