Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, June 19, 2014

MUSLIM BEST FOOD - PUSAT SEHENTI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTRA

Assalamualaikum WBT & Salam Khamis :-)

Sejak akhir-akhir nie begitu banyak pembongkaran produk yang kononnya HALAL tapi sebenarnya tidak halal atau berstatus syubhah. Memang agak sedih la sebab dalam sedar tak sedar tak tahu berapa banyak dah makanan yang meragukan dah kita dan keluarga kita telan. Nak salahkan siapa? Tak payah salahkan sesiapa... kerana sebagai seorang Muslim, kita patutnya lebih bertanggungjawab dalam mencari sumber makanan dan produk yang disahkan Halal sebelum dipakai. Solution paling senang, make sure produk yang digunakan itu dibuat oleh orang Islam sendiri.

Sebab itu aku support perniagaan orang Islam, dan Inshaa Allah selagi mampu..aku akan tolong pomotkan produk-produk keluaran Islam nie agar semua orang Islam kat Malaysia nie tahu kewujudan produk-produk Muslim ini dan berhijrah ke arah barangan Halalan Toiyyibah!

Jika anda masih tercari-cari produk yang halal, suci dan bermutu... korang boleh singgah ke MUSLIM BEST FOOD. Page ini masih baru lagi, dan produk yang dipromosikan di sini adalah produk keluaran Muslim yang halal, suci dan bersih. So, tak perlu lagi nak ragu-ragu.



APA PRODUK YANG TERDAPAT DI MUSLIM BEST FOOD?

Alhamdulillah, sebagai permulaan MUSLIM BEST FOOD adalah pengedar sah 3 jenama yang dimiliki dan diusahakan oleh usahawan Islam :-)

3 jenama tersebut adalah:

1. AL BAYT
2. AL HADDAD MARKETING
3. ANA EDAR

PRODUK AL BAYT



Al Bayt adalah pengeluar rempah Nasi Arab yang memang sedang meletops di pasaran! Penyediaan Nasi Arab sesedap (malahan lebih sedap) dari restoran menggunakan Rempah Al Bayt memang sangat mudah. Pakej yang disediakan merangkumi rempah ratus serta beras basmathi bermutu tinggi. Cuma ikut cara-cara penyediaan yang disediakan di belakang kotak (berserta bahan-bahan yang perlu dibeli sendiri) dan masak! Yang best, masak guna periuk nasi jek...tak perlu tanak atas dapur.

Terdapat 4 jenis Rempah Al Bayt untuk anda pilih dan cuba!

1. Nasi Mandy Kambing Yaman
2. Nasi Mandy Ayam Saudi
3. Nasi Maqlubah Ayam
4. Nasi Kabsah Ayam

Setiap pek ini seberat 450g dan setelah dimasak, ianya cukup untuk hidangan 4 orang makan.
Harga sekotak adalah RM15 (tidak termasuk penghantaran)

Isi kandungan Rempah Arab Al Bayt


Yummylicious!

PRODUK AL HADDAD MARKETING

Al Haddad Marketing merupakan pengeluar produk Muslim berstatus HALAL & IMP. Apa itu IMP? IMP adalah Islamic Manufacturing Practice, yang mana lebih dari sekadar HALAL. IMP adalah satu garis panduan pengeluaran secara Islam bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal, suci dan bersih. melalui garis panduan ini, antara ciri-ciri pengeluarannya adalah para pekerja mestilah beragama Islam, dalam keadaan suci dari hadas, sentiasa berwuduk dan pengeluaran dilaksanakan dalam suasana keislaman seperti bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya!


Berikut adalah senarai produk berserta harga produk AL HADDAD MARKETING. Mesti ada yang tertanya-tanya... "ada harga ahli?" "ini MLM ke apa nie?" ...no no no... konsepnya mudah. Untuk pembelian kali pertama, pelanggan beli harga biasa. Pelanggan akan didaftarkan sebagai ahli AL HADDAD MARKETING secara PERCUMA, so that pada pembelian seterusnya anda akan mendapat harga  ahli which is lebih murah! Yang lagi best, setelah menjadi ahli...anda akan mendapat komisen secara cash dengan setiap pembelian produk Al Haddad. Komisen bergantung kepada produk yang dibeli. Jadi, sambil mengguna anda akan dapat 'passive income'. Dan sekiranya anda berkongsikan kebaikan produk Al Haddad ini dengan kawan, saudara-mara etc...dan mereka membeli serta didaftarkan menjadi ahli...anda turut mendapat komisen dari pembelian mereka!


Antara produk paling hot adalah TAMAR COCOA! Rasanya enak dengan koko asli dan ditambah ekstrak kurma sebagai pemanis semulajadi. Minuman berkhasiat ini merupakan alternatif terbaik kepada produk minuman coklat di pasaran :-)


Untuk melihat produk AL HADDAD MARKETING yang lain..silalah ke MUSLIM BEST FOOD

PRODUK ANA EDAR

ANA EDAR juga merupakan pengeluar produk HALAL & berstatus IMP. Produk-produknya adalah makanan kesihatan (QASEH GOLD range) serta penjagaan diri dan kesihatan.

Berikut adalah senarai barangan yang dikeluarkan oleh ANA EDAR:


QASEH GOLD adalah produk paling panassss dan terlajak laris kerana ianya adalah formulasi makanan sunnah yang digabungkan dalam satu botol...sesuai diambil oleh sesiapa sahaja dari usia 1 tahun dan ke atas. Selain itu, produk kecantikan dan penjagaan diri yang dihasilkan memudahkan lagi kita untuk menjaga kecantikan diri tanpa rasa waswas.

Jadi, jika HALAL & TOIYYIBAN itu pilihan anda... layari MUSLIM BEST FOOD sekarang!


No comments:

Post a Comment