Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label alert. Show all posts
Showing posts with label alert. Show all posts

Monday, September 22, 2014

4 JUTA RAKYAT MALAYSIA BERUSIA >18 TAHUN ADALAH PENGHIDAP DIABETES?

Ini bukan lawak okay...ini adalah serius berlandaskan kajian oleh Kajian Mobiliti dan Kesihatan Kebangsaan.

Teruk sungguh taraf kesihatan rakyat Malaysia nie, kan? Salah siapalah agaknya kan?

1 jari tuding pada orang, 4 jari tunjuk pada diri sendiri



Saya memang takut dengan diabetes nie...ramai je kawan-kawan dan sedara-mara yang muda2..anak dara lagi...dah kena diabetes. Mak saudara kesayangan meninggal kerana diabetes. Ada yang dah kena potong kaki kena diabetes. Saya tak mau kaki saya yang putih tapi x melepak nie dicemari tompok-tompok hitam kudis sebab diabetes. Saya nak sihat!

Sebab itu saya pilih untuk mencegah, sebab diabetes nie penyakit mahal..ubat sebembat nak telan..nak cucuk.. ouch..saya tamau!

Sebab itu saya pilih VIVIX!



Minum VIVIX mcm minum ribena x bancuh dengan air.
Satu sudu teh je sehari.

>> Kenapa VIVIX?

Sebab VIVIX terbukti berkesan membantu mencegah dan memperbaiki masalah diabetes.

>>Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 
- Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah
- Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
- Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE
- Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protein AGE ini.

VIVIX...saya katakan ianya sebagai premium supplement untuk kesihatan
Pelaburan berbaloi untuk terus hidup sihat bebas penyakit kronik!

Kalau nak tau citer pasal VIVIX, boleh la PM ke whatsapp/telegram ker...
Anda mungkin x perlukan VIVIX, tapi maybe mak ayah, tok nenek or jiran depan rumah perlukan VIVIX... who knows kan...

NORAFESA
0111 868 6979

Friday, October 4, 2013

WARNING: SHAKLEE BUKAN UBAT!

Salam Y'All...

WARNING! Shaklee bukan ubat, okeh!

Shaklee bukan ubat...
Shaklee bukan ubat...
Shaklee bukan ubat...

Shaklee adalah supplement...
Supplement bermaksud pemakanan tambahan...

Kadangkala kita amalkan diet yang tak sihat...
Kadangkala diet sihat, tetapi faktor persekitaran & keturunan menjadikan kita tidak sihat...

Bila terkurang itu dan ini dalam badan kita...maka berlaku ketidakseimbangan yang menjadikan badan kurang effisien...
Bila lama sangat tak effisien, tu yang menyebabkan jatuh sakit...

Inilah waktunya supplement atau pemakanan tambahan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita...
Supplement atau pemakanan tambahan nie 'topup' apa yang terkurang dalam diet harian kita agar segalanya lengkap sejajar dengan keperluan harian...

Oleh sebab itu, memang disarankan kita ambil extra supplement untuk menjaga keseimbangan dan kesihatan kita...
Pada waktu sihat ini, kita mampu bekerja dan peruntukkan sedikit wang untuk supplement...
Apalah sangat nilai wang ringgit berbanding kesihatan, kan? kan? kan?
Lebih berbaloi habis duit untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri daripada habis ribu-riban bagi mengubati penyakit yang belum tentu sembuh...

Jadi, tunggu apa lagi?
Mulakan sekarang.

Ingatlah orang-orang yang disayangi & menyayangi anda

Eycha 1023481
sms/whatsapp 0176073815

Friday, September 20, 2013

ANAK MATI DI PUSAT ASUHAN... INNALILLAH...

Salam Jumaat...

Aku busy sebenarnya, tapi sempat browse through newsfeed dan mata tertancap dengan news ini.

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.


baca berita lanjut di SINI

Pendapat aku?
Susah nak cakap sebenarnya.

1. Ajal dan maut itu memang dah ketentuan Allah, cuma cara kematian itu dalam keadaan tragis. Apapun, syurgalah tempatmu Qhaliff...dan sebagai ibu dan ayah, mengingat arwah yang menjadi saham akhirat paling besar adalah penawar yang tiada tolok tandingannya.

2. Mati itu pasti, di mana-mana pun boleh berlaku, silapnya di sini pihak taska sewajibnya menghubungi ibu bapa apabila keadaan anak asuhan tidak baik..nie sampai muntah darah okay... tempat aku hantar anak pun taska juga. Yes, they are not perfect. Tapi at least bila anak aku suddenly high fever or terlewat balik dari sekolah, they will call me to inform.

