Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label prayer. Show all posts
Showing posts with label prayer. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

DOA UNTUK DIRI SENDIRI, DOA UNTUK SEMUA :-)

Assalamualaikum WBT Y'All...
Dan Selamat Pagi / Tengahari / Petang / Malam Untuk Semua :-)

Doa ini untuk diri aku sendiri, untuk parents aku dan untuk anda semua di luar sana...tak kira korang suka atau benci aku....aku sedekahkan doa ini dengan penuh tulus ikhlas untuk semua...

HAVE A BEAUTIFUL DAY, MY FRIENDS :-)


Monday, August 19, 2013

DARI KEJAUHAN..SOKONGAN SEPENUH HATI KU BERIKAN!!!

Ya Allah, bantulah Presiden Mohammed Morsi dan Ikhwanul Muslimin... Ya Allah hanya kepadaMu kami mohon pertolongan !!!!


Thursday, August 15, 2013

QUNUT NAZILAH


JOM BACA QUNUT NAZILAH UNTUK SAUDARA KITA DI MESIR, SYRIA, PALESTINE DAH SELURUH DUNIA.

Info Qunut Nazilah ini dari website JAKIM:

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Friday, June 28, 2013

KERAMAT DOA IBU

Salam Saiyyidul Ayyam... Salam Penghulu Segala Hari :-)

Sorry bos... gaji kecik, mana cukup nak tanggung family... aku akan terus blogging dan online business... no concern...

Nak mulakan pagi Jumaat yang mulia nie dengan suatu perkongsian, bagaimana makbulnya doa seorang ibu. And as a mom myself.. ianya sebagai sebuah peringatan untuk diri sendiri juga... DOAKAN ANAK YANG BAIK-BAIK WALAU SENAKAL MANA PUN ANAK-ANAK ITU... WALAU TENGAH MARAH MACAMANA PUN... BERAMBUS KAU SEMUAAAAAAAAA PERGI BELAJAR SAMPAI DAPAT PHD! JADI PAKAR BEDAH! JADI IMAM BESAR MASJID PUTRAJAYA! PERGI BELAJAR KAT UNIVERSITI AL-AZHAR!




Wednesday, May 15, 2013

AYAT MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA

Assalamualaikum WBT, sebagai rujukan untuk diri sendiri dan perkongsian untuk sahabat2 online yang lain... mari amalkan semoga kita lebih kaya dan berjaya... Inshaa Allah dan Amin :)


petikan kata-kata dari hamba Allah yang sharing di Facebook beliau:
"Semenjak saya amalkan doa ini minggu lepas (29/4/2013 - 4 Mei 2013) rezki saya masuk mencurah2..cuma tambah zikir subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33x.. Kiranya lepas dah habis zikir2 tu, baca pulak zikir ini sebanyak 33x..Masya-Allah korang akan terperanjat dengan keajaibanya..sudahlah ayatnya dipetik terus dari Al-Quran, bahkan maksudnya juga sudah menggambarkan segala-galanya...bukan rezki saya sahaja yang masuk, bahkan rezki keluarga saya juga..Allahuakbar...Allah maha besar."

Tidak salah kita amalkan..semoga beroleh apa yang dihajati. Amin!

Thursday, May 2, 2013

KELEBIHAN AYAT 128, 129 SURAH AT-TAUBAH


SEBAGAI PANDUAN BERSAMA... PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

Friday, April 12, 2013

DOA UNTUK JADIKAN DIRI SENDIRI DAN ANAK2 MUDAH MENDIRIKAN SOLAT


Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Tuesday, January 22, 2013

AYAT PEMBUKA REZEKI

JOM AMALKAN !!!


Tuesday, November 20, 2012

ALLAH, SELAMATKAN SAUDARA ISLAMKU DI PALESTIN !!!



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, selamatkan saudara-2 Islam ku di Gaza daripada Yahudi laknatullah.. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana. aamiin Ya Allah.


- Ustaz Don Daniyal.

Wednesday, October 24, 2012

DOA UNTUK HATI YANG RESAH

Salam Rabu Y'All...
Hari ni sayer tamau cakap banyak2.. cuma nak share doa ini dengan rakan-rakan pembaca ~
Semoga kita sama-sama mendapat manafaat daripada doa ini...

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah sahaja dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta mahabbah. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.

Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.

Ya Allah,

Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya. Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah.

Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.

Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Janganlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.

Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.

Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.

Aaminnn Ya Rabbal a'alamin