Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, August 28, 2013

KISAH CINTA AKU DAN DIA - BERTEMU DI LAMAN MAYA

Salam Rabu...
Hari nie aku MC sebab headache... depressed kot... so amik peluang untuk rest dan fikirkan masa hadapan. Eh bukan fikir je tetapi bertindak! Berfikir tspi takde tindakan susulan tak guna juga kan..hehehe

So, sebagaimana yang aku warwarkan sebelum ini, maka aku nak memulakan episod satu kisah cinta aku dengan ex-boyfriend merangkap ex-tunang aku nih! Hehe...so, selamat membaca....

Kisah bermula back in March 1998, sewaktu aku first year A-Level di Warwickshire College, Royal Leamington Spa UK. Those days, internet nie memang a big things la. Maklumlah, teknologi baru. Aku pun memang mula kenal internrt start masa masuk kolej nielah. Dan for a foreign students yang hidup berbekalkan elaun £158 per mth, ada tv yg beli kongsi-kongsi pd harga £20 kalau x silap aku yg sgt purbakala, warna gambar kuning2 antik dan casing dia mcm kayu-kayu gitu...hahaha..what do u expect utk kami2 berlibur? Takkan la anak Melayu beragama Islam yg baik2 nie nak clubbing kot... so, beside tv antik, vcr personal housemateku Ati dan radio with kadet dan cd player sorang sebijik... internetlah hiburan kami. Kalau nak guna internet kat kolej, kena beli tiket £1 per hour. Kalau nak guna kat library awam yg masa tu komputer ada sebijik jek... £2 per hour. Tapi sanggup bayar..hehe...unlike masa 2nd year A-Level dah notty sket minta lecturer sign pass free internet kat kolej sebab nak surf website UCAS dan universitylah kononnyer, hahaha...

Selepas bermesra dengan hotmail....aku dan kwn2 mula berjinak2 dengan online chatting. Niepun member2 kat Stratford yg perkenalkan. Those days mana ada Facebook, Friendster, blogger bagai niekan...kekekeke... masa nie yg femes mIRC dan www.alamak.com. Seriusly aku x ingat dah interface both of these...ntah wujud lagi ke tak...hahaha...

So macam2 jenis manusialah aku dan geng2 kenal melalui Alamak nie. Yg kat mesia, yg kat UK...kitorang layannnn....ekceli from here also we made friends dgn member2 student Malaysia yg ada di serata bumi UK. Pandai2 la pilih yg mana ok nak dibuat kawan...

Kat Alamak nie, ada 2 jenis user...satu normal user and satu lagi operator. Operator nie istimewanya dia boleh block org la...kick org la.. bagi color kt normal userla...dan...tah x ingat! Hehe..aku masa tu user biasa tergediks2 la minta kaler dr operator. Mangsa aku time tu selalunya Polis_Alamak...hehe...ingat2 balik muka dia mcm Datuk K pun ada...aku sempat jumpa dia masa balik Mesia (masa nie aku single lg ok...)

Maka, pada suatu petang di bulan Mac yg dingin di bilik komputer Warwickshire College...user yg guna nickname RoSE_DaWSoN nie (miahahaha...masa tu demam Titanic koooo.....aku baru lepas tgk kat panggung...kehkehkeh...hohoho malew sendirik nawwwww) pun online la... mcm biasa, mcm kucing mencari mangsa...takder operator nak bagi color... whoaaa mana buleh jadik! Tunggu punya tunggu, tetiba muncul seorang operator yang nickname dia baruuuuu....x pernah nampak srbelum nie....almaklumlah hari2 online...tau jek muka2 baru nie..herherher... nickname dia Champ75... nampak je dia online, aku terus message la mintak kaler... hehehe...

Dia takmo bagi okeyhhhhhh......!!!!! Tau aper dia kata, alah.... user nie kalau mintak kaler kan kemain...tapi, lepas tu dahhh lupa...tak kenal...tak kawan....so,buat apa bagik.....

And I was like tercabar lah.....eh jangan samekan saya dengan mereka2 itu tau.... saya tak de lupa awak punya...hahaha...lebey kurang gitulah ayat aku...jgn la suh aku ingat balik benda 13 tahun setengah yg lepas...mana nak ingat hoi...

Setelah berbalas-balas message.... akhirnya at last keluarlah satu mutual agreement between RoSE_DaWSoN & Champ75... "ORAIT, KITER TENGOK SIAPA LUPA SIAPA!" Bermula dari situlah, konon nak pertahankan diri mading2, nak tengok siapa lupa siapa dulu... maka, jadilah aku dan Z kawan chat... Eca & Ajie....

Kerana SIAPA LUPA SIAPA tu lah aku dan dia jadi laki bini sampai sekarang....hehehe

Oh, lupa plak.... Champ75 bagi RoSE_DaWSoN kaler pada petang yang aku tak catit tarikh dan waktu itu...hihihihhhhh....

