Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

I AM NOT FEELING WELL

It is my intention to update my blog at least once a day (weekdays). Don't ask me to update during weekend because it is almost impossible. My normal weekend is a full-time housewife that forget about all kind of IT Technologies...

But I started to suffer from cough, cold and mild fever since last Saturday and my concentration and energy almost went down to none. Plus lack of sleep at Sunday night due to Canadian Grand Prix that live on Astro at wee hours... but since that is one of my big interest, I spend a couple of hours watching until I almost certain who will be on podium. Slept for merely 2-3 hours, I woke up and begin my Monday routine.

And today, Tuesday.. I still suffer from those symptoms. My colleagues asked me yesterday why I didn't go to clinic and get MC... I just have a lot of work to do. But if my illness persists, maybe I should go tomorrow.

At the moment, I rely myself on Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak, MultiPlus Ginseng, Braggs ACV and Formula 1 HerbaLife. Oh, I am also fasting yesterday and today; maybe until Friday.

I hope I will feel better a.s.a.p....

Monday, June 3, 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME

I decided to keep my birthday as private from this year onwards by changing settings in my Facebook acc to 'Only Me'. Why? No specific reason actually, but I think it is much more meaningful when family and friends who really remember the date wishing my birthday sincerely from their hearts....

And those who I expected to remember were remembering and I was deeply touched by that!

No celebration, and I was not expected anything from anybody. I took day off from work just to relax... but I admitted it was a brokenhearted day....and I spent half day comforting myself... just allow me to keep the reason as private. Too personal to share.... but I did celebrate my day with tears....

2 days ago, I bought a cake for myself. Yes... me celebrating my belated...and I had a slice this morning for my 'sahur' because it is my plan to qadha' my fasting starting from today....

I pray to Allah for better life from now on.... that's all my wish for my birthday....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 23, 2013

IMPIAN AKU (DAN SEMUA!) - MEMILIKI SEBUAH BLOG YANG MAMPU MENJANA PENDAPATAN TINGGI


Salam Muhibbah... (ala-ala skema sikit hari nie)

I am back to office after a one day-off yesterday, yang nie nanti aku cerita dalam post seterusnya lah. Seperti biasa, balik office aku akan blogwalking ke belog2 yang aku follow selama nie. And today I bumped with a post di belog Ben Ashaari berkenaan peluang memiliki sebuah belog / website berpendapatan tinggi :-)

Wohoho... siapa la yang tak nak yo !!! Aku start blogging since 2008 okeh (lebih 3 bulan tau) tapi in reality rasanya ramai blogger yang start after me dah menjana pendapatan melalui blog masing-masing while I am not. Sedey, kecewa... sebab memang dari dulu aku berusaha la nak menjana pendapatan melalui blog tapi sampai hari ni Allah tak bukakan pintu rezeki aku melalui cara ini lagi.

From belog Ben Ashaari tu, dia link pula kepada Jejak Trend yang sedang buat Giveaway Blog 4-digit. Wow! And aku setuju 100% dengan kenyataan penulis bahawa banyak e-book yang boleh dibeli online sebagai panduan adalah hampeh dan indah khabar dari rupa. Pernah beli 2-3 kali tapi tak guna..balik2 link kepada brg lain yang diorang jual... oh marketing secara keji!



So why not give it a try... siapa tahu dengan menyertai giveaway ini akan terbuka pintu rezeki melalui blog pula, kan? Kenapa aku beria sangat nak menjana pendapatan tinggi melalui blog? Let me tell you:

1. Aku seorang isteri, ibu kepada 3 anak, kakak kpd 2 adik, anak kpd seorang emak... dan ditambah dengan jawatan sbg Underpaid Engineer yang mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan yang aku ada. Banyak impian yang aku terpaksa hold, banyak hutang-piutang yang aku wajib langsaikan sebelum aku mati dan aku memerlukan wang untuk tujuan tersebut.

2. Kalaulah income dari blog lebih sekaliganda dari gaji aku, sumpah aku resign! Kenapa? Sebab aku nak spend more time dengan anak-anak yang sedang membesar. Blogging boleh dibuat dari mana-mana dan bila-bila masa. I am praying for that golden moment.

3. Aku teringin nak bawa anak-anak holiday ke oversea which is more than just Singapore or Indonesia (berlagak okeh!) it is always my dream untuk bawa anak-anak back to UK where I grew up from teenager to adult.

4. Aku nak buat saving untuk masa hadapan terutamanya untuk akademik anak-anak.

Rasanya 4 sebab di atas sudah cukup membuktikan I am deadly serious about this.

Yang penting, USAHA! Semoga USAHA ini diberkati dan beroleh kejayaan :-)

Thursday, May 16, 2013

BERITA GEMBIRA BERITA DUKA

Lama x blogging kan?
Same reason... busy, tak sempat... huhu...
Berita gembira...
1. Alhamdulillah, Eiman semakin lancar mengeja dan membaca...dan nampak semakin berminat untuk membaca. Teruskan usaha sayang, Mama will support you.
2. Cerita basi, tapi nak share juga!! Alhamdulillah, walaupun PR terpaksa 'lain kalilah'... Dr Sheikh Ibrahim kekal sebagai DUN Sungai Abong. Semoga usaha beliau diberkati Allah. Amin!
3. One of my bestest friend akhirnya bertemu jodoh... Allah je yang tahu betapA bersyukurnya aku kerana akhirnya dia dipertemukan dengan lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya. Ayie, aku doakan kau berbahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan segala urusan. Inshaa Allah :)
4. Seorang lagi sahabat setaman perumahan dapat Jackpot apabila disahkan hamil anak keempat. Alhamdulillah, semoga Allah memberi kekuatan kepada Sakimah dan dipelihara janin di dalam rahimnya sehingga selamat bersalin nanti. Harap kali nie boboiboy setelah 3 jelitawan..hehehe...
5. Latesttttt.......sahabat yang sekian lama menunggu is double line this morning !!!!! Alhamdulillah Ya Allah Ya Rabbal Alamin.... aku yang overexcited... kepada Puan X, take care of yourself... layback and just relax... semoga Allah memudahkan perjalanan sepanjang kehamilan sehingga selamat melahirkan...


6. Oh luper.... lagi satu... my ex-colleague yang manis dan manja Elyani dapat baby girl at last!!! Alhamdulillah.... Aimy Sophea sangat adorable!
Berita duka....
1. Tadi baca belog Ben, ada problem yg kurang jelas akan kandungan siisteri yang memaksa beliau melalui proses ERPOC. Semoga mereka sekeluarga tabah dengan ujian Allah
2. Aku masih di sini belum sampai seru untuk melebarkan sayap...huk!
3. Ujian 'peribadi' datang bertalu... tapi aku yakin ada hikmahnya, one of them is hati aku makin dekat kpd Maha Pencipta.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 7, 2013

SEKITAR PRU 13 DI KAMPUNG JERAM BUKIT BATU MUAR


PRU13 is now over... pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dikeluarkan... kecoh, heboh sampai tak tahu yang mana tulen yang mana palsu....tapi, yang itu aku cerita nanti lah... post yang nie aku cuma nak ulas pasal suasana PRU13 kat tempat aku mengundi...

Yup...nie kali kedua aku berPRU. Kemeriahan kali ini jauh berbeza dengan 5 tahun dulu. Diakui kampung aku nie BN memang kuat... bendera sepanduk BN jelah semata sampai dalam rumah aku pun ada bendera BN. Maklumlah, mak dengan adik-adik aku semua support BN. Aku je atas pagar...miahaha....

Awal-awal pagi, tatkala aku masih enak dibuai mimpi dalam bilik tidur yang sentiasa malam itu... mak aku dah jadi antara yang terawal keluar mengundi... aku ??? Cool cool... lepak-lepak siapkan anak2...sampai ada org BN aku rasalah bagi salam cari Norafesa, dia tak balik mengundi ke? Hikhikhik....masa tu aku tgh siapkan Arissa lepas mandi.... tak kose aku nak rushing...datang pagi-pagi beratur panjang2... tak mau! Yang penting, undilah dengan betul2...before 5pm... sebab kalo dtg tepat pukul 8pagi pun kertas undi dikira bermula jam 5.30ptg jugak...hehehe....





