Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, September 15, 2014

GET CLEAN® WATER PITCHER - REVOLUSI PENAPIS AIR MUDAH ALIH DARI SHAKLEE


Assalamualaikum Uols :-)

Tahukah anda bahawa SHAKLEE ada menghasilkan water filter yang handy, mobile dan mesra alam?

Memperkenalkan....GET CLEAN® WATER PITCHER

Perbezaan air sebelum (kanan) & selepas (kiri) penggunaan GET CLEAN® WATER PITCHER 

Bendasing tersembunyi pada air bersih. Putarkan paip rumah anda. Lihat air yang keluar. Airnya mungkin nampak bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum?

Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada minuman.

Istimewanya, air yang lebih bersih dan sihat datangnya dari sebuah jag air sahaja!

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.




Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak





Keistimewaan Shaklee

▪Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

▪Pilihan Bijak: Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

▪Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

▪Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Anda boleh mendapatkan GET CLEAN® WATER PITCHER daripada saya.
Harganya?
Uols mesti terkejut kalau saya katakan satu set lengkap hanya berharga RMXXX sahaja!

Dapatkan sekarang...

SHAKLEE ~ SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM!

NORAFESA
SID 1023481
0111 868 6979 (sms/whatsapp/telegram)
www.facebook.com/norafesa
www.facebook.com/merak.foods

Sunday, September 14, 2014

AL-FATIHAH... IT HAS BEEN 14 YEARS, ABAH...

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu. Tahun nie genap dah 14 tahun aku hidup tanpa seorang lelaki bergelar ABAH. Walaubagaimanapun, ingatan yang tulus ikhlas buat dirinya tidak pernah susut walau sehari pun! Bukan sekadar terlalu banyak memori yang kami ciptakan bersama sepanjang 21 tahun aku hidup di muka bumi ini...tetapi tidak kurang juga terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku mahupun di sekitar ini yang memanggil ingatan aku kepada lelaki itu yang aku panggil ABAH.

ABAH masih setia hadir di dalam mimpi-mimpi aku, yang seingat aku..tidak pernah datang dengan wajah muram durja. Hanya wajah gembira dan ceria... semoga Allah memberikan ABAH tempat yang terbaik di alam sana. Walau ketika hayatnya ABAH adalah seorang yang serious, maklumlah... ABAH kan tentera. Tetapi, kriteria beliau dalam mimpi-mimpi aku jauh berbeza.

Sometimes I wish ABAH is still alive. Melihat cucu-cucunya membesar. Aku boleh bayangkan yang Kak Long, Eiman dan Arissa would be very closed to him... memanjakan diri masing-masing sebagaimana mereka memanjakan diri dengan Uncle dan Ucu Mok (a.k.a Yos dan Faiz..adik-adik aku).

Tetapi, apakan daya kan... ajal maut itu ketentuan Allah SWT. Siapalah kita untuk menafikannya. Walau pedih, walau jerih... pemergian ABAH pada usia 49 tahun pastinya ada rahmat disebaliknya.

Kenangan terakhir aku dan ABAH...hanyalah perjalanan terakhir kami dari Muar ke KLIA pada Subuh, 14 September 2000. Sepanjang perjalanan aku tidak melelapkan mata di saat mak dan adik-adik hanyut dibuai mimpi. Ayat terakhir beliau ketika ternampak kereta JDJ 5080 milik suamiku sekarang adalah ayat terakhir yang ABAH katakan kepada aku "Tu kereta Ajie, kan?" dan jawapanku hanyalah "Ha'ah". Kuasa Allah...walaupun aku tidak lena pada saat kejadian, sezarah memori pun masih gagal aku imbau kembali saat kejadian berlaku. Aku tidak sedar entah bila kemalangan itu berlaku. Aku tak tahu apa-apa! Yang aku ingat hanya aku sedar dari keadaan hilang ingatan sementara selepas beberapa hari kemalangan itu berlaku. Allah... aku tidak sempat menatap wajah ABAH buat kali terakhir. Hanya cerita dari arwah Ucu sahaja yang mampu aku ingati.. jasadnya sempurna..hanya sedikit calar-balar di tubuh. Hentakan kuat steering di dada dikatakan punca kematian ABAH.

Inshaa Allah selagi hayat dikandung badan, selagi mampu aku lakukan...hanya Al-Fatihah, Yaasin, doa dan amal jariah sahaja yang mampu aku titipkan buat bekalan ABAH di sana.

