Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, March 28, 2013

MY RESPECT GOES TO MUHAMMAD ALI


Muhammad Ali was offered a star with his name on the famous "Walk of Fame" in Hollywood but he refused and said:
Muhammad Ali was offered a star with his name on the famous "Walk of Fame" in Hollywood but he refused and said:

"I bear the name of our honourable
Prophet Muhammad Peace be upon him,
And it is impossible that I allow people to trample on his name."

He is the only one whose name is not on the floor..
It hangs on the wall.

Monday, March 25, 2013

Friday, March 22, 2013

THE MISCARRIAGE STORY...

I didn't know I was pregnant until I lose it... bunyi macam bohong je kan tapi itu adalah realiti... and that is one of the reasons why I was away for quite sometimes...

With my 'bestfriend' yang tingtong gara-gara planning untuk bertukaran c-pill, aku pun macam antara percaya dan tak percaya je yang proses blastosis itu boleh berlaku... sepertimana yang aku fahami dari pembacaan, kebiasaannya it takes 3 months after stop c-pill baru boleh preggy, tapi kuasa Allah kan... sebulan stop the c-pill sebab aku amik Marvellon yang membuatkan rambutku luruh mcm durian di musim buah-buahan (perumpamaan keji...harharhar!) aku preggy again! Kononnya nak bagi kesan hormon tu berkurangan la sebelum switch to pil mahal bernama Yasmin... sekali tak sempat... and aku pun tak sedar akan kewujudan embrio, zigot dan sewaktu dengannya memandangkan it is normal untuk 'bestfriend' tingtong once you stopped taking the c-pill.

Sedar-sedar je I was on "heavy" at the 3rd week of February, and with my 'bestfriend' normally visits me 5-6 days a month, the length continued to 9 days and the flow was pretty heavy. Hati tak sedap.. definitely my uterus also felt not that good... after aku mendapatkan nasihat teman2 berstatus doktor, finally I decided to go to clinic for further check-up. Things happened kan...takut juga kalau something serious ke... aku dah la takut benda2 cenggini... dan aku taknakla jadi wanita yang berpenyakit pada usia remajapurbakala kan...

Aku pun cer la kat doc pompuan kat klinik tu macam apa yg aku tulis kat atas tu... and after performing UPT (Urine Pregnancy Test)...terpancarlah strong double line yang menunjukkan kewujudan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda selama ini. Doc tak puas hati, dia scan nak tengok kot2 jasad itu masih ada dalam uterus, unfortunately it was gone... dan yang tak bestnya... part paling aku takut adalah... terdapat banyak sisa-sisa darah yang melekat pada dinding uterus serta boleh menyebabkan jangkitan kuman. Doc keluar kertas, amik pen... "awak pergi hospital untuk cuci" Haaaaa....????!!!

Itu bahagian yang paling tak best untuk didengar... uwaaaaa.... 'cuci' atau ayat yang lebih medical sket 'dilation and curettage' (D&C) memang scary as ever! Macam-macam story aku dengar pasal benda nie... ada yang ok ada yang tak ok... ada yang mudah ada yang susah... ada yang best ada yang tak best... yang best bila pergi hospital or specialist swasta la.. tapi aku sedar poket aku memang x best. Maka aku x boleh la nak menikmati ke'best'an itu...I did the survey, it will cost as little as RM800 (belum termasuk kos sampingan' kalau gi swasta...gile ko... RM800 tu dapat buat duit belanja makan sebulan + taska anak hokeh! Ikutkan doktor, dia suh aku gi hospital hari tu juga. Tapi sebab aku ketaqqqq bab-bab jolok dan korek nie... maka aku pandai-pandai sendiri mendelaykan untuk memilih yang terbaik demi menjaga uterus sendiri...

First, aku pergi Perdana Maternity kat Taman Universiti tu.. firstly nak dapatkan nasihat pakarlah..secondly nak cari alternatif kot-kot ada cara yang lebih selamat dari mengang***g dan membenarkan uterus aku dikorek untuk membersihkan sisa-sisa tertinggal. Manalah tau kot specialist ada ubat bagi bersihkan darah tu ke... malangnya tak ada.. dan doc cuma bagi aku antibiotik jek dan scan yang nampak lebih clearlah akan kewujudan blot clot dan remain product of conception itu...gile kentang, kos antibiotik untuk 7 hari dan scan jek terbang RM120... dahla gaji aku short dekat RM400 time tu... pengsan! Doc Isa tu kata, kalau aku takut nak D&C dia x boleh nak buat apa..tapi kalau tanya perlu ke tidak buat D&C..dia cakap memang perlu... huhuhu... so, seems like macam takde pilihan la nie...

Since that, aku memulakan kerja menggoogle bagi membina keyakinan dan memotivasikan diri sendiri bagi menghadapi detik-detik keemasan itu. Thanks as well to a friend of mine, Dr Nurzaihana Zulkefly yang banyak bagi aku dorongan dan menghilangkan kegusaran dan ketakutan. From pembacaan dan pengalaman kawan-kawan yang pernah menghadapi situasi ini... ada tiga kemungkinan sewaktu prosedur ini dijalankan:

1. Bius sepenuhnya - means semasa prosedur D&C ni dilakukan, pesakit pengsan a.k.a tidur. Sedar-sedar je dah siap.
2. Bius separuh badan - bius dari pinggang ke bawah, cucuk tulang belakang mcm org epidural tu...pesakit sedar masa prosedur dijalankan tetapi tak rasa apa sebab kena bius.
3. Worst case, hidup-hidup kena korek.... TIDAKKKKKK.....!!!

Don't tell me macamana doktor menentukan pesakit yang macamana fit untuk kemungkinan 1, 2 dan 3. Walaupun aku hampir pasti kalau pergi private dia akan buat no.1, aku tatau hospital government mcmana. Aku dah tak kuasa nak menunggu seminggu bagi menghabiskan antibiotik yang doc Isa bagi, maka..4 hari selepas aku jumpa dia, aku ambil keputusan untuk 'menyerah diri' kepada Hospital Sultan Ismail, JB. Aku yang mintak kat sana sebab pengalaman saudara-mara dan sahabat yang pernah admitted kat sana adalah meyakinkan...lagipun hospital baru, ala-ala private gak keindahannya...mcm dok apartment 10 tingkat gitu..haha.. memilih kooo... aku tak sanggup nak bersesak kat HSA yang segala bangsa ada dan katil hampir bertemu katil... kang berapa lama aku nak nunggu turn plak kan... and another thing is sebab hospital nie dekat dgn opis Encik Z... so kalau dia rajin, boleh datang visit.... haiyoo...bunyi mcm la seminggu nak menginap kat situ.... (menginap...??? ayat x boleh belah....!!)

Masa hari menyerah diri penuh kepasrahan dan tawakal kepada Allah tu, aku diarahkan untuk ke ObGyn, di mana tempat ibu-ibu mengandung, ibu-ibu yang dah kontraksi atau mempunyai masalah kehamilan menunggu untuk diperiksa oleh doktor-doktor yang mostly HO (aku rasalah) sebab mereka diawasi oleh doktor lain juga. Macam biasalah, waiting time sila sedia maklumla.. tapi layan je la.. malas nak pening2. Boleh pula time aku punya turn tu, aku telah diperiksa oleh Ketua Jabatan yang aku lupa namanya tapi Dato' something bin Ismail yang sangatlah garang dan strict kepada semua doktor-doktor di sana. Pendek kata bila dia masuk je, semua senyap..dengar suara dia je. But his knowledge is remarkable! Sebab tu la jadi ketua jabatan kan... dia scan aku sekali lagi, dan tanya bila aku nak D&C. Huhu...kalau ikutkan nurse kat kaunter depan tu, if datang hari nie maka aku kena admitted hari nie juga. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Aku cakap pada Dato', I will come back tomorrow... memandangkan aku memang tak prepare apapun.. sehelai sepinggang ok! Dan bila la pula Encik Z ada masa nak packing barang aku ( well, aku x confident dia tau my needs di hospital nanti'... and Dato' said ok. So, officially next day will be 'the day'. Oh, lupa nak cakap..sebelum aku balik... nurse pesan minta aku puasa dari jam 12 malam itu sebagai persediaan untuk D&C... huhu..maklumlah nak dibiuskan...