Bersiap-siap nak keluar mengundi... si busyukmasyam pun menyibuk macamlah tak biasa...hehehe
Bersemangat aku pukul 11 lebih gitu mengorak langkah ke Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu untuk membuang undi. FYI, sekolah tu belakang rumah jek... bukak pintu dapur nampak dah sekolah tu..dari pagi menderu-deru bunyi kenderaan pergi-balik dari pusat mengundi. Kereta-kereta BN pun banyak je lalu lalang menyediakan perkhidmatan FOC... akuuuu??? Memilih untuk berjalan kaki and I doubt diorang nak tumpangkan aku with this color... hehehehe.... tapi at last sepupu aku Afiq volunteer hantar naik motor... naik jela..hehehe....

Dah kat luar rumah...sempat snap muka sendiri lagi...aku memang jarang yer posing2..tapi sebab tudung nie lawa, maka aku memodelkan diri sendiri..please ignore the double chin... :P
Balik2 rumah hari tu mak aku terus tunjukkan aku kertas kat bawah ini... 2 kad berbeza... 2 nombor siri berbeza... kalaulah boleh undi dua kali... mampos!


aku anak zaman sains teknologi, on PC bukan semata nak berFB, bersosial, bergaming tetapi mencari informasi-informasi terkini... i dont really need these, kesian pokok kena proses jadi kertas... tak sayang alam sekitar ke?


Then...dari kejauhan... kemeriahan bendera BN terserlah di bawah awan mendung kelabu... markas BN selangkah je dari pusat mengundi... apo nak dikato....tapi purnama kekal mengambang penuh besar bulat dan paaaling tinggi... yeay!

dari kejauhan.....


Saya Mengundi Di Sini...Saluran 3, kena panjat tingkat 3... warga emas, saluran 1 kat tingkat 1..ini tempat aku bersekolah dari darjah 4-6, dulu bangunan 1 tingkat je...murid dlm 150+ je okay, bangunan batu sekerat...what a memory




Satu Malaysia sibuk snap gambo jari masing-masing dengan the so-called dakwat kekal yang bila balik rumah  cuci pinggan, mandikan anak etc etc hilang sendiri...wekkk...takde ke teknologi canggih sket...
Ni gambar aku snap lepas keluar dari mengundi...penuh la kereta, motor parking...oh lupa nak citer, a few people pemancing undi di luar pagar sekolah...tapi diorang tak approach aku pun..hahaha... is the color too obvious? Hehehehe...
+

He is the one !!! And I saw him masa masuk perkarangan sekolah okay! Undiku bukan lagi rahsia :-)


Aku sempat singgah ke khemah PAS selepas mengundi... see what I got as kenangan :-)

Tu je la kot sikit-sikit gambar yang aku sempat snap :-) Obvious sangat la kan aku undi Dr Sheikh Ibrahim and Alhamdulillah dia menang :-) He is a well-deserved winner, with his contribution and responsible...aku doakan Allah permudahkan segala urusan beliau dalam menjaga DUN Sungai Abong. Semoga Allah merahmati usaha beliau dan memurahkan rezeki beliau.... Amin !!!

Masa balik tu, banyak la kereta2 BN parking tepi jalan..tapi x de sebijik pun offer nak hantar aku.... hahahahaha.... is the color so obvious??? :p :p :p

p/s - aku dengar ada org cakap aku gi khemah PAS sebab nak claim duit tambang balik mengundi? Ho ho ho... aku mengundi Lillahi Ta'ala... bukan nak buat duit... sorry!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 29, 2013

COUNTDOWN TO PRU 13



gambar ihsan Google Image
Salam kemesraan kepada readers tak kira anda penyokong kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat... kita hidup di bawah payung Malaysia yang aman , makmur, harmoni dan demokrasi. So, jgn kerana PRU 13 kita bermusuhan....

Semakin dekat hari memangkah, semakin hangat kempen di sana sini... PRU 13 ini merupakan kali kedua aku mengundi... ye aku muda lagi...wakaka... xdelah... sepatutnya masa PRU11 aku dah boleh mengundi tapi disebabkan pada masa itu aku masih belajar di UK i just dont bother...kesedaran itu tak wujud lagi la kiranya...huhu...

Kalau nak diingatkan memori Pilihanraya Umum di Malaysia nie, Insya Allah banyak juga yg mampu aku imbaskan....tetapi yang aku ingat memang tiap PRU tu aku kat Muar.... dari kecil aku boleh ingat betapa gahnya kibaran bendera Barisan Nasional, apatah lagi lokasi aku di Muar, Johor.... Johor kan sejak azali memang tiang seri UMNO a.k.a kubu kuat... pak sedara dan sepupu sepapat gah menggantung bendera, poster etc tiapkali musim mengundi. And aku dan eakan-rakan sebaya yang tidak faham sepatah haram tentang politik ini pun turut sama mengibarkan bendera BN... yg pasti melambak poster kat rumah tang aku jadikan kertas conteng, kapal kertas etc. It was the time when Barisan Nasional confirm menang... parti pembangkang sekadar memeriahkan musim PRU. Aku ingat lagi momen aku dapat berjabat tangan dgn Datuk Hashim Rais (apa cerita beliau sekarang ??) Dan Dato' Chua Jui Meng semasa beliau masih with MCA.

gambar ihsan Google Image

As the time goes by, pelbagai senario melanda dunia politik Malaysia. Aku pun bukan faham sangat pasal politik nie. Yang aku mahu adalah pemimpin yang telus dan mampu mampu memberi yang terbaik kepada Malaysia terutamanya kaum bumiputera. Situasi politik yang pertama sekali membuat aku jadi ambil tahu adalah kes DSAI. I was only 20 masa tu, but issue ini memang hot sampai aku di UK pun updated with all those things....pelbagai info pro dan con aku perolehi sampai tak tahu yang mana nak percaya....end up aku tergolong dalam golongan tak kuasa nak fikir and pada PRU 12...aku undi based on keyakinan dan alhamdulillah calon yang aku pangkah itu memang layak bergelar Wakil Rakyat.

PRU 13....awal-awal lagi dapat dirasakan 'sesuatu' diluar jangkaan boleh berlaku....kalau dulu barisan pembangkang sekadar memeriahkan majlis tetapi kini, kekuatan mereka jangan dipandang sebelah mata. Kalau dulu Johor, kubu kuat UMNO tampak takkan tergugat tapi kini memang nampak goyah...itu baru Johor, belum tempat lain lagi. Salah satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan ini adalah kemajuan sistem maklumat... jika dulu rakyat disogokkan dengan media dan info pro-kerajaan melalui akhbar dan tv tapi kini kita ada internet...maklumat yang disebarkan lebih telus dan golongan bijak pandai tidak boleh dibodohkan lagi dengan fakta tak berasas, penipuan dan propaganda.
Let's the Malaysians decide, siapakah yang layak memegang pucuk pimpinan kerajaan pada penggal akan datang...as a Malaysian yang cintakan keamanan, aku cuma mampu berharap segalanya berjalan lancar, jangan gaduh-gaduh... hormati pilihan masing-masing....

gambar ihsan Google Image
YA ALLAH, AKU BERDOA KEPADAMU AGAR DIPELIHARA KEAMANAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA, DAN DENGAN KEKUASAANMU BERIKANLAH KUASA KEPIMPINAN TANAH AIRKU KEPADA YANG LAYAK. AGAR TERPELIHARA TANAH AIRKU DARI SERANGAN KAFIR LAKNATULLAH... AGAR KEKAL MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM YANG AMAN, MAKMUR, HARMONI DAN MERDEKA. AMIN !!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 24, 2013

CUTI....