3. Walau apapun berlaku, sebagai working parents that is one of the risk to take. Hantar anak ke taska or rumah pengasuh, we dunno what would happen. Nak jaga anak kat rumah... nak makan apa kalau tak kerja? Betul tak?

One of the main reason Nur Arissa Suraya tu anak bongsu aku dan En. Z...

Monday, August 19, 2013

MASIH BLUR DENGAN PERGOLAKAN MESIR? LET ME MAKE IT SIMPLE

Masih tak faham lagi pasal pergolakan di Mesir?
Kalau korang masih tak faham, memang sah lah korang buat-buat tak faham...

Make it simple.. :


DARI KEJAUHAN..SOKONGAN SEPENUH HATI KU BERIKAN!!!

Ya Allah, bantulah Presiden Mohammed Morsi dan Ikhwanul Muslimin... Ya Allah hanya kepadaMu kami mohon pertolongan !!!!


PUAS HATI SEKARANG ???


Puas hati sekarang?

1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

2: Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

3: Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

4: Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

5: Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

6: Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

7: Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

8: Kita! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

9: Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

10: Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

11: Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini.

12: CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??

13: Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

14: Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

15: Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,

Thursday, August 15, 2013

ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA!

Terlalu banyak rupanya pergolakan yang menjadikan saudara-saudara Islam kita sebagai mangsa di seluruh dunia.... kita sering didedahkan dengan konflik-konflik besar di Palestin, Syria, Mesir... bagaimana pula mereka-mereka yang lain?

Ya Allah...selamatkan seluruh umat Islam di dunia ini.... Al-Fatihah untuk mereka yang gugur syahid....



Monday, August 12, 2013

SYIAH TU HARAM ~ KORANG NIE TAK FAHAM BAHASA KE?

Salam Isnin...balik-balik cuti raya je kepala pening fikir isu Syiah kat Malaysia nie.

Syiah tu haram.... kenapa tak faham-faham? Tolonglah jadi umat Islam yang celik akal dan minda.

SAY NO TO SYIAH! Jangan terpedaya dengan propaganda dah jarum halus Yahudi....



Tuesday, July 9, 2013

BERAPA BANYAK POS MALAYSIA DAH MAKAN DUIT CUSTOMER ???!!!

Hari nie...tengahari tadi, aku menempuh bumi Tebrau yang kebasahan kehujanan ke pejabat Poslaju Ungku Mohsin untuk mengepos parcel kepada customer merangkap ex-schoolmate di MRSM Terendak dulu ~ Ana & Anie. Parcel nie consider as superduper-urgent kerana itu aku selamba je redah hujan...customer first kan! :-)

Itu bukan topik aku nak story dalam post kali ini..tapi benda yang lebih aku concern now is.. charge perkhidmatan Poslaju itself.

Parcel aku tadi seberat 3.615kg dan selepas borang diproses, petugas kaunter yang merupakan seorang lelaki yang kecil comel memberitahu yang harga dikenakan adalah RM29.20.

Aku tak terkejut, sebab berat giler okeh! Ye lar.. Set Serunding 2, Cake Gift Set, Herbalife lagik...Pinggan Tupper lagik... kira berbaloilah..

Dan entah dari mana datang minat aku..kalau sebelum nie biasanya aku dah bayar baru aku tengok resit..kali ni aku check resit dulu baru bayar...(actually aku dah hulur RM30.00, tapi mamat kecik comel tu tanya aku ada 20 sen tak.. well, typical Malaysia la kan..mana2 ko pergi pun mesti mintak duit kecik.. apsal masa aku kat UK dulu.. beli brg GBP2.11 dan bayar GBP3.00 diorg x pernah plak tanya "Do you have 11 Pence?"  Huhh...)

Masa nielah aku tergerak nak tengok resit. Camnie rupa resitnya:


Clear as mud?
See what I mean?

Jika kurang jelas, meh aku jelaskan in details.

Bayaran pos: RM22.00
Cukai: RM1.65 (6%)
Surcharge: RM3.30
Value Added: RM2.20
Jumlah: RM29.15

JUMLAH RM29.15 OKEY! TERTERA CLEAR DI SANA ROUNDING ADJ: RM0.00 !!!!

Apa yang aku sangat concern now is, apa kejadahnya petugas Poslaju tu memandai-mandai buat round adjustment sendiri ke RM29.20???