Dato' a.k.a Ketua Jabatan ObGyn yang memeriksa aku with seorang lg doc India yang agak hensem...perut siapalah yang pakai kain batik pepel tu kan? Aku x sempat nak edit crop gambar nie...

Selasa 5 March 2013 - Aku kelaparan. Sebab The night before aku tidur awal dan aku tak dinner! Hadoiii... so pagi tu aku minum 2 cawan air sukida bagi mengalas perut... so, that day Encik Z hantar aku ke HSI. See, senang kan..sebab hospital dekat dengan office dia. Aku memang takdela manja mengada sangat suruh dia amik cuti hari tu sebab kalau dia cuti pun bukan buat apa pun...he actually asked whether he needs to stay with me untuk uruskan registration etc tapi aku menolak dengan baik. It's okay, I can do it myself sebab aku memang sihat... aku cuma macam seorang wanita yang mengalami prolonged period..that's all...and he dropped me at A&E department sebab lift nak naik ke ObGyn dekat situ je... and oleh kerana keadaan luaran aku yang sihat walafiat, security guard siap tahan aku.. 'Awak nak pergi mana? Nak buat apa?' Huh... typical giler kuasa... mcm la tak boleh tanya elok2 kan... aku cakap la aku nak gi ObGyn sebab aku admitted.. baru dia diam bila aku hulur surat tunjuk kat dia... So, sampai kat ObGyn, serah surat pada nurse kat kaunter tu dan dia tanya, mana waris... sebab nak minta waris uruskan pendaftaran masuk dekat 3rd floor. Nurse tu macam pelik-pelik bila aku kata aku nak pergi sendiri...aku cakapla..aku okay je sihat... maka tak perlulah nak suruh suami uruskan semuanya.. dia pun ada kerja nak buat...same thing happened masa kat Kaunter Daftar Masuk Wad tu... same question...hmm..lantak kamu la.. janji yang penting aku tak menyusahkan sesiapa :-)

First time admit HSI... kali keenam masuk hospital dalam usia 3x tahun... sebelum nie mask spital masa aku dilahirkan, then accident thn 2000 and 3x beranakking my kiddos

After that aku ditempatkan di Wad 4D katil 20. Masuk2 je pintu wad tu aku disambut oleh nurse cik mek Ganu bernama Jururawat Nasrul yang gayanya ala-ala Puan Sakimah Samikah ..hahahaha...memandangkan dia tak sibuk, aku siap request nak katil dekat dengan tingkap tepi dinding..kononnya nak privacy la gitu... and my wish comes true... aku ditempatkan kat katil 20 yng bebetul kat hujung wad kelas 3 itu dan katil tu memang kat tepi... yang bestnya masa aku admitted tu, dekat cubicle 4 orang tu cuma aku jek ada..means sorang-sorang la but later sebelah katil aku ada pesakit lain bernama Kak Ina yang sangat baik.. she was in OT utk D&C masa aku check in tu...

I am officially checked-in (err...admitted lar..)

There was nothing interested I did that time kecuali baca majalah lama yang aku bawak.. Mingguan wanita, sambil survey apa jenis jamu aku nak amik after kuar wad nanti. Silly me, I forgot to buy surat khabar..maka apa lagi nak buat, baring bayar tidur dan bersms dgn Encik Z, Diana Din, Sakimah... tu je la kot... TV pulak jauh...malas arrr... perut memang dan berdentam dentum mendendangkan irama Metalica, Megadeth, Sepultra dan sewaktu dengannya...masa tu tengok bekalan biskut Munchys yang aku letak dalam drawer tu macam nampak Kenny Roger Roasters dah...punyala kebuloqnya... huahuahua...
EEEeeewwwwwwwwwwWWWWW !!!!