Hari nie saja amik one day leave...
Sejak Isnin mood nak kerja tu tak ada...
Kepala pulak wengggg je gara2 simptom nak selesema...
Seriously sangat x produktif so I decided to take one day off to refresh my system...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 16, 2013

SAMBUNG STUDY?

Lately rasa mcm aku nie sangat tak setanding dgn kwan2... and at the same time aku rasa mcm tired of doing what I am doing now...

Until last week rasanya on Friday, I was chatting with a friend of mine, we are at the same age but jurang perbezaan sangat besar... mana taknya... aku sekadar pemegang Bachelor Degree in Engineering while she has already has Phd for years...huhuhu...sesuatu yang aku impikan untuk sekian lama tapi tak tercapai-capai.

Banyak yang aku fikirkan sebelum nak sambung study... first, keadaan ekonomi keluarga. With both of me and husband working, we still struggling to survive..what if aku quit utk study? Pengsan... kesian kat anak2 la yg plg utama...

Then my friend recommend me a few sources la..which is bagi aku worth trying...at the same time, study secara part time masih diterima.... i think i can do it...

Aku dok tengok2 course dah... since aku now dok Kulai...universiti paling relevan utk aku adalah UTM..some more my background pun engineering kan...but to pursue a master in enginering is a big NO for me. Tak minat.... sdgkan kerja pun now paksarela..lagi mau tambah seksa? No no no !!!

I might go for MSc Engineering Mathematics...aku masih 'study' what is the next path after that...kalau boleh selepas ini aku nak menghambakan diri menuntut ilmu dan berkongsi pengetahuan kpd generasi akan dtg jek...malas nak kerja jadi engineer dah.

And I love Mathematics...,suka suka suka.... Engineering Maths adalah one of subjects yg aku score masa kat univ berbanding benda2 lain....

Now...nak research dulu bila commencement date, how to apply...the sponsor etc. Once done, aku akan present pd husband. Harap2 dia restu... amin!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 11, 2013

UNTUK ARWAH ABAH...

Assalamualaikum Abah...

I might not be a good daughter of you when you were still alive...
Mungkin semasa itu darah muda masih membara dalam diri...
Dan masa yang kita habiskan bersama sangat-sangat terhad...
Abah kerja ke sana sini situ... ke seluruh Malaysia lantaran tugasan Abah sebagai seorang Pegawai Tentera...
Dan tatkala Abah dah kembali duduk bersama keluarga, Eca tinggal bersama Atuk dan Ucu di Muar...
Then, masuk ke MRSM Terendak selama 5 tahun, kadang-kadang je jumpa...
After MRSM Terendak, fly pulak ke UK... (dan kerana nak hantar Eca ke KLIA la Abah kembali menemuiNya... uwaaaaa....!!!)

Tapi tak mengapalah... apa yang berlaku itu telah dirancang oleh Allah...
Dan walaupun Eca bukan sebaik anak-anak orang lain, biarlah pada sisa usia yang ada ini... Eca akan cuba berikan yang terbaik untuk 'bekalan' Abah di sana...

Eca tak tahu bagaimana Abah di sana..tetapi Eca doakan Abah baik-baik sahaja...
Eca tak tahu samada Abah dapat melihat dan tahu apa yang Eca rasa sekarang ini... but all I want you to know that I am missing you...

Eca akan cuba jadi 'harta peninggalan' Abah yang baik di dunia ini, Inshaa Allah...
Eca harap apa yang Eca sedekahkan dan sumbangkan atas nama Abah... akan membantu Abah di alam sana...

With love,
Your daughter...

Monday, April 1, 2013

SALAH SATU BENDA YANG SUSAH DALAM HIDUP INI ADALAH....

...untuk memuaskan hati semua pihak. full stop!


Friday, March 22, 2013

THE MISCARRIAGE STORY...

I didn't know I was pregnant until I lose it... bunyi macam bohong je kan tapi itu adalah realiti... and that is one of the reasons why I was away for quite sometimes...

With my 'bestfriend' yang tingtong gara-gara planning untuk bertukaran c-pill, aku pun macam antara percaya dan tak percaya je yang proses blastosis itu boleh berlaku... sepertimana yang aku fahami dari pembacaan, kebiasaannya it takes 3 months after stop c-pill baru boleh preggy, tapi kuasa Allah kan... sebulan stop the c-pill sebab aku amik Marvellon yang membuatkan rambutku luruh mcm durian di musim buah-buahan (perumpamaan keji...harharhar!) aku preggy again! Kononnya nak bagi kesan hormon tu berkurangan la sebelum switch to pil mahal bernama Yasmin... sekali tak sempat... and aku pun tak sedar akan kewujudan embrio, zigot dan sewaktu dengannya memandangkan it is normal untuk 'bestfriend' tingtong once you stopped taking the c-pill.

Sedar-sedar je I was on "heavy" at the 3rd week of February, and with my 'bestfriend' normally visits me 5-6 days a month, the length continued to 9 days and the flow was pretty heavy. Hati tak sedap.. definitely my uterus also felt not that good... after aku mendapatkan nasihat teman2 berstatus doktor, finally I decided to go to clinic for further check-up. Things happened kan...takut juga kalau something serious ke... aku dah la takut benda2 cenggini... dan aku taknakla jadi wanita yang berpenyakit pada usia remajapurbakala kan...

Aku pun cer la kat doc pompuan kat klinik tu macam apa yg aku tulis kat atas tu... and after performing UPT (Urine Pregnancy Test)...terpancarlah strong double line yang menunjukkan kewujudan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda selama ini. Doc tak puas hati, dia scan nak tengok kot2 jasad itu masih ada dalam uterus, unfortunately it was gone... dan yang tak bestnya... part paling aku takut adalah... terdapat banyak sisa-sisa darah yang melekat pada dinding uterus serta boleh menyebabkan jangkitan kuman. Doc keluar kertas, amik pen... "awak pergi hospital untuk cuci" Haaaaa....????!!!

Itu bahagian yang paling tak best untuk didengar... uwaaaaa.... 'cuci' atau ayat yang lebih medical sket 'dilation and curettage' (D&C) memang scary as ever! Macam-macam story aku dengar pasal benda nie... ada yang ok ada yang tak ok... ada yang mudah ada yang susah... ada yang best ada yang tak best... yang best bila pergi hospital or specialist swasta la.. tapi aku sedar poket aku memang x best. Maka aku x boleh la nak menikmati ke'best'an itu...I did the survey, it will cost as little as RM800 (belum termasuk kos sampingan' kalau gi swasta...gile ko... RM800 tu dapat buat duit belanja makan sebulan + taska anak hokeh! Ikutkan doktor, dia suh aku gi hospital hari tu juga. Tapi sebab aku ketaqqqq bab-bab jolok dan korek nie... maka aku pandai-pandai sendiri mendelaykan untuk memilih yang terbaik demi menjaga uterus sendiri...

First, aku pergi Perdana Maternity kat Taman Universiti tu.. firstly nak dapatkan nasihat pakarlah..secondly nak cari alternatif kot-kot ada cara yang lebih selamat dari mengang***g dan membenarkan uterus aku dikorek untuk membersihkan sisa-sisa tertinggal. Manalah tau kot specialist ada ubat bagi bersihkan darah tu ke... malangnya tak ada.. dan doc cuma bagi aku antibiotik jek dan scan yang nampak lebih clearlah akan kewujudan blot clot dan remain product of conception itu...gile kentang, kos antibiotik untuk 7 hari dan scan jek terbang RM120... dahla gaji aku short dekat RM400 time tu... pengsan! Doc Isa tu kata, kalau aku takut nak D&C dia x boleh nak buat apa..tapi kalau tanya perlu ke tidak buat D&C..dia cakap memang perlu... huhuhu... so, seems like macam takde pilihan la nie...

