Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, December 31, 2009

{ QUOTE OF THE DAY 31-12-2009 }

"Jangan minta pendapat sekiranya anda tidak dapat nak menerima pendapat orang lain"

{ LAST DAY OF 2009 }

Oh yeah... it happens again! Just like every single year before... time flies and we finally reached the very last day of the year... 31-12-2009, apa yang telah kita perolehi selama 365 hari pada tahun 2009? Dan..apakah yang kita harapkan untuk direalisasi pada tahun hadapan?

Tahun 2009... satu lagi jangkamasa beronak duri dalam kehidupan aku... tiada yang lebih membawa erti dalam hidup aku selain dari kehadiran orang baru dalam hidup aku... Iris :) Frankly speaking, now hampir sepenuh tumpuan aku adalah untuk dia yang baru mengenali dunia... talking about the challenge in 2009... usah nak cakapla... I guessed I had enough of mental torture and depression... kadang-kadang aku rasa macam dah putus asa dengan kehidupan... and to tell the truth, there were some point of time aku doa supaya Allah ambil jelah nyawa aku... sebab aku dah tak tahan sangat2... aku rasa macam dah takde erti dah hidup nie... tapi Astaghfirullah...aku alpa dan lupa..itu sebenarnya dugaan dariNya..kerana Dia sayangkan aku biarpun segala apa yang berlaku tidak memihak pada aku... biar apapun berlaku, Dia tetap sayangkan aku... dan aku ada 3 nyawa yang masih bergantung kehidupan pada aku... Anis, Eiman & Iris...

Tahun 2010... azam aku? Hmm... aku tak ada azam apa-apa kerana semuanya aku akan buat pada kehadiran 1 Muharram instead of 1 January... yang pasti, I want to be a better person... & Aku nak cari jalan untuk cari duit sebanyak duit dan simpan duit... aku nak jadi kaya...huhuhuhu.... cukuplah kan? Azam banyak-banyak pun belum tentu akan tercapai... bersederhanalah..!!!

By the way, aku dalam usaha untuk mengasah bakat penulisan aku... sebelum aku away for maternity hari tu somebody has recommend me to do writings because pada pandangannya aku ada talent ke arah itu... well, why not aku cuba kalau ianya boleh menambahkan pendapatan aku dan aku suka untuk membuatnya. betul tak..?? Wish me luck... apa juga cabaran mendatang, aku terima dengan tangan terbuka...

Wednesday, December 30, 2009

{ INTRODUCING NUR ARISSA SURAYA }

Antara banyak-banyak benda yang aku nak tulis... paling excited sekali nak memperkenalkan anak dara kecik aku nie... my third child yang sangat comel dan baik nie :) OK... aku telah selamat melahirkan little princess nie di Hospital Kulai, Johor pada 13-November-2009 jam 1.24 pagi... the best thing is... hajat aku tercapai untuk melahirkan anak pada hari Jumaat... Alhamdulillah...!!! After perbincangan panjang lebar dengan ayahnya, kitorang sepakat untuk menamakan anak ketiga kami ini dengan nama NUR ARISSA SURAYA. Arissa membawa maksud Keazaman/Kekuatan. Aku berdoa semoga dia diberi kekuatan rohani dan jasmani dalam menempuhi kehidupannya nanti, Insya Allah... perjalanan hidup Arissa masih jauh...masih panjang.

Sebagaimana kakak dan abangnya, of course aku mahu yang terbaik untuk mereka bertiga. Arissa lahir dengan berat 3.4kg dan panjang 52cm... by far dia paling semangat berbanding her siblings. Within 8 days, dia dah naik ke 3.6kg... Alhamdulillah, sepanjang berpantang Arissa tak banyak kerenah. I called her Iris... cuz nak kasi rhyme dgn Anis, Kak Long dia. Wajahnya saling tak tumpah Eiman semasa bayi, cuma Arissa cerah dan merah... and until today (hopefully as long as I can make it), aku akan breastfeed Arissa exclusively to ensure she received all the benefits sebagaimana yang Eiman dapat. Masa Anis dulu aku x dapat buat camtu sebab cetek pengalaman... So..jom tgk a few photo Arissa :)





{ FINALLY }

Finally..after almost 8 months in 'idle' mode... I am back... blogging at my 1st ever blog... actually I was trying to blog somewhere else but since feelingnya tak sama... I would rather re-opened and continue my personal blog here... and now... I am back with little Arissa around :) my joy and happiness.. Insya Allah nanti aku post intro dia kt sini... :)

There were too much things happened to my life in the last 8 months... nantilah aku try kupaskan satu persatu... yang pasti..now aku masih kt rumah...baru je habis pantang dan gigih mencari new job... :)