Lunch hour, waktu melawat... Encik Z kesayangan datang visit... again aku lupa suh dia bawak suratkhabar. Cuma bawak sabun mandi je yang aku boleh lupa nak selit dlm beg pagi tadi. Nak makan pun x boleh... so sembang-sembang jela.. oh by this time tangan kiri aku dah kena cucuk masuk air bagi mengekalkan tahap rehidrasi dalam badan, maklumla aku kan puasa sejak pas Maghrib the day before (gara-gara tidur sebelum sempat dinner dan sedar-sedar dah pkol 5 pagi esok) aku tanya-tanya juga kat nurse, bila turn aku? Tapi menurut beliau... anytime je akan panggil apabila Operation Theatre free memandangkan aku takde masalah kesihatan yang menghalang untuk melakukan prosedur D&C itu. Sebab macam akak kat sebelah katil aku tu, she was admitted for 3 days sebab ada Tiroid..so x boleh buat D&C.. Alhamdulillah again, aku dipermudahkan...tak sampai 2 jam selepas aku admitted, nurse dah bagi aku baju khas untuk masuk OT.. (x sama dengan baju masuk wad yer) dan pada jam 1.40pm gitu, nurse datang dan suruh aku siap-siap untuk naik ke OT. Utk pengetahuan, wad 4D nie kat tingkat 4 manakala OT plak di tingkat 5. So, aku ke toilet mengosongkan pundi kencing aku memandangkan I will be paralysed for the next 6 hours or so...how la nak membuang kan? Hehehe.. kuar dari tandas, katil OT dan menunggu...katil sorong tu apa ek istilahnya? Aku tatau..yang aku ingat brand dia Stryker... sama brand dgn Endoscopy yang dept aku buat hehehe.... :D

Aku tak dibenarkan memakai sebarang barang kemas (well, aku cuma pakai cincin stainless steel je dan kena tinggal dalam drawer), handphone hatta cermin mata pun aku x boleh pakai! Masa nie aku rasa macam hilang separuh nikmat dunia and aku sangat helpless :( Bayangkan sahajalah terbaring 178 darjah di atas katil yang disorong (178 darjah sebab kepada ada bantal..hihihih....) dengan mata yang rabun tak clear nampak alam sekitar... uwaaaa.... seriously I am scared tapi pura-pura cool...apa-apa je ayat yang aku ingat aku baca dalam hati... masuk dalam ruangan menunggu kat OT tu.... sejuk sampai ke tulang hitam !!! Tak sampai 5 minit terbaring sepi, I was approached by anaesthetist perempuan yang so nice, masa nie aku teringat junior aku Doc Halina plak... hadeih...macam2 la otak aku nie menerawang kan... but seriously the OT is actually nothing like dalam cerita ER ke..drama ke movie ke... cool jek... and I can sense they are working happily there.. hehehe....

Ok.. back to the story... doc yang aku tak boleh recall namanya tu cakap yang aku akan dibius separa badan bagi prosedur itu. Istilah prosedur nie bukan D&C tetapi ERPOC... Apa itu ERPOC? ERPOC adalah singkatan kepada Evacuation of retained product of conception. Sila google translate sebab malas nak taip dalam BM... bila dengarkan separa badan tu, aku dah.... 'alamak doc saya ngeri sebenarnya..tak boleh ke bagi saya sepenuhnya bius...huhu..." doc yang manis dan peramah tu pun menerangkanlah yang bius separa badan ini lebih baik untuk proses pemulihan selepas prosedur... with this, aku akan pulih lebih cepat...aku cuma tak dibenarkan untuk bangun selama 6 jam selepas prosedur berbanding bius sepenuh badan. Selepas light briefing tu, aku pun disorong masuk ke dalam bilih bedah...huhuuh... time for the scariest part !!!

There were at least 5-6 people in the OT room...dan semuanya ladies... tangan mereka semua cekap bekerja walaupun mulut dok busy bersembang pasal pregnancy la..pasal kes kat Sulu tu la..kerja siap dan cepat... by then baju dilondehkan..yang mana patut disingkap telah disingkapkan... mana2 medical equipment yang dikelip..di plaster etc dipasang sewajarnya... then aku disuruh duduk...lunjur kaki... peluk bantal.. doc bius nak cucuk bius...huhuuhh...