Since that, aku memulakan kerja menggoogle bagi membina keyakinan dan memotivasikan diri sendiri bagi menghadapi detik-detik keemasan itu. Thanks as well to a friend of mine, Dr Nurzaihana Zulkefly yang banyak bagi aku dorongan dan menghilangkan kegusaran dan ketakutan. From pembacaan dan pengalaman kawan-kawan yang pernah menghadapi situasi ini... ada tiga kemungkinan sewaktu prosedur ini dijalankan:

1. Bius sepenuhnya - means semasa prosedur D&C ni dilakukan, pesakit pengsan a.k.a tidur. Sedar-sedar je dah siap.
2. Bius separuh badan - bius dari pinggang ke bawah, cucuk tulang belakang mcm org epidural tu...pesakit sedar masa prosedur dijalankan tetapi tak rasa apa sebab kena bius.
3. Worst case, hidup-hidup kena korek.... TIDAKKKKKK.....!!!

Don't tell me macamana doktor menentukan pesakit yang macamana fit untuk kemungkinan 1, 2 dan 3. Walaupun aku hampir pasti kalau pergi private dia akan buat no.1, aku tatau hospital government mcmana. Aku dah tak kuasa nak menunggu seminggu bagi menghabiskan antibiotik yang doc Isa bagi, maka..4 hari selepas aku jumpa dia, aku ambil keputusan untuk 'menyerah diri' kepada Hospital Sultan Ismail, JB. Aku yang mintak kat sana sebab pengalaman saudara-mara dan sahabat yang pernah admitted kat sana adalah meyakinkan...lagipun hospital baru, ala-ala private gak keindahannya...mcm dok apartment 10 tingkat gitu..haha.. memilih kooo... aku tak sanggup nak bersesak kat HSA yang segala bangsa ada dan katil hampir bertemu katil... kang berapa lama aku nak nunggu turn plak kan... and another thing is sebab hospital nie dekat dgn opis Encik Z... so kalau dia rajin, boleh datang visit.... haiyoo...bunyi mcm la seminggu nak menginap kat situ.... (menginap...??? ayat x boleh belah....!!)

Masa hari menyerah diri penuh kepasrahan dan tawakal kepada Allah tu, aku diarahkan untuk ke ObGyn, di mana tempat ibu-ibu mengandung, ibu-ibu yang dah kontraksi atau mempunyai masalah kehamilan menunggu untuk diperiksa oleh doktor-doktor yang mostly HO (aku rasalah) sebab mereka diawasi oleh doktor lain juga. Macam biasalah, waiting time sila sedia maklumla.. tapi layan je la.. malas nak pening2. Boleh pula time aku punya turn tu, aku telah diperiksa oleh Ketua Jabatan yang aku lupa namanya tapi Dato' something bin Ismail yang sangatlah garang dan strict kepada semua doktor-doktor di sana. Pendek kata bila dia masuk je, semua senyap..dengar suara dia je. But his knowledge is remarkable! Sebab tu la jadi ketua jabatan kan... dia scan aku sekali lagi, dan tanya bila aku nak D&C. Huhu...kalau ikutkan nurse kat kaunter depan tu, if datang hari nie maka aku kena admitted hari nie juga. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Aku cakap pada Dato', I will come back tomorrow... memandangkan aku memang tak prepare apapun.. sehelai sepinggang ok! Dan bila la pula Encik Z ada masa nak packing barang aku ( well, aku x confident dia tau my needs di hospital nanti'... and Dato' said ok. So, officially next day will be 'the day'. Oh, lupa nak cakap..sebelum aku balik... nurse pesan minta aku puasa dari jam 12 malam itu sebagai persediaan untuk D&C... huhu..maklumlah nak dibiuskan...

Dato' a.k.a Ketua Jabatan ObGyn yang memeriksa aku with seorang lg doc India yang agak hensem...perut siapalah yang pakai kain batik pepel tu kan? Aku x sempat nak edit crop gambar nie...

Selasa 5 March 2013 - Aku kelaparan. Sebab The night before aku tidur awal dan aku tak dinner! Hadoiii... so pagi tu aku minum 2 cawan air sukida bagi mengalas perut... so, that day Encik Z hantar aku ke HSI. See, senang kan..sebab hospital dekat dengan office dia. Aku memang takdela manja mengada sangat suruh dia amik cuti hari tu sebab kalau dia cuti pun bukan buat apa pun...he actually asked whether he needs to stay with me untuk uruskan registration etc tapi aku menolak dengan baik. It's okay, I can do it myself sebab aku memang sihat... aku cuma macam seorang wanita yang mengalami prolonged period..that's all...and he dropped me at A&E department sebab lift nak naik ke ObGyn dekat situ je... and oleh kerana keadaan luaran aku yang sihat walafiat, security guard siap tahan aku.. 'Awak nak pergi mana? Nak buat apa?' Huh... typical giler kuasa... mcm la tak boleh tanya elok2 kan... aku cakap la aku nak gi ObGyn sebab aku admitted.. baru dia diam bila aku hulur surat tunjuk kat dia... So, sampai kat ObGyn, serah surat pada nurse kat kaunter tu dan dia tanya, mana waris... sebab nak minta waris uruskan pendaftaran masuk dekat 3rd floor. Nurse tu macam pelik-pelik bila aku kata aku nak pergi sendiri...aku cakapla..aku okay je sihat... maka tak perlulah nak suruh suami uruskan semuanya.. dia pun ada kerja nak buat...same thing happened masa kat Kaunter Daftar Masuk Wad tu... same question...hmm..lantak kamu la.. janji yang penting aku tak menyusahkan sesiapa :-)

First time admit HSI... kali keenam masuk hospital dalam usia 3x tahun... sebelum nie mask spital masa aku dilahirkan, then accident thn 2000 and 3x beranakking my kiddos

After that aku ditempatkan di Wad 4D katil 20. Masuk2 je pintu wad tu aku disambut oleh nurse cik mek Ganu bernama Jururawat Nasrul yang gayanya ala-ala Puan Sakimah Samikah ..hahahaha...memandangkan dia tak sibuk, aku siap request nak katil dekat dengan tingkap tepi dinding..kononnya nak privacy la gitu... and my wish comes true... aku ditempatkan kat katil 20 yng bebetul kat hujung wad kelas 3 itu dan katil tu memang kat tepi... yang bestnya masa aku admitted tu, dekat cubicle 4 orang tu cuma aku jek ada..means sorang-sorang la but later sebelah katil aku ada pesakit lain bernama Kak Ina yang sangat baik.. she was in OT utk D&C masa aku check in tu...

I am officially checked-in (err...admitted lar..)

There was nothing interested I did that time kecuali baca majalah lama yang aku bawak.. Mingguan wanita, sambil survey apa jenis jamu aku nak amik after kuar wad nanti. Silly me, I forgot to buy surat khabar..maka apa lagi nak buat, baring bayar tidur dan bersms dgn Encik Z, Diana Din, Sakimah... tu je la kot... TV pulak jauh...malas arrr... perut memang dan berdentam dentum mendendangkan irama Metalica, Megadeth, Sepultra dan sewaktu dengannya...masa tu tengok bekalan biskut Munchys yang aku letak dalam drawer tu macam nampak Kenny Roger Roasters dah...punyala kebuloqnya... huahuahua...
EEEeeewwwwwwwwwwWWWWW !!!!

Lunch hour, waktu melawat... Encik Z kesayangan datang visit... again aku lupa suh dia bawak suratkhabar. Cuma bawak sabun mandi je yang aku boleh lupa nak selit dlm beg pagi tadi. Nak makan pun x boleh... so sembang-sembang jela.. oh by this time tangan kiri aku dah kena cucuk masuk air bagi mengekalkan tahap rehidrasi dalam badan, maklumla aku kan puasa sejak pas Maghrib the day before (gara-gara tidur sebelum sempat dinner dan sedar-sedar dah pkol 5 pagi esok) aku tanya-tanya juga kat nurse, bila turn aku? Tapi menurut beliau... anytime je akan panggil apabila Operation Theatre free memandangkan aku takde masalah kesihatan yang menghalang untuk melakukan prosedur D&C itu. Sebab macam akak kat sebelah katil aku tu, she was admitted for 3 days sebab ada Tiroid..so x boleh buat D&C.. Alhamdulillah again, aku dipermudahkan...tak sampai 2 jam selepas aku admitted, nurse dah bagi aku baju khas untuk masuk OT.. (x sama dengan baju masuk wad yer) dan pada jam 1.40pm gitu, nurse datang dan suruh aku siap-siap untuk naik ke OT. Utk pengetahuan, wad 4D nie kat tingkat 4 manakala OT plak di tingkat 5. So, aku ke toilet mengosongkan pundi kencing aku memandangkan I will be paralysed for the next 6 hours or so...how la nak membuang kan? Hehehe.. kuar dari tandas, katil OT dan menunggu...katil sorong tu apa ek istilahnya? Aku tatau..yang aku ingat brand dia Stryker... sama brand dgn Endoscopy yang dept aku buat hehehe.... :D

Aku tak dibenarkan memakai sebarang barang kemas (well, aku cuma pakai cincin stainless steel je dan kena tinggal dalam drawer), handphone hatta cermin mata pun aku x boleh pakai! Masa nie aku rasa macam hilang separuh nikmat dunia and aku sangat helpless :( Bayangkan sahajalah terbaring 178 darjah di atas katil yang disorong (178 darjah sebab kepada ada bantal..hihihih....) dengan mata yang rabun tak clear nampak alam sekitar... uwaaaa.... seriously I am scared tapi pura-pura cool...apa-apa je ayat yang aku ingat aku baca dalam hati... masuk dalam ruangan menunggu kat OT tu.... sejuk sampai ke tulang hitam !!! Tak sampai 5 minit terbaring sepi, I was approached by anaesthetist perempuan yang so nice, masa nie aku teringat junior aku Doc Halina plak... hadeih...macam2 la otak aku nie menerawang kan... but seriously the OT is actually nothing like dalam cerita ER ke..drama ke movie ke... cool jek... and I can sense they are working happily there.. hehehe....

Ok.. back to the story... doc yang aku tak boleh recall namanya tu cakap yang aku akan dibius separa badan bagi prosedur itu. Istilah prosedur nie bukan D&C tetapi ERPOC... Apa itu ERPOC? ERPOC adalah singkatan kepada Evacuation of retained product of conception. Sila google translate sebab malas nak taip dalam BM... bila dengarkan separa badan tu, aku dah.... 'alamak doc saya ngeri sebenarnya..tak boleh ke bagi saya sepenuhnya bius...huhu..." doc yang manis dan peramah tu pun menerangkanlah yang bius separa badan ini lebih baik untuk proses pemulihan selepas prosedur... with this, aku akan pulih lebih cepat...aku cuma tak dibenarkan untuk bangun selama 6 jam selepas prosedur berbanding bius sepenuh badan. Selepas light briefing tu, aku pun disorong masuk ke dalam bilih bedah...huhuuh... time for the scariest part !!!

There were at least 5-6 people in the OT room...dan semuanya ladies... tangan mereka semua cekap bekerja walaupun mulut dok busy bersembang pasal pregnancy la..pasal kes kat Sulu tu la..kerja siap dan cepat... by then baju dilondehkan..yang mana patut disingkap telah disingkapkan... mana2 medical equipment yang dikelip..di plaster etc dipasang sewajarnya... then aku disuruh duduk...lunjur kaki... peluk bantal.. doc bius nak cucuk bius...huhuuhh...

Aku punya takut part nie... Ya Allah! nasib baik aku rabun tak nampak jarum dia besar mana...but the feeling of jarum tu menyucuk ke tulang belakang tu... hadeih... aku cuma fikirkan masa tu 'aku dah berjaya memberanakkan 3 anak ke dunia.. apa hal la sangat dengan kena cucuk jarum tu jek' positif eca...positif !!! dan aku berjaya menenangkan diri sendiri. Then aku dibaringkan semula... by this time aku mula rasakan bahagian bawah badan aku hilang sedikit demi sedikit... 5 minutes, doc tu tepuk2 peha kanan aku dan tanya.. rasa tak? Aku cakap aku rasa dia sentuh tapi tak sakit ke apa ke...well, kalau dari pembacaan aku diorg tak boleh gerakkan badan selepas bius or tak rasa kaki etc... in my case..aku rasa je semua and i can move cuma sakit tu je takde...cubit punggung sendiri..rasa..tapi tak sakit..mcm cubit bantal...hahahaha... aku boleh gerak2 jari kaki... tapi secara keseluruhannya aku rasa sangat helpless dan timbul keinsafan dalam diri betapa bertuahnya aku hidup sihat walafiat, sempurna dan tiada cacat celanya.... Alhamdulillah Ya Allah !!!

I can't see what they were doing... aku ingatkan doc2 pompuan tu yang akan do the procedure...ramalanku silap belaka! After pandangan aku telah ditutup dengan sehelai kain betul-betul di deoan muka aku..barulah datang surgeon untuk ERPOC... doc lelaki! Hadeih.... segan okeh tapi nak buat mcmana... kalau boleh request memang aku request dah doc pompuan...pada masa nie aku memang doa cepat-cepatlah setel! Aku dapat rasakan something panjang masuk melalui cik gegirl...tapi x sakitla.. and bila dia korek2, cucuk-cucuk dan jolok2..aku boleh rasa... in fact aku rasa kuat juga dia put the pressure sebab I can feel my body is moving a bit...huhu... nak tak nak diam je la..until habis the procedure... anyway, aku memang menggigil kesejukan dalam tu...luckily diorang pasang oxygen supply yang macam suam sket aku rasa... agak lega lah...

Walaupun aku rasa macam lama giller prsedur itu, bila aku tengok dalam discharge summary..cuma 15 minit je...huhuhu... selesai prosedur tu...surgeon tu blah before aku even sempat nak tengok muka dia. Tinggallah doc-doc wanita menguruskan aku... pindah dari katil ke stretcher...sorong keluar dari operation theatre, aku ditempatkan ke ruangan menunggu lagi... blood pressure, heartbeats under monitoring dan bekalan oxygen diteruskan... masa nie aku diselimu dari hujung kaki sampai ke paras leher dan dicover pula dengan body heater ke apa tah nama dia, warna oren...tebal mcm jaket penyelamat gitu...hehe...doc cakap, aku akan berada di sana selama setengah jam untuk monitoring kot-kot muntah-muntah ke, tak stable ke...masa nie aku siap boleh dengar ada nyonya tu termuntah-muntah kesan dari ubat bius... masa nie aku cuma teringatkan biskut Munchy's dalam drawer katil aku je... sebab aku memang lapar...

After setengah jam gitu... aku diusung keluar dan kembali ke wad...first thing aku buat adalah sms Encik Z memberi perkhabaran yang aku dah keluar dari OT dan semuanya selamat. Opkosla..kang risau dia tu kan.. hehe... aku dilayan dengan sangat baik oleh kakitangan HSI... nurse bertugas terus menggantikan pakaian aku... check blood pressuere semua bagai dan pesan kalau nak apa-apa sila tekan buzzer dan jangan bangun sampai jam 9 malam... adoila.. masa aku sampai balik ke katil tu baru pukul 4 ptg gitu... mujurla pundi kencing dan kosong before masuk OT tadi... so, apa lagi nak buat? terkial-kial meraba ke drawer dan yeay... 8 keping biskut Munchy's selamat aku bedal in one shot tanpa rasa drowsy, dizzy, pening, loya etc etc etc... seriously I didnt experience any symptom at all ok. cuma pas makan biskut tu aku x boleh nak minum air sebab air dalam botol..aku x boleh bangun untuk minum.. kering tekak...water supply masih bergantung kepada drip jek..huhu...maka terbaring je la aku sambil sembang2 dgn Kak Ina katil sebelah :-) Waktu melawat sebelah petang, Encik Z x dtg tapi aku x kisah sangat sebab aku faham dia kerja dan kena rush back to Kulai untuk uruskan anak-anak tersayang...hehe... so aku amik peluang untuk tidur jela sementara tunggu waktu dinner (makan je aku ingat). Aku dok bayangkan dapat makan ayam lemak ke.. ayam sup ke... hehe... until tetiba aku terjaga sebab ada orang pegang tgn aku. Ingatkan Encik Z buat lawatan mengejut yang romantika itu..rupanya doktor yang pegang tangan..aiseh... kacau tidur betul... pendek kata aku tak dapat tidur lena sebab asyik kena monitor je... malam baru dpt tidur lena...



