Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, April 27, 2012

SEHELAI SEJADAH HIJAU

Salam Jumaat :-)

Hari ini aku rasa sangat lelah... huhuhu... seems like Test department macam buat plan jahat plak... Engineer tinggal aku yang lemau nie dan Neo sahaja, mujur technician aku sedia berkhidmat... and time nie la plak ICT boleh problem... and aku plak at the same time terkejar-kejar ke office lagi satu di Kempas untuk send a few documents... and I feel restless... now take a break, update blog la sekejap :-)

Dah menguap-nguap dah nie... kopi power pun tak sempat nak bancuh mcmana nak power? huhuhu... memandangkan hari ini hari Jumaat, aku nak share story about Sejadah Hijau...yang tidak pernah jemu menawarkan khidmat baktinya... dari aku anak dara sunti yang belum mencecah usia akil baligh sampaila anak sulung aku dah nak jadi anak dara sunti dah... huhuhu...

Sejadah Hijau Aku :)
Mengapakah sejadah ini sangat istimewa bagi aku? Actually aku pun tak pernah terfikir bahawa sehelai sejadah bakal meninggalkan kesan mendalam dalam hidup ini. Ok, let me tell you the history of this sejadah... Sejadah hijau ini adalah pemberian dari mak aku ketika aku melangkah ke tingkatan 1 which was back in December 1991... pada waktu itu, aku telah mendapat tawaran memasuki Tingkatan 1 Rancangan Khas di Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. It was always her intention to send me to a boarding school when I started my secondary school and aku pun always okay jer.. aku kan sukakan cabaran...suka hidup sendiri...so, one of the items yang dia bekalkan kepada aku adalah sejadah hijau ini.. :)

Sejadah hijau ini sentiasa teman aku di mana-mana sahaja. Ketika aku ditawarkan ke MRSM Terendak pada 22-Februari-1992, sejadah inilah peneman aku.. sejadah inilah tempatku bersujud kepada Ilahi setiap masa...dan sejadah inilah yang aku gunakan untuk bersolat hajat memohon kejayaanku dalam pelajaran... mungkin sejadah ini hanya sehelai kain tipis yang tiada ertinya bagi orang lain, tapi bagi aku..this means everything... and now, ada kalanya anak aku sendiri menggunakan sejadah itu untuk menunaikan solat... Alhamdulillah :-)


Cer tengok cer tengok... itu adalah tulisan tangan mak aku tau! Tulisan mak memang sangat cantik. Mak adalah bekas kerani SRK Jln Sungei Besi (1), KL. No wonder until now rasanya tulisan dia lebih cantik dari tulisan aku sendiri. hehehe... there are always 2 people yang mempunyai tulisan cantik dalam hidup aku: mak dan Mr Z.

Hingga ke waktu Subuh pagi tadi, sejadah inilah yang aku guna. Mr Z pun ada belikan aku sejadah..tapi until now, aku memilih untuk menggunakan yang ini. Nilainya terlalu tinggi, especially untuk anak yang jarang giler dapat jumpa mak sendiri... huhuhuhuh ... :(

Sejadah ini pernah merentas benua, menemani aku ketika aku berada di bumi United Kingdom. Masa kat sana aku tukar-tukar la guna sejadah ini dengan sejadah Mr Z...huhu..tapi ianya setia menemaniku..ecewah...

Dan aku berharap, aku akan sentiasa dapat menggunakan sejadah ini selagi hayat dikandung badan... For my mum, I love you many many much much.... (purposely broken English)

Till then...aku kena sambung buat kerja...uwaaaa...hopefully weekend boleh belogging sampai lembam err.. lebam..!!!

 

Thursday, April 26, 2012

SAYA KENA TRAIN DIRI SAYA DULU SEBELUM ATTEND TRAINING ITU

Apakah...???
But that was what was written in the email I received this morning. My dear manager told me yesterday that he wanted to send me for Flying Probe training next week (or so..) and obviously I told him.. YES, I WANT TO GO! Bukan senang nak dpt pi training like that... sampai la nie aku x masterized lg FP technology...

But this morning... I was told to study the current FP machine before I can attend the training..hmmmm... oklah.. aku okay jerrr.... ilmu kan? Bukan senang nak dapat apatah lg tak dikenakan sebarang bayaran.

Anyway, esok training AOI Technology has been postponed to 11-May-2012... apa projek esok ek? Hmmm...kena fikirlah dulu...

Wednesday, April 25, 2012

SUSULAN KES EIMAN DI TADIKANYA

Salam Y'All...

Sebagaimana yang aku ada mention somewhere before, I would like to share akan rentetan peristiwa Eiman dirotan cikgunya di tadika awal minggu lepas. Dalam post berkaitan tempohari, ada aku nyatakan yang aku dan Mr Z nak tulis surat aduan kepada pengerusi Kemas Daerah Kulaijaya. And we did it. And the response was almost immediate, selepas surat itu diterima oleh pihak berkaitan.. The day surat itu tiba kepada mereka, cikgu Eiman telah menelefon Mr Z, dan untuk 'clear the air' mereka meminta kami datang ke tadika pada hari Jumaat pagi but since we both are working, we can't make it. So, cikgu offer untuk datang rumah pada hari Sabtu petang.

Di dalam surat tersebut, kami sertakan sekali gambar luka di pipi Eiman. And pada hari Jumaat itu, walaupun kami tidak dapat menghadirkan diri ke tadika tetapi tuan pengerusi telah hadir untuk membuat siasatan lanjut tentang kejadian ini. The effort and concern sangat kami hargai dan kagumi. Menurut Eiman, tuan pengerusi mengambil gambar luka Eiman sekali lagi. Dan ini diceritakan oleh cikgu Eiman sewaktu beliau berkunjung ke rumah kami.

My Hero - Muhammad Adam Eiman
So, pada hari Sabtu kira-kira jam 2 petang Cikgu Lina and a few others pengiring termasuk cikgu kelas depan dan pembantu guru telah berkunjung ke rumah. Aku kononnya nak buat roti jala and kari ayam untuk minum petang..jadi lempeng sebab penjala itu patah! Sabar je la..but ok je...anak aku suka jek bedal and siap panggil lempeng tu 'hotdog' sebab aku gulung2 mcm kuih ketayap...

Menurut Cikgu Lina, sewaktu pengerusi Kemas datang untuk menjalankan siasatan...beliau telah bercakap one-2-one dengan Eiman, bertanyakan akan hal yang berlaku. And the finding is Eiman kata dia terkena meja. Cikgu kelas depan siap tunjukkan gambar meja tersebut yang siap tersiap tepinya and katanya Eiman juga yang dok mengopek...anak oh anak! With that, kami as parents malas nak panjangkan cerita. Their effort untuk membuat siasatan lanjut dan kesungguhan cikgu-cikgu datang ke rumah untuk menjelaskan situasi yang berlaku rasanya sudah memadai. Then kami semua saling meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. But I did mentioned to them, kalau berlaku situasi di mana melibatkan kecederaan di dalam premis sekolah they should tell the parents before we found out ourselves. Setuju tak..??

So, kira case closed la nie. Walaupun aku sendiri tak 100% trust both stories tak kira samada anak sendiri or citer cikgu..but takpelah.. at least for this time... so tutup ceritalah! Life goes on!