Aku punya takut part nie... Ya Allah! nasib baik aku rabun tak nampak jarum dia besar mana...but the feeling of jarum tu menyucuk ke tulang belakang tu... hadeih... aku cuma fikirkan masa tu 'aku dah berjaya memberanakkan 3 anak ke dunia.. apa hal la sangat dengan kena cucuk jarum tu jek' positif eca...positif !!! dan aku berjaya menenangkan diri sendiri. Then aku dibaringkan semula... by this time aku mula rasakan bahagian bawah badan aku hilang sedikit demi sedikit... 5 minutes, doc tu tepuk2 peha kanan aku dan tanya.. rasa tak? Aku cakap aku rasa dia sentuh tapi tak sakit ke apa ke...well, kalau dari pembacaan aku diorg tak boleh gerakkan badan selepas bius or tak rasa kaki etc... in my case..aku rasa je semua and i can move cuma sakit tu je takde...cubit punggung sendiri..rasa..tapi tak sakit..mcm cubit bantal...hahahaha... aku boleh gerak2 jari kaki... tapi secara keseluruhannya aku rasa sangat helpless dan timbul keinsafan dalam diri betapa bertuahnya aku hidup sihat walafiat, sempurna dan tiada cacat celanya.... Alhamdulillah Ya Allah !!!

I can't see what they were doing... aku ingatkan doc2 pompuan tu yang akan do the procedure...ramalanku silap belaka! After pandangan aku telah ditutup dengan sehelai kain betul-betul di deoan muka aku..barulah datang surgeon untuk ERPOC... doc lelaki! Hadeih.... segan okeh tapi nak buat mcmana... kalau boleh request memang aku request dah doc pompuan...pada masa nie aku memang doa cepat-cepatlah setel! Aku dapat rasakan something panjang masuk melalui cik gegirl...tapi x sakitla.. and bila dia korek2, cucuk-cucuk dan jolok2..aku boleh rasa... in fact aku rasa kuat juga dia put the pressure sebab I can feel my body is moving a bit...huhu... nak tak nak diam je la..until habis the procedure... anyway, aku memang menggigil kesejukan dalam tu...luckily diorang pasang oxygen supply yang macam suam sket aku rasa... agak lega lah...

Walaupun aku rasa macam lama giller prsedur itu, bila aku tengok dalam discharge summary..cuma 15 minit je...huhuhu... selesai prosedur tu...surgeon tu blah before aku even sempat nak tengok muka dia. Tinggallah doc-doc wanita menguruskan aku... pindah dari katil ke stretcher...sorong keluar dari operation theatre, aku ditempatkan ke ruangan menunggu lagi... blood pressure, heartbeats under monitoring dan bekalan oxygen diteruskan... masa nie aku diselimu dari hujung kaki sampai ke paras leher dan dicover pula dengan body heater ke apa tah nama dia, warna oren...tebal mcm jaket penyelamat gitu...hehe...doc cakap, aku akan berada di sana selama setengah jam untuk monitoring kot-kot muntah-muntah ke, tak stable ke...masa nie aku siap boleh dengar ada nyonya tu termuntah-muntah kesan dari ubat bius... masa nie aku cuma teringatkan biskut Munchy's dalam drawer katil aku je... sebab aku memang lapar...

After setengah jam gitu... aku diusung keluar dan kembali ke wad...first thing aku buat adalah sms Encik Z memberi perkhabaran yang aku dah keluar dari OT dan semuanya selamat. Opkosla..kang risau dia tu kan.. hehe... aku dilayan dengan sangat baik oleh kakitangan HSI... nurse bertugas terus menggantikan pakaian aku... check blood pressuere semua bagai dan pesan kalau nak apa-apa sila tekan buzzer dan jangan bangun sampai jam 9 malam... adoila.. masa aku sampai balik ke katil tu baru pukul 4 ptg gitu... mujurla pundi kencing dan kosong before masuk OT tadi... so, apa lagi nak buat? terkial-kial meraba ke drawer dan yeay... 8 keping biskut Munchy's selamat aku bedal in one shot tanpa rasa drowsy, dizzy, pening, loya etc etc etc... seriously I didnt experience any symptom at all ok. cuma pas makan biskut tu aku x boleh nak minum air sebab air dalam botol..aku x boleh bangun untuk minum.. kering tekak...water supply masih bergantung kepada drip jek..huhu...maka terbaring je la aku sambil sembang2 dgn Kak Ina katil sebelah :-) Waktu melawat sebelah petang, Encik Z x dtg tapi aku x kisah sangat sebab aku faham dia kerja dan kena rush back to Kulai untuk uruskan anak-anak tersayang...hehe... so aku amik peluang untuk tidur jela sementara tunggu waktu dinner (makan je aku ingat). Aku dok bayangkan dapat makan ayam lemak ke.. ayam sup ke... hehe... until tetiba aku terjaga sebab ada orang pegang tgn aku. Ingatkan Encik Z buat lawatan mengejut yang romantika itu..rupanya doktor yang pegang tangan..aiseh... kacau tidur betul... pendek kata aku tak dapat tidur lena sebab asyik kena monitor je... malam baru dpt tidur lena...