Around 7.30 gitu tak silap aku baru dinner sampai... adoi..aku dah la lapar giler.. tak boleh la pulak nak duduk sebab kan aku tak dibenarkan bangun sampai jam 9 malam. Tapi sebab kelaparan tak makan selama 22 jam...aku gagahkan diri..makan tetap makan..pas makan boleh baring sampai esok lusa pun takper.. cuba nak tinggikan tempat sandar katil tu...rosak la plak... thanks to Kak Ina katil sebelah yang tolong aku letak bantal kat blkg as support supaya aku dapat duduk dan makan dengan selesa... menu yang ku impikan tak kesampaian... tak silap aku menu dinner malam tu nasi, sup kosong, sayur taugeh goreng dengan ikan pindang la mcm tu tapi mmg takde rasa lada langsung lah sebab I am on full non-spicy diet... haiyo... tak sempat snap menu nie sebab kebuloq sgt... hidang je telan terus!!! Again..takde mauk2, takde loya2, takde muntah2... actually by this time kesan bius aku dah nak habis dah...cuma punggung je masih kebas...

Pas dinner sambung baring2 until 9.30 gitu baru aku cuba bangun, berdiri dan yeay berjaya! After 6-7 jam berbaring... after 20- minit mengang***g dalam OT... memang lenguh satu badan la.. masa nie memang bebetul rasa mcm org lepas bersalin... sakit sana sini cuma x de kena jahit jek... gagahkan diri ke toilet untuk buang air...cuci muka...gosok gigi etc etc untuk persediaan tidur... first time urinate after procedure... mcm nak menjerit aku... sakit... pedih... perit... and the pain remains until aku discharge... one maybe luka or melecet masa masukkan tube masa kat OT tu..or maybe Urinary Track Infection... around 10pm macam tu... sebagaimana waktu di rumah...aku dah selamat ke alam mimpi...

Esoknya seawal 5.30 pagi aku dah bangun... awal giler semangat mandi etc dan rasa sangat segar walaupun badan sakit-sakit. breakfast hari tu kueyteow sup ada ayam dan air susu tepung..mesti brand Wahi kan..hehehe..mandai je aku... :p

Kueyteow Sup HSI :-)

Then tak lama kemudian doktor pakar datang bersama MO dan HO, after check itu ini bla bla bla... aku dibenarkan pulang... terus aku sms Encik Z cakap aku boleh discharge...



Sementara tunggu tu dok relax layan mata... and by this time I am still bleeding mcm period gitu...sempat lunch kat hospital...lauk ikan yang nampak pedas tapi x rasa lada langsung...

Ikan lagi for lunch... i want chicken !!!

Then Encik Z sampai, aku serahkan duit untuk dia bayar kat cashier... terus la zass balik rumah..mcm-mcm ubat dapat and aku diberikan MC selama seminggu... yeay !!

DISCHARGE SUMMARY

Well, life after discharge... mcm orang lepas bersalinla..makan kena berpantang, aku jaga diri sendiri jek.. takde la nak manja2...tak makan makanan berbisa, gatal-gatal, terlalu pedas, tak makan benda-benda yang sejuk...dan sampai ke hari ni aku berjaya tak minum berkarbonat dan berais kecuali menghabiskan air anak2...aku rest dirumah while anak-anak hantar ke taska dan buat kerja yang ringan-ringan... then pergi berurut dan amalkan memakan jamu yang akan aku teruskan selagi duit dalam poket masih ada....

It is a good experience.. dan 2 hari 1 malam di hospital mengajar aku untuk jadi seorang yang lebih menitikberatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Pelbagai jenis sakit aku dapat saksikan dari pelbagai peringkat usia... semoga Allah memberikan aku kesihatan yang kekal...amin....

That's my story!

Wednesday, February 27, 2013

MY NEW-SIMPLEAND-ALMOST-WORDLESS BLOG

hye hye hye...

dah lama x update blog... dah tau busy sentiasa sampai jemari x dan nak menghapdet story... tapi gigih buat belog lagi seketul... sungguh tidak adil kepada diri sendiri, ye tak?

tapi atas sebab minat pada makanan, gambar makanan dan fotografi (kononnya ecewah... i am begineer je ok.. dslr pun x de) saya buat satu belog untuk share gambar with a few words only...

jemputla jengah...jemputla follow saya di - SHARE MY PASSIONS :)

see u there :)

Friday, December 21, 2012

BILA SAKIT ITU SESEKALI DATANG....

Salam Saiyyidul Ayyam Y'All....

Lama tak menulis hari ini saya muncul kembali... sorrylah yer, sometimes I used I-You, Saya-Awak, Aku-Ko dalam belog ini...well it solely bergantung kepada mood pada waktu menulis...

Hari ni baru ada free sikit nak menulis... well nak kongsi la... aku alhamdulillah dilahirkan sukar untuk sakit..jarang-jarang sakit... nak demam yang betul-betul demam tu setahun sekali pun susah..kalau setakat dedar..demam malam esok pagi ok tu selalu la juga...sakit mild2 yang biasa aku hadapi is 'sakit pompuan' itula yang menjengah almost every month... other than that alhamdulillah... i am healthy...aku x de sakit2 keturunan ke... pelik2 ke... Ya Allah, peliharalah kesihatan ku sehingga aku menemui ajalku, amin .. because of that, seumur hidup aku... aku cuma pernah masuk hospital sebanyak 5 kali sahaja setakat usia aku 33 tahun ini.. 1. Masa lahir..opkoslah kan sbb aku lahir kan HKL atau time tu dikenali sebagai HBKL a.k.a Hospital Besar Kuala Lumpur. 2. Masa aku accident pada tahun 2000... kemalangan maut..takkan aku tak de menerima rawatan kan... dan lagi 3 kali tu semasa beranakking Kak Long, Eiman dan Arissa...that's all...

And semalam tetiba 3 sakit menyerang almost serentak. Semalam hari HOL Johor... public holiday tapi sebab aku keje kilang nie tak amik HOL as holiday, aku kerja. Dalam jam 11 lebih gitu tetiba kepala aku sakit berdenyut bagai... sebelah kiri sahaja..it is MIGRAINE :( huaaaa... mata dah mula kabur...aku mmg 2-3 hari ni mengadap komputer sebab banyak benar report nak buat... boring! Aku cuba lawan... teringat ubat migrain yang "when required" tu ada dlm beg pink aku...lunch hour aku gagahkan diri mencari makan serta mentapaukan untuk encik suami tersayang... after makan etc alhamdulillah lega... but disambung pula dengan rasa mcm food poisoning. I felt bloated and nak muntah...bluwek..nak kena nak muntah sebab migraine mmg tak la sebab masa tu sakit kepala dah senang dah...and during this two painful event.. chewah.. event ke? huhu...whatever la.. aku sakit like senggugut gitu... tapi nothing came out pun...huhuhuhuh... stressnya.. kenapa ek?

Sangat tak selesa sampai aku muntah after dinner malam tadi.... minum Eno pun tak lega... before tidur aku sapu losyen makbul munajat yg panas giller tu pun x lega mana.. sendawa kecik2 jek...tp sbb dah ngantuk aku tertidur jam 6 br bgn...

Sampai ke opis hari ni pun x lega... :(

Niepun masih feel kepala wenggg lagi...and perut menggelodak bergelora.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, December 14, 2012

MCMANA NAK DUIT SEGERA EK?

HELP...!!! :(

Wednesday, October 31, 2012

SIAPA TAK SAYANG ANAK?

Salam Y'All...

Sekejap jek dah Rabu.. pejam celik pejam celik dah 31 Oktober... gaji dah masuk... x sempat nak kelip-kelip mata gaji sebulan dah habis sebelum waktunya....

