Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, June 23, 2014

INGIN MERASAI MINUMAN PILIHAN ANGKASAWAN DAN ATLET?

Assalamualaikum :-)

Yerrr... AKU JUAL MINUMAN PILIHAN AHLI ANGKASAWAN DAN PARA ATLET!
Kenapa...??? Tak Percaya...???
Jom baca dulu!

Minuman yang dimaksudkan adalah PERFORMANCE MAXIMUM




PERFORMANCE MAXIMUM atau biasanya dikenali sebagai PERFORMANCE DRINK (PD) pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dari Yale University bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). PD merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk PD dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod itu masih bertahan hingga kini!

PERFORMANCE MAXIMUM juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih PD sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraaan.

Ujian klinikal telah membuktikan bahawa rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh (fluid circulation). Berbanding dengan minuman sukan yang lain, PD mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat segera.

sumber Carian Google


MANAFAAT UTAMA PERFORMANCE MAXIMUM

1. MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN BADAN - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal,  meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2. MEMBEKAL TENAGA & DAYA KETAHANAN FIZIKAL - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosporus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya kepada mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

3. MENCEGAH PENYAHHIDRATAN - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

4. MENGEKALKAN PARAS GULA - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

PERFORMANCE MAXIMUM adalah satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman lain.

PERFORMANCE MAXIMUM sangat sesuai untuk:

1. Para atlet
2. Mereka yang BERPUASA
3. Sebelum dan selepas pembedahan
4. Tidur lewat malam
5. Mereka yang keletihan
6. Mereka yang mengalami penyahhidratan otot dan kulit
7. Mereka yang mempunyai masalah vagina kering
8. Penghidap cirit-birit
9. Tiada selera makan
10. Rendah paras gula
11. Pening Kepala
dsb

sumber Carian Google


PERFORMANCE MAXIMUM boleh dinikmati bila-bila masa. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

source: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Jadi, sempena RAMADHAN yang bakal menjelma tidak beberapa hari sahaja lagi..pastikan anda mnyediakan satu canister PERFORMANCE MAXIMUM di rumah! Minum segelas sewaktu sahur bagi mengurangkan kehausan. Sesuai untuk kanak-kanak juga, jadi ianya sesuai diberikan kepada anak-anak kita yang baru belajar berpuasa...supaya mereka kekal hidrat dan segar sepanjang hari.



Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERIBADAH

Untuk mendapatkan PERFORMANCE MAXIMUM, PM saya di Facebook atau Sms/Whatsapp Eca 0176073815

Thursday, June 19, 2014

MUSLIM BEST FOOD - PUSAT SEHENTI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTRA

Assalamualaikum WBT & Salam Khamis :-)

Sejak akhir-akhir nie begitu banyak pembongkaran produk yang kononnya HALAL tapi sebenarnya tidak halal atau berstatus syubhah. Memang agak sedih la sebab dalam sedar tak sedar tak tahu berapa banyak dah makanan yang meragukan dah kita dan keluarga kita telan. Nak salahkan siapa? Tak payah salahkan sesiapa... kerana sebagai seorang Muslim, kita patutnya lebih bertanggungjawab dalam mencari sumber makanan dan produk yang disahkan Halal sebelum dipakai. Solution paling senang, make sure produk yang digunakan itu dibuat oleh orang Islam sendiri.

Sebab itu aku support perniagaan orang Islam, dan Inshaa Allah selagi mampu..aku akan tolong pomotkan produk-produk keluaran Islam nie agar semua orang Islam kat Malaysia nie tahu kewujudan produk-produk Muslim ini dan berhijrah ke arah barangan Halalan Toiyyibah!

Jika anda masih tercari-cari produk yang halal, suci dan bermutu... korang boleh singgah ke MUSLIM BEST FOOD. Page ini masih baru lagi, dan produk yang dipromosikan di sini adalah produk keluaran Muslim yang halal, suci dan bersih. So, tak perlu lagi nak ragu-ragu.



