Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, October 31, 2012

SIAPA TAK SAYANG ANAK?

Salam Y'All...

Sekejap jek dah Rabu.. pejam celik pejam celik dah 31 Oktober... gaji dah masuk... x sempat nak kelip-kelip mata gaji sebulan dah habis sebelum waktunya....

Huhu.... tetiba macam teremosi plak... sebab teringatkan anak-anak sendirik yang 3 orang tu... yang amat disayangi walaupun kebarananku sering tercabar dengan pelbagai kerenah mereka... tapi, kalau dah namanya manusia yang mempunyai akal yang waras... mesti sayang sekurang-kurangnya anak sendiri... kenapa aku mention 'manusia yang mempunyai akal yang waras'? Sebab terlalu ramai manusia yang berhatikan iblis yang sanggup buang-buang anak lebih teruk dari buang kucing! Uwaaa... :(

Untuk anak-anak tersayang, mama bukanlah seorang mama yang kedekut, kedaung or hajah bakhilah! Tapi sebab tadi dapat gaji tengahari sudah and kerja melambak kt opis, tak sempatla mama kamu nie nak bagi ape-ape sebagai instant treat sempena gaji. Nak treat lelebih malam nie plak kamu si #1 dan #2 kena pergi ngaji kan? So.. atas tanda ingatan tulus ikhlas dan menunaikan janji mama kt #2 malam tadi... mama belikan kek nie kat kantin...


Well, maybe ada org akan gelaks tgk kek 80sen yang aku nak bagi pada anak-anak aku nie sorang satu...yelah..mana sama level dgn kek sepotong RM7 x termasuk tax kt Secret Recipe bagai... tapi ada aku kisah? Aku mampu bagi lebih dari itu pun...tapi aku nak anak-anak rasa kek murah pun sedap... kek-kek mcm niela yang mama dorang makan dari umur sebaya-sebaya dorang dulu... nanti dorang dah bangka mcm mama dorang pun sure dorg akan rindu kek-kek cenggini... dulu kek-kek cenggini 30sen pun dpt...now 80sen ko... kelassss....!!!

Ni dah jam 5.31PM.. x sabar nak balik bg kek kat anak2 ku yang comel-comel belaka itu... so they can refuel while mama berperang memasak dinner di dapur nanti!

Wednesday, October 24, 2012

DOA UNTUK HATI YANG RESAH

Salam Rabu Y'All...
Hari ni sayer tamau cakap banyak2.. cuma nak share doa ini dengan rakan-rakan pembaca ~
Semoga kita sama-sama mendapat manafaat daripada doa ini...

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah sahaja dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta mahabbah. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.

Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.

Ya Allah,

Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya. Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah.

Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.

Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Janganlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.

Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.

Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.

Aaminnn Ya Rabbal a'alamin


Monday, October 22, 2012

JOM SOPHIE PARIS ! :)

INI BISNES BARU SAYER... :-) :-) :-)

*** KERANA WANITA DAN HANDBAG SUKAR DIPISAHKAN *** HAHAHA..!!! Okay tak slogan itu? :p

So... jomla tolong like PAGE saya ini ... Bismillahir Rahmanir Rahim...