Huhu.... tetiba macam teremosi plak... sebab teringatkan anak-anak sendirik yang 3 orang tu... yang amat disayangi walaupun kebarananku sering tercabar dengan pelbagai kerenah mereka... tapi, kalau dah namanya manusia yang mempunyai akal yang waras... mesti sayang sekurang-kurangnya anak sendiri... kenapa aku mention 'manusia yang mempunyai akal yang waras'? Sebab terlalu ramai manusia yang berhatikan iblis yang sanggup buang-buang anak lebih teruk dari buang kucing! Uwaaa... :(

Untuk anak-anak tersayang, mama bukanlah seorang mama yang kedekut, kedaung or hajah bakhilah! Tapi sebab tadi dapat gaji tengahari sudah and kerja melambak kt opis, tak sempatla mama kamu nie nak bagi ape-ape sebagai instant treat sempena gaji. Nak treat lelebih malam nie plak kamu si #1 dan #2 kena pergi ngaji kan? So.. atas tanda ingatan tulus ikhlas dan menunaikan janji mama kt #2 malam tadi... mama belikan kek nie kat kantin...


Well, maybe ada org akan gelaks tgk kek 80sen yang aku nak bagi pada anak-anak aku nie sorang satu...yelah..mana sama level dgn kek sepotong RM7 x termasuk tax kt Secret Recipe bagai... tapi ada aku kisah? Aku mampu bagi lebih dari itu pun...tapi aku nak anak-anak rasa kek murah pun sedap... kek-kek mcm niela yang mama dorang makan dari umur sebaya-sebaya dorang dulu... nanti dorang dah bangka mcm mama dorang pun sure dorg akan rindu kek-kek cenggini... dulu kek-kek cenggini 30sen pun dpt...now 80sen ko... kelassss....!!!

Ni dah jam 5.31PM.. x sabar nak balik bg kek kat anak2 ku yang comel-comel belaka itu... so they can refuel while mama berperang memasak dinner di dapur nanti!

Monday, October 22, 2012

MODE HOUSEKEEPING RUMAH

Mood nak housekeeping rumah bermula apabila tetiba teringatkan sepasang anting-anting emas yang Mak hadiahkan kepada aku like 10-12 tahun yang lalu...yang aku misplaced tatau kat mana...huhu..maklumlah harga emas kan tengah meningkat mencanak-canak sekarang..maka, untuk orang yang tak berapa berharta sangat macam aku nie, emas-emas kecik cenggitu pun wajiblah disimpan dan dijaga dengan baik sekali...

Aku rasa macam baru je pegang-pegang, usap-usap sebulan yang lepas tapi seriously aku x ingat kat mana...puas ku korek-korek semua handbag aku tapi gagal ditemui...

Geram punya pasal, terus timbul mode nak housekeeping rumah!

Aku tak naklah tempel gambar rumah mcm kapal karam tu kan...malulah kat diri sendiri...hihi..tapi memang ada area dalam rumah aku yang rupanya sangat tak senunuh mcm baru je pindah rumah semalam walaupun ikut perkiraan jari tangan ini, dah dlm 6 tahun dah aku duk kat rumah itu...

Ada satu bilik kt tingkat atas..ini suppose jadi bilik tidur anak2lah.. tapi memandangkan anak2 masih kecil, Kak Long & Eiman tidur share bilik... while si BusukMasyam plak tidur dgn aku dan Mr. Z... maka, bilik tersebut menempatkan almari baju Kak Long & Eiman serta timbunan barang-barang aku yang berkotak-kotak....

Maka bermulalah sesi 5S....

Dari kotak ke kotak...huhu..macam-macam penemuan... well, I was down on memory lane la kengkononnya...lalalala... jumpa gambar lama-lama (zaman slim-slim) di UK... jumpa CD single Backstreet Boys special edition As Long As You Love Me which was the very 1st CD yang aku beli di UK semasa singgah ke HMV nearby London Marylebone... and and and... oleh kerana aku nie seorang yang sentimental... cer tengok apa yang aku simpan!


Hikhikhik... aku rasa most student yang sama-sama study dgn aku dulu harus dah buang dah benda alah nie..tapi aku simpan... nak tunjuk anak cucu cicit aku nanti... nenek dulu study kat UK tau! Nie bukan berlagak or menunjuk... tapi ianya more kepada motivasi, sepertimana kejayaan sepupu-sepupu aku belajar di Philadelphia & Liverpool Univ dulu mendorong aku berusaha dengan gigih dan berjaya mencapai matlamat aku untuk melanjutkan pelajaran di UK...

Nak tau apa kat atas tu? Hihihi... yang gambar harimau tu... namanya telephone card.. kat UK ada macam2 jenis phonecard yang menawarkan kadar panggilan telefon ke Malaysia dgn harga semurah 1penny per minit..jgn tak caya! Lagi murah call Mesia dari UK berbanding call Mesia ke Mesia... aku dulu memang pelanggan setia telco Asia memandangkan kisah cinta antara benua antara aku dan Mr. Z...seblah tu plak namanya SnapFax... SnapFax nie memang students akan dapat setiap academic year bagi melayakkan kami-kami ini mendapat pelbagai diskaun di outlet-outlet terpilih. Tapi selalunya aku memang tak guna pun sebab most of the discount adalah kat pub, restoran x halal, kedai baju mahal2, lugage centre etc etc..maka simpan jelah buat peram...yang hitam tu plak kad Alpha Telecom.. itu pun phonecard juga tapi konsepnya boleh topup...kalau dah habis, call hotline dia untuk topup..samada direct dr akaun bank atau kredit kad.. aku ada kredit kad tau masa study dulu..hehehe... tapi setelah mengenali banyak lagi phonecard yg murah like Telco Asia..aku x pakai dah Alpha Telecom...then nametag yang salah eja nama aku tu plak aku dapat sewaktu menyertai Perhimpunan Musim Sejuk di Coventry ke Birmingham dulu, sorry I cannot recall.. hehe..alhamdulillah kehidupan aku semasa di UK dulu dipertemukan dengan insan-insan yang baik maka aku berada di landasan yang bagus, alhamdulillah :D Last but not least.. Stagecoach Bus Pass... hehe..aku guna Term Bus Pass, so bayar lumpsum untuk tiket bas selama satu semester di universiti...sebab x mampu nak beli annual pass kan...hehe...memang mudah, naik je mana-mana bas Stagecoach yang merupakan one of syarikat bas utama di UK...tak payah bayar..tunjuk kat driver dan jalannnn.... :-)



Muka poyos giler...wakakaka... tapi bukan senang wooo nak dpt kerja sini... kekekekke..tapi bila dah dapat tu terasa mcm dapat jd MU player plak..hihihi... the experience was awesome! Makanan sedap-sedap (walaupun pekerja sepatutnya x dibenarkan makan makanan yang dihidangkan a.k.a kalau ada lebih servings..sila buang..tapi sebab dapat supervisor yg osem..dia suh ktorg makan...yg paling best cake, cheese...)... haippp!!! aku makan yang aku yakin halal jek tau! maka dptla juga terserempak dgn those MU players and VIPs...and I still can feel gegaran di restoran aku kerja tu bila goal dijaringkan.... huuuuuuu !!!!

Then... ada sebuah kotak itu aku simpan segala khazanah cinta antara benua aku dan Mr. Z... haishhhh..mood jiwang dah... (past tense yang sangat membahagiakan okey!) ... aku re-box semula..and macam-macam la aku jumpa.. one of those adalah keychain yng Mr. Z buat untuk aku supaya aku boleh 'bawak' dia ke mana aku pergi...:p

LoVe! LoVe! LoVe!
See... aku simpan lagi tau! Masa ni aku tengah amik A-Level kt Warwickshire... don't ask me..aku x ingat tu kunci apa...hehehe...

And..and..and.... walaupun sehingga ke saat ini aku x bertemu lagi dengan anting-anting pemberian Mak yang aku rindui.... see what I found....!!!


