Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, September 27, 2012

PACIFIC NORTHWEST SMOKED SALMON

....keluar dari meeting room tadi, I was approached by the planning manager with a brown box... it was actually a gift from our Philips customer who came from USA last couple of weeks (if I am not mistaken). There are three small boxes inside there contained 3 types of smoked salmon; King, Smokeye and Pink....

I dunno what are the difference...except for the colors! Since the King type is the most expensive and said 'the most majestic'..hambik kau aku pilih yang itu....but that is not for me alone tau...bertuah...!!! And I am not one of the Philips team as well... but the ability to cook western food (chewwah perasan...!!!) telah menyebabkan bos suruh aku prepare one meal using the smoked salmon for the entire Philips Team! (termasuk aku yg diimport dari NDS utk merealisasikan impian sajian ikan salmon yang diasapkan!)

Ini rupa bentuk packaging dia....


Mulalah operasi menGoogle...apa jenis masakan yang aku persembahkan kepada mereka? Huhuhu... well if you guys been thinking how big is the fish...sila lihat berat dia... 6 oz sahaja yerk...bersamaan lebih kurang 500g...huhuhu...maka kalau nak buat sandwich dgn kuantiti yang tersebut, sangat la x friendly kan... well, I have decided to cook Pasta with Smoked Salmon.... and trying to make it even simpler... buat pasta salad je la.. xdelah muai sangat utk makan seorang sepiring kecik... maka itu adalah projek aku next week... it could be on Monday or Tuesday... depend on when my gaji is bank in...

Product Info di luar packagingnya:


Ada 3 resipi yang disertakan sekali di sebelah dalam bungkusan luarnya :-)




Nutritional Facts.... my choice the King one is definitely the King of the Cholesterol...huahuahua... :p :p :p tapi ikan salmon... good cholesterol la kan...???


Tak sabar nak bershopping bahan-bahan nak mengerjakan ikan salmon yg seketul ini.... :-D

DIET RASULULLAH :-)

Salam Khamis Y'All.... :-)

Hari ini sayer nak kongsikan tips diet yang diamalkan oleh Rasulullah... jom kita cuba ramai-ramai, semoga menjadi manafaat kepada kita dan menjadikan kita umat Islam yang lebih sihat dan kuat dari segi rohani dan jasmani, Insya Allah :-)


Manafaatkan dan sharekan dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan ya :-)

Wednesday, September 26, 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...YANG PALING PENTING IANYA UNTUK PANDUAN DAN PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YANG MEMANG LEMAU DAN MUDAH LUPA....

FOR MY BELOVED KIDS... KAK LONG, EIMAN DAN ADIK...

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka....Ianya masih BELUM TERLAMBAT...ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT....kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini...

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” - Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” - Hadis Riwayat Muslim

Diadapatasi semula oleh RP.
https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan