Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, October 8, 2008

{ BLOG RAYA PART THREE - WAJAH CERIA MY KIDDOZ }

Hari Raya... bagi aku dah lama meaningless... selain dari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, other things are totally nothing. Walaupun kadang-kadang kenangan lama ketika beraya di UK menggamit kenangan... (my good old days), hati menjadi rindu... ewahhh...!! Bagi aku, raya skang more untuk anak-anak jek. Seronok melihat mereka berbaju baru, seronok melihat keletah diorang meratah makanan yg serba enak, seronok melihat mereka girang mengutip duit raya...dan aku pun seronok menyimpan duit diorang untuk bekalan masa depan. I don't believe in spending duit raya for non-sense...like beli brg emas, beli toys etc. Mungkin aku dah dididik oleh mak aku sejak kecil lagi, setiap duit raya aku serahkan pada dia dan dia akan simpan dalam akaun BSN aku (on that time larrr...) And proudly to say, itulah wang tambahan poket aku ketika aku study kat UK dulu... and aku nak Kak Long & Eiman turut merasakan betapa seronoknya bila tgk duit dalam bank banyak dan they won't have any financial problem tatkala mereka menuntut ilmu kelak...

Aku nak share gambar-gambar anak aku during raya. Hehe.. gambar aku ngan laki aku x de yerk..zaman posing maut dah lama berakhir dlm hidup aku (kecuali klu aku berjaya turunkan berat badan aku ke 60kg then aku akan suka posing balikla yerk..hekhekhek...)




Monday, October 6, 2008

{ BLOG RAYA PART TWO - HARI RAYA CARD OF THE YEAR }


...Huhu.. Part Two....
Rasanya korang semua pun tau, pada zaman sains dan teknologi ini, beban kerja Pos Malaysia jauh lebih rendah dari 10 tahun dulu, kalau dulu berebut-rebut nak gi pos opis untuk send kad raya pasal takut tak sempat tiba..skang semuanya via e-card atau sms pun jadi, kerana mesej yg paling penting adalah Ingatan Tulus Ikhlas. Zaman dah berubah, semua memilih jalan yang simple dan murah... kalau nak tau, tahun nie personally aku cuma dapat 2 keping kad raya dari Ayie, kawan baik aku dunia akhirat dan juga Aidahani, my ex-schoolmate yang aku cukup respect dia punya initiative mengkeepintouchkan diri dengan semua rakan dan taulan... wa salute lu, Aida...!!!

Yang aku nak story kat sini is the card that was arrived on the 30th September 2008. Rasanya, this is the only card yang laki aku dapat tahun nie (unless ada yg bagi by hand or alamat kampung dia la...) Anis yang collect dari peti surat dan serah pada aku. Dialamatkan kepada suami aku, dengan dakwat hitam..tulisan tak secantik tulisan aku.. (pigiii dah ko Eca...!!!), so aku terus suh Anis bagi pada ayahnya... dlm hati aku dup dap dup dap... awek manakah yang hantaq kad raya kat laki aku.. wakakakakar... just joking, frankly speaking aku tak kisah sangat pun. And aku tinggalkan dia nak jiwang karat ngan kad tu while aku naik ke bilik nak kemas beg untuk balik raya kat rumah mertua...

Suddenly dia jerit dari bawah... suh aku turun... dari tangga dia dah tanya aku..cuba teka saper bagi kad raya. Aku cakaplah aku tatau... I can't think of anyone except one... huhuhu.. ingatkan kot-kot bos lama dia si Azam Zaman kat Putrajaya ker.. pasal aku nampak stem tu cop KL. Dia terus hulur kat aku kad tu dengan keadaan terbuka... HUUAAAA....!!!! Kad raya dari Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim & Family...!!!! Macam tak percaya beb... giler per.. masa memula tuh aku memang macam tak percaya jugak la... yo-yo jek...rupanya laki aku join club DSAI... and ktorang pastu sama-sama dok mengkaji signature pada kad raya tu, definitely genuine one... yela..selalukan kalau kad banyak-banyak nie diorang print jek..tapi this card, memang ditandatangani dengan dakwat hitam atas kad tu...which is for us, something very valuable and menunjukkan betapa beliau ikhlas dalam menghantarkan kad ucapan tersebut... bukanlah maksud aku org yg print guna komputer tu tak ikhlas.. tapi, korang faham kot apa yg aku rasa kalau ko dapat apa yang kitorang dapat nie..
.