Al-Fatihah untuk ABAH, ALLAHYARHAM MEJAR (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN. Semoga Allah menempatkan ABAH di kalangan hambaNya yang terpilih. Damailah ABAH di sana, semoga kita bertemu di syurga... Ameen...

12 JULAI 1951 - 14 SEPTEMBER 2000


(fakta akhbar yg salah:
1. Ahmad Faiz was 7 yrs old
2. Normah Samin not Samil
4. Norafesa not Nor Afesah
5. I was 21 yrs not 22 yrs
6. I was not melanjutkan pelajaran but pulang selepas bercuti di tanahair)

ADAKAH UOLS TAKDE KERJA ATAU BOSAN BEKERJA TAK KAYA-KAYA? JOM KITA BERNIAGA!

Assalamualaikum & Salam Ahad :-)

TAKDE KERJA?
BOSAN DAH JOBHUNTING TAPI TAK SANGKUT-SANGKUT LAGI?
PENAT BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI DAPAT KERJA DENGAN GAJI TAK SETIMPAL?

KEEP CALM...LET'S JOIN SHAKLEE!




Dengan SHAKLEE,

1. Anda berpeluang merencanakan sendiri berapa RM gaji yang anda mahukan setiap bulan!

RM25? RM250? RM2500? RM25000? RM250000? RM 2500000? Segalanya terpulang kepada anda sendiri. Anda buat anda dapat!

2. Buat kerja senang lenang goyang kaki di rumah tak payah nak keluar! 

This is so true! Dengan SHAKLEE, segalanya ONLINE! Bermula dengan pendaftaran sebagai SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR secara online, sehinggalah kepada pesanan barangan dan perkongsian. Semuanya ONLINE! Kepada yang super rajin dengan keazaman yang kuat untuk mencipta peluang secara OFFLINE, sudah pasti pendapatan anda juga berlipatganda setanding dengan usaha yang anda lakukan!

3. Bekerja mengikut jadual yang anda tetapkan. 

Freedom is priceless! Kalau kerja makan gaji, ada yang seawal jam 5 pagi dah keluar bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Balik sampai rumah ada yang pukul 8-10 malam.. worst case, kena OT...kena outstation. Bonus pulak ikut suka hati boss. Fedup layan karenah politik dan birokrasi di pejabat. Dengan SHAKLEE, buat jadual kerja sendiri. Nak rehat-rehat siang, nak pulun tengah-tengah malam.. ALL IS UP TO YOU! Yang penting, kena ada disipilin sebab KITA BEKERJA DAN MEMBAYAR GAJI UNTUK DIRI SENDIRI!

4. Online support 24/7. 

Dengan SHAKLEE... YOU NEVER WALK ALONE! Keluarga SHAKLEE ini besar... dan SHAKLEE juga adalah perniagaan yang berkonsepkan PERKONGSIAN! Tak ada siapa pun yang nak push anda untuk kejar sales bagai, melainkan diri sendiri push diri sendiri untuk berjaya! Sertai saya, yang merupakan ahli group KELUARGA JUTAWAN, FREEDOM, MM & PERMATA yang dipenuhi oleh beratus (ribu) ahli keluarga yang hebat, kental, kuat dan berjaya! Mereka sentiasa sudi untuk membantu, memberi inspirasi dan ilmu kepada anda. Jangan takut..jangan segan... susah senang bersama!

5. Bermula dengan modal yang rendah dan risiko yang almost zero!

Bagi memulakan langkah pertama dengan SHAKLEE, modal permulaan bagi menjadi SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR hanyalah RM75 (RM65 keahlian + RM10 postage)! Dengan wang permulaan serendah ini, memang mustahil lah anda akan mengalami risiko kerugian yang besar. Anda juga boleh memilih untuk mendaftar secara PERCUMA sekiranya anda memulakan langkah dengan SHAKLEE dengan pembelian sebarang produk bernilai RM680++.

Jadi, tunggu apa lagi? Sertai SHAKLEE sekarang!
Peluang telah dibuka di depan mata. Hanya anda sendiri menentukan untuk kekal di takuk lama atau berusaha keras untuk berjaya!

Hubungi saya sekarang untuk pendaftaran!

NORAFESA (SID 1023481)

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0111 868 6979

https://www.facebook.com/norafesa
https://www.facebook.com/merak.foods