Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, September 20, 2013

ANAK MATI DI PUSAT ASUHAN... INNALILLAH...

Salam Jumaat...

Aku busy sebenarnya, tapi sempat browse through newsfeed dan mata tertancap dengan news ini.

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.


baca berita lanjut di SINI

Pendapat aku?
Susah nak cakap sebenarnya.

1. Ajal dan maut itu memang dah ketentuan Allah, cuma cara kematian itu dalam keadaan tragis. Apapun, syurgalah tempatmu Qhaliff...dan sebagai ibu dan ayah, mengingat arwah yang menjadi saham akhirat paling besar adalah penawar yang tiada tolok tandingannya.

2. Mati itu pasti, di mana-mana pun boleh berlaku, silapnya di sini pihak taska sewajibnya menghubungi ibu bapa apabila keadaan anak asuhan tidak baik..nie sampai muntah darah okay... tempat aku hantar anak pun taska juga. Yes, they are not perfect. Tapi at least bila anak aku suddenly high fever or terlewat balik dari sekolah, they will call me to inform.

3. Walau apapun berlaku, sebagai working parents that is one of the risk to take. Hantar anak ke taska or rumah pengasuh, we dunno what would happen. Nak jaga anak kat rumah... nak makan apa kalau tak kerja? Betul tak?

One of the main reason Nur Arissa Suraya tu anak bongsu aku dan En. Z...

No comments:

Post a Comment