Aku snap gambo nie guna camera phone jek, belum mampu lagi nak beli digital camera lagi selepas yg jahanam hari tu..so, aku nak share dengan korang yerk... :) Cayalah DSAI...!!!





{ BLOG RAYA PART ONE }

Salam & Good Day Y'All...

At last, 9 days shutdown plus public holidays... I am back to work... arrhhh... HARI MALAS SEDUNIA... as usual la.. Monday.. particularly after a damn long holiday... tapi kira okaylah.. at least kepala otak yang dah macam nak terbarai since ex-boss aku mula menjauhkan diri dari segala tugasannya prior to resignation until the very last minute jobs on the very last day before cuti... so hari nie aku masuk kerja dengan hati yang lapang..perut yang lapang (sebab puasa enam) dan maybe a few kg of fats yg aku tambah balik since cuti yang penuh dengan agenda makan-makan memandangkan hari rayalah katakan...

So, what is the story yang aku nak share ekk..?? Okayla.. let me begin with my Hari Raya journey... dalam diam tak diam 9 hari bercuti tu.. dua kali aku ulang alik JB-Muar tau..ok, my cuti was from 27-9-2008 until 5-10-2008 tau.. so, on the 27th petang tu aku balik Muar naik dengan Rahmat dan Mamat sebab diorang memang cuti panjang untuk beraya also... balik kali nie, aku cuma bawak Eiman jek..sebab jenuhla nak angkut kuih raya sekali... (and jenuhla nnt aku nak bayar duit tambang bas yang dah naik since 15-9-2008 kalau balik berdua..dahla nak balik lagik nanti masa raya kedua...) so, aman damailah... kalau korang nak taulah, journey yg biasanya take only about 2 hours, kali nie mcm nak kematu montot pasal jadi 4 jam! Tapi, well worth it la.. pasal ktorang bertolak dari Kulai jek dah pukul 6 lebih, so Rahmat ikut jalan lama..pasal nak cari tempat berbuka puasa... sekali end up makan dekat kampung mana ntah area Sedenak klu tak silapla.. nice place... and so-so foods with so-so price except for the sotong goreng tepunya yg mcm hampas and jadi bahan gelak kitorg jek..wakakakakarrrr... pastuh aku ingatkan diorang masuk highway, alih-alih sampai ke rumah diorang ikut jln lama.. tapi memang seronokla and aku rasa worth it giler pasal klu ikut highway pun blum sure lagi jalan clear... and bila ikut jalan lama, walaupun raya lagi 3 hari tapi dengan keindahan pelita, lampu-lampu bergemerlapan serta kanak-kanak bermain mercun dan bunga api, aku rasa mcm malam raya la plaks..hekhekhek.. and my baby boy tu plak was so nice and behaved making my journey so easy weasy... he he he....

Bila sampai Muar, dah pukul 10 malam..tapi lively jugala.. especially dapur mak aku... dengan makanan yang terhidang..adeih... dipendekkan cerita, 2 malam aku stay kat Muar before balik ke Kulai on 29-9-2008, puasla aku makan... paling best pekena Murtapiah rekaan adik aku si Yos.. dia panggil Murtabak tapi aku re-brandkan menjadi Murtapiah pasal dia buat pakai kulit popiah..hekhekhek... aku dah ada resipi dia, bahan dlm peti ais pun dah siap... nanti bila dah menjadi, aku post kat sini yerk..hehehe...

Yang tak best balik hari Sabtu adalah aku terlepas Qualifying Session Singtel Singapore F1 GP... huuhuu... 1st ever night race.. sedihla juga dengan result bila My Unsung Hero - Kimi Raikkonen terbabas langgar dinding 4 laps before abis.. frust menonggeng tertonggeng tonggeng aku dibuatnya... uwaaaa.. tapi x per, aku tetap setia jadi penyokong dia... :)

Hari Isnin petang, aku bertolak balik Kulai sebab Selasa tu Taska tutup and Anis x de org jaga...hampeh betul pasal Selasa tu laki aku suka-suki jek amik MC, in other words klu aku balik hari Selasa pun tak per.. huhu..takperla.. dah lepas dah pun.. so... itu part 1 blog raya aku... nanti aku post lagik.... :)