Nak tau pasal rounding adjustment mechanism? Baca di SINI

or let me summarise it in short:

The Rounding Mechanism only applies to the total bill amount (including goods and services subject to tax) and not on individual items. The total bill amount that ends in 1, 2, 6 and 7 sen will be rounded down while 3, 4, 8 and 9 sen will be rounded up to the nearest multiple of five (5) sen.



So, faham now?

Isu takde duit tukar, that is not our problem. As a service provider.. they must prepare duit 5 sen banyak-banyak setiap hari. There is no reason to say "Maaf kami takde duit tukar" ... they must be aware about the rounding mechanism, bukan nak menipu pelanggan...

Bayangkan aku kena cekau 5 sen tadi...

What with another 1000-2000 customer yang datang hari ini? Mungkin lebih... sebab Ungku Mohsin tu Pusat Poslaju Johor Bahru...

What with another thousands of Pos Office around Malaysia?

Hei korangggg... sedar tak apa hukum makan duit haram?

Jangan sedap-sedap je... korang diberi kerja tolonglah tunaikan dengan amanah. Sebab duit gaji korang tu...buat bagi anak bini makan..buat hantar duit kt mak bapak kt kampung tau...!!!

So, moral of the story di sini... untuk semua para peniaga online dan juga kepada semua orang awam lah.... tolong check betul-betul resit Poslaju ke.. Parcel Pos ke..atau apa-apa saja agar korang tak kena macam aku!

1 org = 5 sen Pos Malaysia 'untung' atas angin
10 org = 50 sen Pos Malaysia 'untung' atas angin
1000 orang = RM50 Pos Malaysia membina 'saham' ke neraka
Berapa juta pelanggan Pos Malaysia..dan setahun ada 365 hari dan average working day ambiklah 200 hari (roughly)... korang kiralah sendiri berapa banyak duit rakyat yang Pos Malaysia dan makan!

Tadi bila aku perasan yang mamat kecik to over charge aku... aku cakap dengan dia.. "Apsal RM29.20, bukan ke RM29.15?"
Beliau dengan muka yang tak berdosa jawab "Kalau takde 20sen 15sen pun boleh la"

Hoi waklu...ko bodoh ke apa? Ko sedar tak apa ko cakap?

Aku malas nak buat debat perdana kat sana lagipun aku rushing tadi waktu lunch nak abis dah...and sebab aku ada 15sen... aku bayar dan terus balik office dengan nawaitu nak publish Post nie secepat mungkin! (tapi terbantut sebab boss suh gi training sekejap..argkhs!)

Come on la!
Berdosa tau tak... BERDOSA...
Bonus pekerja Pos Malaysia besar tak?

Gerammmm... mentang-mentanglah Pos Malaysia tu satu je..takde Posdua ke.. Postiga ke... sedapla ko ganyang poket rakyat....

So, please la... check bebetul resit korang sebelum bayar kat petugas kaunter.


Last but not list..
kalau ikutkan data yang printed on my receipt...
Nama mamat kecik tersebut adalah Ariff

(pernah kantoi ada love bite kat leher dia tahun lepas.... weks!)

Thursday, June 20, 2013

HAZE AT IT WORST



Huhuhu.... yes, this is how it looks like from my office.
It is indeed worse than ever
And it is getting worse as time goes by
You may check the latest API (Air Pollutant Index) at www.doe.gov.my/apims/
And the worst and hazardous goes to Muar!
My hometown okay...
I hope my family will be fine...
I pray for rain that can help to clear the haze a bit...
I am getting even sicker now !!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, October 22, 2012

RED ALERT : KEJADIAN CULIK DI R&R SIMPANG RENGGAM

SALAM Y'ALL...

Good Monday Everyone! Well, nampak mcm aku nie malas jek nak update belog kan... it's a time constraint.. macam2 ada dalam kepala tapi tak sempat nak diluahkan maka jadilah dia koleksi monolog dalam minda sahajork..hihihi...

First hari ini nak sharekan satu peristiwa yang aku dapat dari sepucuk e-mail yang aku terima Jumaat lepas tapi baru baca hari ini... berkenaan kes penculikan yang berlaku di area Simpang Renggam. So, kepada yang membaca post aku ini.. be alert ya..ianya bukan semestinya berlaku di Simpang Renggam tau, malahan kat mana-mana malahan kat opis pun boleh kalau tetiba ada org meroyan nak culik kite-kite nie..huhu... so.. pls read:

Untuk Perhatian!!!!


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah
(kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri
lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru. Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit
sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di
R&R berkenaan. Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan
hidup kerana air-cond masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk
ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu. Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan. Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera
mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan
kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)