APA PRODUK YANG TERDAPAT DI MUSLIM BEST FOOD?

Alhamdulillah, sebagai permulaan MUSLIM BEST FOOD adalah pengedar sah 3 jenama yang dimiliki dan diusahakan oleh usahawan Islam :-)

3 jenama tersebut adalah:

1. AL BAYT
2. AL HADDAD MARKETING
3. ANA EDAR

PRODUK AL BAYT



Al Bayt adalah pengeluar rempah Nasi Arab yang memang sedang meletops di pasaran! Penyediaan Nasi Arab sesedap (malahan lebih sedap) dari restoran menggunakan Rempah Al Bayt memang sangat mudah. Pakej yang disediakan merangkumi rempah ratus serta beras basmathi bermutu tinggi. Cuma ikut cara-cara penyediaan yang disediakan di belakang kotak (berserta bahan-bahan yang perlu dibeli sendiri) dan masak! Yang best, masak guna periuk nasi jek...tak perlu tanak atas dapur.

Terdapat 4 jenis Rempah Al Bayt untuk anda pilih dan cuba!

1. Nasi Mandy Kambing Yaman
2. Nasi Mandy Ayam Saudi
3. Nasi Maqlubah Ayam
4. Nasi Kabsah Ayam

Setiap pek ini seberat 450g dan setelah dimasak, ianya cukup untuk hidangan 4 orang makan.
Harga sekotak adalah RM15 (tidak termasuk penghantaran)

Isi kandungan Rempah Arab Al Bayt


Yummylicious!

PRODUK AL HADDAD MARKETING

Al Haddad Marketing merupakan pengeluar produk Muslim berstatus HALAL & IMP. Apa itu IMP? IMP adalah Islamic Manufacturing Practice, yang mana lebih dari sekadar HALAL. IMP adalah satu garis panduan pengeluaran secara Islam bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal, suci dan bersih. melalui garis panduan ini, antara ciri-ciri pengeluarannya adalah para pekerja mestilah beragama Islam, dalam keadaan suci dari hadas, sentiasa berwuduk dan pengeluaran dilaksanakan dalam suasana keislaman seperti bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya!


Berikut adalah senarai produk berserta harga produk AL HADDAD MARKETING. Mesti ada yang tertanya-tanya... "ada harga ahli?" "ini MLM ke apa nie?" ...no no no... konsepnya mudah. Untuk pembelian kali pertama, pelanggan beli harga biasa. Pelanggan akan didaftarkan sebagai ahli AL HADDAD MARKETING secara PERCUMA, so that pada pembelian seterusnya anda akan mendapat harga  ahli which is lebih murah! Yang lagi best, setelah menjadi ahli...anda akan mendapat komisen secara cash dengan setiap pembelian produk Al Haddad. Komisen bergantung kepada produk yang dibeli. Jadi, sambil mengguna anda akan dapat 'passive income'. Dan sekiranya anda berkongsikan kebaikan produk Al Haddad ini dengan kawan, saudara-mara etc...dan mereka membeli serta didaftarkan menjadi ahli...anda turut mendapat komisen dari pembelian mereka!


Antara produk paling hot adalah TAMAR COCOA! Rasanya enak dengan koko asli dan ditambah ekstrak kurma sebagai pemanis semulajadi. Minuman berkhasiat ini merupakan alternatif terbaik kepada produk minuman coklat di pasaran :-)


Untuk melihat produk AL HADDAD MARKETING yang lain..silalah ke MUSLIM BEST FOOD

PRODUK ANA EDAR

ANA EDAR juga merupakan pengeluar produk HALAL & berstatus IMP. Produk-produknya adalah makanan kesihatan (QASEH GOLD range) serta penjagaan diri dan kesihatan.