Rantai dan loket emas !!! Rantai dan loket kecil tu hadiah after nikah dulu.... dan loket emas itu pulak hadiah birthday aku yang ke 25 tahun :D Sayanggg awak..!!!!

Anyway, aku tak habis housekeeping lagi kerana gangguan dari anak-anak yang also tolong mengorek segala harta mama dia itu...so aku akan teruskan apabila larat nanti sedikit demi sedikit... malam tadi penat sangat... Kak Long tolong sapukan losyen Makbul Munajat sambil urut-urut selow kaki ... ingat nak lah manjer-manjer sket ngn Mr. Z minta tlg sapukan kt blkg badan yang lenguh x ingat nie...tapi sebab dia ada kerja sket kat luar and aku dah pengsan tidur sebelum dia balik, maka terbengkalailah... huhuhu.... :p

Friday, October 5, 2012

MOTIVASI HARI INI....

Salam Jumaat Y'All....

Sejumlah Al-Fatihah masih setia saya sedekahkan kepada jiwa dia...berserta keyakinan dan doa yang Insya Allah things will be fine regardless pahit atau manis akhirnya...

Aku masih tegar memujuk jiwa sendiri...well, siapa lagi nak memujukkan? Kang jadi isu pulak... hmmm....


Aku copy dari Facebook tadi..sebab yups... kenangan itu amat menyakitkan... but Alhamdulillah... I learn a lot kan...

Allah Maha Adil.... Insya Allah....

Wednesday, October 3, 2012

RINDU ITU...

(sorry, tengah mood jiwa kacau....)

...kalau nak bicara tentang rindu, rindu tu dah terpendam..bukan sekadar semalam, kelmarin... bukan setakat sebulan dua.. setahun dua..tapi sekian lama dah.. tapi rindu tu tak bawa ke mana..semakin hari semakin lara..memakan hati dan segenap jiwa..dan akhirnya meracun diri sendiri... :(





Oh Angin... sampaikanlah lagu ku padanya... yang sedih pilu... terimalah... laguku jadi teman hidupku... untuk selamanya....

Kamu tidak akan faham sebenarnya...... :(

Tuesday, September 25, 2012

BILA MOOD SEDEY...

Salam Y'All...

Dah lama tak update belog kan?

Bila mood sedih... semangat hilang... semua jadi penasaran...

Huhuhu...

Nak menulis pun mood takde...

Kadang-kadang bila mood ada, masa plak takde...

Anyway, last week aku ada phone interview utk jawatan Vision Systems Engineer dengan Ciba Vision PTP, Gelang Patah... well actually, I am not that desperate looking for a new job... aku happy je dengan kerja now cuma aku mencari employer yang mampu membayar gaji lebih kat aku... agar aku tak perlu nak jadi mcm orang giler menjual Tupperware lagi di samping bekerja sbg Underpaid Test Engineer...

Hidup kena berubah, kan? Kena berani... no matter what happened... hidup kena terus... kena sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki keadaan sedia ada...

Dan I will go for it...!!!

The next day, aku dapat call dari HR Ciba Vision... calling me for f2f interview... alhamdulillah... getar juga nie sebab lama dah tak interview :-) So my interview will be on this Friday... doakan aku berjaya dengan gaji yang lumayan... amin amin ya rabbal alamin....

Friday, September 14, 2012

TRIBUTE UNTUK LELAKI PERTAMA DALAM HIDUPKU... AL-FATIHAH...

Salam Jumaat Y'All...

Life has been busy as always, sampai nak post pasal raya..openhouse semua tak post-post lagi... tapi kali ini..aku takkan bertolak ansur dengan kesibukan kerana ini adalah post yang sangat penting dalam hidup aku...

Hari ini 14 September 2012, genap 12 tahun pemergian beliau... beliau lelaki pertama yang hadir dalam hidup aku... beliau banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku... and he is one of the most influenced person in my life... pendek kata, di kalangan orang lelaki..he is actually my first love and sampai hari ini kasih sayang itu masih kekal... AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MEJ (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN... beliau adalah Abah aku.... :(

Saban tahun, apabila tibanya tarikh ini pasti aku akan teringatkan beliau... tetapi tahun ini aku rasa hari-hari pun aku ingat kat dia...dan actually, setiap kali aku teringatkan dia, terkumat-kamit aku segera menyedekahkan Al-Fatihah untuk Abah.... apa lagi yang dapat aku lakukan untuk dia... seberapa boleh pahala yang dapat aku sedekahkan kepada Abah....

Abah... sewaktu kecil memang aku rapat dengan Abah... Abah duduk berjauhan dari aku dan Mak... sebab Abah kan tentera..pindah ke sana ke mari..kem sana kem sini... dan Mak pula bekerja sebagai kerani sekolah di KL...maka Mak tak ikut sekali Abah pindah...bila Abah balik, aku lah insan paling gembira... Abah bawa pergi jalan sana sini, Abah beli mainan itu ini... the list is neverending... aku tau Abah memang kepingin anak lelaki sebelum Yos lahir.. tapi rezeki Allah kan... so Abah ada belikan aku kereta control BMW warna putih, jalur2 biru hitam merah..masih aku ingat lagi kereta tu ok.. :-) Apa lagik Abah beli untuk aku ek... haaa.. Teddy Bear (sebab aku jeles Kak Long & Kak Nina ada teddybear besar), anak patung Pink Panther...sebab aku sgt suka...then Abah pergi UK... (one of my earliest inspired moment yang alhamdulillah aku akhirnya dapat ke UK juga untuk sambung study), Abah belikan aku sandal tumit tinggi, gown jalur2 kaler putih biru yang masih wujud sampai hari ini..well.. Kak Long pakai baju tu tau...jangan tak percaya...!!! Well... itu diantara memori awal aku dan Abah...

Bila aku semakin besar... keakraban aku dengan Abah makin kurang, well..tak perlulah aku nyatakan WHY here.. biar ianya jadi rahsia aku seorang...tapi aku tetap hormat dia... dia masih Abah aku..tak pernah lokek ... masih menyayangi aku despite of aku tidak rapat dan manja macam masih kecil-kecil... masa aku dapat 4A dalam UPSR, Abah janji nak bagi aku RM100 for each A...:-) Bila aku berjaya ke UK untuk melanjutkan pelajaran he was the happiest person (Mak mcm kurang approved sebab dia nak aku study kt UKM ke UM ke UUM ke..tapi aku memang nak pergi UK) aku pakai blazer yang dia beri pada perjalanan pertamaku dari Subang Airport (masa tu KLIA dlm pembinaan) ke London Heathrow...

Ya Allah..banyaknya kenangan aku dan dia! And kalau nak tau, ABAH TAK PERNAH PUKUL AKU SEPANJANG HAYAT DIA! Marah tu pernahlah dua-tiga kali..aku memang sangat kecut perut bila Abah marah, that's why aku sangat patuh pada perintah dia...suara dia mcm petir okay..maklumlah... askar... Abah sebenarnya panas baran tapi dengan aku, he has been very gentle and loving.... How I Missed Him...

Abah oh Abah...!!! How I wish Abah is still alive so Abah boleh jumpa cucu-cucu comel Abah yang tiga orang itu.... Abah tau tak, Eca memang sangat rindukan Abah... sumpah tak tipu... Abah...maafkan Eca kerana tidak menjadi anak yang sempurna untuk Abah..tetapi semenjak pemergian Abah... setelah umur Eca bertambah... setelah Eca jadi isteri dan mama, Eca mengerti erti sebuah kehidupan... dan bila dugaan mendatang, wajah Abah adalah salah seorang yang terbayang di mata Eca.... I need you, I want you to be here with me.....

Alamak dah dekat pukul 6 pulak.. Insya Allah nanti Eca sambung Part 2 pulak yer... Al-Fatihah Untuk Abah... 12 Tahun Pemergianmu... Rindu Sungguh Pada Abah... Loves You Very Much...!!!

ALLAHYARHAM MEJ (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN... HE IS MY DAD...!!!