Around 7.30 gitu tak silap aku baru dinner sampai... adoi..aku dah la lapar giler.. tak boleh la pulak nak duduk sebab kan aku tak dibenarkan bangun sampai jam 9 malam. Tapi sebab kelaparan tak makan selama 22 jam...aku gagahkan diri..makan tetap makan..pas makan boleh baring sampai esok lusa pun takper.. cuba nak tinggikan tempat sandar katil tu...rosak la plak... thanks to Kak Ina katil sebelah yang tolong aku letak bantal kat blkg as support supaya aku dapat duduk dan makan dengan selesa... menu yang ku impikan tak kesampaian... tak silap aku menu dinner malam tu nasi, sup kosong, sayur taugeh goreng dengan ikan pindang la mcm tu tapi mmg takde rasa lada langsung lah sebab I am on full non-spicy diet... haiyo... tak sempat snap menu nie sebab kebuloq sgt... hidang je telan terus!!! Again..takde mauk2, takde loya2, takde muntah2... actually by this time kesan bius aku dah nak habis dah...cuma punggung je masih kebas...

Pas dinner sambung baring2 until 9.30 gitu baru aku cuba bangun, berdiri dan yeay berjaya! After 6-7 jam berbaring... after 20- minit mengang***g dalam OT... memang lenguh satu badan la.. masa nie memang bebetul rasa mcm org lepas bersalin... sakit sana sini cuma x de kena jahit jek... gagahkan diri ke toilet untuk buang air...cuci muka...gosok gigi etc etc untuk persediaan tidur... first time urinate after procedure... mcm nak menjerit aku... sakit... pedih... perit... and the pain remains until aku discharge... one maybe luka or melecet masa masukkan tube masa kat OT tu..or maybe Urinary Track Infection... around 10pm macam tu... sebagaimana waktu di rumah...aku dah selamat ke alam mimpi...

Esoknya seawal 5.30 pagi aku dah bangun... awal giler semangat mandi etc dan rasa sangat segar walaupun badan sakit-sakit. breakfast hari tu kueyteow sup ada ayam dan air susu tepung..mesti brand Wahi kan..hehehe..mandai je aku... :p

Kueyteow Sup HSI :-)

Then tak lama kemudian doktor pakar datang bersama MO dan HO, after check itu ini bla bla bla... aku dibenarkan pulang... terus aku sms Encik Z cakap aku boleh discharge...



Sementara tunggu tu dok relax layan mata... and by this time I am still bleeding mcm period gitu...sempat lunch kat hospital...lauk ikan yang nampak pedas tapi x rasa lada langsung...

Ikan lagi for lunch... i want chicken !!!

Then Encik Z sampai, aku serahkan duit untuk dia bayar kat cashier... terus la zass balik rumah..mcm-mcm ubat dapat and aku diberikan MC selama seminggu... yeay !!

DISCHARGE SUMMARY

Well, life after discharge... mcm orang lepas bersalinla..makan kena berpantang, aku jaga diri sendiri jek.. takde la nak manja2...tak makan makanan berbisa, gatal-gatal, terlalu pedas, tak makan benda-benda yang sejuk...dan sampai ke hari ni aku berjaya tak minum berkarbonat dan berais kecuali menghabiskan air anak2...aku rest dirumah while anak-anak hantar ke taska dan buat kerja yang ringan-ringan... then pergi berurut dan amalkan memakan jamu yang akan aku teruskan selagi duit dalam poket masih ada....

It is a good experience.. dan 2 hari 1 malam di hospital mengajar aku untuk jadi seorang yang lebih menitikberatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Pelbagai jenis sakit aku dapat saksikan dari pelbagai peringkat usia... semoga Allah memberikan aku kesihatan yang kekal...amin....

That's my story!