Jom Follow Saya
Tuesday, October 28, 2008
{ GAMBAR BUKA PUASA @ SOFITEL }
Friday, October 24, 2008
{ SEJENAK MENGENAI 'CINTA' }
What LOVE is all about?
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Tuesday, October 21, 2008
{ The Day Kak Long Fell Down :( }
Salam semua... well, it was not a very good weekend for me at all. As usual, I was working on Saturday to support Jupiter (half day only).After that, balik rumah...hsbd aku ajak balik Kota Tinggi. Aku pun tatau kenapa kali nie bila dia ajak balik umah mak dia aku rasa beratgiler babays, and rasa mcm nak mengamuk jek. Maybe it was the sign that something was about to happen to my very darling beautiful daughter named, Nur Anis Suraya.
Thing happened on Sunday afternoon. Nobody at home except the four of us. Kak Long (Anis lah...) masa memula tu main dengan Eiman yg baru bgntidur while aku sambung tidur while Eiman dah bgn. Pastu Eiman masuk bilik nak mintak 'upah' dia (susu la..apa lagik..). Ayah diorang doktgk TV kat ruang tamu, and Kak Long mcm biasala..main sendiri.. berlari ke depan ke belakang.
Kak Long Anis dengan dahi bertampal...
Peristiwa tu berlaku cepat giller...aku dengar bunyi Anis jatuh. Then dia mula menangis. Dia menuju ayah dia la aku rasa, and suddenly lakiaku jerit... 'YA ALLAH ANAK AKU, APA LA KO DAH BUAT NIE..!!' I never thought something serious would happened to her. Ingatkan dia pecahkanbarang apa-apa ker.. or etc etc.. until laki aku panggil aku... berderau dada aku...
Dahi Kak Long berdarah!!! Masa aku tulis nie pun aku masih boleh rasa menggigil lutut aku. Isk..darah meleleh sampai ke hidung..menitis ke baju,ke skirt..and in fact ke lantai... banyak sangat. Berlubang dahi dia... aduhai, anak mama yang sangat cantik tercedera sebegitu rupa :( Hatimana tak rasa sedih, sebak, hancur and how I wish i could transfer all the pain to myself (or laki aku..) Kelam kabut mencari anything untuk ubat,aku capai tuala, basahkan and suh laki aku bersihkan dulu luka tu. Letak minyak gamat yg tinggal secotet, laki aku gi kedai cari ubat kuningand handyplast while aku tekap lukanya sambil dia baring kat pangkuan aku. Dia dah tak menangis. Cuma aku terus bercakap dgn dia agar dia sentiasaconscious. korang pun tahulah kecederaan di kepala, mana boleh main-main.
Kalau bawak gi hospital, gerenti kena jahit. Makin terukla rupa anak dara aku nanti dengan 'lipan' kat dahinya yg putih licin tu...uwaa..!!So, laki aku kata try dulu kat rumah. Aku rasa keberatan sebenarnya...terpaksa follow gak. After dressing etc, Kak Long tidur. Sian dia..and dalam kerisauan aku lega bila tgk lepas dia bangun tidur, aktif dan lasaknya mcm takde apa-apa berlaku.
Hati tetap risau, so aku ajak jugak laki aku gi klinik semalam. So, Isnin (20-10-2008) aku amik emergency leave. Bawak both Kak Long & Eiman gi Klinik.Routine check up and cucuk for Eiman dan rujuk kes Kak Long pada yang lebih pakar. Alhamdulillah, can opt between jahit or not for Kak Long..which meansshe is kinda okay..sebab lukanya yang berlekuk dan berlubang tu bersih tanpa nanah (no infection) and lukanya dah bercantum semula (cannot imagined kalu stillternganga... arhh..tidak..!!) And Kak long dibekalkan dengan antibiotik utk elak infection dan ubat2. So happy she is OK. Dan so strong,sebab takde sekalipun dia menangis time ayahnya or aku bersihkan lukanya. Bukan senang nak dapat budak umur 3thn lebih that strong tau.Dan selera makannya pun mcm biasa.. begitu juga lasaknya...
Aku doakan dia sejahtera selalu. Aku akan usaha cari penawar terbaik untuk kesan parutnya nanti. Moga dia akan kembali seperti biasa,si cantik manis without any scars... Kak Long, Mama sayang sangat Kak Long... jangan notty-notty tau...!!!



