Ayam Masak Hijau |
(1)
6-7 ketul sederhana dari bahagian dada ayam
sedikit serbuk kunyit
garam untuk perasa
(2)
10-12 helai daun kari
sebiji lada hijau - dihiris serong
sebiji limau sambal - ambil jusnya
(3)
2 biji cili api warna hijau
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit halia
Cara-caranya:
- Bahan (1) digaul dan diperap seketika. Then goreng ayam 3/4 masak
- Bahan (3) dikisar halus
- Panaskan minyak, tumiskan bahan (3) hingga naik bau.
- Masukkan bahagian (2) kecuali jus limau sambal.
- Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau hingga rata. Masukkan sedikit air utk kuah (kuah pekat tau).
- Perisakan dengan garam dan ajinomoto.
- Last but not least, masukkan jus limau tadi secukup rasa. Tunggu kuah pekat ala-kadar, tutupkan api dan hidangkan :-)
Senang giller kan?
Note on this recipe:
1/ Lagi pedas lagi kick. Memandangkan aku masak untuk anak2 sekali, so aku x de la nak buat pedas-pedas. Tambahkan cili lebih sket untuk lebih pedas dan panas!
2/ Ayam... amik bahagian dada sahaja yerp..aku dah test guna tight..tak sedap..!!! Dada ayam juga sesuai untuk resipi ini
3/ Aku gunakan Tupperware Turbochopper utk mengisar bahan2 (3) tau... fewittt.... jom tengok...!!!!
So, trylah ek...memang sedap...!!!
Ni salah satu resepi fav Amy Search
ReplyDelete