Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, May 2, 2008

{ FINALLY, UPACARA POTONG KEK EIMAN }




Finally, upacara momotong kek birthday Eiman :) ... sebenarnya kitorang memang dah mengantuk dek upacara makan-makan kat Restoran Lapan Kati tadik...tapi, this is the moment that cannot be missed out and delayed any further... kek dah beli.. tengoklah kat gambar tu..cantik tak? ice-cream cake from Verbena, RM38...memang gebu-gebu...dengan lilin lagik..




As usual, Kak Long orang paling excited...so, setelah keadaan huru-hara berjaya dikawal... baru dapat snap shot gambar-gambar Eiman dgn birthday cakenya.. kitorang nyanyi lagu Happy Birthday 4 Eiman... Kak Long tolong tiupkan lilin dan ayah potongkan kek... Aku? Tukang amik gambar dan mengeluarkan belanja beli kek la... apa lagik... so, walaupun lambat 10 hari dari birthday Eiman 21-April-2008, tapi it's okay..at least have somethng to remember... after memotong kek tu, kitorang makan kek sama-sama. Kak Long makan dua slice. Ayah satu. Aku and Eiman share dua slice. Maka, niat aku untuk celebrate birthday Eiman dah termakbul.. rasa puas sangat :)



And my next target is education plan utk both my daughter and son ...

{ DINE OUT @ RESTORAN LAPAN KATI }















Mula-mula tu, aku cakap dengan husband...kita tapau jek foods then dine in dengananak-anak memandangkan nak potong kek birthday Eiman yang kitorang beli petang tadi. Dia refuse, aku cakaplah..malas nak melayan kalau anak-anak mula tunjuk belang-belang harimau dan kuda belang masing-masing... so dia setuju. Sekali tu lepas maghrib Eiman mula mengaruk dan mengamuk.. dari pengalaman aku, itu maknanya dia dah lapar... maka terpaksa tukar plan... makan gak kat restoran tetapi kek kitorang potong kat rumah nanti.


Kitorang dine out kat Restoran Lapan Kati. Dah lama tak pi melantak kat sana... tak ingat last bila lah pergi... a few months ago kot. Restoran nie menghidangkan chinese cuisine, seafood dan seangkatan dengannya. Mcm biasalah... aku tukang order.Tukar taste skett, asyik mkn nasi putih jek (kat rumah pun ada) so kali nie aku order nasi Goreng Yong Chow, Western Buttered Prawn (ini menu wajib order tiap kali pi Lapan Kati) dan Salted Vegetable Soup with Seafood. Air plak, as usual.. semenjak husband aku order Sarawak Teh-C, aku pun join his addiction (entah-entah sebab nie dia beria-ia ajak aku makan kat restoran kot..pasal kat rumah jgn mimpila aku nak buat air.. air kosong jek..heheh) and air durian belanda untuk Kak Long. Memang sedap hingga menjilat sudu. Nasi goreng dia superb....!!! Eiman laju jek makan... Buttered Prawn toksah cerita la.. memang the best.. so does the soup..sayur jeruk yang orang selalu buat asam pedas tu disupkan..aku cuma sempat amik gambar Buttered prawn dgn Nasi Goreng Yong Chow jek...pasal melayan di bujang bulatan roundabout yang lapar tu makan...so, enjoy the pictures :)

{1 MAY 2008 - IT'S OUR FAMILY DAY :)}





It was a public holiday, 1 May 2008... Hari Pekerja kan..?? And bersempena dengan gaji aku dan husband.. we were having a great day together. Actually starting from Rabu malam Khamis lagi memandangkan my husband dapat gaji pertama dia kat new office unexpectedly (sebab dia kata gaji dia sepatutnya masuk 1st week of the month), dia belanja kitorang makan bubur kat kedai dkt dgn rumah. Bubur abg nie mmg sedap and tiap pagi pun dia ada stall kat dpn pintu Flex nie, so we are kind of familiar to him.

So, 1 May 2008 - pagi as usual bangun awal... didera oleh Eiman yg awal-awal dah bangun diikuti dengan Kak Long pasal pampers dah basah sampai ke seluar.. kes bocor.. (dia still guna diapers time tidur and long travel). Husband plak sedap giler bergulung dalam selimut lagi..jeles giler tapi apa aku boleh buat? So..aku pun melayan la si Kak Long mandi, then siapkan Eiman..tgk TV segala kartun yang ada.. bagi diorang breakfast goreng Saudi Chicken & Cheese Scallops yang sedap giler dibedal bkn saja oleh anak-anak tapi mama dia pun tumpang semulut... Eiman memang tgh giler makan, so senang kerja aku.. apa yg Kak Long makan, dia makan dengan gigi 2 batang dia tuh...then, bila husband bangun..dia cuci baju kitorang (sayanggg Abang.. ngeh ngeh ngeh!) and aku tolong sidai.. after that aku ajak dia pi Jusco Taman Universiti kat Skudai. Saja jalan-jalan, family day out sempena cuti umum..aku memang saja ajak pergi awal pasal kalau lambat nanti for sure penuh dgn manusia.. tapi hampeh, pack juga dgn manusia. Nasib aku tak ajak pi Jusco Tebrau City, kalau tak sure lagi tension. First sekali sampai sana, kitorang isi perut dulu la memandangkan tak proper breakfast.. dlm ertikata lain, BRUNCH pasal time tu dah pukul 11 lebih. Aku makan as usual my favourite Chicken Claypot Rice (okla taste dia walau tak se-grand kat KL), husband makan Honey BBQ Chicken Rice (share dgn Eiman yg sentiasa lapar) dan Kak Long amik mi sup yang tak habis pun di makan. Dessert plak beli Cream Caramel Pudding share berempat. Pastu barulah memulakan aktiviti shopping. Niat utama memang nak belikan Kak Long selipar baru.. sian tgk selipar Pooh dia yang dah sompek-sompek dan sendat. Sandal ikan belukang dia plak dah asyik tercabut jek pasal dah loose. so aku belikan selipar Bubblegummers kat Bata. Memang dah target dari hari tu tapi memandangkan no budget, terpaksa tangguh. RM12 (setelah dilakukan penggenapan). Memang puas hati. Dia punyalah sayang, sampai pagi tadi pergi taska pun dia taknak pakai..takut kena curi.. sabar jelah anak dara mama nie :)

Pendek kata pi Jusco tu memang mainly shopping utk Kak Long je la.. Kak Long shifted from Dutch Lady 123 Coklat to Dugro 3 Strawberry at the very right time just before cerita kontroversi Fitna keluar (boikot barangan Belanda termasuk Dutch Lady). Kat Pasaraya Titah sini ada paket kecik yang RM7.80 just enough for a week jek.. and nasib baik kat Jusco ada.. so aku belilah. Then cari stokin utk dia (dia dah lama x de stokin dan selalu rembat stokin Eiman) Pastuh ada t-shirt tengah offer.. Tom & Jerry. Kak Long memang hantu Tom & Jerry (dia panggil My Baby), so aku belikan dia sepasang dan Eiman sepasang. Mesti sweet bila diorang pakai sama-sama nanti :) Masa nak membayar, punyalah penuh dengan manusia... husband pi stroll Eiman sampai tertidur... after that, kitorang pun balik..eh..silap! Pergi beli kek untuk birthday celebration Eiman yang plan at that night...

Bila balik rumah, memang penat giler. Settle aku mengangkat baju etc.. sesi memaksa anak2 tidur... dengan aku dan husband sekali tertidur... ngeh ngeh ngeh.. kasi canla.. semua ngantuk...dan get ready utk aktiviti pada malam hari plak :)