Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, June 28, 2013

PROJEK: SHOPPING RAYA 2013




Assalamualaikum WBT You All !!!

Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia membuka peluang kepada tuan puan budiman untuk menaja anak-anak yatim/fakir miskin/OKU dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Ini tahun ke-4 program ini dijalankan. Pada tahun lepas melibatkan 2 buah rumah anak yatim. Tahun ini melibatkan 4 buah rumah anak yatim di Sik, Kedah, Nilai, Negeri Sembilan, Puchong, Selangor dan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Jumlah kesemua 266 orang.

Seramai 200+ sukarelawan akan membawa anak-anak ini membeli-belah di pasaraya berdekatan mereka untuk membeli keperluan hari raya pada 20 Julai 2013 (Kedah) dan 27 Julai 2013 (KL, Selangor, Negeri Sembilan)

Anda boleh membantu dengan cara:
1. Menaja seorang anak iaitu RM188 seorang
2. Menawarkan diri menjadi fotografer/videografer program. Tak semestinya pro. Amatur pun boleh. Untuk videografer, kamera P&S HD pun mencukupi. Tak perlu edit. Tangkap sahaja.
3. Menawarkan diri menjadi sukarelawan di lokasi berdekatan anda (mesti ada kereta)
4. Menulis mengenai program ini di blog anda
5. Menyebarkan info program ini kepada rakan pejabat, FB dll

Setakat ini sudah 25 orang kanak-kanak mendapat tajaan. 241 orang lagi menunggu peluang ke shopping raya.

Untuk info lengkap, sila ke:

http://www.projekiqra.com/projek-shopping-raya-2013-2/

Moga sumbangan anda memberikan kegembiraan buat anak-anak ini.

Sekian, terima kasih.

019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Naib Pengerusi)

No comments:

Post a Comment