And and and......

KITABERSAMBUNGDIEPISODSETERUSNYA.......

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, August 27, 2013

TIPS MOTIVASI: PERCAYA DIRI

dipetik dari Sinar Harian 11 Ogos 2013

semoga mendapat manafaat ya :-)

PERCAYA DIRI: BANGKIT SELEPAS TERJATUH

Semua orang ada masalah dengan istilah yang satu ini - percaya diri. Ada orang yang merasa telah kehilangan rasa percaya diri dalam hidupnya selepas berdepan masalah. Mungkin terkait dengan soal krisis diri, depresi, hilang kawalan, merasa tak berdaya menatap sisi cerah masa depan, dan lain-lain. Apatah lagi selepas terjatuh dan tersungkur.

Percaya diri merupakan salah satu aspek keperibadian yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Orang yang percaya diri yakin atas kemampuan mereka sendiri serta memiliki pengharapan yang realistik, bahkan ketika harapan mereka tidak wujud, mereka tetap berfikiran positif dan dapat menerimanya.

POSISI PERCAYA DIRI

Self-concept:
Bagaimana anda menyimpulkan diri anda secara keseluruhan, bagaimana anda melihat potret diri anda secara keseluruhan, bagaimana anda menghitungkan diri anda secara keseluruhan.

Self-esteem:
Sejauh mana anda mempunyai perasaan positif terhadap diri, sejauh mana anda punya sesuatu yang anda rasakan bernilai, sejauh mana anda meyakini adanya sesuatu yang bernilai, bermartabat atau berharga dalam diri anda.

Self-efficacy:
Sejauh mana anda berkayakinan atas kapasiti yang anda miliki untuk menjalankan tugas atau menangani persoalan dengan hasil yang memberangsangkan.

Self-confidence:
Sejauh mana anda berkeyakinan terhadap penilaian anda atas kemampuan anda dan sejauh mana anda merasakan adanya keberhasilan. Self confidence itu adalah kombinasi dari self esteem dan sel afficacy.

AKIBAT KURANG PERCAYA DIRI

Orang yang memiliki kepercayaan diri yang rendah atau telah kehilangan kepercayaan, cenderung berasa atau bersikap seperti berikut:
a. Tidak memiliki sesuatu (keinginan, tujuan, sasaran) yang diperjuangkan secara sungguh-sungguh.
b. Tidak memiliki keputusan yang tepat.
c. Mudah kecewa atau give up ketika menghadapi masalah atau kesulitan.
d. Kurang termotivasi untuk maju, malas atau semua separuh jalan.
e. Sering gagal dalam menyempurnakan tugas-tugas atau tanggung jawab.
f. Canggung ketika berdepan dengan orang lain.
g. Memiliki harapan yang tidak realistik.
h. Terlalu sensitif (perasa).

Sebaliknya, orang yang mempunyai kepercayaan diri yang bagus, memiliki perasaan positif terhadap dirinya dan mempunyai keyakinan yang kuat.

Monday, August 26, 2013

KISAH CINTA AKU DAN DIA (pre-introduction)

Selepas aku dikejutkan oleh mimpi ngeri pada malam Jumaat itu... aku macam berkobar-kobar plak nak flashback down to memory lane the good old days perkenalan, percintaan aku dan En. Z ... saja-saja jek, setidak-tidaknya kot satu waktu nanti aku dah nyanyuk ke,. aku dah jadi pelupa tegar ke..bila aku bukak balik belog nie dan baca, boleh remind back time-time itu...

Takpun, anak-anak aku sure excited nak tahu kisah CINTA ANTARA BENUA aku dan ayah dorang... kikiki.....

Seronok apa.. walaupun selalu bercakaran like rimau betina dan rimau jantan... opkos la we have our sweet, romantik, jiwang-jiwang time yang mungkin orang lain tak rasa... or mungkin aweks-aweks lama En. Z tangkap jealous kalau tau...wakakak...

Dia boyfriend first aku ~ tunang first aku ~ then suami first aku ... walaupun aku mungkin ranking yang ke belas-belas or puluh-puluh.... well, aku tak nak tahu semua tu... yang pasti ini Kisah Cinta Aku dan Dia...

Chewasss... tajuk poyo... tunggulah bebila aku free aku start.... as for now, 17:27 26/08/2013 .. aku ada kerja penting nak buat... VPI-NDE-GEN-0015 Rev. No. 18.

gambar raya tahun nie, yer perut aku buncit tp itu tidak bermakna aku mengandung...aku tgh nak berdiet Shaklee nie, tunggu testimoni real life aku... aku cabar diri sendiri nih!
P/S: Malam nie kenalah nampaknya aku menyelongkar gambar dulu-dulu..heheheh....