Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, February 18, 2015

SETELAH 18 HARI FEBRUARI 2015 BERLALU....

Assalamualaikum Readers Yang Di Rahmati Allah,

Rasanya it is more appropriate untuk update apa yang berlaku since 1 Januari 2015 memandangkan aku takde declare officially my status to sesiapa... Yes, some might already knew about this but many may not.... ok, make it simple... aku mulakan perjalanan tahun 2015 aku ini sebagai unemployed, jobless or penganggur kehormat...bagi bunyi comel sikit, aku adalah surirumahtangga sepenuh masa. Full stop.

First and foremost, please respect my choice. Aku sedar, orang pertama yang paling ngeri dan against pilihan peribody aku ini adalah Mak. Jadi, sekiranya any of you yang baca post ini mempunyai hubungan dengan Mak aku...please keep your mouth shut. Leave me alone, I know what I am doing...nah! Hambik sebijik, keluar dah ayat Kimi Raikkonen yang lejen tu *LoL* Okay, the biggest reason is...aku tak mahu dia risau. Mungkin dia tidak mahu aku susah. Mungkin dia dah terbiasa hidup bekerja since lepas SPM sampai pencen...maklumlah keje gomen mana ada lompat sana sini macam private. Mungkin dia tak faham situasi yang aku hadapi...manakan sama era 80-90an dengan era 2000an. Bagi aku, if you want something...go and get it...and there are circumstances where you need to sacrifice.

And I sacrifice my job.

For what?
It is for family. To be precised...FOR MY KIDS.

But why?
I don't feel good. Susah aku nak terangkan apa yang aku rasa. Aku kerja untuk duit yang tak seberapa, yang belum hujung bulan dah habis tapi kebajikan anak-anak tak dipenuhi.

Pagi-pagi dah pergi kerja walaupun opis 5 minit je dari rumah.
Balik penat.
Mana nak masak. Mana nak assist with their homework. Mana nak dengar luahan isi hati masing-masing. Always remember that kids like to tell stories. Dengar stories diorang aku suka... tapi bab mengadu mmg aku cukup alergik.
Itu tak masuk lagi keperluan mereka.
Baju nak lipat, nak iron cantik-cantik. I am not worried about cuci baju sebab urusan tu En. Z yang setelkan.. alhamdulillah.
And the list goes on.
In the end, aku hilang focus kat tempat kerja.
Mulalah rasa paksarela je masuk opis.
Failed to complete tasks.
Boss muka bising.
Tambah pula dengan a few bunches I can't worked with...
Ketidakpuashatian dengan syarikat...
Syukur aku tidak diconfirmkan a.k.a probation period extended...
So I decided to tender.

Sepenuh hati.
Seikhlas hati.
Tanpa rasa kesal.
Tanpa rasa gusar.
Aku pegang kuat-kuat, ketat-ketat... REZEKI ITU LUAS!
Mungkin hingga saat ini aku belum berjaya capai target income aku.
Long way to go!
Tapi, aku rasa lega apabila dapat beri rezeki kepada anak-anak... rezeki dalam bentuk M.A.S.A.

Here I am now...
Bergelumang dengan anak-anak...dengan kerja-kerja rumah.
Dan berbisnes yang mana sempat.
I am still adapting to the situation.
Wish me luck.

Masa dah berubah.
Keadaan dah berubah.
Biarlah aku uruskan anak-anak sendiri.
Uruskan anak-anak = Uruskan rezeki. Setuju or not?

Inshaa Allah...hanya Dia yang faham apa aku lalui dan biar Dia yang balas apa yang aku korbankan.

I AM OFFICIALLY WORK AT HOME MOM!

Tuesday, February 17, 2015

HARI INI AKU MESTI UPDATE BLOG!

Assalamualaikum!

Fail to Plan is Plan to Fail...

Itulah aku...kalau ikutkan dalam sel-sel otak nie macam-macam idea ada nak dikongsikan kat blog tapi at the end, semuanya berlalu begitu sahaja. Bilanak update kemudian hari fefeeling malas lah pulak memandangkan story dah outdated.

That's me...

Maka kena reschedule life balik.
Memang rasa penat. Penat dengan urusan harian. Ikutkan kata hati dan deria penglihatan nie, sekarang juga aku stop dari menulis sebab kat belakang nie ada sebakul baju nak lipat dan segunung baju nak iron!

Tapi bila fikirkan balik... I am not a superhuman. Aku ada 2 tangan dan aku cuma boleh berada di satu tempat pada satu masa. Ada kerja yang boleh dibuat sambil-sambil...tapi kalau nak menulis blog nie...I need to focus, x boleh kejap menaip dan kejap lipat baju, seluar, spender yang bermacam saiz tu...ngeh3x

Rugi bila fikirkan yang aku start blogging like 7-8 years ago but org yg baru blogging setahun dua dah femes mcm retis dah...

Takper... I feel determined... harap kali nie aku boleh istiqamah berblogging...

Allahumma Yassir Wala Tu'assir.. Ameen :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 4, 2015

BILA ANAK DAH MULA BLOGGING

Assalamualaikum semua :-)

Malam tadi, anak sulung aku dah mula blogging. Asalnya kerana cikgu subjek TMK yang suruh para pelajar untuk cuba cipta blog sendiri.

Utk pengetahuan, anak sulung aku berusia 11 tahun i.e. darjah 5. Kak Long adalah batch pertama pelajar yang mengikuti silabus KSSR.

Maka, malam tadi aku tolong Kak Long buat akaun blogspot. Personally, I think it is a very good start untuk dia. Hopefully Kak Long dapat mengasah bakat penulisannya on top of tujuan asal subjek TMK yg bertujuan sebagai asas Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Goodluck Kak Long!

Blog Kak Long --> http://inibloganissuraya.blogspot.com

posted from Bloggeroid