Berikut adalah senarai barangan yang dikeluarkan oleh ANA EDAR:


QASEH GOLD adalah produk paling panassss dan terlajak laris kerana ianya adalah formulasi makanan sunnah yang digabungkan dalam satu botol...sesuai diambil oleh sesiapa sahaja dari usia 1 tahun dan ke atas. Selain itu, produk kecantikan dan penjagaan diri yang dihasilkan memudahkan lagi kita untuk menjaga kecantikan diri tanpa rasa waswas.

Jadi, jika HALAL & TOIYYIBAN itu pilihan anda... layari MUSLIM BEST FOOD sekarang!


Tuesday, June 17, 2014

HEALTH SCREENING & BLOOD DONATION

Assalam Uols... :-)

Ini adalah hari Sabtu punya cerita... Sabtu 14-06-14 bertempat di IOI Mall, Bandar Putra. Actually it was an unplanned activity, kerana tujuan asalnya adalah untuk bertemu dengan Nana je pun. Nana tu siapa? Nana lerrr..siapa lagik... adik sepupu aku yang berkhidmat sebagai Staff Nurse di KPJ Puteri Specialist Johor Bahru tu. Actually, dia Whatsapp aku 2 hari sebelumnya cakap yang KPJ ada buat Health Screening di IOI Mall pada tarikh tersebut... so since dah lama tak jumpa walaupun dia dok kat JB jek... (masing-masing busy dgn kehidupan sendiri okay....) I decided to drop by and say Hi.


So here I am :-) Event ini bersempena dengan World Health Day 2014 dan Hari Bapa. Aktiviti yang anjurkan adalah Basic Health Screening, Kempen Derma Darah, Istimewa Hari Bapa, Pertandingan Mewarna (kanak-kanak je okey), Khidmat Nasihat Penjagaan Tulang Belakang dan Demonstrasi Memasak Makanan Sihat. Masa aku datang tu, suasana so-so je la...takdelah lengang sangat dan takdela happening sangat. Mungkin atas faktor penghujung cuti sekolah so that masing-masing busy, or maybe ramai yang outings sempena hari bapa or maybe masing-masing sayang duit nak spend untuk health screening... Wallahualam...

Macam yang aku mention tadi...sebenarnya plan asal nak jumpa Nana jek. Sekali tengok mcm menarik pulak...sebab Basic Health Screening tu tak lebih dari RM20 je pun and pemeriksaan yang dijalankan adalah BMI, Blood Pressure, Blood Glucose, Cholesterol Level... tu semua penting tu! And then untuk Fisiologi screening..add RM2 jek...

Jadi, sebab murah dan sifat ingin tahu terutamanya blood glucose dan kolesterol tu..maka aku pun terjebak sama! Apalah sangat beberapa belas ringgit tu berbanding nilai sebuah kesihatan, kan? Baik buruk keputusannya, terima dengan hati terbuka...setidak-tidaknya aku takderla lagi tertanya-tanya tentang kesihatan diri dan boleh merancangan what-next on my healthcare regime :-)

BMI tu toksah tanya la..yes, I am obese so what? Actually exactly one month before this date..I already went for free basic health screening di Shaklee Johor Bahru, sedeynya berat badanku kekal ditakuk lama tanpa sebarang perubahan. Kecewa weitttt.... uwaaaa....tapi x per... fikir positif..lagi elok stay dari naik, kan? Dah la makan kat Bandar Putra nie sedap-sedap... nyum! Takpe... 14-07-14 nanti aku gi timbang lagik okay...huhu...


So inilah hasil screening hari tu.
Yer...aku pun terkejut okay...sebab blood pressure aku sky rocket!
Tak pernah mencapai kejayaan sebegitu tinggi sekali dan aku tak pernah ada sejarah high blood pressure okay!
Normally blood pressure aku di bawah 120/80
Uwaaaaaaa.....!!!
Opkos la aku risau... :-(

Then, going to the next desk..sembang2 dgn adik comel tu..dia tanya, aku ada jalan-jalan ke before amik blood pressure...aku cakapla bkn setakat jalan, malahan mengemop dan memvacuum rumah lg...hoho..patutlar blood pressure tinggi! Rupanya the real blood pressure should be measured time tgh relax... :-)

See..kat bawah tu amik semula blood pressure... itu baru normal! :-D

LEGAAAA...!!!!!



Blood Glucose is another part that I am so worry about. Walaupun aku bukannya penggemar benda manis-manis sangat, it's in the blood. Family aku ramai yg bermasalah diabetes excluding mak dan arwah abah. Tok nenek, mak sedara dan pak sedara hatta sepupu sepapat yg 30an dan 40an pun ada yang dah diabetes! So, when my reading was 5.0... aku rasa macam nak lompat bintang jek! Yerla... normal okay... normal person should have reading below 7.8... ALHAMDULILLAH... SYUKUR!

A tiny thing I should be more careful with adalah Total Cholesterol lar... recomended number is < 5. I definitely will work hard to achieve this! PHYTOCOL-ST kan ada ...!!!

Selepas itu..aku pergi check fisioterapi plak..nak tengok samada alignment body aku normal ke tidak..kalau tak.. "kena masuk woksyop" kata Nana..hehe..hamboihhh.... and Alhamdulillah I am completely normal.

After sembang2 dgn Nana, tetiba terasa macam nak derma darah plak. Aku pernah derma sekali je dulu and that was back in 2009..masa aku kerja kat Flextronics. Gila lama! Masa tu derma darah anjuran Hospital Kulai yg dibuat kat kilang. So, before aku proceed..aku call la dulu Encik Z...untuk inform dia. He is okay with it. Terus la pergi ke kaunter dia..isi form, check hemoglobin, blood type etc.. sebelum aku diberi kit derma darah...but opsss..lupa aku x makan apa-apa lagi sejak breakfast roti canai telur bawang... then I made excuse, went to washroom dan belasah dulu ayam yang diorg masak secara sihat di kaunter demo memasak. Pastu barulah menderma darah :-)

Respekla kat nurse yang mencucuk jarum besar giler tu kat lengan aku. All this while, masalah utama yang sering aku hadapi adalah susah nak jumpa urat. Ingat lg masa aku kena sakit perut teruk last year, 5x aku kena cucuk kat hospital Kulai tapi nurse dan doktor tu gagal cari urat aku. Uwaaa... nurse KPJ mmg world lah!

So, kalau dulu masa kat flex diorang amik 300ml..kali nie 350ml. dah nama pun blood donation, baring je lah sambil merenung siling IOI Mall..haha..x lama mana pun..dalam 20 minit gitu settle. Alhamdulillah...takde pening ke..simptom nak pitam ke.. malahan rasa mcm ringan je kepala aku selepas proses blood donation itu. Hopefully, darah O+ aku dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Lepas nie berazam nak derma darah setiap 3 bulan lah... Inshaa Allah :-) Allah mungkin tak beri aku kekayaan dalam bentuk harta dan wang ringgit...tetapi Allah bagikan aku kesihatan, jadi x salah rasanya aku kongsikan kesihatan yang ada untuk orang lain... ok tak?

So...jom tengok sket gambar-gambar...hwehe....

SELEPAS JARUM DICABUT



BUKU PENDERMA DARAH, REKOD DERMA ADA DALAM NIE
FIRST PAGE ;-) BUKAK BUKU BARU KERANA BUKU LAMA HILANG

ADAT MENDERMA...MESTI AKAN DAPAT GOODIES BAG! KPJ BAGI GOODIES BAG TERBAIKLAH!

TU DIA... BEST! SBB MMG TGH CARI BEG UNTUK GI KERJA NAIK MOTOR. ALHAMDULILLAH REZEKI

So...till then :-) If you are healthy...dermalah darah...you won't lose anything...